Wednesday, December 16, 2015

Adam 1 Tahun 4 Bulan: Menconteng Dinding dahhh~



Assalamualaikum~


Bulan ni Adam dah setahun empat bulan. Bila tengok gambar-gambar dia terfikir, besar dah Adam ni. Dah pandai macam-macam dah. Sekarang pun makan tak nak orang suap. Nak makan sendiri. Tapi tu lah, bila makan sendiri satu rumah lah berkecah! Huhu~ T_T

Minggu lepas adik-adik husband ada rumah beramai-ramai. Sorang adik tu suka melukis, bawaklah drawing pad dengan pensil satu kotak. Bagilah Adam pegang satu pensil dengan satu kertas A4. Bagus je dia conteng kertas A4 tu. 

Ada satu malam tu, saya duk kat bilik. Yang lain-lain semua kat depan tengok TV. Adam pun sama kat depan melukis. Tak lama lepas tu dia masuk bilik mintak susu. Bagilah dia menyusu. Tetiba dengar bising-bising kat depan. Rupa-rupanya senyap-senyap Adam menconteng dinding kat depan tu. Takde sorang pun perasan bila masa ntah dia buat kerja tu...huhu..

Lepas je Adam minum susu, dengan muka innocent dia, dia amik pensil dan pergi balik ke depan. Saya rasa lain macam je tengok muka dia. Saya pun ikutlah keluar bilik. Tengok dia sambung menconteng dinding tadi! Haha..pandai dah anak ibu ni.Orang bagi kertas nak jugak conteng dinding. Pak cik dia lah sibuk padam balik dinding tu guna pemadam. Tapi tak semualah hilang..huhu~

Adam ni...memang menguji betul. Dah nampak besar dah skang. Boleh buat banyak benda sendiri. Boleh dah kot ni nak ada adik. Oppsss! hehe :p



5 Tips Membeli Kereta Yang ‘Power' Untuk Pastikan Korang Dapat Yang Paling Best!




9 comments:

  1. dalam usia macam tu memang antara aktiviti yang dorang suka la.. dinding rumah saya pun dah penuh hasil seni anak. sekarang dah besar dia tak menconteng sangat dinding

    ReplyDelete
  2. aduhai syg adam...
    sel-sel adam da start nak berhubung tu, yana :)
    advice dia elok2.sure dia faham pe betul and pe salah.
    ijat dulu pun terjebak dgn conteng dinding.
    aida urut dada je tahan sabar :) now dia da ok.

    ReplyDelete
  3. Ada bakat macam pakciknyer lah tu nanti...

    ReplyDelete
  4. amboii nakalnya adam conteng dinding..hehe

    ReplyDelete
  5. Adam oh adam, comel kamu ni tau, dah pandai menconteng dinding ye hehhehe nanti suruh mama beli sticker dinding yang boleh adam conteng puas2...hehehe

    ReplyDelete
  6. Adam oh adam, comel kamu ni tau, dah pandai menconteng dinding ye hehhehe nanti suruh mama beli sticker dinding yang boleh adam conteng puas2...hehehe

    ReplyDelete
  7. Yeayy dah reti buat mural ye adam?

    Ank akk tiga tahun baru stop buat mural. Bila besar sket pulak dia lukis kartun pulak tepi katil dia. Ahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA