Monday, November 16, 2015

Santai Ahad~

Assalamualaikum~

Selamat ber'monday blues' semua! Biasalah hari Isnin banyak kerja kena catch up. Maklumlah kerja kilang 24 hours production. Semalam pun kena ot. Tapi, atas hasutan husband saya datang, tapi sekejap je. Tak sampai setengah jam. Biasalah orang tu injured main bola Selasa hari tu. Sampai sekarang tak baik lagi luka tu. Kesian pulak nak tinggal dia berdua je dengan Adam yang lasak tu.

Lagipun ahad je ada masa untuk hang out satu family. Sabtu husband kul 7 pagi dah keluar ada program ofis pastu meeting sampai rumah pukul 8 lebih malam. Bosan betul seharian duk rumah tanpa dia Sabtu tu.

Semalam dia ajak breakfast dekat teh tarik place bangi. Tapi jauh sangat sebab saya kena masuk ofis. Malas nak terkejar-kejar. Saya ajak pergi kat Putrajaya je. Kat Ayer8 pun ada teh tarik place. Tapi tak pernah try pun lagi.

Tapi bila tengok oder baru tau menu antara bangi dengan putrajaya tak sama. Husband nak makan nasi dagang, tapi Putrajaya takde. Banyak gaklah yang bangi offer. Dah sampai pun kan, oder je la apa yang ada. Nasi lemak ayam, roti planta, keropok dan teh tarik cawan besar kongsi dua orang. Bajet-bajet romantik.. :p




Kitorang duduk sebelah tingkap. Cantik view ngadap tasik. Nampak masjid besi kot skali. Overall view best. Nampak feri lalu lagi. Makanan okay jugaklah. Standard lah. Tempat pun selesa.

Lepas tu pergi klinik cek kaki husband & pergi kerja. Takde mood pun nak kerja semalam. Nak berjalan..huhu~

Lepas setengah jam kerja, pergi beli barang dapur sikit. Singgah menyinggah akhirnya balik tapau makanan je~

Tak puas weekend camni :(

2 comments:

  1. Weekend je yg dapt kita nak spend time together kan.. masa ni lah nak bermanja2 dgn anak & suami..kadang ada gak kerja weekend memang tak best lah..mcm sy lagi jauh PJJ..sebulan sekali jumpa...huhuhu

    ReplyDelete
  2. tak syok la weekend keje, yana.
    mood keje ke laut!
    ahad plak tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA