Assalamualaikum~
Dah akhir tahun ni mesti banyak jualan akhir tahun kan??
Korang selalu shopping kat mana je?
Kalau saya, prefer beli online senang
sebab dah kawin ni, anak-anak lagi. Banyak sangat nak kena mengangkut :p
Dulu rasa macam tak best pun shopping online, tapi sekali
terjebak, memang tak boleh stop tau!
Teringat dulu beli online sebab dapat voucher. Maklumlah,
first time takut sikit dulu. Bila dapat voucher takdelah rasa ragu-ragu nak try
kan. First purchase beli seluar untuk husband..hehe. Isteri mithali betul kan??
:p
Puas hati pakai, sampai sekarang tahan lagi seluar tu.
Sejak dari tu macam dah tak ragu-ragu sangat nak beli secara online ni. Cuma
masalahnya, rambang mata tengok dan main klik suka hati je. Maklumlah banyak
offer dan harga kadang-kadang jauh lagi murah dari pergi kedai. Kalau ke kedai
kena fikir duit tol, minyak dan masa.
Sebelum bersalin haritu, bulan Jun lepas memang habis
beratus borong barang baby. Dah dekat due barang baby banyak tak beli lagi.
Jadi gitulah gayanya. Nasib baiklah dapat bonus time tu. Alhamdulillah. Kesian
Aisya Zaara, ibu ayah sambut ala kadar je dia lahir. Dulu time Adam Zahin
awal-awal complete dah barang baby. Time Aisya baju newborn pun ada 3,4 pasang
je. Memang masa pantang, husband kena beli lagi top up baju baby :p
Buat masa sekarang ni saya prefer beli barangan anak-anak
secara online. Sebab kadang-kadang online boleh dapat lagi murah dari pergi
kedai. Siap free postage lagi..hehe~
Kalau nak bershopping, mesti sesak Nak cari parking pun
susah. Dengan kena berhimpit lagi. Memang tak dapatlah nak pergi kalau ajak
husband :p
Sebab tu saya haruslah bershopping secara dalam talian @
online saja. Senang sangat, dengan anak-anak kecik lagi kan. Memang bagus
sangatlah Lazada buat Online Revolution ni.
Dengar kata banyak barangan masa sale Lazada OnlineRevolution tu nanti. Sale bermula dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017.
Haruslah set dalam calendar ye. J
Target nak cari beg macam ni senang nak bawak barang anak-anak :p