Assalaualaikum~
Harap semua tak bosan dengan title saya sekarang ni. Semua pasal minggu aje. Maklumlah nak blog pun weekend je baru ada masa. Dah alang-alang macam tu saya update ikut week je la..hehe..
Tahun ni semua dah tahu kan Johor sekarang weekend adalah pada hari Jumaat dan Sabtu SAHAJA? Manakala, Selangor pulak masih cuti macam biasa, Sabtu dan Ahad SAHAJA. Nampak tak perbezaan hari minggu untuk saya dan leonerz sekarang ni?
Jadi, sekarang ni hari yang saya dan leonerz ada masa bersama adalah pada hari Sabtu SAHAJA. Nampak tak kesulitan duduk dan kerja di tempat yang tak satu negeri ni? Seksa rasanya. Macam hari ni, hari Ahad saya cuti, tapi leonerz semalam dah kena balik Johor sebab dia kerja hari ni. Dahla weekend je dapat jumpe, pastu masa berkualiti untuk kitorang pula hanyalah satu hari aje. Memang kena gunakan sebaik-baiknye SATU hari tu.
Lepas ni dah lah dua minggu sekali je plan nak jumpa disebabkan nak kumpul duit untuk bakal anak yang nak lahir ni. Jadinya lepas ni, dalam sebulan kami ada 2 hari je masa berkualiti untuk bersama. Seksanya rasa..huhu~
Rasa sayu je hari ni sebab duk kat rumah sorang-sorang. Teringat-ingat hari semalam bersama leonerz..huhu..terbayang-bayang la kelibat dia dalam rumah ni. Kakak saya pulak balik kampung minggu ni, lagi lah terasa sunyi je rumah ni..
Apa boleh buat. Nak cari kerja bukan senang. Kalau saya ni siapa lah yang nak amik kerja sebab tengah pregnant kan. Jadinya harapan hanya pada leonerz aje lah untuk cari kerja dekat-dekat sini. Itulah, dulu leonerz dah dapat kerja kat Johor dari Terengganu, saya pulak yang lari dari Johor ke Selangor. Sekarang ni siapa yang terseksa? huhu.. :(
Nak menyesal pun tak guna, sebab mungkin ada hikmahnya kat mana-mana. Cuma tak nampak je lagi.Sekarang ni kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.
Hari ni entro sayu-sayu sikit sebab malam tadi baru hantar leonerz pergi naik bas balik Johor..huhu~~ :'(
Doakan urusan kami ni dipermudahkan ye. Saya pun tak nampak lagi jalan mana yang terbaik untuk kami. Sama ada saya ke sana atau dia ke sini.
Oklah, panjang gak entri kali ni..huhu..sekarang ni AmirYana's Health & Gadget ada buat promosi nak habiskan stok. Jom window shopping kat bawah ni. Kalau berminat bagitau lah ye..hehe..tumpang promote barang skali dalam entri ni~~
Set 1: Bedak Arab + Charcoal Mask = RM 45
Set 2: Bedak Arab + VCO liquid + Sabun beras = RM 75
Set 3: Catalyst Hair Revitaliser + Bedak arab + Sabun beras = RM 75
Set 4: Catalyst Hair Revitaliser + VCO liquid + Sabun beras = RM 80
Set 5: Sabun Marine Essence/SK + Bedak Arab + Sabun beras = RM 150
Sekian..terima kasih sudi scroll sampai bawah..hehe~ :p