Friday, January 8, 2016

Adam Setahun Lima Bulan~


Assalamualaikum~

Rabu hari tu hari Adam check up 17 bulan. Macam biasa sekarang klinik kesihatan kena bayar RM1 kalau anak dah setahun ke atas. Oklah, tak kisahlah kan. Cek berat, cek panjang, cek kepala. Berat Adam maintain sama je macam dua bulan lepas, 7.7kg. Kecik je kan? Hari tu pergi klinik pakar pun doktor cakap kecik Adam ni. 

Oklah tu tak turun sebab Adam kan baru baik muntah-muntah & cirit-birit. Kalau ikutkan kena pergi pakar zat pemakanan / check up 2 bulan sekali sebab berat tak cantik. Tapi nurse tu bagi 3 bulan lagi. Ok lah. Cuti manalah ada kan. Ni pun tak tahu nak pergi ke tak. Rasa macam nak terus ke 2 tahun punya check up je. Sebab ada injection kan 2 tahun tu. Emm...

Untuk check up baru ni Adam kena buat saringan Autism. Ada M-chart kalau tak silap dalam buku check up tu. Untuk disaring masa umur 18 bulan dan 3 tahun. Banyak  gak dia saring. Alhamdulillah, nurse cakap Adam ok setakat tu. Nanti 3 tahun buat semula sebab sekarang memang tak boleh nampak sangat lagi.

Banyak yang dia tengok, antara yang saya ingat:
1. Kepekaan Adam
2. Pemahaman 
3. Boleh bertentang mata lebih 2 saat
3. Kalau suka main benda bulat - ada kemungkinan Autism
4. Dah ada 2,3 patah perkataan yang boleh difahami- yang ni Adam memang tak lepas. Lambat gak Adam nak cakap ye..huhu~
5. Boleh berinteraksi dengan kita
6. Suka berkawan - sebab kalau Autism tak suka bergaul.
7. Suka tiru apa yang kita buat

Banyaklah lagi. Tak ingatlah. Kena tengok balik buku check up tu. Baguslah check. Kita pun tak tahu ada check kan benda-benda macam ni.

Tapi, budak laki memang lambat cakap ke eh? Adam jalan cepat. 9 bulan dah berdiri dan terus jalan. Cuma meniarap sendiri tu lambat, 5 ke 6 bulan gak kot. Bila pandai je meniarap sendiri terus boleh duduk & berdiri. Laju terus perkembangan dia. Cakap je tak boleh faham lagi.

Tapi, Adam faham dah kebanyakan apa yang saya cakap. Arahan yang saya bagi dia boleh buat. Rambut je tak lebat-lebat lagi. Adik sedara dia dah berapa kali cukur & potong rambut dahhh...dia baru sekali je cukur....huhu~

Sayang Adam...hehe~






Kalau Korang Nak Travel, Ini Ada Satu ‘Barang Baek’ Untuk Korang. Nak Tahu Apa?

5 comments:

  1. yana, kalau nak dia bercakap cepat dan lancar yana kena selalu bercakap dengan dia.. ajak borak... tak kisahlah dia faham ke tak.. macam yana borak dengan kawan.. bercakap dengan dia selalu dan jangan sekali kali cakap dengan dia pelat.. In Sya Allah nanti lama lama dia akan ikut pergerakan mulut kita dan mula bercakap dengan lancar.

    ReplyDelete
  2. anak saya dulu pon..cepat jalan..9 bulan dah jalan..tapi lambat sangat bercakap.. ni nak 4 tahun tapi pelat2 lagi.. adeeyyhh... risau gak sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah perkembangan yg baik tu yana..
    Utk cepat bercakap..
    Yana kena rajin berbual dgn dia..
    Bualkan yg selalu dia nak ckp..
    Contohnya siapa nak susu.. ckp saya nak susu mama..
    Nanti dia ikut..
    Lagi satu ajak dia nyanyi..
    Budak2 suka nyanyi..
    Nyanyilah lagu kanak2 yg mudah dia sebut yana..

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang berat baby ariz.. Baby akk ni makin besar makin melasak harap x la susut berat dia. Lama sgt x timbang. Huhu

    Ooo baru tau psl anak2 autism camne.

    ReplyDelete
  5. rania bulan depan baru check up. tp rasanya nurse mcm salah letak tarikh la pulak.mmm. time tu jatuh raya cina.. nti la check balik

    kena pelan pelan ajar dan belajar kan..
    semoga urusan kita dipermudahkan.. aamiin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA