Friday, July 26, 2013

Mimpi~


Assalamualaikum~

Kalau tengok kat belah kanan blog ni, tinggal 3 minggu je lagi nak ke tarikh nikah. Tak tahu apa perasaan. Tak tahu nak rasa apa. Macam-macam boleh jadi bila dah semakin dekat dengan tarikh tu. Baju nikah pun last-last sewa je sebab mak kata baju nikah saya tu plain sangat. Takpelah kalau mak dah cakap camtu, lagipun mak tolong bayarkan yang lebih-lebih tu. Baju sanding pun mak yang decide...huhu~~~~ 

Minggu ni macam banyak lak mimpi pasal kahwin ni. Hari tu leonerz mesej pagi, tanya 'Berapa semua kos nye?'. Saya dah pelik dah kenapa tetiba pagi-pagi mesej tanya kos. Saya dah gak dah mesti mamai lagi tu. Risau sangatlah tu pasal kos. Memang budget dia memang sangat tight sebab banyak nak kena fikir. Rambut pun makin gugur sebab risau sangat~ :p

Sehari lepas tu saya pulak yang mimpi. Saya mimpi hari pernikahan tu, sampai kul 12.30 tengah hari tok kadi masih tak nikahkan kami lagi. Patutnya nikah pukul 9 pagi, kenduri lepas tu. Jam 12.30 tu dah patut sanding dah..huhu~

Saya rasa saya takdelah fikir sangat, tapi termimpi-minpi pulak. Mungkin tanpa saya sedari saya ada fikirkan kot. Nanti lama gak saya cuti kahwin. Dari raya pertama sampai raya ke 13. Rasa rugi lak cuti sebelum majlis tu lama-lama, tapi terpaksalah sebab tempat saya kerja ditutup untuk cuti seminggu. Nak tak nak kena cuti lama gak. Rasa cam membazir lak cuti. Banyak lagi kot nak guna lepas kahwin nanti, maklumlan PJJ untuk sementara sampai saya dapat kerja dekat ngan dia~

Honeymoon pun rasa best sebab tetiba ayah nak sponsor. Jadi, ayah claim balik duit tiket kapal terbang kami. Leonerz ni pun nak bercuti terus pas majlis belah dia. Manalah nak ada duit time tu. Nasib baik ada sponsor. Alhamdulillah..Best2~~ :) 

Setakat ni semuanya okay. Harap semua akan berjalan dengan lancar. Doorgift on the way lagi, harap-harap sempatlah siap. Sape ada pokok inai?? Tolong poskan pada saya..hehe~


Wednesday, July 17, 2013

Try test~


Assalamualaikum~

Sekejap je masa berlalu sekarang ni. Dah seminggu berpuasa dan lagi sebulan je lagi tarikh nikah kami..huhu~~

Baru-baru ni saya pergi fitting baju untuk majlis belah leonerz. Minggu ni pulak kena balik kampung saya pilih baju belah saya pulak. Makin dekat dengan tarikh makin banyak dugaan rasa.

Baru beberapa hari yang lepas parents saya nak cancel dengan mak andam ni, nak cari yang baru. Saya ikutkan aje. Lagipun betul kata mak ayah saya, bayar mahal tapi semua dia nak berkira. Siap boleh emosi marah-marah family saya. Padahal saya cakap elok2 aje, siap minta maaf semua.

Takpelah...mungkin ada hikmahnya. Bila fikir-fikir balik, ada baiknya saya cancel dengan dia. Sangat banyak putar belit, banyak sangat ketakpastian. Tapi burn lah deposit saya. Banyak dah saya bayar. Dekat RM1000 dah untuk mak andam tu :((

Anggap aje bukan rezeki saya. Insya'Allah, harap semuanya berjalan lancar. Bila jadi macam ni risau jadinya. Duit sekarang semua ni ikut budget je, bila lari sikit budget camni, semuanya lari. Kena belajar redha je la~

Sebenarnya saya memang geram sangat-sangat dengan mak andam tu. Rasa macam nak cerita je semua benda kat sini, tapi sabar jela....

Mak ayah saya dah tolong carikan mak andam lain. Jadi weekend ni saya dan leonerz akan balik melaka test baju. Alhamdulillah dapat jumpa mak andam yang lain. Harap yang ni okay.Harga lagi murah sikit, tapi macam-macam dia boleh bagi. Tak berkira~

Masa balik dari kampung leonerz hari tu kan, saya ganti dia drive halfway, pastu masa tengah beratur kat tol ada lelaki kat kereta sebelah ni jerit.'Nak pergi mana tu?' Saya tak pandang, tak tahu dia cakap dengan siapa pun. Leonerz yang tengah tidur kat kerusi sebeah yang direndahkan tu terus terbangun. Dia tanya siapa tu. Masa tu baru saya pandang tepi nampak kereta tu terus gerak ke depan dan orang yg jerit tu pandang depan cepat-cepat bila nampak rupa-rupanya ada leonerz kat sebelah saya. Pas bayar je, kereta tu terus pecut. Leonerz suruh berhenti tepi sebab masa tu plan nak top up touch & go dekat ofis tol tu. Masa nak gerak tu leonerz nak drive, mata terus jadi segar. Sebab nak kejar kereta tu tadi. Siap hafal nombor plat lagi. Saya tak perasan pun. Tapi, on the way balik tu tak jumpa pun..hehe~~~

Kelakar je tengok leonerz. Takut ada gak, tak pasal-pasal nanti ada yang kena belasah. Tapi ada rasa selamat & disayangi jugak..huhu..bakal suami saya lagi sebulan~~~~

saje nak letak gambar ni~


Monday, July 8, 2013

Excited~


Assalamualaikum~

Fuhh..sekarang ni kemain susah lagi nak bukak dan mengadap blog. Terima kasih bagi yang mendoakan kejayaan interview leonerz kat entry bawah ni. Tapi, pengakhirannya leonerz xdapat pergi interview tu sebab sijil-sijil dia tertinggal kat Johor. 

Masa dalam perjalanan ke Selangor, Rabu malam tu leonerz bagitau saya dia tertinggal sijil-sijil. Dia ajak saya pergi teman dia balik Johor untuk ambil semua tu. Jadi, hari Khamis tu pagi-pagi lagi kami dah gerak ke Johor semata-mata untuk ambil semua sijil dia.

Tapi, sedihnya bila call orang yang nak interview dia tu untuk mintak tangguh hari Jumaat, permintaan leonerz ditolak sementah-mentahnya. Masa tu dah kat Johor dah pun. Sayang seribu kali sayang. Takpelah, bukan rezeki dia mungkin. 

Last-last, kami pergi ke Taman Setia Tropika dan pergi buat passport untuk honeymoon..hehe. Konon leonerz nak surprise la pasal honeymoon tu. Lawak aje la~

Sorry pada leonerz sebab takde perasaan masa dia mula-mula bagitau nak ajak saya pergi honeymoon tu. Saya serius tak tau nak bereaksi macam mana. Saya tak suka terkinja-kinja suka sebab rasa macam gedik je buat macam tu...huhu~

Tapi sekarang ni setiap kali ada masa saya akan research tempat yang kami akan pergi tu. Macam ni kira cukup excited tak?~

Tengoklah passport kami..hehe~~

Ada sesuatu terjadi sebenarnya pada hari kami buat passport ni. Leonerz merajuk sebab saya tak tunjukkan perasaan excited masa dia nak bayar tiket online. Sebabnya saya nampak usernama id online banking dia guna nama ex dia. Mestilah saya akan sentap kan?? Sape tak sentap kalau tengok nama dia ngan ex bergabung jadi user id?

Leonerz kata dia tak reti nak tukar. Dah lama lagipun user id tu. Last-last saya malas nak layan. Saya cakap saya tak mintak pun dia belanja saya tiket pergi honeymoon. Masa tu saya dah tak pandang muka dia. Sedih sangat. 

Dia kata dia tak jadi book sebab saya buat perangai. Boleh macam tu? Pagi tu kami dah pergi buat passport, tunggu siap je lagi 2 jam. Passport dah siap tapi tak jadi pergi? Bertambah-tambah sedih rasa hati ni masa tu. Leonerz boleh cakap lak tak nak amik pasport sebab tak jadi pun pergi honeymoon.

Saya bengang dengan leonerz. Saya cakap saya tak peduli, saya nak jugak passport saya yang dah siap tu. Dia tak nak dia punya pasal lah. Tapi masa on the way balik dari Taman Setia Tropika tu, saya frust gila kot. Menangis kecewa jap. 

Leonerz tengok dia ketawa. Boleh camtu?? Dia kata dia dah book dah tiket tu masa saya tak pandang komputer. Saja je nak kenakan saya. Bengangnya!! Tapi sukalah sebab dia dah book tiket tu..huhu~

Satu benda je yang saya tak suka dan nak dia tukar. Saya nak dia tukar user id online banking dia tu. Walaupun dia kata semua tu dah takde makna, saya tak kira. Saya memang tak boleh terima. Ada ke orang yang boleh terima?

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Lagi sebulan lebih je majlis kami. Cuti saya dah apply sampai 3 form sebab apply untuk cuti belah leonerz sekali..huhu..harap semua di approve lah~

Tak sabarnya nak pergi honeymoon..hehe~~~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA