Tuesday, February 23, 2016

Kes terbaru taska: Baby 17 bulan melecur.


Assalamualaikum~




Baru-baru ni ada satu kes terkena air panas viral di FB. Ada video doktor sedang mencuci luka melecur tu, tapi saya tak sanggup nak tengok. Melaung-laung baby 17 bulan panggil mama dia. Serius kalau jadi macam ni kat budak, kita yang ada anak ni akan rasa cam sedih sangat. Macam anak kita je kita tengok. Betul tak?

Mungkin pihak taska tak sengaja, tapi tolonglah bertanggungjawab. Kalau perlu hantarlah ke hospital dengan segera. Bagi saya pihak taska perlu ada emergency response training untuk menghadapi benda macam ni. Kalau kena air panas kenalah alirkan air beterusan dan tekapkan dengan kain basah. Kesian sangat kat budak tu...lebih kurang baya Adam je tu. 

Yang saya tak suka, komen-komen yang takde rasa empati di ruangan komen tu. 

'Siapa suruh hantar taska?'

'Macam ayam suruh harimau jaga anak.'

'Lain kali salah sorang jadi suri rumah, senang.'

Mulut tu kalau nak bercakap memang senang sangat Sebab tu orang kata lidah tu setajam pedang. Cakap sikit rasa pedih hirisan tu.

Saya terasa sebab saya ibu yang berkerja. Kalau ikutkan hati saya nak je jadi suri rumah. Tapi husband pun tak stabil, takkan nak harap kat dia sorang. Ekonomi sekarang pun tak berapa baik. Kalau husband gaji besar, takde lah terkilan sangat nak duk rumah je. 

Satu lagi, saya tak suka mengharap ke suami sahaja. Kalau apa-apa jadi kat suami macam mana? Nak harap ihsan orang? Ada cara lain, tapi buat masa ni bekerja adalah penyelesaian terbaik dengan banyak benda yang perlu dibayar sekarang ni. 

Saya hantar pada pengasuh. Memang selalu gak rasa sayu je nak tinggalkan anak, tapi itu adalah perlu untuk pastikan at least anak dapat hidup selesa. Sebab tu, saya akan elakkan OT, atau kerja weeekend kalau takde keperluan. Cuti tanpa gaji pun banyak dah amik semata-mata untuk anak dan family. Biarlah bos nak cakap apa, tapi memang bagi saya family first.

Saya tak faham dengan kecaman orang yang cakap macam-macam pada orang yang hantar anak ke taska. Mungkin ada ibu bapa yang suka ambil kesempatan berseronok hantar anak taska. 

Isu ni saya rasa sampai kesudah takkan habis bincang. Nanti ada je fatwa macam-macam yang keluar. Yang penting kita sebagai ibu bapa cuba yang terbaik untuk anak kan~ :)





Ini Terjadi Bila Chacha Maembong ‘Rushing’ Pergi Kerja & Kena Beli Breakfast.. Kelam Kabut Habis


9 comments:

  1. Allahu...moga diselesaikan secara berhikmahlah..

    ReplyDelete
  2. pilihan terakhr taska..dah lama terasa hati dengan mulut2 yg mcm tu..buat tutup telinga jak ....abaikan.. ppssttt yana blog yana susah nak buka..lambat loading...

    ReplyDelete
  3. sorry yana..dah try...mmg agak lambat loading..kena refresh 2 3 kali baru full view...blog lain cepat jer...blog yana pun ada yang im not robot...

    ReplyDelete
  4. yana komen blog MV ada kuar tak mcm tue..ada robot tak

    ReplyDelete
  5. tu la kadang2 diorang ni nak komen tak pikir perasaan orang langsung...sume mak bapak nak kan yg terbaik untuk anak2...lagi pon kalau dah pi anta duk taska tu bukan nye hanta bute2 percuma...bulan2 duit ratus2 mesti lebur tapi hujung2 ko buat anak orang camtu...

    ReplyDelete
  6. Aduii sakitnya tu.. kesian kan..

    ReplyDelete
  7. Aduii sakitnya tu.. kesian kan..

    ReplyDelete
  8. baya ank kita, kan !!
    aduhai..

    org yg komen tu x ddk di tempat tu. cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka. bru kita blh paham mslh dorang.. huhuhu.

    patutnya pihak taska pon pergi lah ziarah. aduh. tnya itu ini. ni mcm nk lari j.

    ape pon moga selesai dfn cepat. mangsanya si baby tu..

    ReplyDelete
  9. aida anta anak ke taska.
    yes, ada gak frens blogger yg pertikaikan aida anta anak awal2.
    hu hu hu tapi tu la option yg ada.
    awal sgt ke.
    sian kat anak kecik tu ke.
    abis tu nak letak mana kan?
    tawakal dan doa je la anak kita baik2 saje.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA