Tuesday, April 24, 2012

Kejutan hari Sabtu lepas..hehe~


Assalamualaikum~

Catatan hari Sabtu, 21 April 2012.

Hari ni hari Sabtu. Sabtu yang tak ada apa-apa keistimewaan. Kecuali kejutan menyeramkan dai stalker. Nak tau cerita, baca SINI. Masa menunjukkan pukul 10.00 pagi. Lambat lagi rasanya nak pukul 1.00 pm. Hari ni mood nak buat kerja hilang sebab terkejut dengan kertas yang saya jumpa pagi tadi.

Buat apa pun tak jadi. Asyik termenung fikirkan siapalah agaknya gerangan orang yang buat macam tu kat saya. Takde sorang pun yang terlintas di fikiran saya. Rakan sekerja saya tak ramai yang tahu tempat tinggal saya. Yang tahu hanyalah kawan-kawan perempuan.

Awal pagi tadi, sampai aje kat ofis. Saya terus jumpa ofismate. Saya ceritakan apa yang berlaku pagi tu. Saya bercerita hingga keluar air mata. Saya tak pasti sama ada itu air mata sedih atau takut. Pagi tu pun sebelum keluar untuk ke pejabat, saya ada sedikit perselisihan faham dengan leonerz

Pagi tadi,nampak aje kertas tu saya terus call dia.

'Nak tanya ni. Baik mengaku. Ada komplot dengan member2 kat sini untuk kenakan yana ke?? Jangan tipu!' saya tanya leonerz. Walaupun jarak saya dan leonerz agak jauh, tapi dia mempunyai ramai kawan kat area saya ni.

'Tolonglah, takde masa nak suruh diorang tu buat benda ntah pape. Amik la no. membe ni, tanya sendiri dia.' Jawab leonerz.

'Yana ada layan laki lain eh? Nape dia sampai buat macam tu? Baik mengaku siapa.'sambung leonerz lagi.

Saya rasa cam nak nangis je. Boleh dia tuduh saya camtu.

'Dahlah, kalau setakat nak tuduh yana macam-macam, baik tak yah cakap pape langsung!' Saya marah.Saya perlukan dia untuk menenangkan saya bila jadi camni. Tapi, dia lagi buat saya jadi marah.

'Serius abg tak buat. Pergilah report polis. Pagi ni abg bz sikit, kena tolong pak cik abg. Jadi tak leh nak mesej sangat.' kata leonerz lagi sebelum meletakkan telefon. 

'Pape bagitau! Jangan lupe repot polis! 'mesej leonerz pada saya. Jam masa tu menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Tak sabar nak abis office hour rasanya.

'Yana, nanti call. Ada benda nak bagitau.' mesej leonerz lagi. 

Tanpa berlengah, saya terus call leonerz,'Benda apa nak bgtau??'

'Nantilah, tengah tolong mak ni. Nanti dalam pukul 12.55 call balik boleh?' 

Saya dah tak leh nak duduk tenang. Apa yang dia nak bgtau agaknya. Dia nak bgtau mak ayah dia nak batalkan pertunangan kami ke. Saya mula risau.

Tapi tak lama saya risaukan benda tu. Lepas tu saya sibuk siapkan kerja sampai saya lupa nak call leonerz semula. Leonerz yang call saya.

'Apa yang penting sangat tadi nak bagitau?'tanya saya pada dia.

'Adalah, benda ni panjang sangat. Abg citer kat rumah lah. Baliklah dulu.' jawab leonerz. Jawapan yang membuatkan rasa ingin tahu saya jadi sangat tinggi,

Saya tak boleh balik awal sebab ofismate ajak keluar makan sama untuk meraikan salah satu rakan kami yang nak berhenti bulan ni. 

'Takpelah, pergilah makan dulu.Dah habis makan bagitau lah.'kata leonerz. Masa tu saya dah start rasa nak marah aje.

'Tak nak bagitau dah lah. Jangan harap yana nak call lagi pasni.' jawab saya. Masa tu ofismate dah tunggu dalam kereta.

'Abg ada kat restoran depan ofis yana lah sekarang.'

'Haaa??? Jangan main-main boleh tak??' Saya dah macam nak jerit dah. Saya tengok scan luar ofis saya. Saya tengok restoran depan tu, tapi tak nampak sebab agak jauh jugak. Saya dah lah rabun.

'Serius, yana pakai baju warna merah kan?'tanya leonerz. Saya jadi hampa. Saya pakai baju warna hitam masa tu.

'Tipulah, malas nak caya. Dahlah nak pergi makan ni.'

'Datang amik abg kat restoran ni.'kata leonerz lagi. Masa tu saya dah rasa cam excited sangat dah. Tapi takut gak kalau-kalau kena tipu dengan leonerz ni. Bukan boleh percaya sangat~

Saya terus pergi ke kereta dan start enjin. Tak lama lepas tu saya nampak leonerz keluar dari restoran depan ofis saya.

Terkejut yang amat!

Tak pernah-pernah leonerz datang tanpa beritahu saya. Kitorang memang dah lama tak jumpa, tiga bulan lebih kot....huhu~~

Saya mula terfikir, entah-entah stalker yang tinggalkan kertas A4 kat kereta saya pagi tadi tu leonerz???



dari google





p/s:nak tau lebih lanjut tunggu next entri lah~~ :p





21 comments:

  1. laa.... macam dapat teka ja.. keh3 (^___^) cant wait ur next entri..hehe

    ReplyDelete
  2. dah agak dahhh..

    suka lah tu..

    jgn lama2 pendam citer tu.. nak tahu cpt ni.. heeee~~

    ReplyDelete
  3. hehe..da agk da, mesti leo nk dtg jupe yana.. cute la u all ni..:)

    ReplyDelete
  4. uwahhh. bestnyer. hehe. wat suprises gitu. hehehe

    ReplyDelete
  5. haha..msti leonerzz punye..caye laa..(^_^)

    ReplyDelete
  6. jeng3... x sabar nk tahu... pssst....best eh korang kongsi2 blog kan..haha...

    ReplyDelete
  7. cepat la sambung! cepat la sambung!

    ReplyDelete
  8. sah..!
    leonerz lah stalker tu..!
    sengaja dia nak uji yana ni..

    ReplyDelete
  9. confirm lah tu. huhu.. saspen betul citer ni. :)

    ReplyDelete
  10. wah.....macam cerita dalam novel plak..heee...
    leonerz la tu kot..saje nak uji yana...cute aje...

    ReplyDelete
  11. hahhaa..suspen ni. dah macam cerita seram pun ada gak..

    ReplyDelete
  12. saspen betul.... lana kena banyak sabar dan selidik dulu kalau ada apa2 lagi pas ni....

    ReplyDelete
  13. amboih siap ade drama... ehehe...
    kene salin ni. nak hantar kat MIG... drama terbaru "LEONA"

    yaba cepat la kawen...


    btw, untunglah dapat pasangan masing2 yang memahami... jelly tengok, :') *man tears*

    ReplyDelete
  14. haha. sptnye dh boleh agak mase die post entry pasal secret admire tu. ;)

    ReplyDelete
  15. hahahaha..kan dah kena..leonerz nakal la dik..nak kena rotan leonerz ni..hahaha.

    ReplyDelete
  16. 9noL4, mmg tk dpt nak agak..huhu~

    kak arina, tolong rotankan dia untuk saya kak..hehe :p

    ReplyDelete
  17. waaaaa sweetnyaa. ni jeles ni hehe senyumm je baca :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA