Tuesday, November 29, 2016

Replacement Leave~


Assalamualaikum~

Hari ini 29 November 2016 adalah hari cuti bagi ofis saya. Sebabnya cuti Maulidur Rasul dibawa ke depan T_T. Ada ke patut bagi cuti hari Selasa kan? Kalau Isnin atau Jumaat ok la jugak..huhu~
Tapi harini saya kerja lah sebab ada kerja nak monitor, tapi pagi tadi orang tu call cakap tak jadi pulak. Adoiii, dahlah datang semata-mata sebab kerja tu je. So, dah datang ni nak buat apa ye?

Jalan-jalan blog orang je la kot?

Sekarang dah gaji  kan? Kalau ada yang tengah mencari stoking & handsock Mesir, Produk Dianz dan produk kosmetik formulasi natural bolehlah ke FB: AZRM Enterprise ya?

Kalau sebut nama blog ni insyaAllah dapat diskaun lagi~ :)
Promosi ni tak pasti sampai bila, mungkin akhir tahun ni? hehe~

Suka ikut ibu dia T_T

Friday, November 18, 2016

Bertukar ke produk natural~


Assalamualaikum~

Jadi perempuan bukan senang. Macam-macam nak kena jaga. Betul tak?? Luaran kena jaga, dalaman pun haruslah dijaga jugak. Lagi-lagi untuk yang dah berkahwin tu. Yang belum berkahwin banyak tekankan luaran je kan? huhu~

Sekarang ni dah terlalu banyak lambakan produk kecantikan di Malaysia. Kadang-kadang kita  pun tak tahu repack ke, oem ke? Kesan chemical tu bukan boleh terus nampak tau. Ambil masa yang lama. Macam paraben tu, paraben affect hormon perempuan. Sangat bahaya sebenarnya. Tapi tahu tak yang paraben tu ada dalam banyak produk di pasaran sekarang ni? Tengok losyen kita tu methylparaben mesti ada kan??

Oleh kerana itu, sekarang ni ramai yang dah sedar pasal isu ni, dan start cari alternatif lain. Iaitu produk natural/ organik. Banyak dah kat pasaran produk macam ni. Salah satunya adalah jenama Secretleaf

Secretleaf dah ada sejak 2010 lagi. Pengasas adalah melayu Islam. Ada kilang sendiri untuk memproses produknya. Bahan-bahan ingredients kebanyakannya diimport dari luar negara untuk memastikan kualiti yang terbaik.

Antara produk Secretleaf

Keratan akhbar beberapa minggu lepas

So, semua dah faham kenapa kita dinasihatkan untuk tukar  ke produk natural? Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Untuk jangka masa panjang :)

Nak tengok lagi produk yang ada dan penerangan boleh KLIK SINI.

Nak terus order atau ada soalan lain?
FB: AZRM Enterprise
013-6514022 
Saya sendiri pakai dan jual..hehe :)
Saya sendiri akan guide sampai anda puas hati!




Friday, November 11, 2016

Dianz Vitamilk! Macam best je~


Assalamualaikum~

Selamat hari Jumaat! Esok cuti ! Hehe..best dapat spend masa dengan family :)

Tak tahu nak mula macam mana hari ni. Tapi korang semua tahu tak Dianz ada keluarkan produk baru? 

Dianz Vitamilk~

Apa beza Vitamilk dengan Dianz Vitamin?

Dianz Vitamilk ni dikhususkan untuk wanita yang dah berkahwin sahaja ya. Wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak. Wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat pun sangat digalakkan. Dinyatakan bahawa Vitamilk ini membantu memperbaiki rahim kita.

Macam menarik je kan? Maklum, bulan 7 haritu baru gugur. Mesti rahim tak kuat sangat kan? Rasa macam nak cuba je vitamilk ni.

Harga RM72 sekotak/ 30 sachet.
Dua kotak RM132.
Harga termasuk pos tau.

Saya ada jual ye.
Kalau berminat boleh PM/ Whatsapp 013-6514022.



Thursday, November 10, 2016

Tragedi Weekend.


Assalamualaikum~

Weekend baru ni, kakak ajak pergi teman tidur satu hotel di Putrajaya. Sebabnya dia ada dinner kat hotel tu. Malas nak rushing-rushing gerak dari rumah. Orang belanja kan? Saya ikutlah, lagi pun husband pun pergi hiking weekend tu. So, memang free la.

Hotel memang best, luas dan cantik. Ada pool, kids punya activity room pun ada. Memang baguslah. Breakfast pun menu sangat banyak dan sedap. Yang menjadi tragedinya, lepas biar Adam main kat kids room tu ada lalu gym. Tengok takde orang, gatal nak masuk cuba. Memang tak pernah pergi gym selama ni.

Saya menyesal sangat masuk gym tu. Tak boleh lupa sampai sekarang. Macam trauma pun ada T_T.
Jari Adam tersepit kat tempat machine yang untuk jalan tu. Saya tarik, tapi mungkin tak cukup cepat, Nasib baik sangat melecet je. Tapi kesian tengok Adam. Menyesal sangat-sangat!

Nasib baik saya pernah training first aider, cepat-cepat cuci luka melecet dengan letak antiseptik. Bagus hotel tu ada first aid kit kat situ. Alhamdulillah setakat melecet saja. Tapi memang saya trauma sangat. Pengajaran untuk saya, lain kali tak boleh lalai walaupun sesaat. T_T

Sampai sekarang rasa bersalah sangat. Lemah rasa semangat ni. Nasib baik Adam kuat. Big boy ibu. Harap Adam sentiasa dilindungi Allah SWT. Memang lepas ni takkan masuk gym lagilah dengan anak walaupun nak tengok-tengok aje. Jangan kecam saya T_T

Untuk semua ibu bapa yang baca ni, jagalah anak-anak dengan baik ye. Jangan terlepas pandang walau sesaat. Macam-macam boleh jadi dalam sesaat. Memang ni pengajaran yang takkan saya lupakan. 

Trauma rasa.

Ni baru anak sorang.

Ni baru semalam tidur luar/keluar dengan anak tanpa husband.

Lepas ni pergi mana-mana dengan husband je lah. Saya memang seorang yang clumsy, husband tak macam tu. Kira saling melengkapi lah..huhu~

Wednesday, November 2, 2016

Hadiah GA dah selamat pos!


Assalamualaikum~

Lama tak menulis di blog. Sebabnya saya segan..hehe..segan kenapa? Sebab lambat sangat nak pos kan hadiah GA bulan lepas. Jumaat baru ni baru pos. Tu pun nasib baik dapat pos sebab company cuti Deepavali. Pergi berdua ke dengan Adam..macam berperang dah rasa T_T

Dulu kepala pernah terhantuk kat almari dinding pos office tu, kena kat bucu. Adoi..takut tengok darah. Nasib baik tak dalam. Masa tu kakak ikut pun, boleh jadi macam tu. Ni kan pulak berdua je. Dengan nak isi borang on the spot lagi, sebab tak sempat ambil awal-awal. Nasib baik tak perlu tunggu lama, orang ramai dah cuti kot. Biasa kalau pergi beratus nombor kena tunggu..huhu~

Jom grab kombo set ni. RM148 sahaja!
Whatsapp 013-6514022 :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA