Thursday, June 30, 2016

Apakah herd immunity?

Assalamualaikum~

Sekarang memang kecoh pasal vaksin. Terlalu banyak info di internet yang kita pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Sekarang berleluasa parents yang tak nak vaksinkan anak sebab tak yakin akan kandungan vaksin tu sendiri. Untuk parents yang tak yakin, tanyalah pada yang ahli/pakar. Jangan semberono percaya entah siapa-siapa di internet tu.

Kalau dah vaksinkan anak kenapa takut?

Itu satu kenyataan yang saya rasa sangat pentingkan diri. Selfish.

Kita vaksin untuk mencegah dari penyakit berbahaya. Bila ramai tak vaksin, tengok banyak penyakit yang dah lama tak ada muncul balik.

Kalau dah vaksin buat apa takut?

Macam mana dengan baby yang belum berkesempatan untuk mendapatkan vaksin? Macam mana dengan orang yang hidap HIV? Orang yang badan dia memang tak boleh vaksin atas sebab kesihatan?

Herd immunity sangat diperlukan:


Faham tak tengok gambar tu?



P/s: Sangat risau dengan penyakit berbahaya sekarang ni. Nak raya dah ni...

Ada yang tak raya?


Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik dah tinggal kurang dari seminggu je lagi bulan Ramadhan dah nak habis. Korang semua dah buat persiapan raya ke? Penuh ke puasa tu? hehe~

Berebut nak balik kampung siapa masa raya tu rasanya mungkin perkara biasa kan? Tahun ni raya kampung saya dulu, yeay! Dua tahun lepas dah raya kampung husband dulu. Bagi canlah kat family saya pulak kan~

Ingat nak balik sehari sebelum raya je sebab saya takde cuti, tapi raya pertama malam tu dah kena gerak kampung husband. Takkan sekejap sangat duk kat Melaka ye tak. Tak adillah. Nak tak nak saya kena cuti lagi awal..cuti tanpa gaji je lah. Pasrah T_T

Orang kata boleh affect KPI, tapi family lagi penting. Kerja boleh cari lain, tapi family tu je lah yang kita ada. Fikir yang tu aje lah. Insya'Allah hati tak rasa ralat sangat kan. Kalau ikutkan saya kena kerja hari raya tau! Team saya semua kerja hari saya, saya je dapat ngelat. Rasa bersalah gak, tapi tak sanggup gaduh dengan suami sebab kerja time raya. Nasib saya takde projek untuk raya ni. Selamat. Rasa bersalah memang ada sebab semua team datang, tapi family lagi penting camne pun.

So, tahun ni adillah saya rasa. Kampung saya dan kampung husband sama rata lama. 

Image result for hari raya

Friday, June 24, 2016

Adam bersahur~

Assalamualaikum~

Hari ni bangun sahur, Adam join sekali. Nasib baik bangun tak meragam sangat. Bagi susu, pujuk ajak makan sekali. Kalau tak, tak sahurlah saya nyusukan Adam..huhu~

Seronok tengok dia makan.



Alhamdulillah..nak makan jugak walau tak banyak mana. Dulu sangat susah nak makan..

Adam selfie~

Assalamualaikum~

Sekarang dah pun masuk bulan 6. Lagi tak sampai 2 bulan Adam akan masuk 2 tahun. Sekarang dah start minum dugro coklat. Kat rumah je direct. Boleh ke stop DF umur dia 2 tahun? Wallahualam...tak sanggup rasa nak paksa dia betul-betul berhenti.

Haritu kemas freezer terjumpa frozen ebm. Tapi bulan 1 punya, expired dah. Adam beriya-iya cakap nak susu tu. Dia tahu dulu dia selalu minum susu tu kat rumah babysitter. Rasa sedih je tengok dia beriya-iya nak T_T

Tapi kena kuatkan semangat. Adam pun dah nak 2 tahun. Lepas gugur aritu mood untuk pam dah takde. Lagi-lagi orang cakap sebab pam gugur. Masa bleeding sebulan gak stop pam sebab nak cek semula kandungan OK lagi ke tak. Bila dah stop, nak start pam balik dah tak rasa.

Ada sorang kawan ofis due dia lebih kurang sama dengan due saya kalau tak gugur. Sekarang follow up baby dia je la..sendirinya dah tak jadi. Tak tau nak cakap sedih ke tak. Teringat-ingat je kalau tak gugur dah sama dah.

Jadinya, sekarang nak Adam kena try susu FM. Apa-apa hal senang. Yang plain tak jalan, coklat je ok setakat ni. Takpelah, umur 2 tahun ke atas kena banyak makanan seimbang.

Bila ntah nak ajar Adam free diapers. Emm..kena tunggu cuti panjang sikitla..

Lari pulak tajuk kan. Adam sekarang dah pandai bukak kamera sendiri dan amik gambar. Tapi kepala je yang masuk :p

Friday, June 17, 2016

Persoalan: Dah suci ke belum??


Assalamualaikum~

Bulan puasa ni mesti ramai perempuan di luar sana yang mengira-ngira hari habis period kan?? Terutama yang tengah period tu. Tak sabar nak puasa balik sebab tak nak ganti banyak sangat kan?? hehe~

Saya jumpa artikel bawah ni masa tengah google, mungkin boleh dijadikan panduan semua:
Sumber: SINI

Soalan; Assalamulaikum. Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci dari haidnya. Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid yang terakhir. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

2. Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

3. Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj. Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih ada kesan/tanda darah.

4. Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.

Wallahu a'lam.
Posted  by 

Terima kasih ustaz. So, kawan-kawan perempuan semua, make sure betul-betul habis ye. 
Lagi penerangan:
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Tuesday, June 14, 2016

Bazaar ramadhan Putrajaya~

Assalamualaikum~

Ahad hari tu kitorang pergi bazaar ramadhan di putrajaya. Ingatkan kat area masjid besi tu, rupa-rupanya bukan area tu. Tapi tak jauhlah dari sana.

Sampai sebelum Asar sebab malas nak jem-jem ni. Sampai awal pun kereta dah start banyak. Jenuh gak nak mencari parking.

Bazaar dia besar sangat. Tak habis pusing pun sebab dah beli banyak dah makanan. Teringin nak makan cendol durian, belilah satu. Balik-balik letak dalam jag, tapi tak jumpa pun duriannya.

Rasa je durian, tapi takde buah durian. Kecewanya T_T

Taknak beli kedai tu lagi....huhu~~~

Monday, June 13, 2016

Bedak Tanaka Ori dari Myanmar~


Assalamualaikum~

Seronok rasa minggu ni husband dah balik dengan selamatnya di Malaysia. Yeay! Ada geng bersahur dan berbuka pasni :)

Sampai rumah pukul 2,3 pagi. Suka ada buah tangan sikit dari sana. Tak mengharap pun sebab husband pergi sana ta bawak pun duit untuk belanja. Kerja semata-mata..huhu..berkhidmat untuk masyarakatlah katakan~

Tengok-tengok husband bawak balik bedak tanaka original dari Myanmar. Ingatkan yang macam Nora Danish tu, bukan tau. Lain bedak dia. Ada beberapa jenis jugak rupanya.


Atas tu aje ada 3 jenis. Yang dalam kotak biru tu siap ada batu macam batu lesung lagi. Untuk asah bedak tu. Dah asah, basahkan dan sapulah ke muka. Macam bedak sejuk bila dia dah kering. Penat siktilah nak mengasahnya. 

Yang hijau tu pulak bedak powder, senang sikitlah nak pakai. Cuma bau dia tuuu. Tak berapa masklah dengan saya..huhu..tapi pakai tu tak yah pakai compact powder dah. Tutup cela dan minyak teruslah. Elok pakai, cuma kena tahan bau dia lah.

Husband citer kat Myanmar diorang relaks je pakai macam bedak sejuk bawak kuar jenjalan. budak-budak pun sama~

Tak pernah nampak kan produk-produk tu kat Malaysia. Ada ke siapa-siapa pernah nampak?

Tuesday, June 7, 2016

Gugur pun boleh kena bentan?


Assalamualaikum~

Hari pertama puasa dah pun berlalu. Alhamdulillah dapat dihabiskan dengan jayanya. Tapi semalam sepanjang hari dekat ofis satu badan rasa sakit-sakit. Lenguh. Pastu rasa sejuk sangat. Dah dekat nak balik tu memang rasa tak larat sangat. Jalan pun rasa macam tak jejak tanah. Terhuyung-hayang je rasa. 

Driving pun nak kena sandar je. Memang tak larat sangat rasa. Nak jalan pun tak larat je. Badan rasa macam demam. Rasa badan bahang je. Nak mandi pun gigil-gigil. Guna water heater pun ngingil gak. Seram sejuk rasa. Saya terfikir gak, saya kena bentan ke? Saya dah 2 minggu lebih dah proses cuci tu. Memang tak expect boleh bentan. Pagi ni google simptom bentan.

Sumber: Majalah Pa&Ma
Tanda dan sebab bentan:
*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.
Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.
Jenis bentan:
1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.
2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.
4. Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.
5. Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.
6. Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.
Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Memang saya rasa sejuk & nak pitam. Bentan ke tu?? Tak larat rasa..dahlah husband jauhh :(

Monday, June 6, 2016

Berdua lebih baik~


Assalamualaikum~

Selamat berpuasa pada semua umat Islam!

sumber google~

Untuk bulan puasa saya pilih untuk datang awal dan balik awal. Jadi mungkin sekarang ni pagi-pagi sempatlah nak jengah blog dulu kalau berkesempatan sebab masa ni tak ramai lagi di ofis..hehe~

Kenapa tajuk entri kali ni berdua lebih baik??

Sebabnya untuk seminggu pertama puasa ni hanya ada saya dan Adam. Kami ditinggalkan berdua..huhu  T_T. Husband kena pergi hantar bantuan ke Myanmar. Tolong doakan dia selamat pergi dan selamat balik ye. Redha je la...huhu~

Sekarang ni counting days untuk dia balik rumah semula. Baru hari Sabtu pukul 3 pagi berpisah. Rasa macam dah lama je. Sedih bila Adam tengok gambar ayah dia dan sebut 'ayah ayah' T_T

Lama lagi nak tunggu Jumaat malam. Fikir yang baik-baik je lah kan. Risau gak sebab dia kena pergi ke tempat yang tak berapa selamat. Emm...

Harap dia baik-baik aje kat sana....

Thursday, June 2, 2016

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi~

Assalamualaikum~

Cuti Wesak aritu pergi Langkawi santai-santai. Tak pergi island hopping, tak naik cable car T_T

Pergi Khamis malam, balik pagi Ahad. Masa hari Sabtu tu takde idea sangat nak jalan mana sebab cancel plan pergi island hopping. Pusing-pusing nak tengok makan mahsuri yang popular la akhirnya. On the way nampak satu warung tepi sawah padi yang terbentang luas~

Nampak signboard nasi dagang pak malau. Husband saya cakap macam popular je. Tak singgah masa tu, terus pergi makam mahsuri je.

Balik dari makam tu baru singgah. Nak jugak rasa kan. Masa tu pulak dah tengah hari. Lapar la jugak.


Banyak barang antik dalam warung ni.


Overall, nasi dia sedap. Tapi kuah cam masin sikit. Yang tak best takde arca buah macam kat tganu je..OK la .. Bolehlah kalau nak pergi sana makan sambil tengok sawah padi dan barang-barang antik. Retro sangat~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA