Assalamualaikum~
Sekarang ni mood untuk update memang dah lama lari. Jauh pulak tu. Sekarang ni pun masih tak terkejar lagi. Tapi, tak sanggup jugak biarkan blog ni bersawang macam ni kan..huhu~
Weekend baru-baru ni saya dah mula survey kedai menjahit baju nikah. Susah jugak nak cari sebab tak tahu kedai tukang jahit ni. Ada satu kedai saya tanya, RM180 untuk tempahan menjahit baju nikah ni. Dah macam beli baju siap dah tu. Gulp~
Takpe, perlahan-perlahan. Masih mencari dan mencari lagi kalau-kalau ada tempat lain. Tapi, RM180 tu kira ok ke tak eh? Fesyen macam mana pun saya tak decide lagi sebenarnya. Saya nak buat simple je. Mana tau leh pakai untuk raya tahun depan pulak kan? Jimat dah kat situ..hehe~ :p
Baju-baju kat atas tu cantik sangat. Baju saya mungkin biasa-biasa aje kot. Biasalah, semua nak jimatkan..hehe..xpe2, yang penting nikah tu sendiri kan~ :)
Sebenarnya minggu lepas saya macam dah putus asa & bosan dengan urusan nak kahwin ni. Biasalah, benda ni kena libatkan banyak pihak. Bila dah banyak pihak, banyaklah pulak cadangannya kan. Tu yang kadang-kadang saya fikir, saya ke diorang yang nak kahwin?
Tapi, tu semua lumrah hidup dalam satu komuniti lah kan. Nak tak nak kena terimalah (nasihat untuk diri sendiri~). Cuma, harapan saya agar mereka memudahkan, bukan menyusahkan. Tu aje yang saya harap.
Banyak dugaan sebenarnya nak buat benda baik ni. Kadang-kadang tensen gak. Dahlah dah sebulan lebih tak jumpa leonerz. Kalau ikut plan, bulan 2 nanti nak jumpa sekali pastu terus tak jumpa-jumpa sampai nikah. Boleh ke? Lama tu~ :(
Tolong doakan urusan kami dipermudahkan ye~ :)
Jom tolong saya kumpul duit nak buat baju nikah ni..hehe~ :D
RM100 free postage tau! Contact kat SINI~