Monday, May 30, 2016

Sebenarnya....


Assalamualaikum~

Sebenarnya masa saya masuk hospital last week,  berbulan-bulan sebelum tu saya dan husband dah buat booking untuk ke Pulau Langkawi. Flight Khamis malam tu. Saya masuk hospital Rabu pagi, admitted Rabu petang. Khamis tu tak tau dapat balik ke tak lagi. Masa tu pasrah aje untuk burnkan semua tiket flight dan hotel booking. Redha dalam tak redha la. 

Tapi, urusan dimudahkan pulak, tak perlu ke operation room. Jadinya dapat keluar jugak Khamis tengah hari tu. Discaj je terus kemas beg dan rumah sikit-sikit. Nasib ada kakak. Dia tolong tengokkan Adam dan hantar saya dan Adam ke Putrajay Sentral untuk naik ERL. Husband kerja, memang set untuk jumpa dia lepas kerja kat sana. Untung ada kakak, dia yang tolong bawakkan beg roda dengan Adam..huhu~

Rasa macam senang je urusan hari tu. Alhamdulillah~

Pengalaman naik flight sejam dengan budak kecik:
1. Tak dapat seat dekat dengan tingkap. 
2. Flight malam, so tak nampak luar.
3. Adam tak nak pakai seat belt untuk infant <2 tahun.:(
4. Sepanjang nak take off asyik mengamuk. Bising satu flight :(
5. Masa landing pun sama :(
6. Masa flight balik siang, dapat sebelah tingkap ok sikit la.
7. Asyik kacau orang depan :(
8. Nampak aeroplane asyik cakap nak naik. Padahal tak sedar-sedar dia dah ada dalam aeroplane T_T
9. Memang mencabar bawak Adam naik aeroplane. Nasib sejam je~

budak bertuah ni~

waktu nak balik~


bye-bye langkawi~

Pasni leh citer pengalaman pergi sana pulak. Tapi sebab dalam pantang kan, tak pergi island hopping dengan naik cable car pun..huhu~
Husband pun takut nak bawak Adam pergi island hopping. Asyik mimpi Adam hilang je.. T_T Takut sangat tu~




Friday, May 27, 2016

Pengalaman duduk hospital sebab miscarriage~

Assalamualaikum~

Baru dua hari satu malam je duduk dekat wad, tapi banyak jugak kes yang lagi teruk daripada saya. Syukurlah saya tak ada apa-apa komplikasi. Alhamdulillah. Saya duduk area pesakit yang tak berapa kritikal. Syukurlah saya tak perlu ke operation room. Walau sakit kena korek dengan doktor, tahan je lah kan~

Ada sorang akak ni lagi lama, dah 3 bulan kandungan tak jadi. Tapi still tak boleh keluar lagi. Kena induce. Dia pun jeles tengok saya sebab dia kata senang keluar, tak sesusah dia. Akak ni anak dia dah empat orang. First normal, 3 kali ceaser pastu. Kiranya tinggal lagi satu kali aje lah boleh ada anak. 

Ada lagi sorang akak ni pulak, rahim kena buang sebab fibroid. Besar dah sampai memudaratkan dan kena buang rahim sekali. Tapi dia ok tengok. Kuat aje. Mungkin sebab anak-anak pun dah besar. Paling tua umur 23 tahun. Takde plan kot nak ada anak lagi.

Ada sorang ni pulak, dia baru masuk, Saya tak sempat nak borak. Tapi dengar ectopic pregnancy. Kemungkinan besar kena potong satu tiub fallopio tu. Anak baru sorang, nampak muda jugak. Mungkin lebih kurang sebaya saya kot. Ok. Yang tu saya memang kalau kena kat saya, saya akan sangat takut. Dia ok lagi, mungkin tak tunjuk kot. 

Kiranya bersyukurlah urusan saya dipermudahkan walaupun kehilangan kandungan kembar. Sedih kat part kembar tu..huhu. Mungkin saya masih belum mampu lagi nak ada anak kembar. Allah tahu yang terbaik untuk kita~

Sekarang tengah pantang. Tapi macam tak pantang pun. MC sampai Rabu je. Dah dua hari kerja. Setakat ni ok. Teringat masa masuk wad last week. Bila husband takde sebelah, rileks je lagi. Bila dia melawat first time, meleleh gak air mata ni. Tak tahu nak cakap sedih pasal apa. Perasaan bercampur baur kot.

Daripada Rabu malam pas dah habis korek tu, sampai tengah hari esoknya asyik tanya nurse & doktor boleh tak nak keluar. Serius rindu rumah dan family. Last-last dekat tengah hari doktor pakar tak round-round jugak, akhirnya doktor bagi jugak discaj. Saya setelkan semua urusan discaj sebab malas nak tunggu husband, on the way dari ofis. Nasib baik bawak dompet. RM18 kena. Alhamdulillah tak mahal sangat. Ok lah, memang murah kan. Servis pun bagi yang terbaik~

Bilik air Hospital Serdang ada hot shower tau. Cam duk hotel je. Yang tak bestnye lupa nak bawak selipar. Pergi bilik air pakai kasut sandal..huhu~

Image result for janin kembar 7 minggu
kalau jadi mesti camni..huhu~

Thursday, May 19, 2016

Semalaman tanpa Adam di sisi~

Assalamualaikum~

Skang duk hospital termenung menunggu bilakah akan tiba waktu nak discaj. Kandungan yang tak jadi baru keluar semalam. Alhamdulillah tak perlu masuk OT untuk proses cuci. Tapi 2,3 kali jugak kena korek untuk keluarkan yang tertinggal..huhu~

Pengalaman yang tak nak diulang lagi. Tak sabar nak keluar wad. Rindu Adam. Appointment cuci patutnya minggu depan, tapi awal dia nak keluar. Takpelah janji semuanya OK.




Husband jadi babysitter Adam semalam. Senang je husband buat, bawak pergi main je la. Hepi tengok Adam , xingat ibu langsung ye T_T ibu yang menangis rindu kat sini..huhu~

Malam tadi pukul 11 camtu husband bawak Adam datang. Alasan nak susukan Adam. Orang macam pelik sebab Adam dah besar kot. Takpelah, janji dapat jumpa Adam. Masa nak balik dia pegang saya suh ikut balik T__T pandainye dia..

Last-last ayah dia distract, baru ok. Sebelum tu meraung-raung cakap nak susu. Alasan nak saya..tu je la saya ni pembekal susu je la ..huhu..

Doakan semua ok ye..tengah tunggu round pakar baru boleh discaj. Lambatnyeee....

Tuesday, May 10, 2016

Adam 1 tahun 9 bulan~

Assalamualaikum~



Adam dah start tantrum. Tak dapat je benda dia nak mengamuk terus. Kadang-kadang mengamuk sebab kita tak faham apa yang dia nak..huhu..

Semalam tegur je pun sebab dia makan sepah dalam kereta. Terus melalak macam kena pukul. Sambil driving panggil dia datang kat saya. Nak datang walaupun merajuk :p

Peluk dia untuk pujuk. Peluk saya, tapi nangis lagi. Sedih sangat, padahal tak marah pun. Sensitif Adam skang ni. Sampai kawasan rumah dia tak berhenti nangis. Masa driving try alih perhatian dia ke aeroplane & bird, tapi tak jadi. Berhenti kejap je..huhu..normal kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA