Friday, December 16, 2016

Banana Milk!


Assalamualaikum~

Selama ni asyik baca blog orang pasal travel ke Korea dan minum banana milk yang kengkononnya sedap tu. Nak jugak rasa kan. Sedap sangat ke banana milk tu...

Kebetulan minggu lepas kakak dengan mak pergi bercuti ke Korea. Apa lagi, kirimlah satu, nak buat rasa. Nak pergi Korea entah bila baru dapat..huhu :p

Kelmarin kakak bagilah 2 botol. Besar gak lah. Rasa dia ok lah. Agak manis. Botol pertama minum macam muak sebab manis sangat. Esoknya minum botol ke-2, tengah panas petang masa tu. Sedap pulak rasa. Minum masa cuaca panas~

Overall, wishlist untuk rasa banana milk dah tercapai! Lain kali kalau pergi kena borong face mask ni. Murah sangat kat sana..hee~





Friday, December 9, 2016

Bee Venom Trial Set dari Secretleaf!


Assalamualaikum~

Saya pernah citer pasal produk Secretleaf kan? Produk formulasi natural diasaskan oleh bumiputra Melayu. 100% halal dan tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan produk ni :)

Sekarang ada dikeluarlan trial set dari range bee venom tau! RM89 je. Kalau beli satu-satu memang garu kepala lah nak cari duit kat mana. Satu lagi, muka pun tak tahu serasi ke tak dengan bee venom ni. Karang dah beli mahal tak boleh pakai pulak, dah membazir kat situ kan?


Apa yang ada?
1. Bee venom beauty bar 15g
2. Bee venom moisturiser
3. Bee venom CC cream light 2 x 1.5ml
4. Bee venom CC cream natural 2 x 1.5ml
5. Bee venom CC cream tan 2 x 1.5ml
6. Bee venom sleep mask 10g
7. PERCUMA Bee venom eye serum 3g

Banyak kan boleh dapat dalan trial pek ni? CC cream boleh cuba ketiga-tiga warna kalau susah sangat nak buat keputusan..hehe :)

Antara kelebihan bee venom @ sengat lebah:
✔ Jerawat walaupun jerawat yang serius
✔ Bintik-bintik Hitam
✔ Jeragat
✔ Kulit Kasar
✔ Kulit Kusam
✔ MENCERAHKAN KULIT
Berminat boleh usha FB AZRM Enterprise. Sorry, tak boleh nak bagi direct link sebab sini FB kena block..huuhu.

Sampai hujung tahun ni, sesiapa nak beli sebutlah nama blog ni ye. Insya'Allah ada sesuatu yang free akan diberi ~

Monday, December 5, 2016

Bleeding semasa first trimester.


Assalamualaikum~

Terpanggil untuk buat entri ni. Sebabnya saya rasa ramai sangat yang tak tahu kenapa dan apa nak buat kalau benda ni jadi kan? Walaupun anak first takde problem, ada je kemungkinan untuk yang seterusnya terjadi. Ada doktor pernah cakap pada saya yang ini sangat normal. Bleeding semasa trimester pertama.

Kalau sesiapa yang pernah baca entri sebelum ni, bulan 7 hari tu saya baru D&C. Sebab bleeding. Bila tanya doktor kebanyakan tak boleh nak cakap sebab apa. Banyak sangat kemungkinan. Saya pulak skop kerja memang agak lasak. Mungkin tu juga adalah salah satu sebab bleeding.

Okay. Kat sini saya nak share experience. Seeloknya kalau bleeding, teruslah pergi ke hospital atau klinik berdekatan. Kemungkinan takde apa, tapi better be safe than sorry. Macam kes saya, saya rasa kes saya seperti lightly treat. Pergi KK, cakap bleeding, muka sedih gila kot masa bagitau tu. Nurse relaks je. Saya dengan husband punyalah risau sangat. Jumpa doktor dan scan heartbeat masih ada. Masa tu happy la balik. Tapi bleeding still continously keluar. Esoknya saya terus pergi ke hospital, sebab dinasihatkan macam tu kalau masih ada bleeding.

Di wad EPAC, pun doktor oklah. Mungkin sebab dia dah jumpa banyak sangat kes ni, so bagi dia normal. Saya cuma kesal satu je, doktor lambat bagi ubat kuatkan rahim, duphaston. Saya pulak masa tu memang tak tahu kan. Jadi , ikut je lah apa yang doktor tu suruh. Kerap ulang-alik wad EPAC, scan asyik tak nampak walaupun scan dari bawah sebab mesin lama.

Last-last saya pergi swasta. scan perut terus nampak. Ada 2 kantung. T_T 
Selama ni tak tahu pun kembar bila scan banyak kali di KK dan EPAC. Masa scan kat swasta  tu dua-dua dah takde heartbeat. Sedih bila jadi macam ni. Mungkin sebab banyak tak tahu.

So, pesanan saya kalau bleeding doktor sepatutnya advise duphaston. Sebab kemungkinan rahim tak kuat. Kuatkan semangat. Kalau bleeding dan baby memang dah takde pun, jangan terlalu stress. Anggap saja dah takde rezeki. Mungkin baby tu sendiri tak transform dengan sempurna, mungkin akan ada problem sebab tu dia gugur. Fikir positif ye :)

Saya terpanggil untuk share sebab saya mengalami lagi sekali benda ni. Doakan yang terbaik untuk saya....

Tak sanggup nak masuk hospital untuk D&C lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA