Friday, December 4, 2015

Adam merajuk ke?

Assalamualaikum~

Hari ni Adam bangun tidur awal. 6 lebih dah bangun, saya tengah siap-siap nak pergi kerja. Nasib baik mood Adam OK pagi tadi. Bangun-bangun tak terus mengamuk. Dia tengok je saya.

Yang membuatkan aktiviti terbantut adalah bila dia turun dari katil nak pergi kat saya. Ayah dia dia tak nak langsung. Bila ayah dia panggil pun buat derkkkk je. Buat muka straight face kat ayah dia. Merajuk ke pe dengan ayah ni??

Semalam ayah balik lambat, Adam dah tidur masa ayah dia balik. Tak puas hati sebab ayah balik lambat ke? Musykil tengok, tapi kelakar pun ada. He he..Adam adam~~


2 comments:

  1. Assalamualaikum Yana,

    Pandai Adam memilih dengan siapa dia nk pergi.. Pandai pula buat tak tahu tanda dia mogok, bijak sggh Adam..

    ReplyDelete
  2. Adam ada hajat tersembunyi kot....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA