Monday, January 11, 2016

Weekend dengan Adam~


Assalamualaikum~

Weekend baru ni tak pergi ke mana pun. Malam Sabtu keluar beli barang basah sikit. Sikit-sikit pun mahal leh tahan gak. Sekarang ni semua barang mahalkan. Redha je laaa~

Jumaat tu husband pergi mancing, balik rumah pukul 6 pagi. Memang pagi tu dia qada' tidur je lah. Hasil mancing tu dapat sotong katanya. Sotong beli kat kedai mamak :p Takde hasillah tu~~

Petang Sabtu keluar teman member dia beli kasut bola. Sebelum dia keluar minta beli barang untuk buat kek. Untuk isi masa bosan sebab dia takde kan. Bila cakap camtu lajulah ajak beli barang. Kalau tak asyik kena bebel dengan isteri sebab tak luangkan masa dengan family..huhu~ :p

Jadilah cheese cake simple petang Sabtu tu. Gambar tak amik..huhu..resepi cheese cake paling simple boleh tengok dekat blog namee. Simple sesangat! 

Adam behave hari Sabtu tu. Oklah~

Masuk hari Ahad, husband main bola pagi dan petang. Balik tengah hari, rehat pastu keluar balik. Pagi tu buat puding jagung pulak. Ikut resepi Azie's kitchen. Oklah, tapi tak kenyal sangat sebab sekejap je kacau atas dapur. Adam merengek nak orang layan dia. 

Petang tu yang Adam start buat ibu dia jadi hulk! Habis rosak pintu oven ibu! Huhu. Nangis gak kena marah. Pastu bila tanya siapa nak repair, dia pandai lak menjawab dengan bahasa baby dan tunjuk-tunjuk oven tu. Saje nak buat ibu dia cair. Geram betul! 

Pastu memanjat. Dah tegur jangan, bahaya. Dia buat gak, pastu jatuh. Nangis. Kepala terlanggar pintu lagi. Nangis. Suka bukak pampers, pastu kencing atas toto. Dua toto pulak tu tembus. Stress ibu Adam. Sabar je lah~

Betul-betul menguji kesabaran hari Ahad semalam. Tak masuk buat sepah dan cabut ABC, alif ba, ta kat pintu tu lagi. Makan roti dengan colour pencil. Habis warna warni roti, muka dengan tangan dia..huhu~

Sabar je la dengan Adam ni~~  



Korang Rasa Antara 4 YouTubers Ni... Siapa Yang Boleh Pergi Jauh?

4 comments:

  1. betul2 dak Adam bagi ibu 'kerja'.. ;)

    ReplyDelete
  2. Hi dear, aah sekarang cakap nk beli brg sikit pun dah cecah ratus tau...kalau nak beli byk aduyaiiii

    ReplyDelete
  3. Huhu mkn roti dgn kaler pensel tu yg buat LM paling stress dgr. Bahaya huhu..

    LM ni tak kerja memang tak blh duk umah sabtu ahad dik.. Kalau duk umah mau-mau bertukar hijau. Ekeke. Kena keluar gak carik udara luar. Terbalik ngan org keje suka duk umah time cuti sbb nk rest kan.. Time tu lah nk masak beriya2.. Klu LM ni time sabtu ahad masa utk family. Keluar dan beraktiviti bersama. Hari lain ayah keje ank sek., blk dh lwt ptg, mlm pkl 9 lbh br blk masjid sbb sini selalu ada ceramah .. Makanya takda masa nk sama2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA