Monday, May 30, 2016

Sebenarnya....


Assalamualaikum~

Sebenarnya masa saya masuk hospital last week,  berbulan-bulan sebelum tu saya dan husband dah buat booking untuk ke Pulau Langkawi. Flight Khamis malam tu. Saya masuk hospital Rabu pagi, admitted Rabu petang. Khamis tu tak tau dapat balik ke tak lagi. Masa tu pasrah aje untuk burnkan semua tiket flight dan hotel booking. Redha dalam tak redha la. 

Tapi, urusan dimudahkan pulak, tak perlu ke operation room. Jadinya dapat keluar jugak Khamis tengah hari tu. Discaj je terus kemas beg dan rumah sikit-sikit. Nasib ada kakak. Dia tolong tengokkan Adam dan hantar saya dan Adam ke Putrajay Sentral untuk naik ERL. Husband kerja, memang set untuk jumpa dia lepas kerja kat sana. Untung ada kakak, dia yang tolong bawakkan beg roda dengan Adam..huhu~

Rasa macam senang je urusan hari tu. Alhamdulillah~

Pengalaman naik flight sejam dengan budak kecik:
1. Tak dapat seat dekat dengan tingkap. 
2. Flight malam, so tak nampak luar.
3. Adam tak nak pakai seat belt untuk infant <2 tahun.:(
4. Sepanjang nak take off asyik mengamuk. Bising satu flight :(
5. Masa landing pun sama :(
6. Masa flight balik siang, dapat sebelah tingkap ok sikit la.
7. Asyik kacau orang depan :(
8. Nampak aeroplane asyik cakap nak naik. Padahal tak sedar-sedar dia dah ada dalam aeroplane T_T
9. Memang mencabar bawak Adam naik aeroplane. Nasib sejam je~

budak bertuah ni~

waktu nak balik~


bye-bye langkawi~

Pasni leh citer pengalaman pergi sana pulak. Tapi sebab dalam pantang kan, tak pergi island hopping dengan naik cable car pun..huhu~
Husband pun takut nak bawak Adam pergi island hopping. Asyik mimpi Adam hilang je.. T_T Takut sangat tu~




5 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. teringatnya last year pergi langkawi bawa adam, bawa adik baby. Balik langkawi keguguran. Sedih sgt masa tu. Dok terfikir2 je. Rupanya habis pantang terus dpt mengandung lagi. Kita doakan awak dipermudahkan urusan. Semoga your adam dapat adik yang comel2. Jgn sedih2 ye. Insya Allah. Pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. bawak budak kecik naik flight mmg agak mencabar...dulu anak i yg sulung first flight dia masa dia umur setahun...ya rabbi, dia punya melalak masa take off tu....nasib baik dekat sarawak je...huhu...
    tapi kelakar la adam teringin nak naik aeroplane, tapi dia dah dlm aeroplan pun...ekekek...
    anyway, semoga sis terus sihat seperti sediakala ye...

    ReplyDelete
  3. jgn sedih sedih sis.. Ada hikmah inshaallah.
    Pengalaman adam yg pertama naik flight ye.. excited la tu hehehe. sy faham mmg mencabar, dlu adik sy yg bongsu masih kecik pergi sabah habis riuh satu kapal terbang dgn suara dia.. hehe

    ReplyDelete
  4. rania belm ade kesempatan lagi naik flight. setakat naik bus j skrg..
    lps ni adam ok dah kot. hihihi

    ReplyDelete
  5. budak2 kalau naik flight memang banyak ragam..syukur dulu syamimi ok jer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA