Monday, June 19, 2017

Cari Baju Raya di Lazada~


Assalamualaikum~

Raya dah makin dekat ni, tak sampai seminggu pun lagi ni. Korang dah beli belum baju raya?? Saya? Adalah jugak baju raya sebab mak memang selalu bagi baju raya kat anak-anak perempuan dia. Walaupun anak dia sorang ni dah kawin dan beranak-pinak..huhu..malu pulak kan. Patutnya kita yang belanja mak. Tapi, bila ajak mak keluar beli baju raya, mak asyik cakap tak nak je. Kalau main beli takut tak sama saiz sebab mak jenis bahu lebar..huhu.

Tahun ni, sekali lagi tema warna saya adalah hijau. Dah tiga tahun berturut-turut hijau! Ni semua penangan husband yang suka sangat warna hijau T_T. Saya dah bagitau awal-awal tahun depan bagi saya pilih warna pulak, tak pedulik! Saya nak warna pink..hehe..padan muka :p 

Baju raya saya dah ada. Ada kebarung, kurung moden. Tapi baju husband dengan Adam takde lagi ni. Kalau boleh nak sedondonlah kan. Husband cakap dia boleh pakai baju raya tahun-tahun lepas sebab memang hijau kan. Tapi Adam dah sentenglah baju tahun lepas. Dah jadi seluar tidur dah baju melayu dia tu. Nak tak nak Adam kena ada baju raya. 

Nak pergi ke kedai mesti penuh sangat orang kan? Dengan perut yang tengah sarat ni, ada baiknya saya survey baju raya online saja. Duduk dengan relaks je sambil shopping. Mudah je kan? Husband ada cakap nak cuba survey kurta. Dapat sedondon dengan Adam memang elok sangatlah tu kan?? 


Jom cuci mata, tengok kalau-kalau ada Kurta yang berkenan kan :) Baru tengok-tengok je, tapi warna hijau untuk selection kurta tak jumpa la lagi pulak. Takpe, kita teruskan pencarian ye. Banyak sangat pilihan takut tak terjumpa kan~



Baru jumpa warna biru je. Comel gak baju tu kan. Kita bookmarks kan dulu baju kurta sedondon ayah dengan anak ni ye. Hehe. Jom cepat shopping baju raya kat Lazada sekarang! Ada Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale! Diskaun sehingga 90% tau dari 19 Mei 2017 sampai 30 Jun 2017 ni!! :D Berbaloi-baloi~ Hari tu baru shopping barang berpantang, beratus gak habis, nasib baik berbaloi dan memang keperluan..huhu~

3rd Pregnancy: 36 weeks dah sekelip mata!


Assalamualaikum~

Semakin dekat nak raya, semakin berdebar pulak rasa. Minggu ni dan masuk 36 minggu pregnancy. Macam manalah rupa baby bila keluar nanti. Risau jugak sebab kali ni makan tak berapa nak jaga sangat macam masa pregnantkan Adam dulu. Harap-harap comel dan sempurna sifatnya baby ni nanti, Aminnnn~

Nak raya pun, bisnes online tengah rancak sebab banyak promo raya. Sarat-sarat pun bisnes tetap bisnes. Masih merangkak dalam online bisnes ni, tapi Alhamdulillah makin nampak perkembangan sikit-sikit. Sambil menjual sambil memperkenalkan produk yang lebih selamat kan? Ada stokis mesej saya tanya kenapa saya tak amik bayaran postage. Saya bukan tak amik, cuma pembelian atas RM 100 buat masa ni memang saya tak cas pos.Orang baru nak bisneskan, kena try and error lah :) InsyaAllah ada rezeki ~ 

Raya tahun ni insyaAllah akan beraya di Terengganu dulu. Raya tahun ni paling lama saya rasa cuti beraya. Agaknya sebab start raya pun hari Ahad. Jumaat malam kami akan bergerak ke kampung. Huhu..kena siap-siapkan bekal untuk bersahur sekali la nanti. Mesti jem teruk nanti, lenguhlah pinggang T_T.

Semoga perjalanan kita semua selamat. Selamat pergi dan selamat balik ye :)


Friday, June 16, 2017

Promosi Raya Secretleaf! Berbaloi-baloi~


Assalamualaikum~

Seminggu ni rasa kaki makin membesar. Bengkak air kot orang cakap atau edema. Bila dah duduk nak bangun pun rasa berat & lenguh je kaki ni. Sarat dah rasa ni. Ada lagi 5 minggu nak 40 weeks. Caiyok-caiyok! Beg hospital tak packing lagi. Beg untuk balik pantang jap kat Melaka tak packing lagi. Adoilaa..dengan peningnya nak bersalin kat mana lagi...huhu~

Minggu ni pulak mata sakit, macam berair je. Tekak sakit. Kaki bengkak. Dugaan sungguh. Rasa nak mintak MC tidur je ni rasa. Tapi pagi tadi pergi klinik, klinik tak buka lagi pun. Harap tak berjangkit kat Adam atau husband je lah.

Sebenarnya tujuan utama entri kali nak ni bagitau pasal promosi Secretleaf je. Korang pernah dengar tak pasal Secretleaf? Selalu kot masuk TV Al-Hijrah. Dalam majalah mingguan wanita pun selalu juga keluar iklan. Secretleaf ni adalah produk penjagaan kecantikan/ kosmetik yang diformulasikan secara natural. Founder pun orang Melayu. Ada kilang bertaraf GMP kat Kedah & coming soon kat Meru, Klang tau. Produk tempatan tapi kualiti antarabangsa! Bebas paraben, SLS, merkuri, hidrokuinin dan lain-lain kimia bahaya.






Sekarang Secretleaf tengah mengadakan promosi raya. Sampai 7 Syawal / 1 Julai 2017 sahaja tau. Bagi saya promo ni memang berbaloi sangat penjimatan dia. Kalau nak cuba, tak rugi amik promo set ni   :)

Untuk maklumat lanjut boleh contact 013-6514022. Dealer sah area Dengkil / Cyberjaya. Kalau duduk jauh, free pos je sebab setiap pembelian atas RM 100 saya bagi free pos tau. Pos laju lagi :)

Dulu beli saje je sebab nak try, bila dah guna terus jatuh cinta nak nekad nak konsisten dengan produk ni. Dahlah produk bumiputra, Melayu Islam lagi tau. Saya pernah jumpa founder produk ni sekali, very humble person dan bukan calang-calang oranglah senang cakap. Respectable person. Secretleaf adalah company pertama jual argan oil di Malaysia pada 2009/2010 tau.






Tuesday, June 13, 2017

3rd Pregnancy: 35 Weeks & barang berpantang~


Assalamualaikum~

Dah week 35 dah, kali ni rasa macam dekat je dah nak bersalin. Tak tahu kenapa. Dulu masa Adam selagi tak raya, rasa macam lambat je lagi walaupun due second week raya. Kali ni, walaupun due date minggu ke-3 raya, tapi rasa macam tak jauh je rasa. Tak tahulah kenapa. Tapi, walaupun rasa camtu, baju baby still prepara lambat gak :p Baru je basuh weekend baru ni. Tak packing lagi beg nak pergi hospital. Kali ni bawa beg roda macam nak pergi holiday kot. Senang nak seret..huhu..pelik tak kalau bawak beg tu check in hospital??

Bulan ni Alhamdulillah, ada rezeki lebih. Beli barang-barang untuk berpantang dan barang baby sikit. Beli online je sebab bila walk in kedai macam harga lagi mahal je dan penat nak pusing. Online senang je, duduk depan laptop dan surveylah harga. Cari yang fee delivery la..hehe. Setel barang berpantang. Yes! Mula-mula risau jugak mana nak cekau duit, dengan breast pump pun tak beli haritu lagi kan. Tapi bulan ni nekad bagi lebih sikit mak mak sebab nak raya, Alhamdulillah rezeki datang berganda. Hampir complete dah barang nak bersalin ni. Lain kali jangan berkira sangat dengan family ye..huhu~

Saya beli minyak herbanika NR, akar uncang NR, uncang mandian tanamera, sabun mandi tanamera untuk preparation berpantang. Macam sikit kan? Tapi tu pun dah cecah hampir RM 200 jugak tau. Nasib baik minyak pilis Anugerah masa bersalin Adam tu ada lagi, Boleh guna. :)

Untuk urut lepas bersalin pun dah book dengan sorang akak ni. Dia akan datang rumah dan buat treatment macam spa kat rumah. Best jugaklah ada orang sediakan air mandian, scrub badan, sauna, urut, buat rawatan muka dan rambut. Maklumlah badan penat lagikan lepas bersalin. Saya amik pakej 3 hari RM 400. Akak tu area Melaka. Kalau luar ada transport charges. Tapi saya kena jimat, so kalau urut kena balik Melaka lah. Tak tahulah mana baby ni nak keluar...

Image result for tanamera mandian Image result for tanamera sabun
Image result for nr minyak herbanika Image result for akar herbanika


First time nak cuba dua produk ni. Sebelum ni guna set pantang Anugerah. Nak try produk yang lain pulak. NR ramai yang komen best, sebab tu nak try. Kita tengoklah camne nanti ye~

Wednesday, June 7, 2017

3rd Pregnancy Week 34: Alhamdulillah, setel breast pump~~


Assalamualaikum~

Dah masuk minggu ke-2 berpuasa di bulan Ramadhan ni kan. Sekejap je masa berlalu. Banyak tak amal ibadat yang dah dibuat tu? Saya banyak tertinggal dah..badan rasa letih sangat malam. Sampai nak layan Adam pun dah tak larat. Baby dalam perut pun bila gerak kadang-kadang rasa senak. Kadang-kadang dia dia berlaga dengan tulang pinggul ni. Geli pun ada..huhu..dulu masa Adam tak ingatlah pulak. Rasa Adam dulu kuat menendang je kot. Sampai terpelanting telefon kat perut...huhu~

Weekend baru ni saya pergi baby fair kat Presint 3 Putrajaya. Ingatkan bolehlah borong barang baby bagi habis semua, tapi harga agak mahal jugaklah kat sana T_T. Dahlah dengan orang beratur panjang nak bayar sebab kaunter satu je, tempat pulak sesak. Memang mood terus hilanglah. Kat sana saya tengok ada breast pump jenama Treenie Kompakto, brand yang saya tengah target nak beli sebab tu double breast pump yang paling murah setakat ni. Harga pam tu RM 139. Emm..macam mahal jugaklah bagi saya. Tak berbaloi nak beratur panjang.

Saya masuk sorang je, pusing-pusing pastu keluar balik. Cakap kat husband tak berbaloilah. Pastu kitorang pergi tengok The Store warehouse sale kat bangunan sebelah tu. Harga pun biasa je kot bagi saya, lebih kurang macam kat kedai dia je. Tak macam warehouse sale pun. Tapi belilah jugak sikit barang sebab tak panjang pun orang nak beratur bayar. Area pun luas lagi dari baby fair tadi.

Pastu husband ajak balik sebab cuaca pun panas. Tapi saya ajak husband singgah Pump on the Go kat Ayer 8 jap. Tak puas hati sebab tak dapat breast pump. Bajet dah ada, takut terguna kat tempat lain. Sampai-sampai saya naik sorang je. Ada Treenie Kompakto dan pakej dia lagi berbaloi dari baby fair tadi! Memang saya amiklah. Pakej RM 149 dapat breast pump, cooler bag, ice brick, 4 botol susu. Berbaloilah saya rasa. Alang-alang kat sana amik satu botol susu pigeon untuk baby baru. Adam dulu susah nak menyusu botol. Tomme tippe,MAM, dan beberapa botol lain saya dah try tapi tak jalan. Sampai nak dekat 2 tahun kesian dia kurang menyusu. Tapi kat rumah asyik nak melekat T_T.

Harapannya, baby kali ni dimudahkanlah. Harap ok lah hantar pengasuh nanti. Adam dulu pengasuh sampai nak give up jaga sebab tak nak menyusu. Sampai kena pakai sudu / syringe untuk bagi susu, Gigih tak gigih pengasuh saya ni. Sebab tu suka sangat dengan pengasuh ni. Sampai sekarang hantar kat dia je. :)


Image result for treenie kompakto
Lebih kurang macam ni lah pakej saya, Tapi ice brick, bukan ice pack.

Lega rasa dah dapat breast pump. Hari ni kita cari item untuk berpantang pulak! Saya macam nak cuba NR lah, tapi bukan setlah. Tak mampulah, mahal. Saya target minyak herbanika, akar herba untuk minum. uncang mandian herba tanamera, sabun tanamera. Ok tak tu je ?? Tu pun dah dekat RM 200...huhu..shopping kat lazada. Ada tambahan apa-apa lagi ke ye? Dulu saya beli set Anugerah, ok je tapi kali ni nak cuba NR pulak. Minta bagi pandangan ye :)

Friday, June 2, 2017

Berbuka Bersama PM~


Assalamualaikum~

Sekejap je dah 7 Ramadhan kan kita? Alhamdulillah setakat ni masih larat berpuasa walaupun perut rasa berat je ni. Kadang-kadang bila orang tanya bila nak bersalin, rasa macam tak caya je nak jawab bulan depan. Serius rasa macam sangat dekat dah due tu. Pastu dengar ada sesetengah orang yang awal sebulan dah bersalin. Perasaan berdebar dan risau tu ada jugak, tapi doa yang baik-baik aje lah. Beg untuk ke hospital pun tak prepare lagi ni. Slow & steady je kali ni. Cuma harapnya jangan kelam-kabutlah bila dah dekat due nanti. Maklumlah masa tu mesti busy nak beraya lagi kan..huhu~

Selasa baru ni ikut husband pergi majlis berbuka puasa bersama PM kat Putrajaya. Saja nak tengok suasana berbuka majlis dengan PM..hehe. Pukul 6.30 patutnya dah boleh masuk, tapi balik ofis jalan jem, nak mandi solat semua, 6.30 baru gerak dari rumah. Masa tu tawakal je lah, kalau takde tempat kosong, pergi jelah buka tempat lain. 

Sampai-sampai, PM tengah bagi ucapan. Masa tu dah pukul 7 lebih dah. Lewat gak lah kitorang sampai. Sebelum sampai tu ada scanning security lagi kat guard, parking pun dapat jauh. Nak pergi cari meja kena lalu depan orang ramai. Kiranya kiri tu pentas & VVIP, kanan pulak semua tetamu. Laluan karpet merah. Masa tu semua tengah tengok PM berucap. Kira memang menarik perhatianlah lalu nak pergi cari meja tu. Segan tak payah cakaplah.

Nasib baik ada tempat kosong, cuma basah sikit sebab hujan sebelum datang tu. Tak kisahlah kan. Makan buah & nasi berlauk. Boleh tahanlah, sedap jugak. Pastu nak solat, tengok macam sesak la plak. So, akhirnya kitorang decide balik solat kat surau mana-mana je. Tak tunggu sampai habis majlis pun..huhu. Susah sebab Adam tak leh nak duk diam. Asyik nak berlari je. Siap jadikan karpet merah tadi macam trek larian dia pula T_T. Nasib masa tu ramai dah gerak untuk solat. PM pun dah takde kat area tu.

Singgah kat area surau Ayer 8, solat kat situ je. Sedap je aircond dalam surau tu. :)

So, oklah overall. Sempat makan dan sempat solat. Sebab sebelum datang dah letak mindset jangan berharap makan dengan tenanglah dengan budak Adam tu :p 

Bye-bye. Ada rezeki bolehlah datang lagi. Kamera HP murah je, tak berapa clear sangat :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA