Assalamualaikum~
Sebenarnya masa saya masuk hospital last week, berbulan-bulan sebelum tu saya dan husband dah buat booking untuk ke Pulau Langkawi. Flight Khamis malam tu. Saya masuk hospital Rabu pagi, admitted Rabu petang. Khamis tu tak tau dapat balik ke tak lagi. Masa tu pasrah aje untuk burnkan semua tiket flight dan hotel booking. Redha dalam tak redha la.
Tapi, urusan dimudahkan pulak, tak perlu ke operation room. Jadinya dapat keluar jugak Khamis tengah hari tu. Discaj je terus kemas beg dan rumah sikit-sikit. Nasib ada kakak. Dia tolong tengokkan Adam dan hantar saya dan Adam ke Putrajay Sentral untuk naik ERL. Husband kerja, memang set untuk jumpa dia lepas kerja kat sana. Untung ada kakak, dia yang tolong bawakkan beg roda dengan Adam..huhu~
Rasa macam senang je urusan hari tu. Alhamdulillah~
Pengalaman naik flight sejam dengan budak kecik:
1. Tak dapat seat dekat dengan tingkap.
2. Flight malam, so tak nampak luar.
3. Adam tak nak pakai seat belt untuk infant <2 tahun.:(
4. Sepanjang nak take off asyik mengamuk. Bising satu flight :(
5. Masa landing pun sama :(
6. Masa flight balik siang, dapat sebelah tingkap ok sikit la.
7. Asyik kacau orang depan :(
8. Nampak aeroplane asyik cakap nak naik. Padahal tak sedar-sedar dia dah ada dalam aeroplane T_T
9. Memang mencabar bawak Adam naik aeroplane. Nasib sejam je~
budak bertuah ni~
waktu nak balik~
bye-bye langkawi~
Pasni leh citer pengalaman pergi sana pulak. Tapi sebab dalam pantang kan, tak pergi island hopping dengan naik cable car pun..huhu~
Husband pun takut nak bawak Adam pergi island hopping. Asyik mimpi Adam hilang je.. T_T Takut sangat tu~