Friday, March 30, 2012

I wanna grow old with you~~



Assalamualaikum~


Sekarang ni tengah curi masa jap dr kerja yang berlambak ni. Tapi tak leh lama sangatlah. Dulu saya peminat tegar kumpulan Westlife..hehe..sekarang ni rasanya dah lama sangat-sangat dah tak dengar lagu Westlife ni. Oleh sebab sekarang ni kat bilik ni saya sorang je, jadi aktiviti yang boleh mengurangkan stress adalah dengan berkaraoke dalam bilik..hehe :p


Tengah cari lagu apa yang nak karaoke saya terjumpalah satu lagu ni. Suka lirik dia. Jadi saya tujukan lagu ni buat leonerz yang jauh di mata tu lah..hehe~~


Jom layan~~ 




Another day 
Without your smile 
Another day just passes by 
But now I know 
How much it means 
For you to stay 
Right here with me 

The time we spent apart will make our love grow stronger 
But it hurt so bad I can't take it any longer 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 

A thousand miles between us now 
It causes me to wonder how 
Our love tonight remains so strong 
It makes our risk right all along 

The time we spent apart will make our love grow stronger 
But it hurt so bad I can't take it any longer 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 

Things can come and go I know but 
Baby I believe 
Something's burning strong between us 
Makes it clear to me 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 




p/s: entri agak jiwang sikit hari ni disebabkan masalah jiwa dan masalah perut ni..hehe~~ :p

Thursday, March 29, 2012

Jagalah kesihatan organ dalaman anda~~


Assalamualaikum~


Orang selalu kata sakit tu penhapus dosa-dosa kecil kan?? Jadi kalau demam ke, batuk ke, selsema ke, kenalah sentiasa bersyukur kan?? Tapi saya jarang demamlah. Rasanya macam dah lama giler kot tak demam. Tapi, saya rasa saya ni walaupun tak demam, tapi badan tak cukup sihatlah.

Kalau dah nama pun hidup merantau, makan pun mestilah ikut suka sendiri ke kan? Kalau rasa lapar, makanlah. Tapi kebanyakan makanan yang dimakan tu banyak yang tak ada proportion zat yang betul untuk kesihatan badan. 

Jadi dari situ, muncullah sakit sembelitlah, buasir lah, anemia, badan kurang zat, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi lah~

Saya rasa saya ni kurang minum air dan kurang makan sayur-sayuran lah. Dua tiga hari ni rasa macam ada masalah kat perut dengan usus saya ni. Tahun lepas saya pernah mengalami sakit perut yang teramat sangat. Seram sejuk je badan. Tu semua sebab salah makan, mungkin saya ada makan makanan yang dah lama sangat. Ada orang kata kalau stress sangat pun akan selalu mengalami masalah dengan perut. Betul ke ye?? Saya ada terbaca kalau stress sangat boleh menyebabkan buasir.

Bawah ni saya ambil dari SINI.


Buasir
Kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum. Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.





P/s: Saya rasa dalam setahun ni saya banyak mengalami masalah yang berkaitan dengan perutlah. Pasni kena makan supplement la kot. Supplement apa yang baik ye??


Tuesday, March 27, 2012

Ke'busy'an melanda~~


Assalamualaikum~~


Rasa cam dah lama je tak update blog ni...tengok last update, Jumaat lepas..huhu..memang dah lama sangatlah tu~~

Sekarang ni kat ofis tengah berlambak-lambak keje..sebab last week pergi site, jadi kerja di ofis tu tertangguh. Datang je ofis, bos suh datang bilik dia nak bagi kerja baru lagi..alahai...nasib badanlah~~

Semua kerja saya kena buat sorang sekarang ni sebab kawan saya baru berhenti minggu lepas. Ada sesapa yang tengah cari kerja tak? Nak jadi assistant saya tak?? Kerje senang je..hehe~~

Oleh sebab saya kena buat kerja sorang-sorang, tiap-tiap hari balik lambat sebab nak siapkan cepat. Tapi tak siap-siap jugak. Kena pergi site lagi tadi. Penat lak rasa. Banyak betul merungut kan saya ni?? hehe..biasalah tu..walau macam mana pun, saya suka kerja ni. Bulan depan dapat naik gaji..seronoknya. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi dapat naik tu kira ok lagi lah kan daripada tak naik-naik~~

Apa lagi citer baru saya ye? Oooo....Minggu lepas dapat roommate baru. Ustazah sekolah menengah. Dia jadi cikgu ganti kat sekolah berdekatan dengan taman tempat rumah sewa saya ni. Harap-harap saya leh jadi lebih baiklah bila dapat roommate ustazah ni kan :)

Aduhai~~ malas pulak rasa nak memikirkan kerja esok...

Semangat!! Semangat!!

Sebenarnya saya memang tgh takde idea. Banyak sangat benda nak diceritakan, tapi tak tau nak ceritakan macam mana. Nanti ada masa, jiwa tengah tenang, baru boleh menulis dengan selesa kot..hehe~

Umur saya dah dekat nak masuk 25 tahum Oktober ni. Mak pun dah bising bila nak kawin...hmm..apa la akan jadi pada masa depan ye...bilalah nak kawin ni..macam-macam halangan la ada sekarang ni...huhu~~ (cam gatal ke? tak kot kan?? : P ) Emm..biarlah ALLAH SWT yang menentukan semuanya. Sekarang ni hanya dapat berusaha je~~~

Rasa sedih. Bila kita dah mintak maaf, tapi orang tu tak maafkan. Buat tak tau je kat kita. Padahal benda kecik je pun. Tak faham lah..malas nak fikir, tapi terfikir jugak sebab dah duk serumah, berkongsi tandas yang sama. Mungkin dia salah baca mesej saya hari tu. Mungkin dia baca mesej saya dengan nada yang salah. Mungkin dia ingat saya ni macam merendahkan dia. Tapi serius, memang takde niat langsung nak buat camtu. Banyak kali hari tu saya minta maaf. Takkan kerana benda sekecik tu tak nak bertegur sampai sekarang? Dah 2,3 minggu dah. Benda yang sangat kecik. Emm..biarlah..kalau dia nak buat macam tu terpulanglah. Yang penting saya takde niat langsung untuk merendah atau sakitkan hati dia. Sedih sangat sebab saya paling rapat dengan dia kat rumah sewa ni....





 P/s: Korang kenal Cik Nur tak?? Dia ni memang peramah dan selalu lawat blog kawan-kawan dia. Jom tengok blog dia ni~~


Friday, March 23, 2012

Penat~


Assalamualaikum..

Kalau dapat g bercuti lagi cam time ni kan best~~

Hari ni last outstation, tp dah alang-alang ada kat ngan kampung ni, saya mintak cuti terus la sampai hari Ahad. Kiranya esok cuti..hehe..tp rugilah sbb sok keje setengah hari je.

Takpelah, nak wat camne kan...

Tak payah nak dicari Leonerz yang konon-kononnya jiwang tu. Sekarang ni dia tengah berfoya-foya kat satu pulau di Terengganu tu. Sampai hati dia pergi berseronok tanpa saya..huhu~~

Balik nanti mesti dia hitam sebab asyik mandi laut je. Padan muka..nanti jadi macam orang bangla yang keje kat stesen minyak tu..dahlah memang dah hitam. Pasni confirm nampak gigi ngan mata je.. :p

Saja tak nak update cepat sangat. Terperanjat gak tengok post dia bawah ni..huhu..bila saya sibuk, tak leh nak balas mesej dia tahu plak dia nak marah. Bila dia wat camtu boleh. Padan muka..huhu..Tp sekarang saya pulak kena abaikan sebab dia pergi berfoya-foya...bestnye dia leh snorkling..

Dua tiga hari ni memang agak penat sebab keje kat luar. Berpanas, berhujan, berdebu. Dah hitam sikit sebab berjemur. Tapi yang pasti leonerz confirm lagi hitam..hehe..

Dulu cita-cita saya nak jadi cikgu. Kadang-kadang saya terfikir gak nak tukar keje jadi cikgu. Tapi saya suka jugak dengan keje sekarang ni. Cuma keje sekarang ni susah nak dapat cuti lama-lama je lah.

Banyak masalah yang saya hadapi sekarang ni. Masalah perasaan, masalah handphone rosak. Cuba bayangkan, handphone saya yang punyalah banyak sampai 3 tu, satu pun takde yg elok?? Ujian betullah. Satu dah kena antar kedai, tak tau bile leh dapat. Satu masalah ribbon, sebab hp slide. Dah banyak kali tukar ribbon, malaslah nak tukar lagi. Baik beli hp baru je. Satu lagi LCD rosak, tp hp tu je lah yang masih boleh diharap..huhu~

Last-last, semalam belilah hp RM50. Akhir bulan, tu je lah yang mampu..beli hp mahal-mahal pun cepat rosak watpe kan...bengang sikitlah rasa sebab layanan orang kedai hp tu tak memuaskan.

Sebenarnya takde point pun entri ni. Saje nak taip apa yang terlintas kat fikiran ni sebab dah lama tak menulis..hehe..

P/S: Oooh, lupa nak bagitau. Saya ada wat bloglist baru. Ni semua idea pemilik blog Bunga Hati Mama ni..trylah tgk blog dia..cam taman je rasa..huhu~~

Wednesday, March 21, 2012

#Missing you dreadfully~~

Assalamualaikum..

Coretan buat insan yg bernaung d hati...
Bila dekat asyik bergaduh walaupun hal kecik je..
bila jauh rase rindu nak bergaduh plak..
shari xgaduh xsenang duduk..
Bila die mesej@call slalu kadang2 rase bosan jemu plak..

die ni xkan kehabisan kedit ke ape??
tp bila xmesej@call ke hmmm rase rindu yg trsgt membara d kalbu...
baru tau, die la pneman yg sjati...

Bila dgn membe2 time tu la sibuk nak cal ke pe ke bz body gler...
tp bile sunyi time tu la dtg rase kesepian yg teramat sgt rindu kat die..
senyum ktawe tangisan marah die mcm alunan muzik...
chorus die time marah la.. skit telinge berbekam dkalbu trguris dhati rase nk bg kaki je..
tp biler xde marah2 bebel ke pe ke hehe sunyi plak huhu
baru tau, die la pghibur yg sjati...

Dulu siap ciptakan lagu untuk die cal die tiap2 malam(mase mengorat dulu2 huhu)..
tp skang ni susah sbb masing2 dah keje..
tp janji pd die xpenah d mgkiri lg..
janji pd die, "abg xkan xmesej @ xcal walaupun shari"..
emm sjak bpisah abis blaja dulu smpai skg janji tu masih trjage dgn rapi wlaupun cbuk dgn keje..
hrp janji ni terjage smpai bler2...

4 tahun bkn 1 mase yg pnjang sbnarnye..
sbb dugaan dmi dgaan yg dtg mmbuatkan kite lupe tntang mase..
tp igtlah, susah snang kite akan tetap bersame...
iklas dari Leonerz...

                             

p/s:  Hanye sbuah coretan buatmu dikala aku mrindukan kamu..  YANA LIBRA....



Pesanan dari Yana L: Saya outsation 3,4 hari ni..mgkn xde masa untuk jalan-jalan ke blog korang semua..tp jangan risau pas abis keje ni, saya jalan sampai pengsan kat blog korang ye..huhu~~ :D

Saturday, March 17, 2012

Ada apa dengan kahwin??


Assalamualaikum~
Hari ni hari Sabtu, keje pun separuh hari je. Sekarang ni duk ngadap laptop je, tengok-tengok blog orang. Nak tulis pasal apa pun tak tau ni..huhu..

Mugkin kalau rajin, jap lagi pergi basuh kereta yang dah berminggu tak dicuci tu..hehe..

Tadi saya ada terbaca kat blog orang, kahwin ikut adat ni menyusahkan. Kahwin sepatutnya hanya perlukan duit untuk mas kahwin dan duit jamuan untuk tetamu je. Tu yang wajib. Tapi sekarang orang buat besar-besaran, pastu lepas kahwin menanggung hutang keliling pinggang. Duit hantaran untuk isteri tu pulak habis nak buat bayar hutang je nanti.

Jadi, kat sini saya nak mintak pendapat semua kawan-kawan pasal hal ni. Memang orang kata kahwin tu benda yang baik, kenapa nak menyusahkan diri kan? 

Tapi, sebenarnya manusia lebih mementingkan apa yang orang lain cakap, berbanding apa yang sepatutnya kita buat. Contohnya, orang yang baru setengah tahun kerja ni tak leh kahwin. Sebabnya nanti orang kampung cakap,'Tak abis berbakti untuk keluarga, dah nak kahwin,'

Saya pelik, kalau dah kahwin ni, keluarga akan diabaikan ke? Saya rasa macam tak aje. Lagi-lagi kalau orang lelaki, sebab pastilah perempuan tu yang akan berkorban pergi jauh dari keluarga dia lepas kahwin nanti kan?

Lagi pun, kahwin ni kan akan buatkan kita lagi murah rezeki dan jauh dari maksiat?

Entahlah ye, saya tak cukup pengalaman lagi nak komen pasal benda ni. Salah tak kalau saya mintak kahwin cepat? hehe~~ 

Bukannya apa, sebabnya umur pun dah meningkat, kenal pun dah lama. Tak salah kan? Buat majlis nikah dengan jamuan roti canai dengan nescafe je lah, boleh?? huhu....kalaulah boleh kan...

Rujukan SINI.







p/s: Ya Allah, ya Tuhanku..kalau betul dia jodohku, Kau permudahkanlah urusan kami ni dan Kau sabarkanlah hati ni. Dan kalau dia bukan jodohku, Kau hilangkanlah dia dari ingatan ku..Amin~~

Thursday, March 15, 2012

Kenangan pahit~


Assalamualaikum...

Rasanya macam dah lama sangat kot tak update blog ni..orang busy, nak wat camne kan..huhu..

Tadi tengah takde keje, godek2 lah hp ni..pastu terjumpalah gambar lama. Jun tahun lepas kalau tak silap.

lawa tak kaki saya~~


Kaki terseliuh, jatuh tangga masa tengah kerja. Memang seksa je rasa, pastu kena drive pulak balik rumah dari tempat keje tu dengan kaki camni. Manual lak tu kete. Boleh korang bayangkan tak? Lalu highway pasir gudang yang sememangnya jem teruk tu lagi...dugaan dugaan..camnilah hidup merantau (tetibe lak :p)

Sebenarnya masa tu saya kena pergi kat satu kilang ni. Kilang tu baru lepas 6-8 bulan terbakar camtu lah. Memang kilang tu dah dikosongkan sejak kebakaran hari tu. 

Dalam kilang tu sunyi sepi, gelap, sejuk je rasa. Kaca cermin tingkap bersepah-sepah kat lantai. Memang tak nampaklah sebab gelap dalam tu. 

Tengah tengok-tengok bangunan tu, klien tu ajak pergi tengok tingkat atas pulak. Tingkat atas memang ok, takde kesan terbakar. Bawah je. Pastu masa nak turun tu, tiga anak tangga yang terakhir, saya tersungkur jatuh. Memang gelap masa tu. Saya ingat dah sampai bawah, rupa-rupanya belum lagi. Safety shoes pulak mmg keras giler, sebab murah punya, biasalah kan.

Saya jatuh melutut kat anak tangga terahkir, pastu cepat-cepatlah bangun. Yela, ada klien kan?? Wat malu je la..huhu..pastu sambung keje.

Tetiba klien tu tegur,

' Awak ok x? Muka awak pucat la..'

Masa tu saya memang dah rasa pening-pening lalat la. Agaknya sebab terkejut kot. Saya mintak duduk kejap. Tapi dia suruh duduk kat luar bangunan ke sebab dalam tu memang banyak kaca, kerusi pun takde.

Saya rasa memang macam nak pitam dah masa tu, saya  terus duduk kat atas jalan tar luar bangunan tu sebab memang takde kerusi. Kaki kanan rasa pedih, saya pun bukak lah kasut tu. 

Terkejut tengok kaki dah jadi cam belon! Saya tak bukak pun stoking lagi, tengok buku lali dah tak nampak dah. Pastu ada orang bawak pergi klinik, x-ray kaki & amik ubat. Nasib baik tak patah sebab mula-mula doktor tu kata mungkin tulang kecik kat buku lali tu patah.

MC dua hari je..tak cukup, tapi nak wat camne..bos pulak siap buat lawak, cakap saya pergi buat gimnastik kat site sebab tu jadi camtu. Tapi, masa kat klinik tu, bos ada call, tanya ada darah ke tak. Bila dengar takde darah, terus lega..huhu..

Dalam minggu yang sama, saya jatuh tangga tu, ada lagi sorang pekerja jatuh staging kat site yang sama. Dia jatuh lagi tinggi dari saya. 

Agaknya bangunan tu dah ada benda lain tinggal kot sebab dah lama sangat kena tinggal??






p/s: ada kawan saya tanya, ada sesape tengah cr kerja dalam bidang construction tak??

Tuesday, March 13, 2012

2# ROAD OF LIFE...

Assalamualaikum...

Entri kali ni Leonerz nak celite pasal Rasulullah SAW dengan sebiji limau...


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. 

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Bg leonerz byk moral of d story dalam kisah ni. Bukan semua orang sukekan kite. Bukan sume orang suke tgk kite bahagia. Setiap ujian ada hikmahnye. Pe yg pnting, mcm mane kite nak hadapi ujian tu. Perlu ke kite balas jahat pada org wat jahat kat kite?? haha dahtu xkan nk senyum jerrrr~~~ sah2 org igt kite xde prasaan ataupun gler. kalo kite wat bende yg same kat diorg pun so xde beza org tu dgn dri kite. tp kite tetap manusia biase. xsempurna. tp kite tetap kene cube. Leonerz nak pesan kat sume dan diri sndri marilah contohi sikap Rasulullah SAW. Semoge kite sume dijauhkan dari sifat2 mazmumah dan diterapkan dengan sifat2 mahmudah..amin...



So, teladan yang kalian dapat dari kisah ni ???


P/S: dah bersawang ke blog ni yana libra?? rasanye xlagi.. pandai yana libra jage halaman blog ni ye=p

Monday, March 12, 2012

Busy~~


Assalamualaikum..

Dalam seminggu yang lepas, saya agak busy. Hari ni pun busy, tp rasa cam dah penat sangat membusykan diri. Tak kira! Nak curi masa tulis blog jugak! hehe~

Sabtu pergi Melaka. Isnin pas subuh dah gerak ke Skudai, Johor. Kul 9 lebih kena pergi Kota Tinggi plak..fuh...keje driver, camni la~~

Masa drive dari Kota Tinggi ke ofis kul 12 lbh tadi pun rasa ngantok je..cam leh tertido je masa drive tadi. Bahaya betul! Ni semua sebab leonerz yang kaco tidur saya pukul 2 pagi tadi..huhu~~ :p

Pagi tadi drive laju sebab masuk ofis kul 8.30 pagi, jadi gerak dari Melaka kul 6.20 pagi..2 jam drive dari Melaka je Skudai, Johor? Cepat ke perlahan tu??

Memang best drive awal pagi sebab kereta tak banyak, speed trap pun takde sangat (yeke??)

Takde benda pun nak tulis skang ni sebab memang tengah sibuk fikirkan keje..nak harapkan leonerz, lagilah bersawang blog ni. Sibuk sangat jaga anak :p

Selamat memandu ye kepada semua. Pandu cermat jiwa selamat~~ :D




P/s: Bestnye dak2 skolah cuti seminggu~~~

Friday, March 9, 2012

Sedih~


Assalamualaikum..

Hari ni memang sibuk lagi macam semalam dan kelmarin. Jadi waktu malam je la ada masa nak tengok-tengok blog ngan jalan-jalan ke blog korang semua~

Hari ni saya terbaca pasal sorang nenek lumpuh yang ditinggalkan di hotel budget. Kat facebook ada orang sharekan video tu dan kat blog NI pun ada buat entri pasal ni.

Sedih sangat tengok nenek tu nangis teresak-esak. Memang boleh menagislah tengok video tu. Kesian sangat. Siapalah anak nenek tu. Saya takkan buat mak saya macam tu!

Pengurus hotel tu kata, mula-mula seminggu dua minggu pertama tu, ada orang yang akan datang bayar sewa bilik. Lepas tu sejak 3 Mac 2012, orang ru tak datang lagi bayar sewa. Nenek tu sorang diri terkontang-kanting kat bilik hotel budget tu.

Nasib baik ada pekerja hotel tu yang baik hati tolong tukarkan pampers nenek tu, bagi makan dan uruskan keperluan nenek tu semua. Moga mereka yang menolong tu dimurahkan rezeki~

Sedih sangat tengok nenek tu. Semoga dia temui kebahagiaan lepas ni. Harap anak dia sedar dan insaf...

Sini pun ada citer pasal nenek tu.



p/s: Sedih sangat tengok nenek tu nangis. Mesti dia sedih sangat. Kita hanya mampu bersimpati pun dah rasa sedih sangat, inikan pula tapi dia yang sedang mengalaminya.

Thursday, March 8, 2012

Mari servis kereta~~


Assalamualaikum...

Sejak dua tiga hari ni saya agak sibuk dengan kerja-kerja di ofis. Hari ni memang tak ada masa langsung nak jalan-jalan ke blog korang semua. Ni pun baru ada masa nak tengok blog sendiri ni..penat..tak sabar nak masuk tidur jap lagi..hehe~

Tapi sesibuk saya ni pun, saya sempat lagi keluar ofis jap kul 9.30 pagi tadi untuk servis kereta kat proton edar. Nasib baik bos sporting~

Pagi tu memang dah buat appointment nak servis kereta tu kul 9.30 pagi. Sambil tunggu kereta diservis, sempatlah jalan-jalan pergi ofis tuan rumah untuk bayar sewa. Jarak dua blok bangunan kedai je~

On the way balik ke proton edar tu semula, saya terpandang satu klinik haiwan ni. Ada kucing yang boleh diadoptlah. Dengan penuh semangat, saya pun tekan loceng untuk masuk. Nama klinik tu University Veterinary Clinic. 

Saya tanya pasal kucing untuk diadopt tu. Memang free-free je leh dapat kucing tu. Saya tengok ada dua ekor anak kucing & seekor kucing dewasa yang gemuk. Rasa cam nak bawak balik je anak kucing dua ekor tu, tapi saya duk menyewa bilik. Orang rumah tu tak berapa suka sangat bela-bela kucing ni :(

Sabar je lah. Kesian tengok kucing tu wat muka sedih :(

Dengan berat hati saya pun pergilah semula ke tempat servis kereta tadi. Tak lama lepas saya sampai tu kereta saya dah siap diservis. Harga RM205.10. Tu baru minor servis je.

 Mahal ke tak tu??

Lepas bayar tu, saya nampak dia bagi saya satu kotak ni. 

'Apa tu?'saya buat-buat tanya, padahal dah excited dah nak dapat free gift masa tu :p 

'Ni dapat sebab beli minyak Syntium tu,'jawab orang tu.

'Ooo, terima kasih.'dengan senyuman lebar, saya pun pergilah ambil kereta yang dah siap diservis tu. 

Nak tengok apa yang saya dapat?


Excited dapat benda ni walaupun tak reti sangat guna..hehe~


List barangan dalam kotak tu.


Tada~~~ banyak tu...

Bekas dia comel je, tak besar sangat pun. Tapi bestlah sebab dapat free..hehe..dulu saya pernah dapat cawan yang gantung-gantung tu satu set. Bagi kat mak je. Pasni nak dapat apa pulak ye~~~ :p





P/S: Selamat hari wanita ~~~ :D

Wednesday, March 7, 2012

#10 Wordless Wednesday~

Assalamualaikum..



Kat Jakel sekarang ni ada jualan murah sampai 19 Mac 2012. Memang berbaloi-baloi~~~ :p

Tuesday, March 6, 2012

Kata orang ~


Assalamualaikum..


Ada orang kata selagi tak kawin, berkawanlah dengan sebanyak mana lelaki pun. Orang kata jangan terlalu berharap pada yang satu, takut kita dikecewakan. 

Apa kata korang?

Saya tak pernah bercinta sebelum ni. Jadi saya tak tau lah nak komen camne kan. Lagipun saya ni pemalu sangat-sangat ngan laki sampai laki pun takut nak dekat..hehe..kat blog tak malu sangatlah~ :p

Ada kawan saya yang dah kawin ni, banyak kali pesan kat saya, jangan terlalu berharap. Dia risau saya kecewa. Dia kata saya ni terlalu sangat mengharap. Risau dia tengok.

Tapi, memang dah matlamat saya nak bercinta untuk kawin. Bukan untuk main-main. Kadang-kadang sedih gak dengar camtu. Salah ke apa yang saya buat sekarang? Saya tak pernah keluar dengan lelaki lain. Walaupun kami duk jauh, kalau bosan, saya ajak kawan-kawan perempuan je keluar sama-sama. Paling tak pun, kalau bosan, saya jalan sorang-sorang kat Jusco, cuci mata.

Pelik ke saya ni?

Saya ada ramai je kawan-kawan lain, tapi malaslah nak kacau diorang. Kat sini ramai kawan saya yang sambung master, phd semua tu. Busy belaka je. Kalau keluar ngan diorang serba salah pulak kalau tak belanja sebab diorang student lagi kan~

Adakah wajar cadangan yang dikemukakan oleh kawan ofis saya tu? Tapi saya memang malaslah nak keluar dengan lelaki, takut nanti jadi lain pulak. Kan salah kalau bagi harapan pada orang lain? Lagipun semua kawan-kawan saya tu kenal leonerz. Leonerz pun ramai spy kat sini..huhu..

Tak pasal-pasal  je gaduh nanti kan? Entahlah, apa korang rasa?



If you want me to marry you I want it to be forever. 
I don't want to be part of the divorce percentage of the year. 

I want to be part of that little percentage of lasting marriages that still exist out there.



p/s: leonerz, jangan marah ye..ni hanya luahan hati je..hehe..kalau nak marah, kawinlah cepat ~ :p

Sunday, March 4, 2012

Harta ~


Assalamualaikum...



Entri saya kali ni pasal harta iaitu duit, aset dan lain-lain yang berkaitan. Duit memang penting, tp duit yang banyak tak menjanjikan kebahagiaan. Kata kebahagiaan itu datang dari Allah SWT, tp kenapa tetiba timbul isu kena ada duit baru boleh bahagia?

Pada pendapat korang semua, kalau nak kawin adakah WAJIB untuk ada sebijik rumah dan sebijik kereta? Adakah korang perlu jadi betul-betul stabil baru boleh nikah? Kalau macam tu, lelaki-lelaki yang berumur 20-an ni kenalah cari pelajar sekolah rendah atau menengah sebagai bakal isterinya.Macam tu ke?

Macam mana pulak dengan yang masih belajar, tapi dah berkahwin? Adakah mereka dah cukup stabil? Saya tak rasa begitu.

Ada seorang kawan perempuan saya terpaksa menangguhkan majlis mereka disebabkan harta. Keluarga lelaki tu menyuruh bakal suami kawan saya ni menangguh tarikh majlis mereka kerana dia merasakan yang si lelaki ini masih tidak bersedia. Si lelaki ni baru setengah tahun bekerja, masih tidak mempunyai kereta dan rumah. 

Adakah itu satu tindakan yang wajar? Bagaimana perasaan kawan saya ni? Benda yang dah dirancang, dah prepare tetiba mintak ditangguhkan ke tarikh yang tak diketahui. Rasanya kena tunggu si lelaki ada rumah dan kereta baru boleh kahwin. 

Sekarang ni masalah pada keluarga lelaki. Pelik kan? Sepatutnya keluarga perempuanlah yang selalu demand lebih-lebih. 

Mengapa menghalang orang nak mendirikan masjid? Mengapa perlu dibiarkan mereka digelumangi dosa-dosa sebelum bernikah? 

Mungkin betul serba sedikit apa yang ayah si lelaki tu minta. Tapi, fikirkanlah lebih murah rezeki orang yang berkahwin ni. Saya kesian tengok kawan saya ni. Dia dah setahun lebih bekerja. Dia dah ada kereta dan rasanya harta dia mungkin lagi banyak dari bakal suami dia ni.

Tapi, dia tak pandang semua tu. Dia sanggup tolong bakal suami dia dari segi kewangan lepas kawin nanti. 

Sekarang ni dia tengah fikirkan cara macam mana nak bagitau keluarga dia yang keluarga bakal suami dia ni minta majlis tu ditangguhkan. Pada tarikh bila, tak dia tahu.

Sebagai seorang perempuan, mestilah dia tak nak jadi andartu. Tunggu-tunggu sekali tak jadi kahwin plak. Tak ke haru? Usia makin bertambah, bukan makin meningkat. Adakah keluarga lelaki tu tak merestui hubungan dia ngan laki tu?


kena ada harta banyak ni ke baru leh kawin?

Apa pendapat korang mengenai isu ni?




p/s:emosi memberontak masa tulis entri ni..huhu~ :p

Saturday, March 3, 2012

Aku dan Lappy ~

Assalamualaikum..

Hari ni berkesempatan saya nak segmen..hehe. Saya di tag oleh Dak Fisha ni.



nak join klik la doodle comel ni~


  • nickname saya adalah Yana L

  • warna feveret saya adalah warna-warni~

  • jenama lappy saya adalah Lenovo [baru beli Dec tahun lepas sbb Acer saya dah terbakar fius nya~~ :( ]

  • Saya tag semua member-member saya lah, bleh??  


RINDU PADA MU~~

Assalamualaikum..
jom layan lirik lagu ni=)

Yassin - Rindu Padamu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu

Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu

Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua dengan Mu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina

Ku merayu pada Mu...


P/S : Sebagai nasihat dan pedoman untuk entry POLIGAMI~~ yana tu, ALLAH tidak penah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap reda dengan segala ketetapanNYA.. so, be patient my luv.. I will owez support u whatever it takes=)

"Barang siapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu dia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadis)


Friday, March 2, 2012

Poligami ~


Assalamualaikum..


Kalau lelaki mesti sukakan isu poligami ni? Yang perempuan pulak mesti benci. Dengar madu pun tak nak..hehe..cam saya lah :p

Semestinya poligami sesuatu yang disukai lelaki. Asyik sebut eloklah, ape lah. Pastu keluarlah sunnah-sunnah , hadis semua. Kalau bab tu memang terer!

Tapi cuba tanya dia pasal tangunggjawab. Dia tau tak benda tu sangat berat. Nak bimbing sorang isteri pun tak lepas, ni kan pulan lebih dari satu?

Nak kawin dua memang boleh, tapi MAMPU kah anda, wahai lelaki? 

Saya dah merasai dah poligami ni. Tapi bukan sayalah, saya tak kawin lagi..hehe..ayah saya berpoligami. Jadi saya taulah tak mudah untuk laki tu berlaku adil. Dah 16 tahun saya merasai benda ni..huhu..mmg tak best langsung!

Saya yang sebagai anak ni rasa tak best, mak saya mestilah lagi teruk dia rase kan??

Sedih bila raya tanpa ayah. Sedih bila tengok ayah dan keluarga no. 2 dia tu pakai baju matching warna masa raya. Padahal masa tu dia bawak dua-dua family dia raya bersama. Sedih bila tengok mak saya hidup macam orang takde suami. Orang kata biasanya waktu tunang anak perempuan ni., ayah dia akan tanggung sebab masih di bawah tanggungawab dia, tapi saya tak. 

Tapi semua ni mengajar saya hidup lebih berdikari. Saya sayang dia biarpun dia buat macam tu. Sebab dia ayah saya.

Start masuk universiti, saya rasa saya memang tak bergantung dah ngan dia. Duit pendaftaran U pun, mak saya yang bayar. Alhamdulillah, masa U saya dapat biasiswa. Dalam masa yang sama saya masuk palapes, dapatlah elaun sikit. Sem ke-2 semasa di universiti, saya berjaya beli laptop guna duit biasiswa dan elaun palapes. Saya bangga sebab tak menyusahkan sesiapa untuk dapatkan apa yang saya nak.

Masa tu laptop mmg penting sebab saya belajar ACAD. Masa sem 1 saya gunakan laptop mak saya yang dah rosak skrinnya. Saya terpaksa. Alhamdulillah, rezeki saya murah sebab sem 2 tu dapat biasiswa~

Kalau korang baca ni, korang rasa macam saya ni anak dari keluarga orang miskin kan? 

Tak. 

Ayah saya ada syarikat sendiri. Cuma lepas dia kawin no. 2 tu, satu demi satu anak syarikatnya ditutup. Last-last, semuanya tutup. Yang ada hanyalah hutang bank yang sangat banyak. Sehingga nama dia dan nama mak saya diblacklist oleh bank. Duit dia habis untuk manjakan isteri no. 2 dia dengan kereta sport mewah dan kondominium mewah. 

Macam mana korang rasa bila malam raya tu dia ada, tapi lepas subuh je dia tergesa-gesa nak balik ke rumah isteri no. 2 dia? Salam raya pun tak lagi dengan kitorang. Malam tu kul 10 malam, barulah dia ajak salam dan bagi duit raya. Apa korang rasa kalau ada kat tempat saya dan adik-beradik saya?

Banyak lagi yang sedih-sedih, tp malaslah nak citer. Sampai pernah satu masa tu, saya rasa saya nak jadi isteri no. 2 kalau dah kawin nanti. Sebab saya rasa jadi isteri no.2 tu best. Selalu diutamakan. Dululah~

Kat sini saya cuma nak ingatkan lelaki, jangan asyik nak ingat seronok je. Fikirkanlah isteri pertama dan anak-anak anda bila anda nak kawin lain tu ye~~







p/s: Minta maaf sebab saya tak boleh percaya dan terlalu bergantung kepada lelaki. Semuanya disebabkan pengalaman hidup saya. I really hope you understand why~

Entri seterusnya nanti saya citerkan macam mana pengalaman saya bekerja sebagai waitress di restoran milik ayah dan mak tiri saya tu pulak ye.Memang macam anak tiri betullah..huhu~~


Jom belajar ~


Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat kan? Jom kita belajar tajwid~~ :)





Sumber dari FB.

Thursday, March 1, 2012

Berhati-hati ye kawan-kawan semua~~

Assalamualaikum..

Hari tu pernah terbaca kat beberapa blog pasal website yang pelik-pelik ni. Hari ni saya baru terjumpa. Dia tinggalkan jejak kat cbox.

Yang dalam kotak tu~

Lepas saya klik, keluarlah page ni:

Sebijik cam betulnye, tapi pelik sikit. Trylah tgk kat cbox tu kalau nak tengok~

Yang bawah tu keje saya...haruslah dikaburkan..hehe~~

Pelikkan?? Saya tak taulah apa benda tu. Berhati-hatilah masa log in ye kawan-kawan~~ :D

50 truths about me~~



Assalamualaikum..

Oleh sebab NiaLidia tag saya dalam benda ni, jadi dengan berbesar hatinya saya akan jawablah..hehe~~



1. Real name: Yana L..huhu~~
2. Nickname(s): Yana
3. Zodiac Sign: Libra
4. Male or female: Female
5.Elementary School:SK (P) Durian Daun
6. High School: Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, Sekolah Menengah Sains Muar
7. College:Kolej Matrikulasi Melaka..kolej je kan..hehe~
8. Hair color:Asian colour~
9. Tall or short: Tall?

10 . Relationship Status :In a relationship
11. Sweats or Jeans: Love jeans..huhu~~
12. Phone or Camera: Phone
13. Health freak: Biase2 je~
14. Orange or Apple:Apple kot~
15. Do you have a crush on someone?: Dulu masa muda-muda..hehe~
16. Eat or Drink:Eat?
17. Piercings: Yes
18. Pepsi or Coke:Neither..huhu~

HAVE YOU EVER?
19. Been in an airplane: Yes
20. Been in a relationship: Yes
21. Been in a car accident: No
22. Been in prison?: No!

 FIRSTS?
23. First piercing: kecik2 dulu
24. First best friend: Shazliana..rasenye..hehe
25. First award: Pembaca terbanyak masa darjah 5 (anugerah nilam..hehe)
26. First crush: Form 3 dulu~~
27. First word: ntah~~

 LAST?
28. Last beverage :Sky juice~
29. Last person you talked to in person:My colleague
30. Last person you texted:leonerz
31. Last person you watched a movie with:emm...dah lama kot..leonerz kot~
32. Last food you ate:roti canai for breakfast..sedap~~
33. Last movie you watched: Journey 2~
34. Last song you listened to: tak ingat..hehe~
35. Last thing you bought:Roti canai?
36. Last person you hugged: No one :(

 FAVOURITES :
37. Food:Banyak sangat...hehe~
38. Drink: Sky juice..bandung soda pun sedap gak~
39.Cartoon :Anime?
40. Flower: Roses kot~
41. Animal :Cats!
42. Colors:Semua colors yg lawa2~
43. Movies: citer hindustan boleh? huhu~~
44. Subjects: Maths, english?

HAVE YOU EVER:
(Put an X in the brackets if yes)
45.[x]fell in love with someone.
46.[ ]celebrated Halloween.
47.[  ]had your heart broken.
48.[x]went over the minutes/texts on your cell phone.
49.[  ] turned someone down
50.[x]Broke someone's heart (indirectly?)


ooo, kena tag 2 orang..jadi saya nak tag Cik Nur, Ieyla dengan Nyue la..jomlah join reramai,,,hehe~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA