Tuesday, December 15, 2015

Jalan-jalan ke Tadom Hill, Banting~


Assalamualaikum~

Hari tu kan saya ada citer jalan-jalan kat Pantai Morib kat SINI. Sebelum sampai ke Pantai Morib tu, kitorang singgah kat satu tempat popular kat Banting, Tadom Hill Resort. Kat FB kan popular orang post gambar air yang giler-giler punya jernih tu. Untuk kali ni saya bagi gambar amatur je. Kalau pro lagi cantiklah..huhu~

Sampai masa tu dalam pukul 11 pagi tak silap. Jalan nak masuk ke sana pun macam tak meyakinkan sebab ikut jalan kelapa sawit. Nasib baik ada signboard, baru confident sikit. Masuk-masuk nampak meriah gak kereta dalam tu. Life jacket pun banyak tersusun, kayak pun ada, ATV pun ada. 

Bawah ni benda pertama kitorang nampak. Slide yang sangat tinggi dan lebar. Nak naik kena panjat scaffolding kalau tak silap. Bahaya gak untuk budak-budak. Daripada pemerhatian slide tu macam dibuat oleh zink beralaskan canvas tebal. Sebab boleh dengar macam bunyi zink masa orang gelongsor.



Air dia...Subhanallah...memang jernih sangat. Boleh nampak batu-batu kat dasar tu. Tepi tak dalam sangat, tapi tengah tu nampak dalam gak. Sebab tu semua pakai life jacket kot. Air dia jernih, tapi tak nampak satu pun ikan. Mungkin air ni tak sesuai untuk hidupan kot? 



Tak jauh dari situ nampak ramai-ramai berkumpul. Lompat dalam air. Kat situ ada papan lompat dengan swing untuk terjun dalam air tu. Jauh sikitlah antara gelongsor dengan tempat tu. Kitorang amik gambar dekat area gelongsor tu. Lebih kurang camtulah jarak dia.





Overall, Tadom Hill macam menariklah untuk mandi. Tapi tempat dia dalam ladang kelapa sawit yang lapang. Memang panas sangat masa matahari tengah terik. Masa ni kitorang cuci mata je, tak mandi sebab ramai sangat orang. Lain kalilah kot kalau nak mandi pun..huhu~



8 Reasons Why Krampus, The Christmas Demon Cannot Make It In Malaysia

19f3

8 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Boleh masuk senarai untuk dilawati kalau lalu Banting ni

    ReplyDelete
  2. cantik. btw saya dah klik DEMON - jemput ye heheh :)

    ReplyDelete
  3. Tenangnya Tandom Hill...memang cantik !

    ReplyDelete
  4. Bestnyeeeeeeeee harus masuk LIST

    ReplyDelete
  5. cantilnyaa.. tapi tak pandai berenang la pulekkk

    ReplyDelete
  6. menarik penuh aktiviti mencabar kat tadom hill tuuuh

    ReplyDelete
  7. x pnh sampai lg.tgk tu mcm menarik je kan.
    pantai morib pon dh lama x p.
    kalauu p ke sana, just p bli kerepek pastu balik .hikhiks.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA