Friday, July 31, 2015

Kebakaran di Cyberjaya

Assalamualaikum~

Selasa hari tu balik kerja. Keluar je bangunan ofis, terus bau asap. Kuat. Cuaca macam dilanda jerebu. Pelik rasa masa tu. Sekarang bukannya musim jerebu.

Keluar dari kawasan tempat kerja. Tengok ada satu area kawasan rumput berasap. Ada 2 jentera bomba dengan satu lori tangki air bomba. Diorang duduk kat tepi sambil pancut air menghala ke kawasan rumput yang berasap tu.

Masuk hari ni dah 4 hari api masih tak dapat dipadamkan. Punca pun tak dapat dipastikan. Harap2 cepatlah dapat dipadamkan. Udara makin tercemar sekarang.


Thursday, July 30, 2015

Adam Dah Pandai~

Assalamualaikum~

Kejap je raya dah nak habis. Next week 5 ogos genaplah Adam setahun. Hadiah besday dia kena cucuk kat klinik..huhu~

Bulan 8 ni banyak nak celebrate. Besday husband, besday anak sekali lah dengan anniversary wedding kitorang. :)

Dah nak 2 tahun dah kawin ye. Last year tak rasa sangat sebab masa tu tengah berpantang. Stress ada lah sebab tak cukup tidur jaga anak..he he..biasalah masa tu Adam baru 2 minggu. Kerap menyusu. Sampai mak datang bilik baru bangun. Penat sampai tak sedar. Husband jauh sebab PJJ.

Sekarang Adam dah makin pandai. Pandai mengamuk kalau tak dapat apa yang dia nak. Nangis je seminggu dua ni bila antar kat babysitter. Tp sekejap je.


Tuesday, July 21, 2015

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum~

Rasanya belum terlambat lg untuk ucapkan selamat hari raya pada semua. Saya dan family ingin memohon ampun maaf andai pernah terkasar atau tersilap bahasa. Takde niat pun.

Tahun ni saya, husband & Adam beraya kat hospital. Hari jumaat terakhir puasa dapat khabar yang bapak mertua saya masuk hospital. Malam tu jugak terus rushing dari selangor ke hospital Kuala tganu. Jauh giler kot.

Plan nak balik Selangor balik ahad tu. Baju raya, duit raya semua x bawak lah. Sekali tengok keadaan bapak mertua tak berapa OK sangat, kenalah stay sana sampai raya. Kat sana kena sewa bilik hotel lagi sebab rumah mertua kat kemaman. 2 jam kot KT - kemaman. Hospital kemaman tak leh buat operation tu sebab takde pakar.

Last2 dua hari sebelum raya mak mertua ajak pergi pasar payang. Dapatlah baju raya ekspress. Main rembat aje sebab nak cepat pergi hospital balik..huhu..



Inilah hasilnya. Satu family sedondon..huhu..

Raya pagi pertama makan sate kat bilik hotel pastu terus pergi hospital. Malam tu nak gerak balik. Dah seminggu berkampung kat bilik hotel tu dah. Isnin kena kerja sebab cuti takde. Dah seminggu cuti...

First time beraya kat hospital..huhu..

Friday, July 10, 2015

Sedekah~

Assalamualaikum~~

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah sangat elok kalau kita bersedekah. Tapi, ada satu list nama penderma ni yang agak mencuit hati saya. Ketawa baca :p




Huhu~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA