Friday, November 27, 2015

Hadiah buat hero~

Assalamualaikum~

Hadiah buat hero? Siapa pulak hero tu? Of course lah husband tercinta..he he..hero no. 2 si budak kecik Adam la kot.. :p

Terima kasih buat hero tersayang sebab jadi Superman masa tayar pancit semalam. Tayar bocor kecik kot. Husband tendang-tendang , pastu cakap boleh lagi nak drive bawak pergi pam kat stesen minyak ni.

Jadinya dia bawak kereta tu, saya bawak kereta lagi satu tu la. Sampai-sampai kat parking semalam dia sengih-sengih.

"Tu lah..ada buat salah kat suami yang jadi camni." Gurau-gurau plak dia. Dia memang tak bagi saya join dinner. Takut tak jaga pergaulan semua tu la. Saya sedarlah saya isteri orang, saya dah cuba yang terbaik untuk jaga batasan kat tempat kerja.

Lepas dah pam, kitorang pergi makan jap sebelum amik Adam.




Reward untuk hero saya. Makan kat salam Muslim. Mee tu saya punya..huhu..dianya satay tu je. Aik, ni reward untuk dia ke atau saya yang nak melantak ni? hehe :p

Lepas makan belilah set Hokkaido kek untuk family babysitter. Kesian jaga Adam sampai malam. Sampai rumah babysitter, Adam lena dalam buai dari petang tadi. Dia tak perasan pun ibu dia ni amik lambat. Masuk dalam kereta pelik cuaca dah gelap. Asyik tengok lampu-lampu kat luar~


The Amount Of Detail That Goes Into Making These 7 Things By Hand Is Truly Astounding


Thursday, November 26, 2015

Dugaan di saat nak bergembira~

Assalamualaikum~

Baru nak hepi-hepi balik ofis. Hari ni ada dinner, makan free hepilah kan? Lama tak makan free ni. Adam saya dah kawtim dengan babysitter dia. Nak amik lambat sikit. Berat rasa hati nak amik lambat , tapi dah lama tak join department makan camni sebab selalu tolak sebab tak nak tinggal Adam.

Pergi kat Kereta nak gerak pergi tempat dinner. Sekali nampak benda ni:



Terkejut ke tak terkejut rasa-rasanya tu? Tayar sudah bocor! Masa bila kena pun tak tau lah. Try jalan sikit terasa pulak gelung-gelung rim tu.

Adoiiii...dugaan sungguh..

Nampaknya terpaksa batalkan niat nak join dinner tu. Sejam dah tunggu dalam kereta ni. Nak mintak tolong orang tak sampai hati. Hujan ni, lagipun saya tak rapat sangat dengan geng-geng lelaki. Tunggu husband je la kita ye~

Sekarang ni rasa baik tukar sendiri daripada tunggu. Penantian tu satu penyeksaan! Huhu..syukurlah husband nak tolong~

Tolonglah sampai cepat my dear husband. Kalau tak bini awak ni nak tukar sendiri sorang-sorang!

Mampu ke? Cakap je lebih :p

Tu lah. Tinggal anak kat babysitter lelama lagi. Tu yang jadi camni..huhu..next time kena bawak Adam sekali kot....hmmmm...


Rahsia Bagaimana 5 Perkara Yang Ada Di Kereta Ini Buat Korang Nampak Berani & Bergaya!


Musim hujan kembali~

Assalamualaikum~

Image result for musim hujan

Sekarang ni musim tengkujuh melanda. Kelmarin keluar rumah pukul 7  pagi hari gelap. Biasanya cerah dah, On the way ke ofis hujan turun lebat sangat. Betul-betul menguji driving dalam hujan lebat dengan rushing nak sampai on time lagi..

Sampai ke hari ni hujan masih melanda Selangor. Cyberjaya pun naik air tau, sebabnya dekat dengan tasik. Nasib baik semalam MPS jaga jalan, tak bagi masuk. Kalau tak, selamat sudah kereta berenang dalam air. Entah bilalah nak repair jalan tu bagi tinggi sikit...huhu~

Pusing jauh dah skang ni nak pergi balik kerja. Nasib baik cuti sekolah, Alhamdulillah~ :)

Hujan ni banyak benda kena berjaga-jaga. Kereta pun kena jaga jugak. Mungkin tips ni dapat membantu >> TIPS JAGA KERETA <<

Selamat memandu dengan selamat semua. Gelap dah kat sini sekarang. Confirm jem~~~~


Wednesday, November 25, 2015

Tolong saya~


Assalamualaikum~

Tadi pergi blog orang, banyak blog tak leh nak komen sebab ada robot tu. Dah pilih jawapan pun tak lepas-lepas. Saya tengok blog saya pun ada. Tapi setting semua saya dah buat tak nak ada verification. Macam kat post yang lepas ni.

Tapi kenapa ada lagi??

Ada sesiapa boleh bantu? Stress tengok blog sendiri macam ni. Hilang mood sebab orang tak nak komen. Komen-komen korang semua adalah penguat semangat nak menulis tau..huhu  :(


Last-last keluar camni tak tau nak buat apa :(




WOOP community~

Assalamualaikum~

Beberapa minggu lepas saya ada join woop: women of opinion. Benda ni macam survey untuk golongan perempuan camtu lah. Kena promote kat fb. Daftar pun free je. Saya memang minat benda camni. Lagi-lagi skang ni projek tengah kurang. Kerja ofis kurang sikit, bolehlah aktif kaw-kaw punya..he he..

Semalam balik dapat rexona fresh kit! Terkejut den. Ingatkan tak dapat sebab ada satu lagi big mission saya tak buat. Bestnye~







Dapat set pasangan. Suami isteri boleh guna~

Nak daftar KAT SINI! :)


If You've Never Been To India, You Need To Start With These 13 Enchanting Attractions

Tuesday, November 24, 2015

Adam: Tak pernah nak serik!

Assalamualaikum~

Semalam lepas balik dari klinik, singgah pejabat pos jap. Buka akaun ASB untuk Adam. Simpan lama-lama takut terguna pulak. Huhu~

Adam macam biasa, tak boleh duk diam. Nak berlari ke hulu hilir. Saya bagilah dia. Belum sempat warm up, Adam terus berlari ke arah rak. Rak tu pulak jenis yang melekat kat dinding.

Kepala dia straight langgar bucu rak tu. Boleh pulak rak tu sama level dengan kepala dia. Adoiii..saya yang tengok ni pun sakit. Tajam tu. Saya takut dalam je luka tu sebab dia lari laju arah tu tadi. Tak sedar diri tu dah makin tinggi. Seriau betul tengok.

Terbaring dia lepas langgar. Terus saya angkat & tenangkan dia. Darah sikit dahi dia. Benjol lagi. Darah tak banyak tapi berterusan keluar walau dah lap dengan tisu. Adam pulak tak reti nak duk diam. Tak suka orang tekap tisu kat dahi dia.

Alang-alang ada klinik kat area tu, terus bawak. First time Adam berdarah kepala. Selama ni bengkak je, tak pernah darah-darah. Doktor cakap OK. Takde yang serius. Alhamdulillah..






Mandian Lemon: Adam selsema batuk ~

Assalamualaikum~

Jumaat hari tu amik Adam dari babysitter tengok hingus meleleh. Tetiba pulak selsema. Saya tak buat apa-apa. Tunggu dia ok sendiri. Tapi masuk Ahad, start batuk. Batuk berkahak yang agak teruk jugak bila dengar tu. Saya biarkan aje dulu.

Last-last, pagi Isnin saya kena amik cuti bawak Adam pergi klinik. Sebab dengar dia macam susah nak nafas. Sebelum pergi klinik google dulu petua-petua.

Mandi dalam air lemon. Ni untuk kuatkan antibodi katanya. Saya try je la..selagi tak memudaratkan..







Gaya tak macam orang sakit kan budak sorang ni? Aktif bebenor. Baguslah aktif. Kalau tak risau gak. Duk main air dengan mainan dia. Ada kesan ke mandi ni? Tak tahulah, sebab sekali je mandikan air lemon ni. Mungkin kena banyak kali kot?

Pastu siap-siap terus pergi klinik. Husband kerja, saya kena setel soranglah. Kat klinik doktor cakap nafas Adam dah sempit sangat dengan kahak dia. Kena gas. Melalak-lalak Adam kena sedut gas. Banyak kali gak saya tanya nurse sakit ke? Tak sakit pun, cuma Adam tak selesa je lah.

Nasib baik pergi klinik, boleh kena asma kalau lambat. Tu doktor yang bgtau. Tak naklah Adam kena asma. Nak dia jadi atlet..huhu :p

Moga Adam cepat sihat. Hari ni hantar kat babysitter dah..



Friday, November 20, 2015

8th Anniversary GiveAway


Assalamualaikum~

Tengah jalan-jalan blog orang terjumpa giveaway dari sorang blogger ni. Hadiah dia sabun ephyra. Menarik jugak ni...hehe...nak try~ :)

Happy Anniversary buat pemilik blog ni, 8 tahun tu :)



Anak Syurga~


Assalamualaikum~

First time jadi ibu memang banyak benda yang kita kena belajar. Macam saya ni. Anak baru satu, umur setahun 3 bulan lebih. Yang satu ni pun saya masih terkial-kial nak jaga, tapi ada hati nak tambah lagi ni..hehe. Alhamdulillah husband banyak membantu dalam menguruskan rumah tangga ni.

Bila dah jadi parents ni hidup kita akan berubah 360 darjah. Diri kita dah kurang keutamaannya berbanding sebelum ada anak ni. Tapi takde rasa terpaksa pun buat semua tu kan? The power of mother~ :p





Seronok layan anak walaupun selalu buat kita tension. Tu je lah penawar hati jantung kita :)




Tapi tengok berita masih ada yang membuang, mendera anak-anak kecil yang masih tak tahu apa-apa. Memang kadang-kadang anak kecil ni akan sangat menguji kesabaran kita. Antara tips yang boleh dibuat bila tengah marah dengan anak:

1. Duduk diam & tarik nafas.
2. Bagi anak kat pasangan dan pergi tempat lain untuk tenangkan perasaan marah.
3. Fikir balik kenapa dia macam tu. Anak kecil tu masih belum boleh berfikir secara rasional. Kitalah yang kena sabar dalam mendidik dia.
4. Jangan asyik marah anak, sebab tu akan menyebabkan dia ada perasaan rendah diri. Kadang-kadang saya marah gak sebab tak tahan..huhu..Kena baiki tang ni~

Cara-cara tu mungkin boleh elakkan dari kes penderaan budak. Boleh elakkan kita hilang sabar dengan anak. Siapa tak sayang anak kan ? Lagi-lagi anak dalam proses membesar ni, lagi banyak akal dia.

Ada anak kecik ni rumah kena kemas setiap 10 minit. Pastu Adam sekarang dah pandai bukak pampers sendiri, terkencing merata pulak. Mengamuk tak nak pakai pampers lagi. Memang menguji kesabaran betullah. Dahlah seharian kerja, balik pun tak leh rehat...huhu...sabar je lah yeeee. Camne pun ibu sayang sangattttt  Adammmmm ~~~




Nak tahu macam mana nak dapatkan petrol free November ni? Klik sini

Thursday, November 19, 2015

Melancong dengan bajet kecik?


Assalamualaikum~

Teringin nak pergi melancong kat Korea. Tengok gambar orang-orang yang dah pergi macam best je kan? Tapi masalahnya bajet very tight..huhu. Macam mana nak melancong kalau kita punya bajet ciput atau cukup-cukup makan. Kat sini ada bagitau tips-tips tu >> 9 Things To Do When Your Travel Plans Are Controlled By The Dreaded 'B' Word <<
Salah satu tips dia adalah amik yang pakej sekali flight + hotel. Ok, yang ni saya dah pernah google. Saya google harga flight sahaja dan hotel asing. Memang lagi mahal. Maklumlah nak ke Korea tu tiket flight pergi balik untuk dua orang dan hampir RM 2000++, hotel sahaja pulak dah RM1000++. Ni kalau 6 hari lah, Tapi bila saya tengok pakej hotel+flight, kita boleh jimaat beberapa ratus ringgit. 

Jadinya tips tu memang betullah. Nak tengok apa lagi tips boleh tengok link kat atas tu. Penat nak meng'copy paste'..hehe :p

Dua tahun lepas kitorang pergi Krabi, Thailand. Tapi masa tu tak amik pakej. Air Asia takde buat lagi kot rasanya. Tak ingatah pulak. Tapi oklah, tak mahal sangat sebab Krabi je. Hotel 4 hari 3 malam RM400 camtu lah. Flight RM600++ dua orang pergi balik kot. Tak ingat sangat. Tapi ok lah untuk honeymoon..hehe~

Satu lagi nak jimat, jangan amik tour guide. Travel macam backpakers aje. Tapi make sure study dulu tempat-tempat yang nak pergi sebelum pergi melancong tu. Kalau tak rugi je.  Masa kat Krabi tak teringat nak research sangat. Rugi gak rasa masa tu. 

Kalau Korea, saya google memang mudah kalau nak travel sendiri. Public transport ok, dan Korea adalah negara friendly tourist. So surely susah nak sesat.

Siapa yang tak nak pergi Korea oii~~

Bilalah kitorang nak pergi melancong lagi ni. Ada anak kecik ni mencabar sikit rasanya nak melancong luar negara. Risauuu. Lagipun sekarang bajet takde, setelkan hutang-hutang tertunggak dulu. Dah setel baru boleh fikir holiday! Tak sabarnya!

Banyak sangat tips perlancongan bajet kat sini. Korang tengoklah ye :)


Menjana pendapatan sampingan daripada 8share~


Assalamualaikum~

Kelmarin nampak post Yumida pasal 8share ni. Saya tak mengharap sangat, tapi try lah jugak tengok dan terus sign in. Konsep 8share dengan nuffnang memang berbeza. 8share ni kita kena promote link kat FB, twitter, blog atau mana-mana media sosial yang kita ada. 

Saya takde twitter. Saya cuma ada FB dan blog sahaja. Takpelah kita cuba mana termampu. Nak buat produk review, blog tak cukup hebat lagikan. Blog picisan ni tempat luahan perasaan je yang banyak...hehe :p

Setakat ni saya rasa 8share agak simple. Tak rugi nak try. Tak nak try pun takpe. Minat masing-masing. Thanks Yumida introduce 8share ni..hehe :)

Ada sesiapa nak try? Boleh tengok kat website ni. Nak daftar terus pun boleh. Pendaftaran percuma :)


Tempat bercuti yang best di Asia!


Assalamualaikum~

Tengok-tengok website NI, jumpa senarai tempat-tempat yang harus pergi di Asia. Kalau tengok mesti rasa macam tak sabar je nak habiskan annual leave yang ada. Maklumlah kan dah akhir-akhir tahun ni :)

Antara tempat yang best:

1. Colombo, Sri Lanka

834c

2. Dhaka, Bangladesh

Cc6e

3. Yangon, Myanmar.

Sesiapa yang minat Westlife mesti pernah dengan Yango dalam lagu diorang..hehe..maklumlah saya ni dulu kipas-susah-mati (die-hard-fan) Westlife. Semua album dia saya ada :p

46de


4. Padang, Indonesia.

Saya pernah pergi sana masa Tsunami berlaku kat Acheh dulu. Nasib baik Padang jauh dari Acheh, cuma terasa gegaran gempa bumi tu aje. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.

Kat sana ada banyak tempat menarik. Tempat masih belum fully developed. Masih boleh nampak jeram-jeram, padi huma di kawasan bukit-bukau, gunung Merapi yang masih aktif, dan tak lupa juga kena try nasi Padang! Nasi akan dihidang dengan pelbagai jenis lauk pauk. Dia hanya akan cas untuk lauk yang kita usik sahaja~

D39c

Padang pun dekat dengan Bukit Tinggi. Kena pergi! Kat sana macam Cameron Highland. Sejuk!



Ada lagi 3 tempat menarik di Asia. Boleh tengok kat SINI. Memang cantik-cantik! Tak rugi nak pergi travel kat sana dan belajar budaya kat sana :)

Wednesday, November 18, 2015

Pengesahan di ruang komen~

Assalamualaikum~


Hari tu ada terbaca blogger tak suka kalau keluar ; I'm not a robot masa nak komen tu. Saya punya blog pun keluar macam tu jugak. Setting dah ok. Tak tahu kenapa keluar lagi benda tu.






Tapiiii, korang jangan risau. Kalau nak komen tekan je butang send komen tu. Buat derk / tak tahu je dengan robot tu. Sebab komen korang still akan publish walaupun tak menjawab robot tu. Benda ni saya dah try buat. Memang boleh je.

Ada sesiapa tahu tak kenapa?

Oleh demikian, rajin-rajinlah komen kat blog saya ni ye :)




Nak tengok gambar-gambar kebetulan yang memang kelakar macam kat bawah ni? Kat SINI atau gambar bawah ni~

Adde

Adam 1 year 3 months~

Assalamualaikum~

November 5 hari tu genaplah Adam setahun lima bulan. Makin aktif. Makin banyak akal. Tapi kecikkkk je orangnya. Kurusss. Ikut mak dia kot...huhu..

Pantang nampak straw. Suka makanan manis. Susah nak makan. Kena paksa. Haih! Pening ibu~

Layan sikit gaya dia ni:










Kan dah bagitau pantang nampak straw. Tu air jus mangga ayah buat sendiri ye. Bekas air tu recycle sebab cantik. Dapat masa makan kat boat noodle hari tu..hehe~

Bila entah Adam nak start cakap perkataan yang boleh difahami. Dia faham dah kalau kita cakap dengan dia. Kadang suruh amik remote TV, dia amikkan. Suruh pergi kat ayah, dia pergi. Memang nampak dia faham dah. Tapi bila nak start cakap ni Adam oiiii~~~ tak sabar! Mesti comel...hehe


Simply share your best outfit and hashtag #My120Look to win RM250 worth of Zalora vouchers before 30 Nov 2015! Click here for more details.

Tuesday, November 17, 2015

15 Barang Penting Sebelum Melahirkan Anak!


Assalamualaikum~

Menunggu kelahiran baby baru memang sesuatu yang menyeronokkan. Perasaan tak sabar tu confirm ada kan? Di sini saya nak share 15 barang penting yang perlu ada.

B102

1. Dokumen berkaitan.
2. Selipar yang selesa.
3. Toiletries secukupnya.
4. Sarong atau apa-apa pakaian yang selesa.
5. Back massager. Kenapa? Klik sini untuk tau.
6. Handphone dan charger! Sangat penting.
7. Baby wipes.
8. Makanan ringan seperti roti, biskut.


2ef4
Bila saat melahirkan:
9. Kamera untuk rekodkan saat penting.
10.Dry shampoo. Apa tu? Klik sini.

Masa nak check out:
11.Pakaian dalam yang selesa.
12.Diapers.
13.Extra bags.
14.Herbal soup.
15. Pelbagai kelengkapan baju bayi.

Simple kan? Tapi penting. Untuk tahu lebih lanjut klik sini. Atas tu saya summarizekan saja..hehe~

Pray for humanity..

Assalamualaikum..

Sekarang kecoh pasal bom di Paris. Macam-macam teori keluar. Badan berkecai, tapi passport elok pulak. Tak pasal-pasal Syria dibom oleh perancis atas nama balas dendam. Takde bukti lagi tapi terus serang Syria.

Yang jadi mangsa orang yang tak bersalah. Rakyat biasa, kanak-kanak. Tak kesian ke tengok gambar tu semua? Kenapa bila Paris kecoh satu dunia? Macam mana dengan Syria, Palestine, rohingya dan lain-lain negara yang ditindas?

Saya tak berani komen siapa salah atau siapa betul. Sama-samalah doa agar umat Islam di dibebaskan dari fitnah. Kenapa Islam asyik difitnah dan dicerca? Kadang-kadang terfikir jugak. Kita tak kacau orang pun kan. Islam kan mengajak pada keharmonian.

Takut. Dunia dah akhir zaman. Macam mana kita esok? Apa nasib kita?






Gambar FB

Monday, November 16, 2015

Santai Ahad~

Assalamualaikum~

Selamat ber'monday blues' semua! Biasalah hari Isnin banyak kerja kena catch up. Maklumlah kerja kilang 24 hours production. Semalam pun kena ot. Tapi, atas hasutan husband saya datang, tapi sekejap je. Tak sampai setengah jam. Biasalah orang tu injured main bola Selasa hari tu. Sampai sekarang tak baik lagi luka tu. Kesian pulak nak tinggal dia berdua je dengan Adam yang lasak tu.

Lagipun ahad je ada masa untuk hang out satu family. Sabtu husband kul 7 pagi dah keluar ada program ofis pastu meeting sampai rumah pukul 8 lebih malam. Bosan betul seharian duk rumah tanpa dia Sabtu tu.

Semalam dia ajak breakfast dekat teh tarik place bangi. Tapi jauh sangat sebab saya kena masuk ofis. Malas nak terkejar-kejar. Saya ajak pergi kat Putrajaya je. Kat Ayer8 pun ada teh tarik place. Tapi tak pernah try pun lagi.

Tapi bila tengok oder baru tau menu antara bangi dengan putrajaya tak sama. Husband nak makan nasi dagang, tapi Putrajaya takde. Banyak gaklah yang bangi offer. Dah sampai pun kan, oder je la apa yang ada. Nasi lemak ayam, roti planta, keropok dan teh tarik cawan besar kongsi dua orang. Bajet-bajet romantik.. :p




Kitorang duduk sebelah tingkap. Cantik view ngadap tasik. Nampak masjid besi kot skali. Overall view best. Nampak feri lalu lagi. Makanan okay jugaklah. Standard lah. Tempat pun selesa.

Lepas tu pergi klinik cek kaki husband & pergi kerja. Takde mood pun nak kerja semalam. Nak berjalan..huhu~

Lepas setengah jam kerja, pergi beli barang dapur sikit. Singgah menyinggah akhirnya balik tapau makanan je~

Tak puas weekend camni :(

Friday, November 13, 2015

Hati-hati di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Assalamualaikum~

Ahad lepas pergi Bukit Cerakah lepas singgah Karangkraf. Sebelum tu breakfast kat PKNS Shah Alam dulu~



Bhaiya teh tarik satu! :p

Tak leh tahan tengok Adam. Tak nak duk baby seat tu. Boleh dia panjat sendiri kerusi tu. Berani tak berani dia? Tak padan dengan kecik!

Kalau ada dia, memang tak leh makan dengan tenang. Lari ke sana ke sini. Fuhhh, sabar je la.

Pastu baru gerak pergi Bukit Cerakah tu. Ada nama baru, bukit seri cahaya alam ke? Tak pasti lah. Ingat nak pergi rumah 4 musim, tutup pulak. Winter memang dia tak bukak ye?

Kitorang gerak dalam tu naik shuttle bus je. Panas, lagipun ada Adam. Singgah pun kat taman haiwan aje.

Sampai-sampai je dengar budak nangis. Tengok jari dia berdarah. Masa tu tak tahu kenapa. Jalan depan sikit nampak sangkar burung kakak tua.

Rupa-rupanya jari dia kena patuk dengan burung kakak tua. Aduii, kesiannya budak tu tadi. Mesti sakit sangat, dahla budak lagi. Dalam 2 tahun kot. Terus jaga-jaga pastu. Takut.




Untuk ibu bapa luar sana. Harap tengok-tengok anak. Jangan bagi dia hulur jari dalam sangkar.

Overall, memang seronok dapat jalan-jalan satu family :)

Rabun ke sombong?

Assalamualaikum~




Tengok-tengok fb terjumpa gambar atas tu. Saya salah seorang yang ada kaitan dengan statement tu..huhu~

Saya ni memang seorang yang rabun, tapi tak suka pakai cermin mata. Contact lens lagi la tak suka. Rabun sejak sekolah asrama form 4 dulu. Bajet nak study dalam dorm lepas light off la dulu. Study atas katil atas guna lampu koridor je. Result teruk gak, rabun yang dapat. Sabar je laaaa~

Sampai sekarang cermin mata buat letak kat kereta je. Kalau drive malam atau hujan lebat memang wajib kena pakai. Bahaya ooo tak nampak jalan.

Kalau kat ofis ke memana ke, saya lebih suka jalan pandang bawah. Sebab kalau pandang depan selisih dengan orang dari jauh tak nampak. Kabur je. Orang tu dah dekat baru berani nak pandang.

Ada je orang yang tak rapat fikir saya ni sombong. Tapi, takpelah. Nak buat macam mana. Tak nak pakai spek, ni la makannya. Ada kebaikan jugak kot. Orang kata dapat jaga pandangan. Tak gitu? :p

Thursday, November 12, 2015

Pengalaman urut + bekam ~

Assalamualaikum~

Isnin hari tu wassap akak yang urut saya masa pantang dulu. Minta akak tu buat pakej urut + bekam. Harga, saya rasa berbaloilah sebab dia datang dari Melaka kot. Jauh tu. Tu pun dia dah bagi diskaun, patutnya mahal lagi sikit..huhu. Time kasih ye kak Sal~

Sebelum ni last saya buat bekam time belajar dulu. Tahun 2008~2009 ke? Tak ingat sangat. Buat tu sebab kaki naik lebam lepas training Palapes. Sebulan pun ungu je lagi kaki tu. Masa tu nak urut refleksologi kaki tu je. Pastu akak urut tu offer buat bekam sebab saya cakap ada lebam kat kaki. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, saya ikut je lah. Buat 3 cup je kot masa tu. Satu kat kaki lebam, 2 kat bahu. Maklumlah masa tu Palapes training selalu kena lari angkut beg pasir 10kg, Berat ok! Huhu~

Masa tu seram je tengok akak tu hiris kulit guna pisau cukur tu. Tahan aje lah. Tapi lepas sehari dua tu memang lebam tu hilang. Bayangkan sebulan tak hilang-hilang, lepas bekam terus hilang. Masa tu fikir bagusnya bekam ni, Bekam ni kan sunnah. 

google~

Pengalaman bekam tahun 2015 pulak. Lepas 6~7 tahun saya buat semula. Tapi kali ni saya buat satu badan belakang. Sekarang tak pakai pisau dah. Dia pakai jarum. Tapi pedih gak lak, macam kena gigit semut tu. 

Sebelum bekam, urut satu badan dulu. Last saya urut masa pantang dulu. Adam baru umur seminggu lebih. Lambat urut sebab saya kena duk hospital 5 hari sebab caeser. Adam pun kena tahan 3 hari dalam nursery untuk masuk antibiotik. Dulu takde lah sengkak bagai ni sebab operate. Patutnya lepas 44 hari kena urut lagi tapi saya tak buat. Takde bajet..huhu~

Masa dia tolak rahim ke atas boleh dengar ruang-ruang kosong dalam perut. Bergerak-gerak nak bagi ruang untuk rahim tu ke atas. Kagum jap saya. Maklumlah first time. Akak tu urut tak sakit pun. Selesa je, macam spa je rasa. Sedap je rasa.

Yang tak sedap tu bila start bekam. Berdebar-debar rasa. Mula-mula bekam tarik angin, lepas tu dia cucuk-cucuk pin. Pedih rasa. Masa tarik angin tu pun dah rasa sakit sikit. Macam kena cubit kulit belakang tu..huhu. Dari leher sampai ke kaki buat. Badanlah yang paling baanyak toksik. Pekat. Kaki ok je. Leher pun macam kurang. Biasanya leher banyak kalau ada darah tinggi. Kaki pulak selalunya orang tua la banyak.

Hari ni 3 hari lepas bekam. Lebam-lebam lagi badan ni. Sakit pun terasa-rasa lagi. Malam lepas bekam tu lagi teruk. Nak sandar sakit! Kena cari tempat lembut-lembut je nak sandar. Macam alien je berbonggol-bonggol belakang. Huhu~

Harap-harap cepatlah hilang parut jarum-jarum ni..huhu~

Jangan takut untuk bekam. Saya rasa contraction berkali ganda sakit dari bekam ni...huhu~ :p

Untuk kesihatan sendiri jugak. Lepas saya siap, saya minta akak tu urut Adam sekali sebab dia tak berapa sihat dan asyik meragam je. Banyak angin, kaki pun berbunyi-bunyi kena urut. Bagus la kot~

Bila nak bekam lagi? Tunggu dulu lah kot...hehe~~

Wednesday, November 11, 2015

Adam main buai ~

Assalamualaikum~

Semalam cuti Deepavali. Selamat Hari deepavali bagi yang menyambutnya. Lambat pulak wish.

Semalam officemate husband ajak berbbq di Bukit Ekspo, UPM. Segan sebenarnya, semua saya tak kenal. Jadinya saya ajak kakak..he he..

Semua geng-geng alim. Maklumlah geng usrah husband. Rendah je diri rasa..huhu. Cakap pun ana anta anti ukhti zaujah. Saya tak pandailah. Cakap biasa-biasa je. Banyak senyap melayan Adam je saya semalam. Agak kekok, maklumlah saya ni bukan jenis peramah.

Ada taman mainan kat situ. Layan Adam je la. Gambar aktiviti BBQ tak amik sebab memang macam join tak join je. Tapi kambing sedappp..hehe~




Adam dah pandai main buai sendiri. Saya nak pegang dia tak bagi. Siap suruh saya main buai sebelah lagi. Pastu ketawa-ketawa..comel! Besar dah Adam ni..dulu kecikkkk je..huhu~

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip


Assalamualaikum~



Terjumpa satu giveaway yang menarik!

Sejak dua menjak ni hati ni tersuka pulak dengan AJ, Dulu pelik kenapa orang suka sangat dengan AJ..hehe.

Komen pasal blog ciktulip:
1. Sangat simple.
2. Kemas.
3. Tak serabut pening kepala.
4. Nice~ :)

Kena tag kawanlah pulak.
1. MV. (sebab peminat AJ)
3. Kak Dieyna
Kalau boleh nak tag semua geng..hehe~

Monday, November 9, 2015

Segmen Kembara Burung Hantu~


Assalamualaikum~

Terjumpa satu segmen ni. Cantik banner dia. Tajuk pun misteri je kan? hehe~

Jom cuba nasib!


Hehe :)

Warehouse sale karangkraf di Shah Alam~

Assalamualaikum~

Semalam hari terakhir jualan gudang karangkraf. Pagi tu mood husband baik, pagi-pagi dah ajak keluar. Dalam kereta baru discuss mana nak pergi. Saya cubalah cadangkan tempat warehouse sale ni. Kalau ramai tak yah singgahlah. Tengok dulu.

Pukul 9 sampai sana. Orang pun baru sampai, tak ramai lagi. Parking dapat depan khemah je. Apa lagi, terjahlah. Ingatkan nak pergi sorang je. Husband pun nak ikut gak..huhu~

Pada pendapat saya jualan ni memang berbaloi-baloi. Banyak sangat novel murah. Semurah RM3 dan RM5!! Juling mata tengok banyak sangat! Nasib baik takde bajet je. So, boleh amik sikit je la..huhu~



Gambar tak clear sangat.


Banyakkkk sangatttt!


Novel tu semua RM14. Caya tak?? Serius kalau ada bajet memang borong habislah. Ni nak baca nye pun tak tahu lagi ni. Abaikan tangan dengan kaki si kecik Adam tu. Sejak ada Adam memang satu novel amik masa berbulan gak nak habis..hehe~


Ada gak bahagian husband :p sibuk je~
Yang ni mahal sikit. RM48 untuk 3 buku.

Sekejap je singgah. Masa nak balik tu tengok penuh dah parking. Orang baru nak ramai. Bestlah dapat pergi warehouse sale ni. Terbaik! Next time harap boleh pergi lagi ;D

Thursday, November 5, 2015

Bila nak siap busy book ni??

Assalamualaikum~


Sebulan dua ni aktif tengok page homeschooling. Terjebak nak buat sendiri. Barang-barang dah beli untuk starting. Zip, butang, kain felt dan alatan menjahit. Punyalah excited

Tapiiiii....sampai hari ni hanya ni je yang berjaya. Seterusnya tak tau bila nak sambung..huhu




Kenapa tak siap-siap?

Kalau kat rumah masa banyak main dengan Adam je. Tak berani pegang jarum depan dia. Tajam tauu. Maklumlah jarum baru tu..huhu~

Bila Adam tido? Saya pun tido. Dah tu bila nak siapnya lahaiiii. Yang zip ni pun Adam tak pandai sangat nak bukak. Tapi zip beg dengan purse saya laju dia bukak..

So, nak teruskan ke tak nak ni ye. Tangguh-tangguh mahu tahun depan tak siap-siap gak ni.. :p

Emm..ikut mood je la nampaknya. Adam kena bersabarlah dapat ibu macam ni ye :p

  


E-book: Tips Mendidik Anak.

Assalamualaikum~



Perhatian Kepada Ibu-Bapa Yang Mempunyai Anak-Anak Yang Berumur Dibawah 6 Tahun...

Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda?
Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil?
Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?

Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda SeorangAnak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah"sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.Contohnya seperti...."Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!..

Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" &"mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.Contoh lain....Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.."Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti.

Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.Karenah anak-anak seperti :-*.Tidak Mahu Mendengar Arahan..*.Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..*.Tidak Mahu Makan*.Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..*.Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..*.Suka Membuat Sepah Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap "kepanasan" andasebagai ke"tension"an anda sebagai ibu & bapa..Jadi...

Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?Ianya Bukan Silap Anda!Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik AnakDengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!

Menarikkan?? Info lebih lanjut boleh klik banner. Harga hanya RM30 sahaja!!


Wednesday, November 4, 2015

Resepi bubur cha cha paling simple!

Assalamualaikum~

Minggu lepas ada officemate bagi bubur cha cha. Masa makan tu pelik sebab tepung tu macam besar-besar. Rupa-rupanya dia buat sendiri. Barulah saya tahu rupanya senang je nak buat. Makan suka, buat tak tau..he he

Saya google-google resepi. Bubur cha cha gandum home made. Senang sangat!

Cara buat tepung tu:
1. Campurkan tepung gandum dengan air suam.
2. Gaul sampai sebati dan jadi macam doh.
3. Buat bulat-bulat doh tu.
4. Pastu jadikan doh tu macam tali. Ikutlah korang nak besar mana.
5. Siap!

Untuk buat bubur tu:
1. Masukkan santan dengan air. Masak atas dapur gas. Daun pandan nak letak boleh, tak letak pun boleh.
2. Campurkan gula melaka. Gula pasir sekali. Ikut selera memasing.
3. Saya masukkan sagu sekali. Tak letak pun takpe.
4. Masukkan lobak & tepung yang dah siap tadi.
5. Biarkan masak. Agak-agak je.
6. Siap!





Boleh makan sejuk atau panas. Dua-dua sedap! Boleh bawak ke ofis untuk makan time lapar sebelum atau selepas lunch time. Masa memasak dan prepare dalam setengah jam je. Senang kan? :)

Tuesday, November 3, 2015

Adam & Straw~

Assalamualaikum~

Tengok-tengok phone gallery, jumpa gambar-gambar bawah ni;








Adam ni suka sangat kalau nampak straw. Tak tahulah kenapa. Pantang! Tapi bila bagi air susu Dutch lady plain atau coklat tak nak. Nak strawberry je. Kalau bagi air dia tak suka buat main aje lah.

Hari tu kat alamanda bagi dia minum vitagen. Dia sukalah. Suka sangat air manis! Tapi bila dah puas minum, jadi mainanlah air tu. Habis dia terbalikkan, masa tu dalam Watson. Tumpah atas lantai. Malunyeeee ibuuuuu. Sorry pekerja Watson. Huhu...

Yang gambar atas tu air chatime tu habis dah. Tinggal 2 pearl. Ingatkan dia takkan dapat. Tapi punyalah dia usaha. Last-last dapat sebijik. Gambar last tu reaksi dia bila dapat. Muka pelik...hehe..

Mula-mula tak perasan pun dia dapat. Terkejut tgk pearl tinggal satu. Pandai dah dia~~

#Adam nak masuk 15 bulan~
#Still fully bf

Monday, November 2, 2015

Kecoh awal pagi!

Assalamualaikum~

Sejak sebulan dua ni saya dan husband bawak bekal je dari rumah. Sejak kena food poisoning hari tu husband cadangkan gitu lah. Jimatkan duit katanya. Sekarang ni kan barang semua mahal dah. Beras pun dah takde subsidi dengarnya. Berapa harga beras lepas ni agaknya ye??

Berbalik pada tajuk. Oleh kerana nak buat bekal saya sekarang ni kena bangun 530 pagi. Tapi pagi tadi Adam pukul 520 dah bangun. Bangun-bangun terus senyum-senyum, ketawa kacau ibu ayah dia tidur. Nasib baik comel. Bolehlah dimaafkan..he he..

Alang-alang dah bangun, pergilah saya ke dapur. Macam biasa assistant ada sebab dah bangun. Adam duk main barang-barang bawah sinki.

Tetiba bila saya tengok bawah Adam dah tumpahkan kordial ribena. Banyak! Aduh. Stress ibu gini Adam! Dah tumpah tu dia boleh main tepuk-tepuk pulak! Terpercik semua. Dengan yang kena karpetnya lagi..huhu..sabar je la~

Nak tak nak kena minta tolong husband jugak. Kena lap balik, mandikan Adam sebab dah bermandikan ribena awal pagi. Pakai baju tu serah kat ayah dia pulak. Sambung masak, hangit.sikit dah lauk saya..huhu:(

Pagi-pagi dah kelam kabut. Pas masak mandi solat. Kena keluar pukul 7 nak hantar Adam lagi ke pengasuh. Mencabar sungguh jadi ibu isteri bekerja ni ye. Ni baru anak sorang. Kalau anak ramai nanti tak tahulah macam mana. Nasib baik makanan Adam Pengasuh buat skali utk semua anak yang dia jaga. Selamat~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA