Tuesday, November 24, 2015

Mandian Lemon: Adam selsema batuk ~

Assalamualaikum~

Jumaat hari tu amik Adam dari babysitter tengok hingus meleleh. Tetiba pulak selsema. Saya tak buat apa-apa. Tunggu dia ok sendiri. Tapi masuk Ahad, start batuk. Batuk berkahak yang agak teruk jugak bila dengar tu. Saya biarkan aje dulu.

Last-last, pagi Isnin saya kena amik cuti bawak Adam pergi klinik. Sebab dengar dia macam susah nak nafas. Sebelum pergi klinik google dulu petua-petua.

Mandi dalam air lemon. Ni untuk kuatkan antibodi katanya. Saya try je la..selagi tak memudaratkan..







Gaya tak macam orang sakit kan budak sorang ni? Aktif bebenor. Baguslah aktif. Kalau tak risau gak. Duk main air dengan mainan dia. Ada kesan ke mandi ni? Tak tahulah, sebab sekali je mandikan air lemon ni. Mungkin kena banyak kali kot?

Pastu siap-siap terus pergi klinik. Husband kerja, saya kena setel soranglah. Kat klinik doktor cakap nafas Adam dah sempit sangat dengan kahak dia. Kena gas. Melalak-lalak Adam kena sedut gas. Banyak kali gak saya tanya nurse sakit ke? Tak sakit pun, cuma Adam tak selesa je lah.

Nasib baik pergi klinik, boleh kena asma kalau lambat. Tu doktor yang bgtau. Tak naklah Adam kena asma. Nak dia jadi atlet..huhu :p

Moga Adam cepat sihat. Hari ni hantar kat babysitter dah..



5 comments:

  1. dah sihat alhamdulillah..kalau tak mesti runsing kan .heee :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Sama gak dengan anak2 akak masa kecik, mesti sampai tahap kena amik neb.
    Next time cuba bagi makan buah limau sebab buah limau kaya dengan vitamin C.

    ReplyDelete
  3. Adam umur brape thn ye yana? Adra ni pun batuk2 selsema. Mmg mandikan air lemon tu, utk 1thn boleh bg ubat batuk ke? Xbw lg ke klinik ni.

    ReplyDelete
  4. moga cepat sihat ya Adam... seronok plak nengok mandi mcm tu... mcm nak buat utk sy plak..hihi..

    ReplyDelete
  5. amik gas tu x sakit.
    just anak kita tu x selesa.
    selama hampir 2 thn dulu aida dok berulang klinik utk nurin.
    masa umur dia dari kecik hingga 2 thn.
    amik gas gitu la. melalak-lalak! mcm kena rotan. hu hu hu :(
    now da xde dah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA