Tuesday, January 31, 2017

Cuti CNY~


Assalamualaikum~

Bestnya cuti panjang kan? Bila nak bangun pagi ni rasa malas je, lagi pulak cuaca sejuk baru lepas hujan. Bestnya kalau dapat sambung tidur..huhu~

Saya cuti start dari Jumaat. Jumaat pagi tu dah gerak balik kampung husband di Terengganu. Masa tu doalah jalan nak balik kampung tak dinaiki air. Maklumlah sekarang ni kan tengah musim banjir. Risau tu ada. Kalau lepas nak balik kampung, risau nak balik rumah balik je tak lepas.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik lancar saja. Tapi, dari sepanjang highway nampak jugaklah beberapa area tepi tu naik air. Ada area Pahang tu rasa macam lagi sikit je air nak masuk jalan raya. Alhamdulillah cuaca sepanjang cuti baik. Panas je cuaca. :)

Jumaat sampai sana tak buat apa-apa sangat, duk relaks je kat rumah. Sabtu pagi bawaklah Adam pergi main pasir kat pantai. Mandi tak boleh sebab ombak kuat sangat. Bergulung-gulung! Takut nak dekat.


Lain kali datang kita mandi pantai pulak ye Adam. Buat masa ni, main pasir je lah dulu ye~~

Ahad tu kitorang pergi Tasik Kenyir pulak. Memang best. nanti saya share next entry pasal tu plak :)

Bye semua~ 


Thursday, January 26, 2017

Adam nak adik ke??


Assalamualaikum~

Hari ni hari last kerja sebelum cuti raya cina. Empat hari cuti, memang best. Plan nak balik kampung kat pantai timur, harap cuaca ok lah kat sana. Risau jugak time tengkujuh ni nak balik pantai timur. Doakan semua ok ye kawan;kawan :)

Dalam post sebelum ni, wak 3 lalat ada komen Adam nak adik kan? :p
Jawapan Adam bila ditanya pasal adik: Tak nak!
Acaner tu..huuhu~

Selalu jugak cakap Adam nak ada baby tak? Boleh tolong jaga baby, ada kawan nak main sama nanti.
Jawapan dia memang selalu tak nak. T_T
Agaknya dah biasa main sorang kat rumah dan perhatian ibu ayah dia selama ni kat dia sorang je kot. Harap-harap kalau adik keluar nanti, dia dapatlah terima. Tak buli adik. Risau jugak sebab, kalau saya pegang baby orang lain, dia mesti tak puas hati. Siap nak pukul lagi baby tu. Adoi~

Dah dua tahun hidup sebagai anak tunggal, harap dia tak rasa tersisih bila ada adik. Bila ada baby baru, confirm perhatian saya akan 100% pada baby. Memang kena harapkan ayah dialah bagi perhatian lebih sikit kat dia. Tapi ayah dia pun busy je, tak tahulah. 

Sekarang pun Adam asyik kena marah je sebab selalu buat ibu dia ni tak senang duduk, ada je buat orang marah. Kalau ayah dia takde, memang saya selalu jadi raksasa, Geram rasa tengok Adam ni..huuhu~

Semalam saja try puasa, maklumlah banyak nak kena mengganti. Balik je rumah nak melekat, tang bila nak masaknya? Last-last lepas dah maghrib baru nasi & lauk siap masak. Masa tengah masak pun sibuklah kacau ibu dia ni. Dahlah masa tu tengah lapar puasa, memang jadi raksasa lah..huhu~

Tapi, Adam ni kena marah pun selalu tak lut. Ikut mood dia jugak, kadang dia melalak sedih kena marah, kadang tak heran je dia tengok ibu dia jadi raksasa T_T.

Takpelah, harap Adam dapat jadi seorang yang berjiwa kental! :)

Friday, January 20, 2017

Adam dah semakin happy~


Assalamualaikum~

Wow, pagi ni saya buat entri baru lagi. Dua hari berturut-turut dah ni..pecah rekod sebab lama dah saya tak konsisten menaip entri baru...hehe :p

Tengok-tengok entri lama terbaca post masa Adam dihantar ke rumah pengasuh baru tu kat SINI. Alhamdulillah saya dah hantar Adam semula ke pengasuh lama dia start bulan 11 baru ni. Memang berubah sangat sikap dia. Dia makin happy dan banyak cakap dah sekarang, sampai kadang-kadang tak nak balik pulak T_T.

Setiap kali balik memang mood baik aje Adam. Hantar pun kalau nampak mama, dia nak mama dia. Mama tu panggilan untuk pengasuh dia ni. Suka sangat pengasuh ni boleh jaga balik :D

Tapi masalah baru pulak datang. Tahun depan Adam 4 tahun. Saya selalu tanya dia, nak pergi sekolah tak? Tapi kalau dah sekolah tak boleh duduk dengan mama lagi tau. Dia boleh cakap tak nak sekolah T_T

Rasa macam berat nak hantar ke tadika kalau camni. Sebab dia happy sangat duduk dengan mama dia. Mungkin 5 tahun kot baru hantar?

Bila dapat pengasuh bagus, Adam tak nak sekolah pulak ni..huhu~
Tapi syukur sangat dia suka. Manja sangat dengan pengasuh ni. Kat rumah pun asyik ingat mama dia. Ibu dia rasa tersisih pulak ni T_T



Thursday, January 19, 2017

Tahun Baru yang Masih Samar-samar~


Assalamualaikum~

Tahun baru ni masih mencari-cari target. Saya sekarang nak cuba serius dalam bidang bisness online saya, AZRM Enterprise. Menjual produk Secretleaf, handsock dan stoking muslimah. Telekung cotton juga saya jual ye :)

salah satu produk Secretleaf


Tapi ilmu marketing masih sangat kurang. Bajet pun masih limited. Sales target pun paras-paras hidung aje. Macam manak nak buat orang confident untuk membeli dari kita? Saya kalau boleh nak upgrade diri ni, tapi dropship pun masih tak jalan, macam mana tu ye?

Semalam dengan hari ni , bila baca whatsapp group rasa macam insecure je. Saya kena usaha lagi. Kalau tak bila nak upgrade kan. Saya rasa kawan-kawan saya ni pun banyak jugak kot online seller? Cuba bagi tips sikit? hehe~

Korang tahu tak apa tu produk Secretleaf? Secretleaf ni adalah produk penjagaan muka yang berasaskan bahan natural, bebas paraben, alkohol, SLS dan bahan kimia berbahaya yang lain. Menggunakan produk natural ni selalunya result takes time, kalau nak bandingkan dengan produk yang ada merkuri dan bahan kimia bahaya lain.

Saya pakai dan saya jual tau. Sebab bestlah saya nak orang lain cuba jugak. Dah cuba sendiri baru tau tau :)



Lama tak citer pasal Adam kan? Sekarang dah nak masuk 2 tahun setengah! Pandai dah mintak macam-macam. Tu dalam gambar tu atara contohlah tu T_T
Setiap kali balik dari rumah pengasuh minta goreng pisang. Padahal sebenarnya dia nak kopok lekor je..hehe~ :p

Tuesday, January 10, 2017

Jalan-jalan Bukit Jugra~


Assalamualaikum~

Weekend baru ni, saja nak bawak Adam keluar jenjalan. Destinasi adalah tempat yang tak perlu pakai banyak duit lah kan..huhu..maklumlah awal tahun ni banyak pulak nak kena bayar walaupun anak tak sekolah lagi... :p

Husband ajak pergi tengok Bukit Jugra. Bukit Jugra tu terletak kat Banting, Selangor. Last week sebelumnya husband bawak pergi Jugra, tapi bukan pergi bukit, pergi kolam mancing. Saya tak minat sangat, dia je yang gila mancing. Sampai 4 ekor siakap dia bawak balik. Dahlah kena bayar gak ikut berat, kalau free takpelah jugak kan? Malas nak cakap banyak sebab kalau benda yang dia gila memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri je lah. Nak makan bertiga je pun..huhu~

So, weekend baru ni dia ajak pergi tengok Bukit Jugra pulak. Bukit Jugra tu popular jugak sebagai tempat menarik untuk buat go kart drift dengan parasailing. Siapa yang pernah tengok rancangan Extreme Roadtrip yang dihoskan oleh Elfira& the geng tu taulah kot.

Masa sampai tu dah pukul 12 tengah hari. Matahari agak terik. Angin takde. Masa sampai, sorang baru lepas parasailing. Terlepas nak tengok T_T. Kitorang bawak kerete naik sampai puncak. Masa nak naik terkejut tetiba ada kereta go kart tengah drift kat lereng bukit. Laju tau. Nasib baik baru nak naik, memang slow la. Kenalah berhenti tepi jap, bagi laluan untuk semua habis dulu. Takut tengok, laju-laju!

Ok, dah yakin takde, kitorang teruskan perjalanan. Slow je la bawak, takut kan. Pemandangan dari atas bukit tu memang cantik. Nampak sungai yang lebar mengalir.


Nampak padang bawak tu? Tu tempat mendarat parasailing. Memang curam gak lah bukit dia ke bawah. Kalau buat parasailing tu memang tempat larian tak berapa panjang lah..huhu..Tenang je duk atas tu tengok pemandangan.

Masa nak balik, kaki terjelepok plak. Terseliuh sikit. Nasib baik esoknya dah kurang sikit. Malu je boleh jatuh kat situ. Mata ralit pandang pemandangan punya pasal. Nasib Adam ayah dia yang pegang..

On the way balik, pusing-pusing bawah bukit tengok ada apa lagi. Kat area tu ada Muzium Insitu dan port mancing. Lepas ni mesti hubby bawak member dia mancing situ. Confirm!

Tak jauh dari situ ada Pantai Kelanang. Memang tempat rekreasi situ. Ada surau, tandas, gerai jualan. Ramai gak pasang khemah. Tapi masa tu tengah hari, panas dia terik. Nak mandi, air dia tak berapa cantik sangat tengok. Tapi ada je orang yang mandi. Rasanya PD lagi ok la kalau nak pergi mandi & berkhemah kot.

Sekejap je lepak situ. Panas punya pasal. Tapi overall, oklah kalau nak jalan-jalan Bukit Jugra tu.

Lama tak mengarang..hehe~ :p

Thursday, January 5, 2017

GA by BAJETciputseleraBESAR


Assalamualaikum~

Harini jom kita join GA! Nak mengarang entri MALAS, jadi harini kita support GA orang ya!

Sorry, saya takde IG..huhu~


Tempoh GA : 25 Dis 2016 - 31 Jan 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA