Thursday, December 31, 2015

First Time ke Klinik Pakar~


Assalamualaikum~

Sebelum ni saya ada cerita yang Adam tak berapa sihat kan? Muntah-muntah & cirit-birit. Sabtu dah pernah ke klinik, Selasa pun dah pernah ke klinik, tapi macam tak meyakinkan aje. Husband ajak pergi ke hospital terus, tapi saya macam berat hati aje. Takut tengok Adam kena cucuk macam-macam. Macam tak sanggup aje.

Jadinya, semalam saya mintak cuti, bawak Adam ke klinik pakar. Saya pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai. Bagi saya layanan dan tempat memang ok. Puas hati. Cuma tak tahu lagu ubat tu serasi ke tak dengan Adam.

Boleh google kalau nak tau lebih lanjut~

Sabtu hari tu doktor klinik biasa bagi ubat demam. Selasa doktor klinik biasa bagi ubat tahan muntah, antibiotik & demam. Semalam doktor pakar suruh berhenti bagi antibiotik. Sebabnya takut virus-virus baik dalam usus mati jugak. Jadinya, Adam dapat pre-biotik, ubat cirit, ubat tahan muntah dan air garam. Semua ubat tu saya tak pernah tengok. Memang untuk budak-budak lah tu kot.

Confident sikit bila dah pergi klinik pakar ni sebab dia lagi tahu pasal budak kan. Kalau sampai Ahad Adam still cirit-birit, kena bawak hospital. Doktor tu kata mungkin ada something wrong. Atau kalau dia berak darah, kena bawak hospital. Dahlah Adam dah beberapa hari ni tak nak makan. Semalam timbang pun berat turun banyak sangat. :(

Doakan Adam cepat sembuh ye. Adam setakat ni aktif aje, cuma tak nak makan. Sekarang saya dah jangkit dengan Adam. Rasanya sebab saya kongsi minum air lah. Semalam saya demam teruk, tak larat nak bangun. Kesian Adam terbiar je. Sama-sama lah kami berdua ni tak makan..huhu~

Hari ni pun saya cirit-birit & takde selera makan. Kita yang besar ni pun dah rasa teruk, macam mana lah Adam rasa ye. Kesian dia...


p/s: TQ pada mommies yg bagi nasihat & suggestion supaya Adam cepat baik :)




Pirate Coffee Dan 11 Lagi Minuman Dan Makanan Paling Trending Sepanjang 2015


Tuesday, December 29, 2015

Shower Paranoia~


Assalamualaikum~



Kelakar bila tengok gambar tu kat FB. Sebijik kena dekat diri ni. Ingatkan saya sorang je yang rasa macam tu, rupa-ruanya kebanyakan mak-mak memang ada paranoia ni ye? :)

Saya pernah je cakap kat husband, kadang2 dengar bunyi Adam nangis masa dalam bilik air, padahal sebenarnya dia elok je tengah tidur. Husband bagitau dia pun kadang-kadang dengar gak camtu. Kaum laki ada jugak ye paranoia camtu? huhu~

Kadang-kadang tu saya buat tak tahu, tapi rupa-rupanya anak memang tengah melalak..huhu. Tak leh nak bezakan dah. Pagi tadi tengah mandi, tiba-tiba dengar Adam nangis depan pintu. Terkejut saya! Bukak pintu nampak dia tengah diri luar pintu bilik air sambil nangis. Terpaksalah mintak tolong ayah dia, sebab saya nak sambung mandi..huhu~

Sekarang ni Adam memang tak leh nak lepas dari saya. Nak-nak sejak dia macam tak berapa sihat ni. Macam perut masuk angin kot. Tak pastilah nape. Semalam urut-urut gak guna baby tropika cream tu. Mintak keluarlah angin-angin dalam badan tu.

Babysitter pulak asyik je cakap Adam nak beradik tu. Tu yang asyik meragam..huhu..kebetulan anak yang dia jaga pun tengah meragan sebab mak budak tu baru pregnant~

Saya tak kisah pun, kalau ada rezeki ada lah. Babysitter dah cakap awal-awal tak nak jaga baby lagi. huhu...takpe..sekarang tak pun lagi. Nanti kalau ada, mesti ada jalannya kan? Takkan Allah SWT bagi camtu je tanpa apa-apa jalan :)

Think positive. Insya'Allah ada jalannya ~




Monday, December 28, 2015

Restoran guna arang~

Assalamualaikum~

Best rasa dapat cuti lama. Tapi bila sampai hari ahad, mood mula bercelaru..hehe. Maklumlah banyak benda nak kena prepare. Gosok baju, prepare beg Anak, beg sendiri~

Cuti baru ni balik kampung melaka. Lama dah tak balik sebab weekend asyik kena keje je husband saya tu. Macamlah melaka tu jauh sangat kan..

Balik hari khamis. Memang jem la highway. Tak leh nak cakap ape la. Expected. Tapi still stress. Tengah hari pulak tu, cuaca terik. Lagi rasa mengantuk. Husband tak larat sebab balik rumah pukul 3 pagi malam tu.

Malas nak tunggu, lagipun semua RnR sesak. Berhenti tepi jalan, saya sambung drive plak. Nasib baik Adam tidurr. :)

Balik tu memang pergi semua kedai lah. Jumaat pergi makan kat Awang roti canai. Sampai lambat sikit habis dah kepala ikan. Baru nak belanja mak kari kepala ikan..huhu~

Sabtu pulak ayah ajak breakfast roti canai kat Bachang kot kalau tak silap. Tak jauh dengan melaka sentral. Menarik kedai tu sebab dia masak roti canai guna arang.



First time tengok. Malam tu pulak ajak makan steamboat kat dengan lebuh AMJ. Pun grill makanan guna arang. Penuh. Full house kedai tu. Rm25 sekepala. Ok la. Don't expect too high. Nama dia d'pondok-pondok tak silap.

Memang puas makan balik Melaka baru ni. Tapi Adam pulak yang tak sihat. Demam 2 hari. Pastu takde selera makan. Malam semalam makan, tapi muntah balik semua. Kenapa ye..risaunyee :(



The Local Service That Picks Up Your Parcel And Delivers It


Dbea

Thursday, December 24, 2015

Salam maulidur rasul~

Assalamualaikum~

Selamat menyambut maulidur rasul pada hari ini & selamat bercuti!

Hati-hati di jalan raya :)

Marilah banyakkan berselawat~

Wednesday, December 23, 2015

Kegilaan Wanita~


Assalamulaikum~

Adoi..pening kepala, pening kepala dah ni..huhu. Tadi pergi bukak Shoppe, ingat nak cari jam sebab jam dah rosak. Terjumpalah jam tangan Geneva harga RM16, free postage. Ok. Full stop. Itu je yang perlu buat masa ni. Tengah fikir nak bayar tetiba teringat kat blog cikepal ada bagi diskaun kod. Tapi kena minimum purchase RM50 pulak. Baru cerita pasal online shopping baru-baru ni kat SINI. Terjebak sudah~

Oklah, tengoklah apa ada lagi dalam Shoppe tu. Sekali, amikkau! Banyak pulak pergi klik. Mentang-mentang semuanya di hujung jari. Adoiii...adoiiii....dah bayar baru rasa pening, sakit kepala semua ada..huhu~

Kebanyakan yang saya beli tu barang-barang kegilaan perempuan lah. Itu pun ada yang saya buang, sebab harga RM7, tapi postage RM10. Tak jadilah. Baik beli kedai je. Lagipun benda tu tak penting pun..huhu~

Terbeli Azanis Serum Scar. RM33 ok lah kan tu? Untuk Adam, kepala dia hari tu berparut terlanggar bucu almari. Cerita kat SINI. Kesian dia, kecik-kecik dah berparut. Trylah cuba, mana tau boleh hilang. Ibu Adam ni pun boleh cuba gak..huhu.. :p

Image result for azanis

Siap beli face mask lagi. Gold face mask ok. Apa tu? Saya pun tak tahu, nak try...huhu..Perempuan-perempuan. Benda-benda macam ni memang tak fikir panjang. Padahal bila ada masanya tu tak tau lah. Face mask kat rumah tu pun ada satu lagi tak sempat nak pakai lagi. Sibuk je dengan Adam~ 

Image result for gold face mask malaysia
Camni haaa~

Total lost banyak gak sebab setiap item postage cost berlainan. Daripada RM16++ jadi RM80++ lepas tolak diskaun RM20 tu. Oklah tu, still bawah RM100. Reward untuk diri sendiri akhir-akhir tahun ni kan~~

Apa lagi yang saya beli tadi sampai mahal tu? Adoi...hilang ingatan sudah. Tunggu je lah benda tu sampai ke rumah yeee...Meroyanlah sorang-sorang. 

Tak sabar nak habis kerja, pastu cuti 4 hari! :D >>Jom berparti macam Filipin ni.<<
Acb5


P/S: Ada satu supplier barang yang saya beli, buatkan saya rasa shoppee ni tak best :((

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia.


Assalamualaikum~


SiapaKau?

Saya join segmen ni sebab macam simple je syarat dia..huhu..selain tu boleh kenal-kenal dengan blogger lain lagi :)

Siapa saya?

Saya adalah seorang blogger sejak tahun 2012. Pernah stop blogging hampir setahun. Dan sekarang sambung balik aktif. Dah berkahwin dan ada seorang anak kecik. Blog ni asalnya dikongsi dengan suami. Tapi sejak kahwin, dia tengok blog pun nan hadoooo.. :p

Seorang blogger part time. Full time pekerja kilang.

Lain-lain? Tak penting kot. Ada yang nak tahu lagi ke? hehe~

Jom klik banner untuk join segmen ni~

Tuesday, December 22, 2015

Maggi Ketam~


Assalamualaikum~

Hari tu pergi family gathering kat Cherating. Ingat nak pergi singgah Kemaman makan megi ketam, husband nak sangat makan. Tapi akhirnya tak sempat, maklumlah 2 hari semalam je gathering tu. Lagipun bagi saya megi ketam tu tak berapa sedap sangat kalau nak bandingkan dengan mak mertua saya masak. Memang terbaik!

Kelmarin pergi Mydin beli barang dapur. Husband saya amik 2 ekor ketam dengan megi kari. Nak masak megi ketam katanya. Jangan terperanjat ok. Husband saya memang terer masak..huhu..sentap saya! Lagi-lagi bila adik ipar tanya hari tu, biasanya kalau isteri tak reti masak, laki terer masak ye? huhu..soklan innocent je, tapi kena setepek kat muka ni..hehe :p

Memang betul pun saya tak pandai masak sangat. Lagi-lagi yang berkaitan rempah-rempah, gulai ni semua. Kalau yang senang-senang tu boleh lah. hehe..

Ahad tengah hari lepas main bola dia balik terus masak. Memang sedap sangat! hehe..Adam tidur bolehlah ibu ayah dia melantak sepuas hati~ :p



Sedap tau~




9 Peristiwa Berlaku Pada 1980-an Yang Korang Mungkin Tak Pernah Tahu.. Perghh, Zaman Favourite Ni!

80

Monday, December 21, 2015

Terik!


Assalamualaikum~


Baru lepas panjat bumbung dan buat inspection. Pagi tadi boleh tahan terik matahari walaupun sekarang ni musim hujan. Alhamdulillah..nak merungut tak baik kan. Syukurlah dengan apa yang Allah SWT bagi. Bila kita sentiasa bersyukur, kita akan sentiasa berasa cukup. :)

Kadang-kadang sebagai manusia biasa, kita selalu tengok atas. Jarang sangat kita nak tengok bawah. Ramai lagi yang hidup dia lagi susah dari kita. Hari tu, masa gathering family bercampur gaul dengan ramai sedara-mara. Kat kampung ramai yang berniaga. Borak-borak, diorang ceritalah untung berapa semua. Rasa iri hati tu wujud pulak. Memang diorang untung berkali ganda lagi banyak dari saya, tapi diorang pun kerja keras untuk dapatkan keuntungan tu. Bukan senang nak senang. 

Fikir positif. Saya ni banyak duk ofis je dalam aircond, diorang plak setiap hari kena berjemur. Walaupun bukan seharian, tetap terbakar gak kulit niaga pasar malam tu. Insya'Allah, Allah SWT lagi tau apa terbaik untuk kita.

Bersyukurlah ada kerja, daripada ada orang yang takde kerja. Hidup tak senang sangat, tapi cukuplah dengan apa yang ada. Jangan terlalu banyak merungut. Tumpang gembira tengok orang hidup senang :)

Rasa nak berniaga pulak :p


It’s Easy To Fall In Love With Miri If You’re An Explorer At Heart Looking For Adventure

Friday, December 18, 2015

Off Day!

Assalamualaikum~

Hari ni saya cuti. Ada family gathering. Sekarang masih lagi dalam kereta on the way ke tempat gathering tu. Jadinya, hari ni dan weekend tak sempat nak jalan-jalan blog orang. Next week saya bayar hutang bw OK :)

Tadi sempat singgah bukit tinggi. Pergi taman jepun dan Colmar tropical, French theme resort.

Masuk ke sana kena bayar..huhu..sorang RM13 untuk dewasa. Boleh tahan gak harga tu. Masuk pun takde la lama sangat sebab nak cepat.


Pergi taman jepun dulu. Memang cantik tempat dia. Sewa kimono RM20. Ada had masa jugak.





Lepas tu baru pergi Colmar tropical. Angin kat sana memang sejuk! Maklumlah atas bukit kann.



Tengok angsa. Besar sangat..tak leh nak amik gambar sebab tengah dukung adam. Overall memang best jalan sana! Banyak lagi tempat, tapi tak sempat nak menyinggah. Takpelah. Next time~~

Thursday, December 17, 2015

Barang tersembunyi~


Assalamualaikum~

Sejak tinggal bertiga ni, barang selalu tak jumpa letak mana. Maklumlah ada sorang tukang kemas yang sangat rajin dalam rumah ni >>>>>> Adam. :p

Hari tu pernah hilang tali pinggang. Lama gak. Sampai akhirnya beli baru je. Lepas tu ada satu hari kemas bawah katil, jumpa balik tali pinggang yang hilang tu. Nampak sangat lama tak kemas bawah katil..huhu. Husband saya hilang gak tali pinggang lepas tu, tu yang terfikir nak cari bawah katil. Jumpa sekali tali pinggang saya yang dah lama hilang.

Adam ada grolier, pen yang untuk talking english tu. Yang tu pun selalu hilang. Kadang-kadang mengemas pun takut terbuang je sebab tak perasan. Sink trap saya dah pernah terbuang skali dengan sisa-sisa makanan, tu yang trauma sikit tu. So, sebelum saya buang apa-apa sampah, saya akan check bawah katil dulu. Setakat ni memang selalunya jumpalah apa yang dicari bawah tu :p

Ada anak kecik ni memang macam ni ye? Kadang-kadang remote tv pun hilang. Kat dapurlah, kat biliklah. Nasib baiklah rumah kecik~~~

Rasa macam terkena loteri bila dapat jumpa barang-barang tersembunyi. Yang jumpa duit lagi best macam kat bawah ni:

11 Times Finding Something Totally Felt Like You've Won The Lottery


Wednesday, December 16, 2015

Adam 1 Tahun 4 Bulan: Menconteng Dinding dahhh~



Assalamualaikum~


Bulan ni Adam dah setahun empat bulan. Bila tengok gambar-gambar dia terfikir, besar dah Adam ni. Dah pandai macam-macam dah. Sekarang pun makan tak nak orang suap. Nak makan sendiri. Tapi tu lah, bila makan sendiri satu rumah lah berkecah! Huhu~ T_T

Minggu lepas adik-adik husband ada rumah beramai-ramai. Sorang adik tu suka melukis, bawaklah drawing pad dengan pensil satu kotak. Bagilah Adam pegang satu pensil dengan satu kertas A4. Bagus je dia conteng kertas A4 tu. 

Ada satu malam tu, saya duk kat bilik. Yang lain-lain semua kat depan tengok TV. Adam pun sama kat depan melukis. Tak lama lepas tu dia masuk bilik mintak susu. Bagilah dia menyusu. Tetiba dengar bising-bising kat depan. Rupa-rupanya senyap-senyap Adam menconteng dinding kat depan tu. Takde sorang pun perasan bila masa ntah dia buat kerja tu...huhu..

Lepas je Adam minum susu, dengan muka innocent dia, dia amik pensil dan pergi balik ke depan. Saya rasa lain macam je tengok muka dia. Saya pun ikutlah keluar bilik. Tengok dia sambung menconteng dinding tadi! Haha..pandai dah anak ibu ni.Orang bagi kertas nak jugak conteng dinding. Pak cik dia lah sibuk padam balik dinding tu guna pemadam. Tapi tak semualah hilang..huhu~

Adam ni...memang menguji betul. Dah nampak besar dah skang. Boleh buat banyak benda sendiri. Boleh dah kot ni nak ada adik. Oppsss! hehe :p



5 Tips Membeli Kereta Yang ‘Power' Untuk Pastikan Korang Dapat Yang Paling Best!




Tuesday, December 15, 2015

Amy Hilmirda Giveaway 2015


Assalamualaikum~


Jom join GA ni. Syarat simple sangat..hehe :)


TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.

Jalan-jalan ke Tadom Hill, Banting~


Assalamualaikum~

Hari tu kan saya ada citer jalan-jalan kat Pantai Morib kat SINI. Sebelum sampai ke Pantai Morib tu, kitorang singgah kat satu tempat popular kat Banting, Tadom Hill Resort. Kat FB kan popular orang post gambar air yang giler-giler punya jernih tu. Untuk kali ni saya bagi gambar amatur je. Kalau pro lagi cantiklah..huhu~

Sampai masa tu dalam pukul 11 pagi tak silap. Jalan nak masuk ke sana pun macam tak meyakinkan sebab ikut jalan kelapa sawit. Nasib baik ada signboard, baru confident sikit. Masuk-masuk nampak meriah gak kereta dalam tu. Life jacket pun banyak tersusun, kayak pun ada, ATV pun ada. 

Bawah ni benda pertama kitorang nampak. Slide yang sangat tinggi dan lebar. Nak naik kena panjat scaffolding kalau tak silap. Bahaya gak untuk budak-budak. Daripada pemerhatian slide tu macam dibuat oleh zink beralaskan canvas tebal. Sebab boleh dengar macam bunyi zink masa orang gelongsor.



Air dia...Subhanallah...memang jernih sangat. Boleh nampak batu-batu kat dasar tu. Tepi tak dalam sangat, tapi tengah tu nampak dalam gak. Sebab tu semua pakai life jacket kot. Air dia jernih, tapi tak nampak satu pun ikan. Mungkin air ni tak sesuai untuk hidupan kot? 



Tak jauh dari situ nampak ramai-ramai berkumpul. Lompat dalam air. Kat situ ada papan lompat dengan swing untuk terjun dalam air tu. Jauh sikitlah antara gelongsor dengan tempat tu. Kitorang amik gambar dekat area gelongsor tu. Lebih kurang camtulah jarak dia.





Overall, Tadom Hill macam menariklah untuk mandi. Tapi tempat dia dalam ladang kelapa sawit yang lapang. Memang panas sangat masa matahari tengah terik. Masa ni kitorang cuci mata je, tak mandi sebab ramai sangat orang. Lain kalilah kot kalau nak mandi pun..huhu~



8 Reasons Why Krampus, The Christmas Demon Cannot Make It In Malaysia

19f3

Monday, December 14, 2015

Pengalaman: Suntikan Perancang~


Assalamualaikum~

Image result for suntikan perancang apa itu?


Kali ni rasa macam nak cerita pasal suntikan perancang. Semua orang yang dah bersalin maklum dah kot pasal ni kan? Lepas je bersalin mesti doktor tanya nak amik perancang apa. Nurse pun asyik tanya je. Selagi tak amik, dia akan tanya. Sebabnya nak kita jarakkan dengan kelahiran yang seterusnya. 

Antara sebab-sebabnya:
1. Lepas dah bersalin kita kena fokus untuk susukan dan jaga betul-betul baby yang baru lahir ni. 
2. Untuk rehatkan badan sendiri.
3. Kalau mengandung cepat sangat kebanyakan ibu yang breastfeeding and kekeringan susu. Kesian kat anak tak puas menyusu badan. kan?

Saya pilih untuk amik suntikan. Sebabnya:
1. Tak perlu makan.
2. Tiga bulan hanya sekali.
3. Takkan terlupa macam makan pil sehari pun tak leh tinggal.
4. Lebih berkesan.
5. Saya caeser, memang dimestikan jarakkan kelahiran seterusnya untuk jaga luka jahitan dalaman. Saya tak nak kena bedah lagi kalau boleh untuk anak seterusnya, Kalau kena bedah lagi anak limit 3~4 orang je. Tak sanggup kena limit :((

Nak citer pengalaman saya amik suntikan ni. Saya bersalin bulan 8 tahun lepas. Start amik dalam bulan 10 camtu. Saya hanya amik 2 kali je. Bulan 10 dan bulan 12. Appointment bulan 3 saya tak pergi. Sebab masa tu rasa macam dah bersedia nak tambah anak...huhu..awalnye kan?

Tapi sebenarnya ada bagus berhenti awal sebab efek suntikan hormon ni sangat kuat. Dah setahun tak period sejak amik suntikan tu. Anak pun dah setahun 4 bulan. Risau jugak tak period kan. Kalau takde proses ovulasi macam mana persenyawaan nak terjadi? (masuk bab bio jap..huuhu :p)

So, hari ni selepas setahun akhirnya proses ovulasi berlaku semula. Alhamdulillah. 

Suntikan hormon pencegah kehamilan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangka masa panjang. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk kesan suntikan berkurangan. Purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah lain. Ini bermakna wanita akan hamil semula apabila berhenti mengambil suntikan ini selepas purata 10 bulan dari suntikan terakhir.

Badan saya ambil masa 12 bulan untuk stabilkan semula hormon. Hamil? Tak tahu lagi, Insya'Allah..doakan ye..huhu..

Oleh sebab tu saya nak bagitau, bagi pasangan muda janganlah amik suntikan terlalu lama. Takut lambat nak dapat anak seterusnya. 

Tapi, benda ni depends pada hormon juga. Seeloknya dapatkan nasihat pakar. Untuk lebih rujukan mengenai suntikan ni, boleh refer blog bawah tu. Lengkap semua explanation :)

Wallahualam~


Rujukan:
1. http://drzubaidi.com/blog/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga/
2. http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/kaedah-perancang-keluarga


4 Ciri-Ciri Orang Yang Masih Nampak ‘Kuno’ Walaupun Hidup Di Zaman Moden










Selangor memang bola, tapi...


Assalamualaikum~


Hari ni kembali bekerja selepas cuti tiga hari. Untunglah siapa yang dapat cuti gari ni, terutama yang kerja gomen dapat sambung cuti lagi hari ni sebab Selangor menang bola. Kita yang kerja swasta ni harap pada budi bicara company je lah. Semalam manager dah wassap, hari ni kerja! Managing Director (MD) bukan orang Selangor kan, apa lah sangat yang ada pada bola tu. Produktiviti tak jalan, company tak dapatlah duit. 

Jadinya, nak tak nak semua haruslah bekerja hari ni di company ini. Drive pagi tadi pun, lalu depan company besar kerajaan, lenggang aje. Untunglah dapat cuti. Jeles ke saya? Emm, adalah sikit..siapa tak jeles oii...hehe.

Hari ni babysitter mintak cuti, kebetulan adik ipar ada kat rumah. Husband pun dapat cuti, kenalah diorang jaga Adam. Harap Adam ok lah. Nasi semua dah masak pagi tadi...huhu~

Hari ni ofis macam lenggang. Ramai yang sambung cuti kot? Atau amik cuti sendiri? :p

Kan best kalau dapat bos camni << Bos terbaik di dunia >>


Friday, December 11, 2015

Tazkirah Jumaat: Menderma~

Assalamualaikum~

Selamat bercuti bagi warga Selangor~~~



Saya pernah terdengar jugak pasal ni. Seeloknya dikatakan menderma kepada ahli keluarga dulu sebelum menderma kepada orang lain.

Wallahualam~

Wednesday, December 9, 2015

Buku Fixi Giveaway by Yaya


Assalamualaikum~


Jom join giveaway Yaya pulak. Syarat pun simple je ~ :)

Saya tag:



Weekend di Pantai Morib~


Assalamualaikum~

Sabtu baru-baru ni, saya dan husband bawak anak dan adik-adik dia pergi menghabiskan masa terluang di Pantai Morib. Dah seminggu adik-adik dia ada kat rumah. Kitorang kerja asyik terperap je dalam rumah. Kesian memang kesian, tapi sekali keluar....amik kau. Beratus sehari habis. Dah berapa hari dah keluar bawak jenjalan. Sepuluh hari mau habis RM1000++ gak tu..huhu. Dahlah akhir-akhir tahun ni banyak pulak hutang nak dibayar. 

Nak buat camne, redhoooo je lah. Budak-budak. Manalah nak faham krisis kewangan zaman sekarang. Dengan Malaysia dah jadi macam apa entah skang ni. Geram pulak rasa dengan semua kenaikan harga barang. Stress!

So, Sabtu hari tu fikir lah nak bawak pergi mana yang boleh bajet-bajet...huhu. Kitorang decide pergi Pantai Morib. Sejam jugak rasanya nak pergi sana. On the way tu singgah tengok Tadom Hills sekejap. Nanti saya share yang tu ye :)

Sampai Pantai Morib dalam tengah hari. Memang ada karnival weekend tu. Banyaklah booth-booth jualan kat sana. Meriah jugak tengok. Ada jugak roller blade RM10. Lama dah cari yang tu. Area Putrajaya dah takde benda tu. Berapa malam dah pusing Putrajaya tak jumpa-jumpa. Kenapa ye?

Memang puaslah adik ipar yang dah lama mengidam nak main tu. Sampai petang duk melepak kat Pantai Morib, nasib baik ada surau kat sana. Adik ipar lagi sorang main layang-layang. Adam pulak dapatlah mainan kapal terbang yang  tolak ada bunyi tu. Semua dapat bahagian masing-masing. 




Banyak sangat mainan jual. Adam sampai merengek-rengek nak mainan lain. Kena pujuk lagi. Nasib baik ada belon besar ni. Agak mahal jugak, RM5 untuk satu mangkuk kecil dengan pemegang untuk keluarkan belon tu. Tu yang paling murahlah kitorang amik. Ada tu sampai RM15. Telan air liur dengar..huhu..untunglah meniaga belon ni. Modal kena tukar air sabun je lah. Lain-lain dia sewa je tu semua.










Seronok tengok diorang seronok. Ingat nak puas dah. Esoknye tanya nak pergi mana pulak...huhu..telan liur lagilah. Nak jawab pe kat budak-budak ni. Maklumlah cuti sekolah kan. Nak enjoy je lah yang diorang fikir. Kena cari kedai roller blades yang murah lah kot. Hari cuti bawak pergi taman, mainlah puas-puas kan..huhu..mana nak cari kedai murah tu ye??  Tapi tak nak lah barang-barang seludup kan. Banyak kesan-kesan buruk barang seludup ni >>Kesan buruk barang  seludup pada kita<<


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA