Thursday, May 31, 2012

Catatan Hari Khamis~


Assalamualaikum~

Dah lama tak menulis panjang-panjang kat blog ni. Sekarang ni saya hanya boleh online kat ofis aje sebab bil broadband saya tak bayar lagi..dah kena potong..hehe..pas dapat gaji nanti saya bayarlah~ :p

Jadi sekarang ni malam-malam memang tak boleh online la. Waktu keje je boleh online. Nasib baik kerja kat ofis tak banyak sangat sekarang ni. Cuma minggu depan ofis ni ada audit ISO la..huhu..seram gak rasa nak kena interview dengan orang ISO ni~~

Kalau update kat rumah, boleh upload gambar-gambar dari handphone. Tapi kalau update guna laptop ofis ni, susah sikit la.

Leonerz tengah marah dengan saya sekarang ni sebab saya asyik paksa dia kahwin je..huhu~

Salah ke kalau saya nak hubungan ni ke jinjang pelamin? Saya nak sangat hubungan yang halal. Bercinta macam ni buat saya rasa serba salah. Nasib dia lah dapat awek lagi tua daripada dia. Kalau dia tak rasa nak kahwin awal, bagitau aje lah. Takdelah saya tertunggu-tunggu kan?

Rasanya macam banyak sangat halangan dalam hubungan ni. Nak tunang pun terpaksa ditangguhkan. Nak kahwin cepat pun duit tak cukup lagi kalau nak buat besar-besaran. Bukan saya tak yakin dengan dia. Tapi dia selalu tak nak kongsi plan dia dengan saya. Mungkin dia tak nak saya desak dia. Saya mengaku, kadang-kadang saya tak yakin dengan dia sebab dia selalu tak nak kongsi plan dia dengan saya. 

Memang dia baru je kerja, tak stabil lagi. Orang yang tengah belajar pun boleh kahwin, inikan pula orang yang dah bekerja? Kadang-kadang rasa yang dia sebenarnya macam tak bersedia nak terikat lagi. Tak puas enjoy lagi dengan duit sendiri. Dengan tanggungjawab untuk tanggung keluarga dia lagi.

Saya cuma tak nak dia buat tindakan yang tak sepatutnya disebabkan mulut-mulut sedara-mara. Saya hanya nak dia buat sesuatu ikut kemampuan dia. 

Kadang-kadang duduk jauh ni, buat saya penat berharap benda yang tak pasti~ 





Tuesday, May 29, 2012

Review Filem 'Aku Ada, Kau Ada???'


Assalamualaikum~

comel je diorang ni~

Sebelum ni kan saya ada buat entri pasal saya kecewa dengan filem ni kat SINI? Pastu kak Dieyna komen, suruh saya buat review pulak. Mungkin bagi saya tak best, bagi orang lain best ke kan? Lain orang, lain citarasanya~

Kalau korang nak tau pasal sinopsis, cari je kat google banyak. Yang review dari saya ni, personal review..huhu~~

Cerita ni lokasinya di Korea. Boleh nampak adalah beberapa orang korea dalam cerita tu. Tapi saya peliklah kenapa cikgu-cikgu dia cakap bahasa melayu? Mungkin kononnya kolej tu kat Malaysia kot.

Salah sorang cikgunya adalah Angah Raja Lawak. Dia memang lawak, tapi saya rasa macam takdelah lawak sangat kot. Watak dia cam watak Shah Rukh Khan dalam citer Mohabbatein. Gaya je la. Dengan biola dan sweater kat bahu tu~

Yang Yana Samsudin ni jadi Tina dalan cerita ni. Dia ni mempunyai panas baran yang tahap melampau. Kadang-kadang cam psiko pulak. Dia dihantar ke kolej tu untuk menjalani program 99 cara untuk mengatasi masalah panas baran.

Sam ni pulak pegang watak Nordin Ahmad. Nordin dengan Tina ni memang kenal sejak kecik, tapi diorang memang tak serasi dari kecik. Asyik nak bergaduh aje. Si Nordin ni, setiap kali menghadap Tina je mesti darah gemuruh yang melampau datang. Sampai termuntah-muntah. Tina ni tak suka Nordin sebab Nordin pernah kutuk rambut dia kerinting cam megi masa kecik dulu.

Sebab tu Tina fobia. Pergi mana-mana pun bawak iron untuk luruskan rambut tu. Setiap masa nak luruskan rambut dia., walau tengah bercakap dengan cikgu dia.

Tina dengan Nordin ni satu group untuk persembahan musikal. Ni kira cam assignment gak lah. Macam-macma jadilah masa nak dekat persembahan tu.

Akhirnya, mestilah korang sendiri boleh agak kan? huhu~~

Takpelah, asal happy ending oklah tu. Kalau sad ending, lagilah tak puas hati tengok citer tu~~ :p






p/s:Kak Dieyna ada jual serbuk Cheese yg sedap tau..nak tau tengok SINI.

Sunday, May 27, 2012

Mengecewakan~


Assalamualaikum~

Hari tu saya ada buat sati entri pasal citer Aku ada, kau ada?? kat SINI kan? Tengah hari tadi saya pergi tengok dengan member saya.


MBO punya tiket wayang macam kertas resit je..huhu..nak jimat sangatlah tu kot. Tapi MBO kat Johor ni tak memuaskanlah. Sound system pun kureng.

Bagi saya jalan cerita dia macam jalan cerita budak-budaklah. Kadang-kadang rasa meluat pulak tengok. Bagi pendapat saya la. Sebabnya jalan cerita agak bosan. Tipikal. saya agak kecewa sebab dah excited sangat nak tengok..

Alamak, cam banyak pulak kutuk kan? Tapi satu je yang saya suka. Lagu 'Beginilah Caranya'. Lagu tu memang best. Jalan cerita je yang tak best..huhu~~

Pas dah habis tengok cerita tu, kitorang saje lah nak pergi round Bandar Dato' Onn tu. Kitorang lalu highway Kempas. Nak dijadikan cerita, masa dalam perjalanan ke Bandar Dato Onn tu, ada sekumpulan mat-mat motor tengah berkumpul kat tepi jalan raya tu.

Ada sorang member mat motor tu bawak motor arah bertentangan dengan arah lalu lintas.

'Matilah diorang ni. Main-main pulak' kata kawan saya dengan penuh emosi. Saya senyap je. Peliklah jugak tengok. Kenapa dengan budak-budak tu duk berkumpul kat highway pulak. Macam nak racing pun ada jugak.

Dalam sejam pastu, kitorang patah balik lalu jalan yang sama. Nampak lane sebelah tu jem sangat-sangat. Tempat jem tu tak jauh dari tempat mat-mat motor tu berkumpul tadi. Saya tengah drive, jadi tak leh nak tengok sangat. Member saya yang tengok. Saya hanya nampak ada sorang lelaki terbaring kat atas jalan. Tak nampak darah. Nasib baik takde darah. Saya memang takut dengan darah..huhu~

Saya fikir nasib baik macam takde pape. Tapi budak tu terbaring je, tak bangun-bangun pun. Member saya kata posisi kaki dia dah nampak lain macam. Mungkin patah. Ngeri je dengar. Nasib baik tak perasan tadi. Seram~~

Oklah, jadi pengajarannya kat sini, berhati-hatilah di jalan raya. Jalan raya bukan tempat mainan. Lagi-lagi highway, kereta semua laju-laju. Ingatlah orang yang tersayang dan sayangilah diri anda sendiri. Bayangkan macam mana nak hidup tanpa kaki atau tangan atas kesilapan sendiri.

Gunakanlah cuti yang ada dengan sebaik-baiknya~~~ :)




p/s: leonerz skang ni outstation ke Kedah. Baru gerak pagi tadi. Masih dalam perjalanan. Moga selamat tiba. Jauhnye~ :(

pesanan buat leonerz: lain kali double lane jangan nak motong! Padan muka kena saman tadi!!! :p

Thursday, May 24, 2012

Coretan malam hari~


Assalamualaikum~

Malam ni nampaknya broadband dah mula laju. Tapi masalah sekarang saya takde idea nak tulis apa. Dah lama rasanya saya tak menulis panjang-panjang dalam blog ni..huhu~~

Dulu saya buat blog ni sebab nak tulis pasal isu-isu yang saya tak puas hati. Untuk meluahkan pandangan saya. Dulu nama blog dan url lain..hehe. Semuanya terpaksa ditukar atas sebab isu-isu hangat yang saya tulis. Oleh sebab tu sekarang ni saya lebih selesa kalau orang tak tahu siapa saya. Takkan ada yang sakit hati..hehe~

Lagi bebas nak menulis apa saja kalau orang tak kenal. Nak jiwang yang terlampau pun boleh..huhu :p

2 dan 3 Jun ni cuti kan? Korang ada plan ke pergi mana-mana? Saya? Patutnya ikut mak saya bercuti ke Sabah, tapi tak jadi sebab dulu saya pernah bagitau yang saya nak tunang kan? Mungkin ramai tak tahu, sebab saya pun tak nak orang tahu sebenarnya. Tapi dah ada beberapa orang yang bertanya. Jadi saya cuma nak bagitau, saya dan leonerz tak jadi tunang minggu depan. Majlis kami kena ditangguhkan. Bila? Biarlah rahsia :p

Apa pun tolong doakan yang terbaik buat kami ye :)

Rasa tak best lah duduk jauh dari family dan orang tersayang ni. Rasa sunyi la. Kawan memang ada, tapi takdelah selalu sangat jumpa. Bila duduk kat bilik sorang-sorang, rasa cam bosan aje. Kalau kat rumah, tak sempat nak rasa bosan sebab banyak benda boleh dibuat. Kucing pun banyak, boleh hilangkan rasa bosan.

Macam mana tak bosan kan? leonerz tu sampai sekarang masih di tempat kerja dia. OT. Memang bagus dia kerja, dapat duit lebih sikit. Tapi serius, nak borak-borak, cerita apa jadi hari ni atau semalam pun tak sempat. Selalunya tengah malam baru dia balik rumah. Call saya pukul 1 pagi. Saya tak sedar pun saya borak apa denga dia..huhu~~

Banyak sebenarnya nak cerita kat dia. Contohnya semalam masa lunch, saya jumpa member dia. Semalam officemate saya main bukak aje pintu kete tak tengok belakang sampai pintu kereta saya kena langgar dengan motor. Dan dia langsung tak minta maaf pada saya. Sakit hati saya. Nak cerita kat leonerz? Emm...kalau dah tengah mamai, semua benda yang saya nak cerita dah tak ingat dah.

Macam manalah kalau dia kena kerja kat pelantar? Macam mana kalau dia kerja kat laut?Kalau 2 minggu kat laut, 2 minggu gaklah tak leh nak contact langsung. :(

Memang boleh kumpul duit banyak sikit macam tu....tp..dahlah sekarang nak jumpa pun susah. Camne nak kahwin camni?? (ada kaitan ke??)

Sekarang hanya kerja dan blog buat masa saya terisi..huhu~~


Tetiba teringat kejutan yang leonerz buat hari tu~ :p





p/s:malam ni mood nak menulis~ :p

Busy & Slow ~


Assalamualaikum~

Terperanjat ada entri dari leonerz kat bawah ni...huhu..suka suka~~ :p tapi tak yah nak puji2 si leonerz tu sangat..kembang pulak dia nanti..hehe~

Sekarang ni kat ofis agak banyak kerja. Kat rumah pulak broadband slow yang amat sebab asyik tengok youtube je kot. Memang nak bukak mana-mana blog pun tak lepas. Nak bukak facebook pun tak leh. Jadi saya nak minta maaf banyak-banyak sebab tak boleh nak jenjalan kat blog-blog korang semua. Semalam pun baru tau dah ada ahli GSF yang baru..huhu..sabar ye korang semua..mana yang saya tak masukkan dalam bloglist tu lagi bagitau tau..takut terlepas pandang~








Atas ni list-list baru untuk GSF ye..huhu..banyaknye~~~ (sumber SINI) Sekarang GSF dah ada FB page sendiri jugak..hehe..hebat betul ketua GSF ni aka kak Arina.

Ada masa, saya akan bw kat blog-blog korang. Kalau saya takde bw tu maknanya saya busy ye..jangan marah tau..huhu~~





p/s: baru dapat online, tadi internet kena potong sebab company tak bayar bil..huhu~~

Monday, May 21, 2012

Beautiful =)

Assalamualikum dari LEONERZ...=)

Lame dah LEONERZ x post entry baru huhu.. Last post kenekan Yana L dulu tu je kot huhu.. Jom layan lagu ni khas untuk korg sume n especially Yana L=)


ONE DIRECTION- What Makes U Beautiful

You're insecure
Don't know what for
You're turning heads when you walk through the door
Don't need make up
To cover up
Being the way that you are is enough

Everyone else in the room can see it
Everyone else but you

[Chorus]
Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know
Oh Oh
You don't know you're beautiful

If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know
Oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh
That what makes you beautiful

So c-come on
You got it wrong
To prove I'm right I put it in a song
I don't know why
You're being shy
And turn away when I look into your eyes

Everyone else in the room can see it
Everyone else but you

[Chorus]
Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know
Oh oh
You don't know you're beautiful

If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know
Oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh
That's what makes you beautiful

[Bridge]
Nana Nana Nana Nana
Nana Nana Nana Nana
Nana Nana Nana Nana

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know
Oh Oh
You don't know you're beautiful

[Chorus]
Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know
Oh oh
You don't know you're beautiful

If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know
Oh Oh
You don't know you're beautiful
Oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh
That's what makes you beautiful


 
ihsan dari mr "kamu tiub"
 

P/S : Hanye yang menyintai tahu di mane kcantikan org yg dicintai sdg kan org yg menilai xtau ape2 erti kcantikan seseorg itu. Kerana pecinta melihat kekasihnya bkn melalui mate tapi HATI =) luvs u Yana L...

Friday, May 18, 2012

Kesian Shah Rukh Khan~


Assalamualaikum~

Sekarang ni saya tengok banyak bloggers hentam Shah Rukh Khan pasal kes yang dekat perbalahan dekat stadium kriket di India. 

Dia dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat pada pengawal stadium tu. Ada audio pasal perbalahan ni kat youtube, cari je..tapi permulaan pergaduhan tak sempat dirakam, jadi saya tak nak kata sape salah , sape betul..hanya orang yang ada kat sana je tau~

Kisahnya macam ni, Shah Rukh Khan ni nak bawak sekumpulan kanak2 main kriket kat stadium tu. Masa tu perlawanan kriket baru habis setengah jam camtu lah. Dia salah sorang pemilik pasukan kriket yg baru lepas main tu. Tujuan dia bawak budak2 tu sebab nak bagi diorang main dengan pasukan kriket dia tu lah (kalau tak silap). 

Tapi guard kat sana tak bagi, lalu mengeluarkan kata-kata kesat pada SRK ni. SRK pun bengang, pastu dia pun naik angin gak. 

Tapi, bila fikir-fikirkan...macam mustahil je SRK leh naik angin tanpa sebab kan? huhu~~

Bawah ni video pendek penjelasan dia mengenai isu hangat ni~~








p/s: Semalam baru tgk citer Kabhi Kushi Kabhi Gum , siang tadi tgk Kuch Kuch Hota Hai...terperanjat bila tgk kat youtube keluar isu ni tadi...huhu~

Wednesday, May 16, 2012

Rindu la pulak~ :p


Assalamualaikum~

Dua, tiga malam kebelakangan ni cuaca agak panas. Nak tidur pun tak selesa. Disebabkan tak boleh tidur jadi saya buat keputusan untuk menaip entri baru...hehe~

Dah dekat tiga minggu leonerz kerja straight tanpa ada cuti. Sampai ke malam pulak tu. Sekarang ni masa saya tengah menaip entri ni pun dia masih di tempat kerja. Kesian dia. Bagus jugak, dapat kumpul duit lebih nak buat kahwin kan?? huhu~ :P

Tapi saya rasa sunyi la pulak. Tak leh nak mesej-mesej. Tak leh nak calling-calling.

Saya pun bukalah buku Love kami tu. Buku apa tu? hehe..dalam buku tu saya tampalkan semua (takdelah semua sangat~) kenangan  resit-resit, tiket wayang dan pamplet tempat-tempat yang kami pernah pergi. Dalam buku ni juga banyak ayat-ayat jiwang. Sepatutnya buku ni kena bergilir-gilir simpan. Tapi tahu aje lah si leonerz tu...blog ni pun tak terupdate, ni kan pulak buku?? Malas nak bagi buku ni kat dia lagi. Sekali je dalam masa 4 tahun ni dia pernah pegang. Tu pun sebab terpaksa!

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba,
Jangan sesekali menyerah jika kamu 
masih merasa sanggup,
Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat melupakannya...

Ayat tu ambil kat mana ntah. Saya pun dah tak ingat. Tapi tu adalah entri pertama buku kami tu. Permulaan kami adalah agak mencabar sebenarnya. Macam-macam hal yang saya rasa memustahilkan 'kami ' ni.

Saya teringat, masa tu kitorang baru kenal seminggu lebih, tapi dah jadi macam rapat. Saya sebenarnya memang malu sangat nak berinteraksi dengan lelaki. Tapi bila dengan dia, saya rasa saya boleh jadi diri sendiri. Takde cover-cover. Saya sebenarnya suka cover ayu, tapi hakikatnya sebaliknya..huhu~~ :p

Bermula dari sukan boling, melarat ke perpustakaan untuk study bersama. Sehinggalah pada satu masa, lepas beberapa minggu kenal, kami cuba menjarakkan diri kami disebabkan sesuatu perkara. Tapi tak lama.

Saya teringat kenangan dulu. Masa training, dia adalah junior saya. Jadi kami memang tak dapat mengelak daripada berjumpa. Bila mata bertentang mata, hanya pandangan sayu & kesal yang mampu dilemparkan sesama sendiri. Tengok pantulan dia kat cermin pun jadilah. Tak nak pandang, tapi terpandang..huhu~

Mungkin sebab dia lelaki pertama yang mula bertapak dalam hati saya masa tu. Macam-macam saya buat untuk lupakan dia, tapi susah. Saya yang minta dia jangan mesej saya lagi. Tapi saya tak leh nak halang diri sendiri.

Satu malam tu saya mesej dia, dan dia reply;


Malam bulan cahaya terang,
Sinaran indah begermerlapan,
Tiba-tiba teringat seseorang,
Membangkitkan kembali seribu satu kenangan.


Hehe..mesej ni dihantar pada saya pada 25 September 2008 jam 11.54 malam. Masam tu leonerz dalam bas on the way balik ke Terengganu. Macam mana saya boleh ingat walaupun dah 4 tahun berlalu? Sebab saya simpan mesej-mesej dia. Saya memang takkan jual hp ni. Banyak kenangan~~

Teringat time buka masa time training lagi. Masa tu memang nak jauhkan diri. Buat-buat tak kenal. Last-last masa makan, barisan dia duduk betul-betul menghadap saya duduk. Masa tu, asyik nak curi-curi pandang je. Sesi jeling-menjeling..huhu~~ :p

Banyak lagi benda yang berlaku. Rasa macam banyak jugak dugaan. Tapi kalau dah suka, nak buat camne. Dia je kot yang tau semua baik buruk saya dan boleh terima seadanya. Nasiblah ada orang suka kan~~ :p


You'll never can missing me 
because I'll never can forgetting you...

atas tu ayat jiwang leonerz pada 27 September 2008 jam 1.50 pagi..huhu~





p/s: Sorilah, malam ni mood jiwang...huhu~~  :p


Tuesday, May 15, 2012

'Aku Ada, Kau Ada'


Assalamualaikum~~

Hari ni tak nak fikir benda yang sedih-sedih lagi. Lupakan semuanya..huhu..moga semuanya akan baik-baik saja~~ :'(

Entri kali ni saya nak citer pasal filem baru yang akan keluar akhir bulan ni nanti. Aku Ada, Kau Ada lakonan Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin. Sekarang ni memang selalu dengar lagu yang diorang nyanyi untuk soundtrack filem ni. Tak tau lagu apa? Jom tengok~


Saje-saje je bukak youtube pagi tadi, kononnya nak menggembirakan diri sendiri. Sekali bila tengok video klip dia ni, saya terpegun jap. Memang lain daripada yang lain. Macam menarik je tengok. Kalau nak tengok trailer dia cari je la kat youtube. Ada je~

Suara diorang pun memang bestlah walaupun diorang tu takde album sendiri..huhu..rasa macam tak sabar pulak nak tengok citer ni. Kalau leonerz dekat kan best, ada orang teman :(

Takpelah, tengok sorang pun sorang je lah, nak buat camne kan? Asal jangan ada iklan citer seram sudahlah, tak senang duduk saya nanti dalam wayang tu.

Oooo, sebut pasal iklan citer seram, saya teringat ada satu masa ni masa saya dengan leonerz tengok wayang. Kitorang masuk awallah jugak, iklan pun tak start lagi. Masuk-masuk aje, ayah si leonerz call. Dia pun keluarlah kejap untuk jawab call tu.

Punyalah lama dia borak dengan ayah dia sampai iklan dah start ditayangkan. Masa tu saya tunggu aje kat dalam wayang tu. Iklan pertama, iklan citer seram...huhu~

Saya pandang kiri kanan, barisan tu kosong lagi. Saya tenangkan diri saya. 'Kejap je iklan ni', saya cakap dalam hati.

Pastu masuk iklan kedua, iklan hantu pulak. Adoi! Memang tak boleh jadilah. Last-last saya keluar pergi kat leonerz yang masih tengah berborak dengan ayah dia tu. Dia peliklah tengok saya keluar.

Bila saya cakap banyak sangat iklan hantu, memang kena ketawalah dengan dia. 'Penakut~', dia selalu ejek saya macam tu. Kadang-kadang kalau tengah borak malam-malam dia suka takutkan saya sebab saya ni jarang-jarang ada roommate.

Tapi yang jadi mangsa mestilah dia jugak. Ingat dah takutkan saya dia boleh letak telefon camtu je ke?? huhu..jangan haraplah. Kena tunggu sampai saya tidur~~~ :p

Leonerz skang ni tengah bz kat KL, nak telefon ngan mesej pun susah. Sibuk aje. Moga selamat sampai ke rumah ye~~




p/s: Mula-mula nak citer pasal filem tu aje, tp tersesat pulak topik lain..huhu~ :P



Monday, May 14, 2012

Ada sesapa yang nak??


Assalamualaikum~

Hani ni hari Isnin, rasa macam dah lama tak update blog ni. Nak harapkan si leonerz?? Tak payah lah, dia dah 2 minggu straight keje takde cuti. Kesian dia. Sok kena pergi KL pulak. Moga dia selamat sampai di KL dan selamat juga balik ke rumah dia...

Saya sebenarnya nak tulis pasal sesuatu yang saya terjumpa minggu lepas. Minggu lepas saya nampak ada 2 ekor anak anjing depan rumah sewa saya. Seekor kaki dia tempang, lagi sekor pulak tengok macam sihat aje. Warna coklat dan warna hitam.

Anak anjing tu saya tengok kesian sangat, jadi saya pun bagilah makanan kucing saya tu pada anak anjing tu. Masa tu saya rasa bangga sebab dapat tolong makhluk Allah. Bukankah anjing tu juga salah satu ciptaan-Nya. Ia bukan untuk dibenci atau dipandang hina kan?

Saya rasa housemate saya tak tahu saya bagi makan kat anjing-anjing tu. Saya tak nak diorang tau, takut jadi benda lain pulak. Saya tak suka. Tapi tadi saya dengar bunyi anjing menyalak kat luar rumah, saya pergilah tengok sebab kucing rumah tu tengah makan makanan dia yang baru saya letak.

Saya halaulah anjing tu dari porch rumah. Biarlah dia duduk di luar rumah saja. Tapi tadi masa saya baru nak naik, ada housemate saya tanya, 'Pak cik sebelah rumah tu tanya kita ada bela anjing ke?' cara dia tanya tu buat saya lagi takut nak mengaku. Sedih rasa.

Salah ke saya nak tolong haiwan-haiwan ciptaan Allah SWT ni? Cara dia tanya macam saya dah buat satu kesalahan yang sangat besar. Dahlah, lepas ni saya tak bagi lagi anjing-anjing tu makanan. Kalau sesapa yang ada kawan non-muslim yang nak tolong tu bagitaulah saya.

Saya tak boleh ikut hati saya sebab saya ni duduk menyewa ramai-ramai. Banyak hati orang dan keselesaan yang saya kena jaga. Saya sebenarnya suka tengok blog dan fanpage KakiMotong. Blog mengenai seorang aktivis haiwan yang terkenal. Saya nak jadi macam dia dan rasa apa yang dia rasa. Mungkin saya tak sekuat dia...

Mungkin agak emosi entri kali ni. Tapi sebenarnya saya agak kecewa dengan hati saya yang tak teguh untuk tolong haiwan tu. Jadi kalau ada sesapa yang boleh tolong saya, bagitaulah..




Thursday, May 10, 2012

Terkejut~


Assalamualaikum~

Tadi masa tengah godek-godek facebook leonerz, saya ternampak satu post pasal letupan di Petronas Paka, Terengganu. 

Berdebar rasa. leonerz bukan kerja kat situ, tapi rasanya masa dia call tgh hari tadi dia macam kena pergi sana sebab ada urusan kerja. Lepas dia call, kitorang dah tak ada mesej-mesej lagi sebab tadi saya busy  kena pergi site. Dia pun kalau kena masuk Petronas bukannya boleh bawak handphone.



Saya terbaca pasal ni pukul 8 tadi. Pastu saya google lagi. Setakat ni 2 meninggal, manakala 22 orang lagi cedera. Al-fatihah buat arwah. Moga yang cedera tu cepat sembuh.




Bila terbaca aje pasal ni, saya terus call leonerz. Banyak kali call, tapi dia tak jawab. Risau sangat rasa masa tu. Serius rasa cam nak nangis je sebab risau sangat. Tak tau nak buat apa. Saya rasa macam nak call mak ngan adik dia je tanya. Tapi saya cuba sabarkan diri.

Nasib baik setengah jam lepas saya call banyak kali dia jawab. Baru sampai rumah katanya. Petang tadi dia memang ada kerja kat Petronas, tapi kat tempat lain. Bukan kat tempat yang meletup tu.

Alhamdulillah..lega sangat rasa~

Mungkin lega bagi saya, tapi bukan keluarga mangsa yang tercedera. Semoga yang tercedera tu semuanya cepat sembuh. Amin~



Wednesday, May 9, 2012

Hot chat pagi tadi~


Assalamualaikum~


Pagi tadi pergi kerja buka radio hot fm. Kat ofis pun buka radio hot fm. Hot chat pagi ni pasal 2.5 juta (kalau tak silap) rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 25 tahun masih belum berkahwin. Punca bagi lelaki adalah duit dan punca bagi perempuan pulak adalah takde calon yang sesuai.

Bagi saya topik ni agak menarik sebab saya antara orang yang bakal tergolong dalam 2.5 juta tu. Tahun ni umur saya 25 tahun..huhu..tapi belum lagi ye~~ :p

Pada pendapat saya, sekarang ni ramai orang yang kahwin lambat sebab nak kejar cita-cita. Biasanya kalau belajar kat U ni, grad je pun dah umur 23, 24 tahun kan? Bukan terus boleh dapat kerja lepas grad tu. Kalau dah dapat kerja pun gaji bukanlah 3,4, 5 atau 6 ribu.

Sekarang kalau nak kahwin paling kurang 10ribu untuk majlis sahaja. Kalau yang lelaki campur hantaran lagi dah berapa?  Bayangkan berapa tahun masa diperlukan untuk kumpul duit kahwin sahaja?

Lagi-lagi kalau bercinta dengan pasangan yang lagi muda. Lagi lama nak tunggu sebab dia grad lepas setahun saya kerja. Jadi sayalah yang kena kumpul duit dulu kan? Kadang-kadang terfikir gak, kalau saya bercinta dengan orang yang lagi tua mesti tak yah nak tunggu lama-lama kan? (Marah leonerz kalau baca ni..huhu~)

Tapi, saya tak menyesal sebab kalau dah suka, nak buat camne kan? Tanggung sendiri lah. Sendiri yang dah terlanjur suka. Macam lagu terlanjur mencintaimu~~ :p

Kalau ikutkan hati saya ni, saya nak buat yang wajib aje. Bercinta lama-lama pun buat apa? Buat kumpul dosa je. Mak saya pun dah memang nak saya kahwin cepat sebab kita ni perempuan. Umur pun makin meningkat, bukan makin muda...huhu~

Tapi, oleh kerana leonerz ni lagi muda dari saya dan dia adalah seorang anak lelaki sulung. Jadi dia ada tanggungjawab yang besar pada family dia.

Adakah kalau dah kahwin, dia akan abaikan family dia? Saya tak dapat pastikan tu. Tapi saya takkan suruh dia abaikan family dia lepas kahwin. Saya tak sekejam tu. Yang penting dia tak abaikan family saya juga~

Tapi, kadang-kadang saya rasa family dan orang sekeliling yang membuatkan benda ni jadi lagi susah. Tapi, buat apa nak hiraukan apa yang orang lain cakap kalau apa yang kita buat tu tak salah kan? Buat macam mana pun pasti akan ada orang mengata.

Ada sesetengah family pulak demand tinggi. Kadang-kadang bukan family belah perempuan aje, belah laki pun sama aje. Saya tahu mungkin niat diorang baik. Tak nak sedara-mara mengata anak mereka. Tapi, tolonglah fikir dari sudut lain..huhu~~ (macam luahan perasaan pulak :p)

Jadi apa kesimpulan yang dapat dibuat ye?





p/s: leonerz hanya ada masa sampai tahun depan aje. Kalau tahun depan tak cukup duit nak kahwin gak, saya nak pergi cari anak Dato' je buat suami!! :p

#12 Wordless Wednesday~


Assalamualaikum~~~



Dulu~



Sekarang~








p/s:kucing bertuah yang saya amik kat pasar awal tahun ni dulu..semakin gemuk duduk kat kampung tu..huhu~

Monday, May 7, 2012

Minat lama~


Assalamualaikum~

Sejak dua menjak ni mood untuk menulis blog macam kurang. Otak rasa tepu dengan kerja. Balik rumah pulak ada aktiviti lain pulak menunggu..huhu~~

Dua tiga hari ni balik rumah je ngadap anime. Rasanya dah lama sangat-sangat saya tinggalkan aktiviti ni. Anime terakhir saya tengok sebelum ni Ouran Host High School kot? Live drama dia pun dah keluar. Saya dah tengok dah..hehe~~

versi anime~

versi live action~

Yang versi live action tu baru aje tengok minggu lepas. Okaylah, tapi rasanya anime lagi best kot sebab original .

Petang tadi saya baru je habiskan tengok satu anime ni. Tajuk dia Kaichou wa maid sama! Anime ni komedi romantik..jadi memang sesuai sangatlah dengan jiwa perempuan saya ni..huhu~


Watak-watak dalam citer ni memang semua comel-comel. Best pun best jugak lah. Saya tengok kat youtube aje sebab malas nak nak download2 ni. 

Korang rasa saya ni macam budak-budak ke sebab masih tengok anime macam ni? 

Saya rasa dulu saya lagi fanatik kot. Kebanyakan komik yang gempakstaz keluarkan, semua saya beli. Banyak beli & pinjam CD anime kat kawan. Nasiblah ada kawan otaku...hehe~

Tapi, serius. Saya ada sorang kawan ni dia memang hebat lukis-lukis ni. Cantik sangat kartun-kartun yang dia lukis. Rasanya sampai sekarang dia masih gila dengan anime ni. Dah lama saya tak contact dia sebab dia dah pindah rumah. Kalau tak memang setiap kali raya confirm saya akan datang rumah dia..hehe..teringat zaman sekolah dulu~

Waktu dulu memang indah bila dikenang semula. Tapi untuk berada semula di tempat tu, saya tak nak. Saya tak sabar nak lakarkan masa depan yang tak tahu hujungnya tu~ :p

Apakah suprise yang akan menanti~ :)

comelkan`~





Friday, May 4, 2012

Ada sesuatu~


Assalamualaikum~

Dah dekat seminggu tak update..hehe..busy dengan kerja dan cuti lah sekarang ni. Ahad lepas balik kampung sampai hari Selasa. Rabu baru start kerja balik. Bila dah lama cuti biasalah bertimbun kerja pending. Kat kampung tu memang tak online sangat sebab tenet agak slow. Biasalah kawasan kampung~

Kat rumah saya tu hanya tinggal mak ngan sorang adik saya je. Ayah sangat jarang nak tidur rumah. Jadi rumah tu sunyi je lah. Berdua je diorang tinggal kat rumah tu.

Rumah kat kampung saya tu besar gak lah. Ada 6 bilik. Saya enam beradik. Hanya saya dengan kakak saya aje yang berkongsi bilik. Jadi kebanyakan masa boleh dikatakan hanya 2 bilik dari 6 bilik tu aje yang selalu digunakan. 

Saya pun hari tu dah sebulan lebih tak balik kampung. Tunggu cuti panjang sebab saya cuti Ahad aje, penatlah nak balik 1 malam je~

Nak dijadikan cerita, masa saya tidur kat bilik saya tu, hampir setiap malam  saya akan mimpi yang bukan-bukan dan terus terbangun tengah-tengah malam. Kadang-kadang pukul 1 pagi, kadang-kadang pukul 2 pagi. Ada satu malam aje yang saya tak mimpi. Bila saya bawak Leo si kucing saya tidur sama.

Apa pandang2?? ~ Leo si kucing

Masa malam pertama hari Ahad tu first malam. Sebelum tidur dah baca ayat Qursi, 3 kul dah. Malam tu pukul 3 terbangun. Sebelum terbangun tu saya mimpi seram. Saya mimpi saya jumpa kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa, tapi saya tak ingat pun siapa diorang tu bila dah bangun. 

Saya mimpi ada sorang kawan ni suruh tolong dia bersihkan sesuatu. Saya tak ingat apa. Meja ke? Entahlah eh. Beberapa hari lepas tu saya jumpa kawan yang lain, saya ceritalah dengan diorang yang saya jumpa budak tadi tu. Budak tu suruh saya tolong dia. 

Bila saya cerita camtu aje, kawan saya tu tanya. Betul ke saya jumpa budak tu? Saya dah rasa pelik. Rasa lain macam aje dengan cara pertanyaan dia tu.

Sekali dia kata budak tu dah meninggallah. Mungkin sebelum meninggal tak sempat nak buat benda tu kot. Saya dah rasa seram je. Mimpi tu rasa cam real aje.

Tiba-tiba saya dengar sayup-sayup suara mak saya panggil kejut. Mak saya panggil nama saya.

Saya terus terbangun. Saya bukak lampu. Mak saya ada ajak saya puasa hari Isnin tu. Saya bangun, saya tengok dapur. Sunyi je. Saya tengok bilik mak saya. Pintu tertutup rapat. Tapi saya tahu memang mak suara saya yang panggil saya tadi. 

Jam masa tu pukul 3, jadi saya pun sambung tidur~

Malam kedua, saya bawak Leo tidur sama. Saya kerap terbangun, tapi saya tak mimpi apa-apa. Saya terbangun pun sebab Leo kacau. Saya lagi rela dikacau Leo daripada dikacau 'benda' lain..huhu~~

Malam ketiga, saya malas nak bawak Leo masuk bilik sebab dia asyik bising nak keluar dari bilik aje. Malam tu saya tidur awal sebab nak bangun awal pagi, nak balik Johor Rabu tu. 

Ingatkan dah tidur awal takdelah apa-apa. Sekali, pukul 1 terbangun. Sebab mimpi seram. Pastu nak tidur cam tak boleh sebab rasa lain macam kot. Guling punya guling, bila rasa mcam mamai-mamai nak tertidur je, saya macam nampak orang atau saya. Tak pasti. Dia suruh bunuh orang. Saya macam nampak muka seseorang atau sesuatu yang menyeramkan. Masa tu saya dalam keadaan separa sedar. Saya terus terbangun. Takut nak tidur balik. Nak bawak Leo masuk, dah lewat. Dia kat luar rumah.

Last-last, saya amik bantal dengan selimut, saya pergi bilik mak saya. Tidur kat atas karpet bilik mak saya. Masa baring tu saya nampak gunting menjahit mak saya atas karpet tu. Saya teringat mimpi nak bunuh orang tadi. 

Saya terus jauhkan gunting tu jauh dari saya. Risau dengan mimpi pelik-pelik yang saya alami sepanjang duduk rumah tu.

Agaknya kitorang jarang-jarang duduk kat bilik-bilik tu. Jadi mungkin ada benda lain dah tumpang. Betul ke??

Wallahualam~

Seram pulak nak balik tidur kat rumah pasni..huhu~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA