Friday, June 26, 2015

Puasa bagi BF mommies~

Assalamualaikum..

Dah 9 hari dah berpuasa kita ni ye. First time berpuasa sebagai seorang ibu dan fully bf anak. Bila tengok kat fb, agak ramai ibu-ibu yang mengalami masalah bila berpuasa. Alhamdulillah saya masih OK. Cuma saya perasan baru-baru ni kalau blk kerja Adam macam tak puas aje menyusu. Perasaan saja kah ni?

Nasib baik Adam dah start makan banyak, jadi takdelah risau sangat. Insya'Allah cukup semuanya.

Teringin nak buat jus kurma + susu. Takde kesempatan lagi. Mungkin boleh up kan production kannn..he he

Mungkin panduan bawah ni boleh membantu jugak. Amik Dari FB je.



Boleh try kot?

Tapi bagi saya, oat kalau makan macam tak kenyang sangat la. Depends pada badan masing-masing jugak kot?

Pada semua ibu yang menyusukan anak tu; chaiyok2!! He he :)

Kalau tak larat, still ada rukhsah kan. Lain orang, lain upayanya kan. Guna sebaiknya :)

Wednesday, June 24, 2015

Adam: Counting to 11 months

Assalamuakaikummm...

Sekejap je masa berjalan sekarang ni. Adam pun lg 2 bulan dah nak masuk umur setahun. Makin berat rasa dia sekarang. Kuat makan, tp nak makan makanan kita-kita ni. Bubur dia kemain susah lagi nak makan.

Manja pun boleh tahan jugak. Balik dari kerja nak masak berbuka kemain susah lagi. Kena mengadap muka dia je..huhu..bila pergi dapur nak masak sikit, mulalah meraung melakak sekuat hati. Dahla tgh penat, lapar lg..sabar je la. Kena ada ayah dia br bleh masak dgn tenang.

Gigi adam dah ada 4 batang. Dua atas, dua bawah. Mula-mula tak perasan pun ada gigi kat atas tu. Tahu bila dia pergi duk gesel-gesel gigi tu. Ngiluuuu. Bila tegur, dia duk ketawa je.

Suka main kejar-kejar sekarang. Kalau nak suap bubur dia, mmg menguji tahap fizikal. Ikut dia satu rumah untuk suap makan. Ingat org nak main kejar-kjar. Menyorok belakang ayah dia la..macam-macam akal dia.





Kantoi tak puasaaa..he he ;p

Monday, June 22, 2015

Selamat Berpuasaaaa

Assalamualaikummm..

Pejam celik, pejam celik dah 5 hari dah kita berpuasa. Kejap je rase. Tahun ni thun pertama puasa sebagai 1 family yg lengkap. Maklumlah husband baru dapat kerja dekat. Dulu PJJ..huhu..

Puasa kali ni pulak ada si budak kecik ni pulak. Lagila mencabar.. :p


Gambar tgh kacau ibu ayah dia sahur. First day puasa tuuu. Buka pun sama. Memang tak tenang. Baru tahu perasaan ni :)

Best dapat husband yg rajin menolong. Kalau Adam mengamuk masa nak masak berbuka, dia yang tolong masak. Masak pun sedapppp..he he

Best walaupun ada budak kecik tu mengacau.

Selamat berpuasa semua. Mohon maaf kalau saya ada tersilap kata atau bahasa.

Tuesday, June 16, 2015

Garden wedding...

Assalamualaikum...

Lama pulak rasa blog ni x berupdate. Semalam EL sebab kereta rosak. Tak pasal2 kena cuti..huhu..rugi2..

Sebenarnya nak citer pasal weekend baru ni. Saya sekeluarga dapat jemputan kawen. Cantik dan besar tempat dia.

Garden wedding. Fuh..memang impian gadis2 la nak wedding camtu kan? Malangnya saya xmampu dulu..huhu..takpe, takde duit buat cara takde duit ye. Diorang banyak duit, takpe la..huhu..jelesss :p




Byk makanan sedap. Kambing golek je dah 10 ekor kot. Ni buat akikah Adam pun lepas ni..he he



Memang cantik dan sedap. Puas hati melantak kambing hari tu..huhu




Hantaran pun fresh flower tau. Jangan memain..


Seronok diaaaa..he he..

Friday, June 12, 2015

Pencuri!!!

Assalamualaikum..

Sekarang ni baru berjinak-jinak dengan data plan internet untuk hand phone ni. Bulan lepas amikla data plan untuk sebulan. Habis 10 jun. 5 jun camtu kapasiti internet habis dah, so sy amik yg extend. Confident je tambah lg 1 GB. Last2 sampai he 10 jun semua burnnn! :( 1 GB tu sy boleh pakai sebulan kot. Kalau tahu awal2 saya renew sebulan terus je. Burn rm15 camtu je :(((

So lepas ni dah tahu dah, kalau data plan dah habis kapasiti sila berhati-hati. Masa extend tu takde pulak bgtau habis tarikh tu semua burn. Mmg nak makan duit betullah :(

Hari tu terminate broadband pun sama. Saya dah call awal bgtau nak tetminate. Tapi diorang saje je cukupkan sebulan lg, baru call blk cakap nak terminatekan dah. So walaupun saya tak guna langsung kena bayar jugakkkk :((

Peringatan untuk semua; sila berhati-hati dgn permainan syarikat telekomunikasi ye. Terutama C........huhu...



Peringatan lagi satu..he he..dpt kat group wassap :p

Tuesday, June 9, 2015

Demam...

Assalamualaikum..

Selamat bekerja kembali lepas cuti panjangggg...huhu..semalam Mc, demam teruk. Makan ubat tdo je semalam. Habis kerja jadi kelam kabut.

Pagi-pagi masuk kerja dah gaduh dengan orang. Stress je. Berani betul vendor gaduh dengan klien.

Dahlah suara takde ni, tekak sakit lagi. Mentang2 perempuan dia boleh buat camni. Sabar je laaa. Next project, xnak amik dia lg..huhu..

Kesian Adam pun day jangkit demam Dari ibu dia. :( moga Adam cepat sembuh..





Melepek kat ibu dia..huhu..

Friday, June 5, 2015

Festival Floria Putrajaya

Assalamualaikum..

Dah dekat seminggu saya cuti sebab anak takde orang nak jaga. Kebetulan pulak family mertua pun datang. Memang timing tu tepat-tepat je la.

Post sebelum ni saya ada ajak pergi festival floria putrajaya kan? So, malam kelmarin saya dah pergi satu family. Hari bekerja pun memang sesak sangat.

Dalam tu banyak gubahan-gubahan bunga yang cantik-cantik.



Salah satunyaa..




Sempat naik cruise putrajaya. Oklah sebab ada lagi baki-baki kapal berhias. Malam nampak lampu-lampu je la..huhu




Cantikkkk...

Sape-sape tak pergi lagi? Jom pergi. Tak rugi pun. Harga tiket rm5 sorang. Sampai 7 jun 2015 je kalau tak silap. Bukak sampai 1030 malam.

Tuesday, June 2, 2015

Pening kepala..

Assalamualaikum semua...

Sihat?

Tak sempat nak update, tgk blog sekarang ni. Dalam dilema sekarang. Saya nak cuti esok dengan khamis. Manager dah bg green light dah pun. Tapi cam tak ikhlas je bagi..huhu..

Tengah jalan blk td pun call tanye kerja. Adoi..tak tenang rasa hati nak cuti ni. Asyik teringat-ingat je kerja. :(

Camnelah nak hilangkan rasa ni...



Dah 2 hari hubby jaga anak sebab babysitter cuti seminggu..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA