Saturday, May 30, 2015

Sky Festival Putrajaya!

Assalamulaikum...

Selamat Hari sabtu semua!!

Weekend masa utk melepaskan penat dan stress bekerja. Tp yg x bestnye sok saya kena kerja...huhu :((

Semalam saja jalan-jalan putrajaya. Terjumpa pulak sky festival. So, singgahlah sekejap tengok apa je yang ada. Ada belon panas, memang happeninglah kat sana.



Jalan masuk ke sky festival..




Belon panas...




Skodeng dari tepi..

Sesiapa yang minat nak naik belon panas, bolehlah pergi sana. Tak jauh dari masjid besi tu..

Hari ni ade festival Floria, jom terjah ramai-ramai..hehe

Friday, May 29, 2015

Adam nak masuk 10 bulan..

Assalamualaikum...

Selamat hari jumaat semua. Esok cuti...yeahhhh ;) Tak sabar nak balik rumah rehat2..huhu..

Adam nak masuk 10 bulan dah. Tapi berat dia sangat kurang. BMI pun dah masuk zon merah. Tapi dia aktif aje. Lasak sangat sekarang. Semua benda nak panjat, semua benda nak masuk mulut.

Hari tu kat umah kakak dia jatuh katil. Semalam kat kereta pergi panjat stereng, stereng terpusing dia pun jatuh terhantuk kat pintu. Aduhai anak..lasak sungguh!

Tapi, dalam lasak dia ada pandai jugak. Pandai kalau dah memanjat, nak turun kena turun kaki dulu. Masa umur 3, 4 bulan saya ada ajar. Tak tahu pulak dia faham..bagus betul. Kena ajar dari kecik, baru dia senang tangkap kan.



Selfie skit..he he..kesian Adam kena buli.



He he..




Sama tak???

Thursday, May 28, 2015

Growth spurt kot?

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni nak update kena guna hp, br ada masa. Nak guna laptop, kat umah mmg tak ada masa langsung. Sibuk kemas rumah sbb baru pindah. Setiap hari asyik kena bambu dgn big bos GSF sbb dah layu berblog. Tak segar dah mcm dulu-dulu..huhu..

Hari ni saya ada terbaca pasal growth spurt untuk baby. Baru tau pasal ni. Simptom ia adalah baby asyik nk melekat je dgn ibu dia setiap masa. Mmg xnk lepas. Sehari dua ni Adam macam tu. Dahla bgun tdo awal. Pkul 6 tgh mandi ttiba dengar dia meraung-raung. Ayah dia plak tidur tak sedar diri. Kelam kabut mandi. Bg susu, bila bangun pas dah nyusu nangis lagi. Pelik je rasa dua tiga hari ni.

Bila baca pasal growth spurt, baru perasan simptom dia sama pulak. Ada benda baru dia nak blaja la tu maknanya. Saya perasan semalam Adam dah boleh melangkah setapak tanpa pegang apa2. Tu la kot? Macam-macam pengalaman baru untuk saya ni sebagai ibu baru beranak satu..huhu..




Kat kereta sangat payah nak suruh dia duduk diam-diam dalam carseat dia :(

Wednesday, May 27, 2015

Melawat kawasan.

Assalamualaikum..



Testing update guna HP ni. Tak tau boleh ke x.

Gambar atas keluar ke? Huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA