Assalamualaikum~
Tadi tengok-tengok FB, ternampak ada seorang kenalan yang telah pun bernikah. Alhamdulillah dah jadi yang halal. Tapi, mereka hanya nikah khitbah sahaja dulu. Dalam masa setahun baru mereka akan buat majlis perkahwinan mereka.
Nikah khitbah tu, ikut kefahaman saya adalah nikah gantung kan? Walaupun mereka dah bernikah, mereka masih tak boleh duduk bersama lagi. Nikah khitbah biasanya dilakukan untuk mengelakkan maksiat dan zina.
Tapi, saya pernah terbaca juga pendapat UAI mengenai kahwin awal ni. Dia pernah mengatakan, kalau lelaki tu tak mampu nak bagi anak orang makan, tak elok bernikah lagi. Seelok-eloknya berpuasalah untuk menjauhi perkara-perkara yang tak diingini.
Dari situ, kita boleh nampak macam ada percanggahan pendapat kan? Saya bukan nak bincang pasal hukum-hukum ni pun sebenarnya..tak layak lagi..huhu~
Saya sebenarnya tengah fikir, kan best kalau parents saya dan leonerz bagi kami ni nikah khitbah dulu. Mesti nampak cam gatal sangat nak nikah kan saya ni?
Takdelah. Saya dan leonerz mampu je nak hidup berkeluarga pada pendapat saya. Kami cuma tak cukup duit lagi nak buat kenduri kahwin ni. Kenduri sekarang ni pun paling kurang makan belanja dalam RM20 ribu jugak kan?
Banyak tu. Sekarang ni pun tengah berusaha nak kumpul. Tapi 2,3 bulan ni saya macam takde simpan pun duit kahwin ni. Sebabnya saya baru tukar kerja, banyak duit keluar untuk bayar deposit rumah yang beribu tu..terpaksa guna duit simpanan kahwin..huhu~ :(
Ada masa lagi berapa bulan aje tinggal untuk kami mengumpul duit. Sekarang ni pun leonerz baru start meniaga untuk mencari duit lebih. Nak kahwin punya pasal~
Macam korang semua tahu, saya pun ada jual produk Catalyst. Tapi banyak beli guna sendiri je. Customer pun dari member-member je. Adalah 2,3 orang. Kalau ada sesapa berminat bagitau ye. Tolonglah orang yang nak kahwin ni..hehe~ :)
Insya'Allah minggu ni kami nak ambil kursus kahwin. Kalau ada rezeki boleh jumpa
Cik Nur sekali kan? Pastu Ahad ni mungkin saya akan ke Johor..jumpa kawan-kawan kat sana..kalau ada rezeki boleh jumpa
kak Niena jugak.. hehe~
Asyik berjalan je kan saya ni? Manalah duit tu nak cukup. Mak saya pun ada cakap, kahwinlah cepat. Asyik jumpa selalu je...huhu..saya takde masalah pun nak kahwin cepat. Yang penting nikah kan? Parents setuju tak setuju je, tu je masalahnya~
Sama ada cukup atau tak, saya dah buat keputusan. Paling lambat pun kitorang nikah hujung tahun depan. Kalau duit masih tak cukup masa tu, saya nak buat kenduri setakat yang termampu aje untuk belah saya. Boleh tak leonerz? Buat makan-makan aje. Pelamin tu semua tak perlulah..huhu~
Apa pendapat korang?
p/s: Mula-mula tak tau nak tulis apa, tapi bila dah
start menaip rasa macam tak nak berhenti pulak..huhu~