Wednesday, May 16, 2012

Rindu la pulak~ :p


Assalamualaikum~

Dua, tiga malam kebelakangan ni cuaca agak panas. Nak tidur pun tak selesa. Disebabkan tak boleh tidur jadi saya buat keputusan untuk menaip entri baru...hehe~

Dah dekat tiga minggu leonerz kerja straight tanpa ada cuti. Sampai ke malam pulak tu. Sekarang ni masa saya tengah menaip entri ni pun dia masih di tempat kerja. Kesian dia. Bagus jugak, dapat kumpul duit lebih nak buat kahwin kan?? huhu~ :P

Tapi saya rasa sunyi la pulak. Tak leh nak mesej-mesej. Tak leh nak calling-calling.

Saya pun bukalah buku Love kami tu. Buku apa tu? hehe..dalam buku tu saya tampalkan semua (takdelah semua sangat~) kenangan  resit-resit, tiket wayang dan pamplet tempat-tempat yang kami pernah pergi. Dalam buku ni juga banyak ayat-ayat jiwang. Sepatutnya buku ni kena bergilir-gilir simpan. Tapi tahu aje lah si leonerz tu...blog ni pun tak terupdate, ni kan pulak buku?? Malas nak bagi buku ni kat dia lagi. Sekali je dalam masa 4 tahun ni dia pernah pegang. Tu pun sebab terpaksa!

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba,
Jangan sesekali menyerah jika kamu 
masih merasa sanggup,
Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat melupakannya...

Ayat tu ambil kat mana ntah. Saya pun dah tak ingat. Tapi tu adalah entri pertama buku kami tu. Permulaan kami adalah agak mencabar sebenarnya. Macam-macam hal yang saya rasa memustahilkan 'kami ' ni.

Saya teringat, masa tu kitorang baru kenal seminggu lebih, tapi dah jadi macam rapat. Saya sebenarnya memang malu sangat nak berinteraksi dengan lelaki. Tapi bila dengan dia, saya rasa saya boleh jadi diri sendiri. Takde cover-cover. Saya sebenarnya suka cover ayu, tapi hakikatnya sebaliknya..huhu~~ :p

Bermula dari sukan boling, melarat ke perpustakaan untuk study bersama. Sehinggalah pada satu masa, lepas beberapa minggu kenal, kami cuba menjarakkan diri kami disebabkan sesuatu perkara. Tapi tak lama.

Saya teringat kenangan dulu. Masa training, dia adalah junior saya. Jadi kami memang tak dapat mengelak daripada berjumpa. Bila mata bertentang mata, hanya pandangan sayu & kesal yang mampu dilemparkan sesama sendiri. Tengok pantulan dia kat cermin pun jadilah. Tak nak pandang, tapi terpandang..huhu~

Mungkin sebab dia lelaki pertama yang mula bertapak dalam hati saya masa tu. Macam-macam saya buat untuk lupakan dia, tapi susah. Saya yang minta dia jangan mesej saya lagi. Tapi saya tak leh nak halang diri sendiri.

Satu malam tu saya mesej dia, dan dia reply;


Malam bulan cahaya terang,
Sinaran indah begermerlapan,
Tiba-tiba teringat seseorang,
Membangkitkan kembali seribu satu kenangan.


Hehe..mesej ni dihantar pada saya pada 25 September 2008 jam 11.54 malam. Masam tu leonerz dalam bas on the way balik ke Terengganu. Macam mana saya boleh ingat walaupun dah 4 tahun berlalu? Sebab saya simpan mesej-mesej dia. Saya memang takkan jual hp ni. Banyak kenangan~~

Teringat time buka masa time training lagi. Masa tu memang nak jauhkan diri. Buat-buat tak kenal. Last-last masa makan, barisan dia duduk betul-betul menghadap saya duduk. Masa tu, asyik nak curi-curi pandang je. Sesi jeling-menjeling..huhu~~ :p

Banyak lagi benda yang berlaku. Rasa macam banyak jugak dugaan. Tapi kalau dah suka, nak buat camne. Dia je kot yang tau semua baik buruk saya dan boleh terima seadanya. Nasiblah ada orang suka kan~~ :p


You'll never can missing me 
because I'll never can forgetting you...

atas tu ayat jiwang leonerz pada 27 September 2008 jam 1.50 pagi..huhu~





p/s: Sorilah, malam ni mood jiwang...huhu~~  :p


28 comments:

  1. amboihhhh... jiwang dah dia..bila rindu dtg inilah jadinya..

    ReplyDelete
  2. uwah terasa sweet eden mbacanya hehe

    ReplyDelete
  3. HaniAsyira, hehe..sekali-sekala..bukan selalu pun kan..huhu..mungkin lepas ni selalu lah kot~ :p

    sis92, huhu~ :p

    ReplyDelete
  4. tumpang jiwang sekaki. wah xsangka jiwang gak leonerz tu kan. yana pun. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  5. chic na, bila datang mood jiwang tu je lah..hehe~ :p

    ReplyDelete
  6. bahagia nya macam lompat2 atas awan kan? :)

    ReplyDelete
  7. Asyiqi, sekali-sekala..huhu~~ :p

    zera, hehe~ :p

    ReplyDelete
  8. sesekali nk kongsi nood jiwang apa salahnye...bkn slalu pun...kalo slalu naik muak jugak org baca kan...hihi..

    ReplyDelete
  9. haha..bila jiwang datang..mmg xleh kata apa

    ReplyDelete
  10. huhu..jiwang gak ye yana n leo ni. tp linda rse leo lg jiwang kan. Best kan yana bercinta dr zaman study ni, mcm linda n raje bnyak btul kenangan..:)

    ReplyDelete
  11. huwaaaaa...seronok bace kisah orang sedang dilamun cinta ni kan...hihihi...
    jiwang2 gitu..manis.....:)

    ReplyDelete
  12. deqla, huhu..tak muak lagi ye?? hehe :P

    dalca, alamak..malu la pulak..hehe :p

    Linda, tu la..banyak kenangan..tp kadang2 bercinta lama2 pun tak semestinya bersama kan..huhu..sebab tu tengah usahakan nak kahwin cepat ni..hehe :p

    kak lelamaisara, biasalah kak..orang jiwa muda ni..hehe :p

    ReplyDelete
  13. skali skala bjiwang ni best jugak..kih3

    ReplyDelete
  14. bila sayang orang tu pasti kita ingat setiap detik indah bersama kan...yang xberapa nak indah pun ingat juga..hehe

    ReplyDelete
  15. amboih. msg pun ingat lg walaupun dah 4 tahun... walauweyh!... kalu ilang hp tu. mau berdarah bulu idung.. ehehe...



    iyer2...saya tahu la anda sedang hati berbunga2... jelly ok... jelly...

    ReplyDelete
  16. alololo..sweetnyerr..!
    nanti dia free..dia call atau msg la yana..

    jgn risau k.. :)

    ReplyDelete
  17. betul tu...alangkah beruntung andai y faham kita n terima kita seadanya..hehhe

    tetiba jiwang jugak..kekkeke

    ReplyDelete
  18. alololo sweetnya yana..

    tp mmg kn smp satu tahap tu bl kita rindu mesti kita ingt blk segala kenangan bersama kan =p

    ai pun dlm mood rindu jgk tp En Brown dlm mood x ok lg..hurm xpe sabo2 :(

    ReplyDelete
  19. haha..x pyh nk malu..dah fitrah manusia kn..ok apa bkn semua ada sifat jiwang tau..haaa.. ;p

    ReplyDelete
  20. moga dipermudahkan ke jinjang pelamin yea..(^_^)

    ReplyDelete
  21. amboi2..jiwang =) hehe..lama xjalan2 sini

    ReplyDelete
  22. kenangan yang indah menghadiahkan sebuah senyuman kepada pembacanya jugak (^___^)

    ReplyDelete
  23. Hohohohoo kenangan yg indah di simpan rapi.....mood jiwang2 pun OK....tp saya byk tak igt dh kenangan manis ni dari segi masa dan waktu....cuma boleh igt benda pernah berlaku ja :)

    ReplyDelete
  24. simpan skit jiwang tu utk cinta rumahtangga nnt. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA