Assalamualaikum~
Sebelum ni saya ada cerita yang Adam tak berapa sihat kan? Muntah-muntah & cirit-birit. Sabtu dah pernah ke klinik, Selasa pun dah pernah ke klinik, tapi macam tak meyakinkan aje. Husband ajak pergi ke hospital terus, tapi saya macam berat hati aje. Takut tengok Adam kena cucuk macam-macam. Macam tak sanggup aje.
Jadinya, semalam saya mintak cuti, bawak Adam ke klinik pakar. Saya pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai. Bagi saya layanan dan tempat memang ok. Puas hati. Cuma tak tahu lagu ubat tu serasi ke tak dengan Adam.
Boleh google kalau nak tau lebih lanjut~
Sabtu hari tu doktor klinik biasa bagi ubat demam. Selasa doktor klinik biasa bagi ubat tahan muntah, antibiotik & demam. Semalam doktor pakar suruh berhenti bagi antibiotik. Sebabnya takut virus-virus baik dalam usus mati jugak. Jadinya, Adam dapat pre-biotik, ubat cirit, ubat tahan muntah dan air garam. Semua ubat tu saya tak pernah tengok. Memang untuk budak-budak lah tu kot.
Confident sikit bila dah pergi klinik pakar ni sebab dia lagi tahu pasal budak kan. Kalau sampai Ahad Adam still cirit-birit, kena bawak hospital. Doktor tu kata mungkin ada something wrong. Atau kalau dia berak darah, kena bawak hospital. Dahlah Adam dah beberapa hari ni tak nak makan. Semalam timbang pun berat turun banyak sangat. :(
Doakan Adam cepat sembuh ye. Adam setakat ni aktif aje, cuma tak nak makan. Sekarang saya dah jangkit dengan Adam. Rasanya sebab saya kongsi minum air lah. Semalam saya demam teruk, tak larat nak bangun. Kesian Adam terbiar je. Sama-sama lah kami berdua ni tak makan..huhu~
Hari ni pun saya cirit-birit & takde selera makan. Kita yang besar ni pun dah rasa teruk, macam mana lah Adam rasa ye. Kesian dia...
p/s: TQ pada mommies yg bagi nasihat & suggestion supaya Adam cepat baik :)
kalu masih teruk bawak g hospital tau....semoga adam cepat sihat...mesti mama yana risau kan...
ReplyDeleteyana..nak nama kan ank akak adam jugak la nanti..heheeh..kalu dapat boy la.... :)
alahai kesiannya Adam...semoga cepat sembuh...
ReplyDeleteAllahu...kesian adam...moga anak syurga soleh ini segera sihat...
ReplyDeleteA'ah, kalau xelok lg pergi hospital la. Kesian nya. Semoga Adam n yana cepat sembuh...
ReplyDeleteA'ah, kalau xelok lg pergi hospital la. Kesian nya. Semoga Adam n yana cepat sembuh...
ReplyDeleteAnak sulung saya pernah berak darah YL. Asalnya cirit biritlah, lama lama berdarah.Tak ingatlah camne kesudahannya dulu.
ReplyDeleteEloklah tu gi pakar YL, sekurang kurangnya ada 2nd opinion.
moga cepat sembuh ye :) in shaa Allah.
ReplyDeleteanak2 aida memang ke klinik pakar, yana.
serasi.
and terjamin skit ubat nyer. da nama nyer pakar kan :)