Thursday, October 25, 2012

Beraya sorang-sorang~ :(


Assalamualaikum~

Hari ni semua housemate saya dah balik ke kampung masing-masing. Saya aje yang tercongok sorang-sorang dalam rumah sewa yang besar ni. Menakutkan!

Saya rasa ramai yang tak perasan kot, post bawah tu leonerz yang post, bukan saya. Jangan salah faham ye. Hari Ahad tu kami macam ada masalah sikit. Tu yang dia post macam tu..huhu~~

Berbalik pada nape saya raya sorang-sorang di perantauan ni. Korang nak tahu ke? Tak kot kan? Tapi saya nak bagitau jugak~

Keluarga saya semua balik rumah nenek petang ni. Kalau saya balik rumah pun takde orang. Nak pergi drive terus rumah nenek saya tu pulak, tak sanggup. Lagi jauh kalau dari Johor ni. Dengan jem lagi. Tak sanggup saya.

Oleh kerana ketaksanggupan tu, saya masih tersadai di sini atas cadangan mak saya..huhu..mak saya yang suruh balik esok pagi je sebab diorang duk kampung nenek pun semalam aje mak saya kata semalam. Pertama kali kot beraya sorang~~ :(

beraya sorang-sorang camni~~

Leonerz tak yah cakaplah. Kul 5 pagi tadi lagi dah gerak ke kampung dia. Dah selamat sampai dah pun sekarang ni. Sedih..ditinggalkan sorang-sorang kat sini..huhu~~~ :(



Seronoklah sesiapa yang dah pun selamat sampai ke kampung tu. Harap-harap esok balik rumah, ada lemang dari kampung~~~ :'(




Monday, October 22, 2012

Jiwa kacau~~

Salam...

Masa berlalu tanpa ku menyedari
Percintaan yang kita mengharungi bersama..
Jangan biarkan cinta kita yang suci
Dilambung ombak karam dilautan berduri..

Sob..sob..sob...=(

Special dedicate 4 Yana L & bloggers

Lirik Lagu Wanita - KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta

Seorang Wanita


To: Yana L
..Hilang Dimata Di Hati Jangan.. luvs u..

p/s: Sori Yana L smlm jiwa kacau=(

Friday, October 19, 2012

Sinister~


Assalamualaikum~

Disebabkan masa saya untuk berfoya-foya dengan leonerz semakin singkat, sekarang ni kami banyak habiskan masa dengan menonton wayang bersama. Lepas ni dah jarang-jarang je boleh jumpa..huhu :(

Semalam leonerz ajaklah saya tengok wayang. Kelmarin dia kata nak tengok cerita 'Aku Terima Nikahnya' sebab leonerz ni memang minat Nora Danish. Saya pun tak faham nape ntah dia minat sangat (jeles sebenarnya~).

Tapi semalam leonerz nak tengok cerita PE3 sebenarnya, tapi kitorang dah terlepas tayangan kul 8.15 pm semalam. Tengok punya tengok, ada cerita Sinister. Selama ni memang tengok iklan je. Leonerz memang hantu cerita seram.

Once you see him, nothing can save you.

Saya sebenarnya dah bertahun tak tengok cerita seram. Sebabnya, saya ni memang penakut, jadi tak naklah menakutkan diri sendiri kan? Nanti terbayang-bayang aje muka hantu tu. Leonerz macam nak sangat tengok Sinister, jadi saya pun ok je lah.

Saya keluar wayang semalam dengan perasaan menyesal. Menyesal setuju tengok cerita tu :(

Menakutkan. Rakaman pembunuhan 4 keluarga yang dirakam oleh pembunuh tu dari tahun 1966 hingga 2011. Muka bughuul tu lagi. Leonerz kata tak seram. Tapi tengah-tengah tengok cerita tu, saya tengok ada sekumpulan perempuan yang keluar. Memang seram lah kot?

Cerita ni sebenarnya pasal penulis yang berpindah ke rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Dia nak tulis pasal pembunuhan tu. Jadi untuk mendapatkan feel, dia sanggup duduk kat rumah yang dah lama ditinggalkan tu.

Masa tengah mengemas loteng, dia terjumpa satu kotak yang penuh dengan pita video pembunuhan. Salah satu tu video pembunuhan yang dia tengah nak tulis tu. Berkali-kali dia tengok video tu. Dalam setiap kes tu, seorang budak akan didapati hilang, manakala yang lain mati dibunuh.

Saya nak cerita balik pun tak sangguplah. Seram~

Dia ternampak sesuatu dalam video-video tu~

Masa tengok cerita tu leonerz asyik terperanjatkan saya je. Terus jadi bad mood. Dah memang saya penakut nak buat camne :(

Lagi suku nak habis cerita tu, saya memang dah tak tahan. Lagi-lagi tengok makin ramai lak yang keluar wayang. Saya tutup mata dengan tangan dah masa tu. Tak sanggup nak tengok. Cuma main cak-cak sikit-sikit je.

Habis je cerita tu, kitorang terus keluar. Saya tak berani nak tengok skrin masa tengah jalan keluar tu sebab pintu keluar sebelah skrin. Takut tetiba keluar imej yang digeruni je..huhu~

Sakit tengkuk dengan mata lepas tengok cerita tu sebab asyik tundukkan kepala, mata pulak bukak kecik je masa tengok cerita tu. Berkerut-kerut dahi masa tengok.

Balik aje saya terus masuk bilik cepat-cepat. Nasib baik leonerz hantar dan terserempak dengan housemate yang baru balik jugak. Kalau tak??

Kalau suka tengok cerita seram, memang sesuailah tengok. 






Untuk leonerz: Jangan ajak yana tengok citer seram lagi!!!



Wednesday, October 17, 2012

Stolen dengan Hotel Transylvania~


Assalamualaikum~

Sebenarnya dah lama saya tengok dua-dua movie ni, Tapi baru nak tulis pasal ni..hehe~

Hari tu saya dapat kupon dari Jusco sebab birthday saya. Ada satu kupon ni, buy 1 free 1 ticket kat TGV Cinema. Saya ngan leonerz pun apa lagi. Haruslah digunakan kan?? hehe~

Hari Isnin last week kot pergi tengok. Wayang start kul 9 lebih malam tak silap saya. Cerita Hotel Transylvania. Mula-mula leonerz nak tengok citer resident evil sebab banyak perempuan seksi dalam tu (Gurau je~ ). Walaubagaimanapun, sorry, permintaan tak dilayan~~ :p


Saya nak tengok citer kartun tu jugak. Cerita dia memang best jugak lah. Bab yang terperanjat tu, bila tetiba muka ayah dracula tu bertukar. Dah lah besar satu skrin. Kus semangat~ :P

Tapi, tak tahulah nape. Dah dekat-dekat klimaks cerita tu, saya boleh tertidur lah pulak. Tak tahu nape. Ruginyaaa...huhu~~


Masa tengok cerita Stolen hari tu pun saya tertidur gak time klimaks citer. Padahal, wayang tu start kul 8.30 malam. Takdelah lewat sangat pun. Tak tahulah nape, masuk wayang je tidur sekarang ni. Confuse~~



Citer Stolen tu pasal seorang perompak genius (Nicholas Cage) yang tertangkap sebab kawan dia sendiri. Pas keluar dari penjara, kawan dia yang terlepas tu datang cari dia balik nak mintak duit rompakan dulu dengan menculik anak laki (Nicholas Cage)  tu. Nak tahu lagi, tengoklah sendiri ye..hehe..tak tahu nak berceritalah~

Sekarang ni mmg tengah banyak kerja. Nak bukak blog pun sebenarnya curi2 je ni..hehe..sedih giler bulan depan dah kena duk jauh dari leonerz. Jangan sedih-sedih tau leonerz~ :'(



Tuesday, October 16, 2012

Dah macam pencuri dah tadi~


Assalamualaikum~


Lunch tadi, saya pergi keluar makan dengan leonerz. Saya keluar agak awal tadi sebab nak pergi ambil buku kat rumah ngan buku yang dah siap difotostat di kedai buku. Ni semuanya gara-gara baru dapat kerja baru dari bos semalam. Banyak giler pulak tu kena design. Klien kata nak hujung minggu ni. Memang kena ambil baliklah buku-buku rujukan yang dah dikemas bawak balik rumah..huhu~

Ingatkan dah nak berhenti dah takde kerja :(

Nak dijadikan cerita, alang-alang dah keluar tu, leonerz suruh ambil dia. Lepas dah makan tu, saya drive lah, hantar dia balik kat tempat kerja dia tu. Masuk aje kat tempat parking tu, tetiba dia jadi gelabah pulak. Dah kenapa lak dengan leonerz ni, saya fikir. Terkejut saya~

Rupa-rupanya dia nampak bos dia jalan ke arah parking. Mungkin ada meeting atau nak pergi makan kot.

Leonerz suruh saya pusing balik. Dia suruh saya ke depan, pastu dia suruh saya jangan ke depan. Saya dah pegang kepala dah masa tu. Leonerz ni nak suruh saya drive ke mana sebenarnya ni. Dia dah turunkan kerusi, jadi cam berbaring kat sebelah. Lawak betul~~ :p

Bos dia tak tahu dia dah tunang sebenarnya. Bos dia dulu pernah cakap susah kalau orang yang ada komitmen lain ni nak kerja dengan dia..huhu~

 Suka hatilah. Kalau dia tahu pun apa salahnya kan. Tak salah pun kalau dah tunang ni~

Malam ni nak pergi buat kerja kat luar dengan leonerz. Banyak betul kerja nak disiapkan ni...





Iklan jap..hehe~ :










Thursday, October 11, 2012

Macam-macam nak cerita~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Khamis. Laptop pun ok lagi untuk mengupdate entri baru. Tadi tengok bloglist terbaru GSF. Berdebar nak tengok result cam nak ambil result exam je rasa~ :p

Sekarang ni saya hanya mengira detik-detik untuk menghabiskan sisa masa di tempat kerja sekarang ni. Keputusan saya dah muktamad. Walaupun dah 3, 4 kali bos saya suruh 'think again', saya dah nekad. Kalau dia tak boleh bagi benefit pada saya, hanya benefit pada dia aje, lebih baik saya berhenti kan?

Lagipun saya dah carikan orang baru untuk gantikan tempat saya. Oklah tu kan?

Semalam ingat nak pergi Pesta Konvo UTM, nak jumpa Kak Niena. Tapi cam malas lak. Nombor Kak Niena pun baru dapat pagi tadi..huhu..akak pergi ke semalam??


Sebenarnya saya masih belum jumpa rumah sewalah kat Cyberjaya. Sis Deqla suruh tanya kak Nurul Hezrina, tapi saya takde nombor tepon atau fb dia. Akak kalau baca komen sikit eh kalau-kalau tahu mana2 rumah yang boleh disewa dengan harga berpatutan.

Saya dah survey, tapi semuanya mahal-mahal. Baik beli rumah terus, bayar bulan-bulan pun sama aje. Apa pendapat korang?? Rumah second hand lah~




Novel ni dari leonerz. Saya yang pilih...hehe..jangan risau saya bukan playgirl okay~~~ :p

Mula-mula leonerz nak belikan saya baju, tapi saya tak naklah. Cam membazir je. Saya pun bukanya reti pilih baju untuk diri sendiri. Saya dah kata tak nak apa-apa, tapi dia paksa gak. Sebenarnya, hadiah yang saya nak cuma satu aje, duit hantaran untuk kawin...huhu~ :p

Gambar atas ni dari google je. Malas nak transfer gambar. Maklumlah, laptop kat leonerz lagi~

Jumaat hari tu supervisor company saya ni cakap nak bagi barang saya kat saya. Saya dah pelik dah. Tapi kalau orang nak bagi hadiah, takkan nak tolak kot kan?? Best giler dapat 2 hadiah dari pak cik tu. Dapat purse carlo rino dengan jam tangan elle.

Serba salah gak nak ambil. Cam mahal je. Tapi kalau orang nak bagi tu ambil je lah kan? Alaa, baya pak cik-pak cik saya je. Saya panggil dia pun pak cik gak. Hari tu kawan saya nak berhenti pun dapat gak hadiah yg sama. Warna je lain~ :)

Sorrylah, kandungan entri macam melompat-lompat tak tentu arah :P

Iklan lagi: 

Kawan saya yang ada masalah gatal kulit yang serius dah makin berkurang gatalnya lepas sapu VCO liquid. Tak sangka sebab saya bagi saya punya softgel suruh dia pecahkan & sapu. Pastu terus kurang rasa gatal Esoknya terus nak beli daripada saya..hehe..seronok tengok benda ni mmg bagi kesan positif~

klik gambar untuk tengok2..huhu~







Tuesday, October 9, 2012

Takdir kot?


Assalamualaikum..

Hehe..lama betul tak update. Hari tu Sabtu Ahad dapat pegang laptop kesayangan sekejap. Tapi, masa banyak dihabiskan bw ke blog2 org aje..banyak lagi hutang tak terbayar ni..huhu~

Hari tu kan saya ada bagitau yang leonerz pinjam laptop saya. Memang sekarang ni sepanjang masa laptop saya tu ngan dia aje lah. Keje dia banyak kena buat reportlah. Terpaksalah saya melepaskan laptop saya pada dia sampailah murah rezeki dia nak beli laptop baru~~ (Jawapan untuk soalan Kak Jaa tanya dalam komen sebelum ni bila saya nak dapat balik laptop saya :p)

Saya nak luahkan rentetan perjalanan masa interview hari tu. Hati masih rasa berat, tp saya dah pun sign offer letter.

Sebenarnya masa saya dapat panggilan untuk datang interview di Cyberjaya tu, leonerz dah pun ada kat Johor ni. Saya sebenarnya berbelah-bahagi nak pergi atau tak. Saya telefon mak saya dan leonerz. Mak saya cakap terpulanglah pada saya. Tapi mak saya suruh saya cuba.

Saya cakap kat leonerz yang saya tak nak lah pergi interview tu. Nanti kalau dapat kita kena duduk jauh. Nak dijadikan cerita, hari yang saya kena interview tu, saya rasa macam bersalah aje kalau nak senyap camtu aje kan. Jadi, saya telefon company tu, bagitau saya tak leh datang hari tu. Padahal memang tak minta cuti pun..

Ingatkan lepas tu dah setellah. Tetiba, 2,3 hari lepas tu dia telefon suruh datang hari lain pulak. Fikir punya fikir saya pun buatlah keputusan untuk pergi.

'Tak semestinya dapat. Try aje lah.' Fikir saya.

Lagipun dia dah susah payah, sampai sanggup tukar tarikh interview tu. Sebenarnya sebelum saya call bagitau tak leh datang tu saya dah mintak postpone tarikh interview. Banyak songeh kan saya ni? Tapi, last2 dapat gak kerja tu.

Agaknya, memang takdir saya untuk terima kerja tu kot? Banyak kali saya mengelak, last2 diorang nak ambil saya jugak. Pelik kan?

Jadi mulai Nov 2012, saya akan berpindah dari JB ni. Alamat saya pun dah tak sama lah tau...huhu~

Ada satu tips untuk interview kat sini. Kalau tak leh datang tarikh interview tu, bagitaulah company tu. Nanti takdelah diorang tertunggu-tunggu.

Masa saya interview hari tu, dia bagitau dia suka cara saya yang bagitau bila tak leh datang hari tu. Dia tak suka ada sesetengah orang yang senyap je kalau tak boleh datang tu. Itu kira markah tambahan untuk saya gak lah..huhu..tak sangka pulak~

'Awak sanggup ke dalam department awak, awak sorang je perempuan?' penemuduga tu tanya hari tu. Masa interview saya ikut skema jawapan masa interview aje, cakap sanggup. Leonerz risau giler saya main kayu tiga..huhu~

Takpe, saya cuba dulu kerja sana, kumpul duit. Lepas kahwin kalau tak tahan kerja sana, saya berhentilah. Sambung belajar, boleh? huhu~






p/s: Teringat dulu masa time nak ngorat, leonerz pernah buat lagu 'Takdir' untuk saya..huhu~ :p

Iklan: Jom ramai-ramai beli Produk Catalyst ni. Charcoal Mask pun ade tau~~ hehe :)

Friday, October 5, 2012

Rezeki nak kahwin atau .... ?


Assalamualaikum...

Lepas je saya publishkan post sebelum ni, company yang saya interview minggu lepas tu call saya, mengatakan saya terpilih untuk jawatan tu. Saya tak tahu apa yang saya patut rasa. Gembira sebab dapat, sedih sebab kena berjauhan balik dengan leonerz?

Seminggu ni mood saya ke laut. Officemate pun tegur sebab nampak saya macam dalam dilema. Mak ayah sokong saya cuba tempat baru. Tapi leonerz? Tak sangguplah rasa, dia dah berkorban banyak untuk datang ke Johor supaya dapat dekat dengan saya, saya pulak nak pergi dari Johor.

Serius sedih.

Tapi, kalau nak dibandingkan company sekarang ni dengan company baru tu. Company baru tu lagi stabil dan lagi besar daripada company sekarang ni. Gaji adalah lebih sikit, tapi sewa dan kos hidup kat sana pun lagi mahal dari Johor ni. Cuma kalau duduk sana, saya dekat dengan family saya kat Melaka lah. Kakak saya pun kerja di Cyberjaya. Lagipun sana, Sabtu Ahad leh cuti..sini Sabtu kena kerja separuh hari~

Berat rasa, tapi orang kata tak leh nak ikutkan sangat hati ni. Takpelah, selagi tak kahwin ni, tak kisahlah duduk jauh. Yang penting lepas kahwin saya tak nak duk jauh!

Hari ni last date untuk saya bagi jawapan pada company baru tu. Saya dah pun decide untuk pergi dan cari pengalaman baru. Leonerz sedih sampai demam sekarang ni. Dia kata pergilah, tapi dia buat muka sedih. Aduhai~~

Takpelah, lepas dah kahwin kita duduklah sesama. Sekarang ni lagi elok duk jauh kot. Lagipun bas pun ada, leh je jumpa selalu~  :)

Doakan kami ok kawan-kawan. Kalau dah jodoh, insya'Allah semuanya akan baik-baik aje kan ~ :)


Monday, October 1, 2012

1 Oktober ~


Assalamualaikum~

Selepas seminggu akhirnya, saya buat pun post baru kan. Hari ni patutnya kena outstation, tp cancel last minute.

Terima kasih pada semua yang mendoakan interview saya hari tu. Dengan berkat doa korang semua, interview tu berjalan dengan lancar. Saya dipilih sebagai potential hire, tp sampai sekarang masih belum ada keputusan sama ada saya dapat atau tak lagi. Tak tahulah dapat ke tak.

Takpelah, kalau ada rezeki tu adalah kan. Kalau dapat pun berat hati sebenarnya sebab leonerz baru je tukar kerja kat Johor ni. Dia dah ada sini, takkan saya nak pergi pulak kan? Tapi kalau tu boleh buat saya kumpul duit cepat-cepat untuk kawin, kitorang terpaksa dalam rela lah kan..huhu~

Hari ni 1 Oktober 2012. 25 tahun yang lepas saya telah dilahirkan ke dunia ni..hehe..ni nak bagitau semua ni. Hari ni birthday saya, cepat-cepat bagi hadiah..hehe~~ :p

Saya dengan leonerz dah tak sama umur dah hari ni. Tak kisahlah kan, yang penting muka leonerz nampak lagi tua dari saya..hehe~~

Oh, lagi satu..thanks pada deyb yang telah menjadi pembeli online pertama produk catalyst yang saya jual tu. Banyak yang saya guna sendiri je produk tu sbb setakat ni takde orang nak beli pun..huhu~

Doakan kami dimurahkan rezeki & cepat-cepat nikah ye..hehe~~ :D

klik untuk tengok apa tu produk catalyst~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA