Sunday, June 23, 2013

Mari merehatkan mata~


Assalamualaikum~

Hari minggu camni barulah ada masa nak bermalas-malasan kat rumah tercinta ni. Tapi, malangnya disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk dan cuaca sekarang ni agak mustahil untuk duduk dengan selesa dalam rumah.

Daripada pembacaan saya tadi, khabarnya Muar dah jejak bacaan 700 API dan dah diisythiharkan darurat dengarnya. Moga hujan turun dan bawa semua particle-particle jerebu ni pergi jauh~~

Dalam cuaca macam ni diharap agar semua mengurangkan aktiviti luar rumah. Terutamanya si leonerz tu. Tahulah nak kurus, tapi tak yahlah nak jogging sekarang ni okay~

Oleh kerana waktu-waktu camni tak leh nak menikmati pemandangan di luar, jadi hari ni jom kite tengok gambar je..hehe~



Tengoklah air terjun yang nyaman~


Kehijauan tumbuhan~

Sebenarnya bukan apa, saja nak tunjuk yang saya dah pernah sampai kat Japanese Garden kat Bukit Tinggi tu..hehe. Memang penuh dengan kehijauan. Saya pergi akhir bulan lepas. Gerak pagi dari rumah, sampai dekat-dekat nak tengah hari.

Ingatkan Bukit Tinggi tu sejuk macam Genting Highland, tapi tak rupa-rupanya. Suhu di sana adalah normal okay. Kat sana yang cantiknya adalah kolam dan rumah jepun yang comel. Tak banyak gambar ambil sebab segan ambil gambar guna handphone Corby II aje. Orang sekeliling semua guna DSLR..huhu~

Saya sempat gak singgah Colmar Tropical Hotel kat sana. Asyik tengok gambar aje. Nak jugak rasa. Sampai sana lagi panas cuaca. Lupa nak bagitau, naik Bukit Tinggi tu kena bayar RM12 seorang ye jika anda bukan pelanggan hotel tu.

Sebelum balik, pastikan korang tengok angsa putih dan angsa hitam kat sana. Best bagi makan kat angsa-angsa tu. Tapi kitorang tak lama kat sana disebab cuaca yang sangat terik.

Lepas dah jalan-jalan kat sana, singgah Masjid Bukit Tinggi, solat Zohor. Memang air dia rasa sangat-sangat nyaman lepas dah berpanas kat sana. Rasa macam nak mandi pun ada. Oleh disebabkan tak puas hati sebab ingatkan dapat rasa udara sejuk, tapi hampa. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Genting Highland semata-mata untuk rasa cuaca sejuk. Sampai-sampai je terus hujan lebat kat sana. Tak kisahlah, janji dapat keluarkan asap kat mulut kan? hehe~

Saya dah lama sangat tak menulis, keras tangan ni rasa. Minggu depan leonerz ada interview di Shah Alam. Mintak tolong doakan dia ok. Doakan jugak majlis kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah ~ :)



Saturday, June 15, 2013

Selamat Hari Sabtu!


Assalamualaikum~

Sekejap je dah Sabtu. Sepatutnya dapat berehat-rehat hari ni, tapi kena kerja la pulak. Takpelah, OT je la. Walaupun OT yang tak berbayar, dapat claim hours pun okay lah kan. Boleh cuti kawin lama sikit nanti..huhu~ :p

Bila tengok kat sebelah tu, ada lagi 2 bulan 2 hari aje lagi. Tak sabar nak tunggu dia pamerkan 1 hari lagi. Dah tak sanggup nak serabut kepala fikir pasal majlis ni semua. 

Hari tu pergi sepupu tunang. Meriah sangat tengok. Siap ada sewa baju tunang, make-up artis dengan inai semua. Bila saya tengok ada rase segan, sebab dulu saya tunang sangat simple. Tapi, bila fikir balik, buat apa nak segan kan? Kita buat majlis ikut kemampuan kita aje la. Nak kawin lagi banyak duit nak guna kan~

Ada akak sepupu tanya saya pasal persiapan kawin saya. Saya jawablah okay je, tengah dalam proses. Dia tanya lagi,'Berapa banyak hantaran?'

Saya jawab saya takde buat hantaran pun kawin ni. Cukuplah tunang dulu. Dia buat muka pelik dan tanya kenapa.

"Berjimat cermat", saya jawab. Dia senyap. Cara dia pandang macam saya ni tak mampu pulak. Ops, memang saya tak mampu pun..hehe..daripada habiskan beribu untuk hantaran, baik habiskan untuk jamuan tetamu. 

Biarlah apa orang nak cakap, buat besar orang mengata, buat kecik pun orang mengata. Kita buat mana yang termampu aje lah kan. Harap saya dapat berpegang pada ayat ni~

Saya rasa untuk majlis ni, saya banyak habis ke katering dengan mak andam aje. Door gift saya DIY, tak berapa banyak kos sebab saya buat sikit-sikit. Jadi tak nampak duit sekali keluar..huhu~

Saya takde warna tema lagi. Baju kahwin pun tak pilih lagi. Kad kahwin baru siap semalam. Tak tahu bila ada masa nak amik. Ada sesiapa nak kad kahwin? hehe~



Saya ada jual bedak arab jugak sekarang ni. Berminat bagitau tau~ :)

Friday, June 7, 2013

Pee Mak~


Assalamualaikum~

Lama tak post kat blog. Semalam tengok wayang cerita Pee Mak. Sebenarnya dari last 2 week kot dah nampak poster dia kalau lalu kat tempat wayang. Tengok poster macam menarik je walaupun tak tahu pun cerita dia pasal apa masa tu.


Tengok poster dia macam seorang manusia bercinta dengan hantu. Saya kalau benda pelik-pelik ni suka sangat. Werewolf ke vampire ke, asalkan tak seram..huhu~

Watak perempuan yang jadi 'Nak' memang cantik. Yang laki pun boleh tahan comellah. Tapi disebabkan cerita ni cerita lawak seram, nampak tak comel sangat sebab dia warnakan gigi depan tu warna hitam. Mungkin nak menunjukkan yang zaman dulu-dulu memang gigi diorang hitam kot~

Cerita ni sebenarnye mengisahkan pasal seorang perempuan yang sarat bersalin yang akhirnya gugur, lalu mati jadi hantu. Suami dia masa tu tengah berperang, jadi suami dia tak tahu apa-apa. Balik-balik perang je isteri dia sambut kepulangan dia dengan gembira.

Cerita dia lebih kurang macam Nang Nak, tapi lebih best sebab happy ending. Saya pun dah tak ingat sangat cerita tu. Tapi cerita Pee Mak ni memang tak rugi tengok. Kalau tension-tension tengok, best. Asyik ketawa je. Kejap-kejap ketawa. Part seram tu ada jugaklah, tapi tak banyak. 

Saya suka cerita ni sebab hantu dia tak seram. Ada satu ayat yang 'Mak' cakap pada 'Nak' di akhir-akhir cerita tu;

'Walaupun saya sangat takut dengan hantu, tapi saya lagi takut kehilangan awak!'

Sweet je cerita ni. Walaupun semalam main terjah je tengok sebab cerita lain banyak dah habis  tiket, tapi memang tak rugi!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA