Thursday, February 16, 2017

Pengalaman first time live~


Assalamualaikum~

Selesai jugak hari semalam. Rasa macam lama je semalam tu. Memang pengalaman berharga dapat masuk tv secara live walaupun 10 min++ je pun. Nak bergambar dengan Irma pun tak sempat sebab dia kena cepat-cepat pindah ke set lain pulak lepas tu. Rancangan tu kan berakhir pukul 10 pagi. Nak tunggu macam tak boleh sebab lepas tu terus nak rushing pergi ofis. Maklumlah minta cuti half day je pun dengan bos. 

Sebelum pergi kerja kena bersihkan make up & tukar baju. Nanti orang kata buang tebiat pulak pakai baju kurung dengan shawl pergi kerja...huhu :p

Semalam seawal pukul 3 pagi dah terbangun, sakit perut punya pasal. Pastu tido balik.Pukul 5 pagi bangun sebab alarm dah berbunyi, tapi Adam pulak nak melekat.Sampai pukul 5.15 pagi gak duk layan Adam ni. Last-last kejut husband suruh tolong tengokkan Adam. Nasib Adam ok. Baju semua dah prepare malam semalam. So, mandi, pakai foundation colorblock Secretleaf sikit , siap lilit shawl terus gerak hantar Adam ke pengasuh. Pukul 6 pagi dah gerak. Paling awal dalam sejarah. Takut jem punya pasallah ni~
Lepas hantar Adam jumpa husband kat Petronas, sebab nak dia teman. Tinggal kereta kat situ supaya tak payah nak patah balik rumah untuk pergi kerja balik. Solat subuh kat situ je. Kat rumah banyak kali pesan jangan sentuh, tak nak bukak shawl balik, bedak semua dah pakai...hehe :p

Pergi sana lalu MEX, dah dekat nak sampai KL kereta banyak dan dah start slow. Pukul 6 lebih dah jem. Nasib tak kerja KL..huhu. Sepanjang jalan nak ke area Masjid Negara tu memang kereta slow je jalan. Perut dah start sakit dah masa tu. Rasa memang tak leh nak tahan. Mane ada toilet kat higway kan. Bila dah sampai, dah park kereta hilang pulak rasa sakit. Pergi tengok bangunan Al-Hijrah. Ok, senang je dah jumpa. Masa tu awal lagi baru pukul 7.30 pagi. Pergilah breakfast dulu kat kafe sana.

Pagi tu relaks lagi la, cuma nak makan tu takut sakit perut je. Dah makan terus masuk set Assalamualaikum tu. Simple je tengok set dia. Sempoi je~

Gambar dalam hp plak, takde usb nak transfer. Sampai-sampai bagitau kehadiran kat orang yang manage time table kot. Dah dekat pukul 9 pergi make up, pastu cari toilet...huhu :p

Main redah je masa tu rasa, tak tau nak pandang mana, nak tengk kamera mana dan nak cakap macam mana...huhu~

Overall memang penrgalaman yang berharga. Rasa jugak keluar tv :p



Tuesday, February 14, 2017

Live di TV-Al Hijrah Esok~


Assalamualaikum~

Debaran kian terasa nak menunggu ke hari Rabu 15 Februari 2017 esok. First time dalam sejarah mencabar diri sendiri untuk sahut cabaran ni. Bukan senang. Lagi-lagi saya bukanlah jenis yang pandai bercakap. Lagi suka berdiam diri dan memerhati.

Esok pukul 9lebih pagi, saya akan live di TV. Macam tak percaya je ni. Saya akan promot produk Secretleaf. Bermula esok ada promo pure argan oil dengan harga RM49 sahaja! Siapa nak cepat-cepat wassap 013-6514022. Jangan call masa tengah live pulak esok ye. :p

Image result for argan oil secretleaf pek baru

Jom bertukar ke produk yang lebih selamat :)


Tuesday, February 7, 2017

Ramai yang tak pernah dengar rupanya~


Assalamualaikum~

Dalam post sebelum ni saya ada buat beberapa entri pasal Secretleaf. Rupa-rupanya ramai yang tak pernah dengar pasal produk ni ye? Secretleaf International Sdn Bhd ni telah bertapak sejak dari tahun 2009/2010 lagi tau. Pengasasnya adalah orang Melayu Islam bumiputra, En Amir. Tak silap saya dia background agama lah. Disebabkan terlalu banyak keraguan bahan dan bahan kimia berbahaya dalam produk penjagaan muka masa kini, dia sendiri ingin cabar dirinya untuk menghasilkan produk yang bagus dan selamat.

Semua produk Secretleaf adalah 100% bebas paraben dan SLS. Ia jugak tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti hidrokuinon, merkuri dan lain-lain. Secretleaf banyak menggunakan ekstrak tumbuhan dalam produk mereka. Sebagai contoh, arbutin digunakan bagi menggantikan agen pemutih bahaya. Arbutin adalah ekstrak dari tumbuhan seperti beri. 


Secretleaf juga mempunyai kilang sendiri di Kedah. Mempunyai R&D Team sendiri dan ramuan kebanyakan adalah ramuan terbaik yang diimport dari seluruh dunia. Sebagai contoh, teat tree oil dari Australia, Argan Oil dari Morroco dan bee venom@sengat lebah dari Korea. Semua produk adalah formulasi natural. Oleh itu bagi saya, harga adalah sepadan dengan kualiti :)




Janganlah menggunakan produk sebarangan yang kita tak tahu sama ada ia OEM atau re-pack. Akibat dia adalah memudaratkan diri sendiri. Jom sayangi kulit kita :)

Saya dealer sah Secretleaf (013-6514022). Sebarang persoalan boleh whatsapp saya ye. Nak cari side income pun boleh contact saya. Sebagai agen dropship. Komisen sehingga 10% :)

Tamat iklan dari saya untuk hari ini...hehe :p

Friday, February 3, 2017

Tasik Kenyir!


Assalamualaikum~

Hari tu CNY boleh pulak kitorang pergi ke Tasik Kenyir. Dahlah time tengkujuh dengan banyak area banjir kan? Hari Sabtu tu tetiba husband cakap dengan mak dia nak bawak pergi Kenyir. Saya pun tak tahu dia plan nak pergi. Mak mertua memang suka jalan, semua on je. Saya je yang malas nak jalan..hehe. Bukan malas nak jalan apa pun, malas nak duduk dalam kereta lama-lama :p

Dari Kemaman - Tasik Kenyir ambil masa 1 jam lebih jugak. Sehari sebelum pergi tu memang dah tanya-tanya orang area sana banjir ke tak. Memang tak banjir pun. Jalan nak ke sana pun ok. So, Ahad dalam pukul 10 pagi tu bergeraklah kitorang ke Tasik Kenyir melalui LPT 2. Keluar exit Ajil tak silap. Air terjun sekayu tak jauh dari exit, tu tapi malangnya tutup sebab musim tengkujuh. Yang ni kitorang pergi lepas balik dari Kenyir. Last-last makan piknik je lah kat luar pagar sekayu tu T_T.

Dari exit tol ke Tasik Kenyir memang lalu jalan kampung je. Jauh jugaklah nak sampai dari exit tu tadi. Sampai-sampai je tengok kereta banyak jugak. Parking sikit je tinggal sebab air Tasik Kenyir naik sebab musim hujan, Bayangkan boleh nampak line parking dengan pondok apa entah dalam air tasik tu..tapi orang semua relaks je.

Pergi sana ada banyak booth untuk pelancong pilih pakej. Kitorang amik pakej Pulau herba & pulau rama-rama. Satu boat total RM150. Jimat lagi kalau pergi ramai kot. Kongsi bayar je. Masa dalam 2 jam jugak amik. Besar sangat area Tasik Kenyir, siap ada signboard arah tau. Memang tak mustahil boleh sesat kat situ.

Kat Pulau Herba boleh rasa free je air tongkat ali, kacip fatimah dan makhota dewi. Freshly brew tau. Air keliling pulau tu memang naiklah. Tenggelam pondok-pondok sekitar pulau tu.


Kat sini pun boleh sewa boathouse. Harga dari RM1,200 semalam boleh muat sehingga 20 orang.  Bilik 6 kot. Boleh tanya semula nak pakej yang mana. Kat boat house tu ada tv, astro, karaoke, dapur, toilet. Oklah nak duk semalam kot. Buat family day ke kan.



Cantik air tasik ni. Hijau jernih je. Rasa cam nak terjun je tau. Nampak menarik jeee.




Masa ni air memang naik sebab musim hujan. Kat sana ada banyak lagi pulau yang boleh pergi. Tengok pada bajetlah..hehe. Masa musim hujan ni tak boleh nak pergi ke air terjun kelah tu sebab takut kepala air. Semua pulau air terjun tak boleh nak pergi pun. Bahaya. Next time bukan musim hujan bolehlah pergi tengok air terjun pulak :)



Wednesday, February 1, 2017

Promosi Secretleaf Nano Collagen!


Assalamualaikum~

Siapa ada tengok TV-Alhijrah pagi tadi?? Bermula hari ini 1 Feb 2017 sampai Ahad ni , 5 Februari Secretleaf telah mengadakan promosi hebat Alami Nano Collagen. Ramai mesti tak tahu pasal produk ni kan? Produk keluaran Secretleaf adalah formulasi natural, tak perlu risau bahan kimia berbahaya dalam produk Secretleaf! Kolagen dari Secretleaf ini adalah 100% pure collagen, takde tambahan perasa. Boleh dicampurkan dalam minuman atau makanan seharian kita :)

Image result for nano collagen secretleaf
Harga biasa sebotol RM90

Beli 2 dengan harga RM150 saja!


➢ Semakin berusia, semakin kurang jumlah dan kualiti kolagen yang dihasilkan oleh tubuh, menyebabkan kulit mulai kendur, timbulnya kedutan dan garis halus pada wajah, kesakitan sendi dan tulang belakang serta kesukaran pergerakan seharian.
➢ Secretleaf Nano Collagen merupakan 100% serbuk peptida kolagen tulen (fish collagen) dari sumber ikan, yang bersaiz kecil dan lebih mudah diserap oleh tubuh untuk kesan keanjalan kulit, kecantikan wajah dan awet muda, mengurangkan kesakitan sendi dan kaki lenguh serta menjadi sumber tenaga segera ketika bersenam.
➢ Kandungan kolagen setinggi lebih 90%, tanpa lemak dan tanpa gula ini bertindak membekalkan tubuh dengan keperluan kolagen harian yang amat penting untuk kesihatan sendi dan kecantikan kulit.
➢ Secretleaf Nano Collagen membantu:
♯ menganjal dan menegangkan kulit wajah
♯ mengurangkan kedutan dan garis halus
♯ melambatkan tanda-tanda penuaan
♯ memperbaiki struktur kulit yang bermasalah
♯ melancarkan pergerakan sendi dan otot
♯ mengurangkan kesakitan dalam pergerakan seharian
♯ menguatkan tulang belakang dan ligamen otot
♯ memberi tenaga tambahan ketika bersukan dan bersenam
➢ Cara Penggunaan:
♯ Untuk kecantikan kulit, ambil 5g kolagen setiap pagi (3/4 scoop), atau 2 kali sehari untuk mengurangkan masalah sendi.
♯ Nano Collagen boleh dimakan begitu sahaja atau dibancuh ke dalam minuman/jus.
♯ Tidak sesuai untuk dimakan jika alergi terhadap kolagen.


Hubungi 013-6514022 untuk sebarang pertanyaan!
Anda akan dilayan secepat mungkin!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA