Friday, February 12, 2016

Keutamaan~


Assalamualaikum~

Selamat berhari Jumaat kawan-kawan semua. Esok Sabtu, masa untuk family tersayang. Pagi tadi hantar Adam, meraung-raung dia kat rumah pengasuh. Pelik. Adam sangat jarang mengamuk macam tu. Mungkin sebab sekarang tengah tak sihat sangat kot. Sayu je tengok dia meraung-raung tak nak kena tinggal T_T. Tapi nak buat camne...

Semalam pun ada hal kat tempat kerja, pukul 6 baru boleh gerak balik. Kesian kat Adam. Pengasuh bagitau Adam mengamuk sebab tinggal dia sorang je tak balik lagi. T_T

Kesiannya anak ibu ni.

Dilema jugak jadi wanita bekerja ni sebenarnya. Tapi saya selalu set dalam otak mana yang lebih utama:
1. Keluarga
2. Kesihatan
3. Kerja

Nampak tak kerja kat tempat terakhir..huhu..ni kalau bos tengok mesti dia fikir apa lah kan. Semalam dah lah balik lambat, pukul 7 lebih bos duk call lagi. Saya masa tu tengah busy lah nak uruskan anak dan rumah. Mandikan Adam, masak, kemas rumah sikit-sikit. Ingat kita duk rumah relaks2 ke..huhu~

Memang tak layanlah call tu. Mandi solat. Maghrib kot. Wassap pun dekat pukul 9 baru saya baca. Kalau baca awal saya gak yang stress...huhu..kalau bos nak marah pun, marahlah. Malas nak layan. Dahla weekend hari tu pun Sabtu pagi-pagi dah bising-bising. Kesian kat husband dengan Adam tengok ibu dia kejap-kejap call orang tu, kejap-kejap call orang ni. Sebabnya janji lain, buat lain. Janji nak datang pukul 10 pagi, ni pukul 9 dah call bos. Bos tak tahu pape, marah sebab takde orang stand by. Stress gak kadang-kadang..huhu~

Pagi-pagi tengah drive pergi kerja, bos call lagi. Kena bebel. Saya layankan aje lah. Nak buat camne. Takkan nak suruh orang tu kerja 24 hours kan. Tebalkan telinga je lah~

Nak berhenti kerja susah dengan ekonomi sekarang ni tak menentu. Saya pun minat jugak kerja ni sebenarnya. Masa kerja pun 8.00am-5.00pm kat sini. Weekend boleh cuti kalau takde hal. Ok lah kot tu..

Banyak pulak membebel hari ni. Lama sangat tak buat entri macam ni..huhu..sekali-sekala je. Harap dimaafkan dan tolonglah bagi kata semangat sikit ye. Moga diberikan kesabaran dan dimurahkan rezeki selalu. Amin~~~

Entri takde gambar, data dah habis. Tenet slow sangat..huhu~ :p

6 comments:

  1. hmm..tu la dilema kita skrg kan...tak kerja susah, kalau kerja pun sama susahnyaa...hmm...kena sabar dan go with the flow jela gamaknyaa

    ReplyDelete
  2. sama le kita.
    kerja tempat yg last.
    famili, anak2 semua tempat teratas.

    ReplyDelete
  3. skrg mmg susah nak cari kerja lain...dlm ekonomi skrg ni, ramai dah dibuang kerja...takpe lah dear...bertahan lah selagi boleh...

    sabar ye...

    ReplyDelete
  4. Stresskn bila kerja camni, y not try buat bisnes on9... Cikna tgk ramai gak yg b'jaya masa pun t'urus.

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah semoga dipermudahkan buat yana.. jgn stress la ;)
    relax relax je.. hiks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA