Tuesday, January 5, 2016

Melaka Bird Park~


Assalamualaikum~

Ni aktiviti lama. Baru nak post. Hehe. Cuti krismas hari tu balik kampung di Melaka. Rasanya saya pernah cerita kat entri NI.~

Mula-mula plan nak balik Sabtu sebab malas nak tempuh jem. Tapi selalunya kita hanya merancang..huhu. Balik Ahad gak, tapi pagi lah. Malam tu tengok berita jem teruk highway. Nasib baik balik pagi tu..huhu~

Adam pun masa tu tak berapa sihat, tapi aktif. Kesian dia nak sangat berjalan. Sebelum masuk highway husband ajak singgah Melaka Bird Park.

Harga tiket: RM17 kot tak silap. Boleh tengok senarai harga kat gambar bawah ni ye. 





Burung-burung dalam tu memang semua lepas bebas. Ayam pun ada tau..hehe. Ada jual makanan burung gak. Kita boleh bagi sendiri. Tapi burung kat sana ganas lah. Main rampas-rampas pulak bekas makanan tu. Habis terabur. Macam tak cukup makan je gaya.

Bagi saya tempat menariklah sebab harga pun ok lagi. Tak besar mana, tapi ada jambatan kena memanjat untuk tengok burung dengan lebih jelas. Lif adam tapi rosak masa tu.





Puas hati lah dapat berjalan si Adam tu. Tapi kerja dia asyik menyorok belakang ibu dia. Takut tengok burung tu. Hehe. Tapi bila nampak ramai budak-budak dia yang berlari pergi sesuka hati dia. Nak berkawan lah tu :)




Geram dengan Adam ni. Dah makin banyak akal. Dalam geram terhibur gak dengan telatah dia. Hari ni ayah Adam takde outstation. Kena jadi supermom lah 3 hari ni. Nasib baik kakak duk dekat, boleh mintak tolong..huhu~

Rasa macam nak drive pergi Johor jumpa husband je kalau ikutkan. Peduliklah emergency leave pun..hehe. Esok memang dah apply half day. Nasib baik fikir esok ada check up Adam je kat KK dan kena amik barang kat pejabat pos. Kalau tak bila lagiiii~ :p


Travel Excuses: What’s Stopping You from Traveling?


9 comments:

  1. Nieyl pernah sampai sini..
    tapi time sekolah renda dedulu laaa...
    itupun ikut rombongan sekolah...:)

    ReplyDelete
  2. saya suka pegi melaka. tempat dia banyak yg masih terpelihara. zoo banyak haiwan. haiwan muda2 aktif lagi. taman rama2 pun best. taman burung ni tak ingat ada masuk ke tak aritu. cuma yang tak suka. jem tu jela hihihihi

    ReplyDelete
  3. Kalau ada anak kecik mcm Adam tu mmg seronok tengok burung, tengok binatang, berbaloilah jugak membayarnya. Mcm mak ni, anak dah beso, mcm kelakarlah pulak kalau tengok burung....hihi

    ReplyDelete
  4. msti adam seronok sgt tgk bird kan

    ReplyDelete
  5. cam best je...akak ni nama je orang melaka tapi blom penah lagi terjah tempat ni...T_T pastu taman rama2 pon akak tak penah jejak sebab dengo cite dalam tu banyak ulor...kalau bab ulor2 ni kim salam...huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. dya pernh smpai tp masa skola rendah dlu..hihi

    ReplyDelete
  7. ni kan area melaka wnderland kan?
    aida lom pernah gi.
    lalu lalang aje...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA