Tuesday, March 29, 2016

Belon panas sesat~

Assalamualaikum~

Pagi tadi pergi kerja nampak satu benda ni:


Semalam pun ada nampak, tapi pagi ni nampak lagi dekat. Macam nak mendarat je gaya dia. Excited terus nak tengok~

Area sini memang kadang-kadang boleh nampak belon panas ni. Ingatkan lepas festival belon panas hari tu dah takkan nampak lagi. Rupanya silap~

Menarik betul pagi-pagi dah nampak. Awal betul dia terbang.

Jalan lagi, nampak dia mendarat belakang gerai nasi lemak tepi jalan. Nak brekfas la tu kot :p



Betul-betul tak jauh dari jalan raya. Saya tengok ada iklan kat belon tu. Daily flights, booked available. Tapi tak sempat nak amik nombor sebab tengah driving..huhu~

Kiranya skang ni setiap hari boleh naik la kot belon panas?

Monday, March 28, 2016

Demam + selsema + batuk :(

Assalamualaikum~

Yeah..dah boleh re-install bloggeroid kat HP! Lama sangat dah rasa tak bukak blog & update. Minggu lepas Adam demam..sibuk menjaga Adam je. Berapa hari je kerja minggu lepas..huhu~

Sepanjang minggu lepas pun memang tak sempat nak update sebab tu la..sekarang ni Adam demam day takde, tapi selsema batuk teruk lagi tu. Ibu ayah pun dah jangkit ni :(

Nak menulis entri pun tak larat rase ni..huhu..len kali la bercerita ye~


Adam kat kampung minggu lepas~

Friday, March 18, 2016

Gelagat Adam tunggu Ayah~


Assalamualaikum~

Weekend yang lepas kan saya ada citer family husband datang rumah. Ahad tu parents dia balik dulu. Balik je terus husband bawak saya dan Adam ke Serdang, Group dia ada buat tusyen percuma. Pergi pun lamabat dah, kul 11 lebih kot. Tusyen tu samai pukul satu je.

So, sementara tu kitorang tunggu dalam kereta je. Layan gelagat Adam lepas bangun tidur.




Suka dia makan roti tu. Mulut pun bising je. Nasib tak meragam tunggu lama dalam kereta..huhu..ibu yang kebosanan. Tengok plak ada lori cendol seberang jalan nun. Dahlah tengah panas masa tu~ :p


Adam & berus gigi~


Assalamualaikum~

Pagi ni gerak lambat sikit sebab tertinggal lak HP kat rumah. Nasib baik ada husband kesayangan tolong naik balik & ambil HP isteri dia yang pelupa ni..huhu. Masa tunggu tu rasa tak senang duduk je. Lama je rasa tunggu husband turun balik. Bila dia turun cakap lain kali biar jela kalau tinggal, tak payah bawak HP la senang.

Husband boleh cakap, 'Kalau tak sayang abang, tak yah lah bawak HP.'

Aik, ada kaitan ke? hehe..Ada kot, sebab kalau takde HP tak leh nak update semua benda kat husband. Kat tempat kerja ni semua benda kena report..huhu..makan dengan siapa, makan katne, meeting dengan siapa, dan macam-macam lagi lah. Ada orang kata , alaa, biasalah baru lagi kawen camtu lah. Yeke? Tak tahulah, just wait  & see je la~~

Pagi tadi hantar Adam ke babysitter, tidur tak sedar apa. Tidur lambat punya pasal kot malam tadi. Pengasuh citer Adam sekarang ni kalau mandi mesti nak gosok gigi. Saya memang ajar dia gosok gigi, tapi kat rumah je. Pasni kena bagi satu kat pengasuhlah nampaknya. Sebab sekarang mengamuk nak gosok gigi, dia pergi amik berus anak pengasuh..huhu~

Kalau gosok gigi kat rumah dia telan ubat gigi tu sekali, tapi kat rumah pengasuh pandai lak dia ludah balik. Pandai dah rupanya Adam ni. Tak sia-sia ibu ni bertabah memaksa Adam menggosok gigi kat rumah..hehe~

Adam jadi ketua dah kat rumah pengasuh. Suka buli orang gak tu. Pecahkan pasu dengan tingkap kekisi pengasuh tu lagi. Adoii...rasanya nanti duit bulan ni kena lebihkan sikitlah nak ganti yang pecah-pecah tu. Pengasuh tak minta, tapi seganlah. Banyak dah benda dia rosakkan. 

Sel-sel otak tengah nak berkembang tu. 


Thursday, March 17, 2016

Khamis sudah~


Assalamualaikum~

Selamat berhari Khamis semua. Sekejap je nak masuk Jumaat dah esok. Pastu next week sekolah start, jalan jem balik ~ T_T

Bertabah je la~

Hari Isnin ni babysitter minta cuti, jadinya saya kena cuti lagi. Bulan ni agak banyak gak cuti. Bos siap perli lagi Selasa hari tu, tanya cuti ada lagi ke...huhu..masa ni la kot dapat spend masa lebih sikit dengan Adam. Kakak ajak balik kampung. Tapi husband akan kena tinggal lah sebab dia kerja hari Ahad ni, ada program. Berat rasa nak tinggal dia sampai Isnin. Tapi lama gak dah tak balik kampung. Dahla ada sorang je cucu belah family saya. Kesian parents saya jarang dapat jumpa cucu..huhu~

Semalam Adam meragam aje, nak perhatian. Dua hari sebelum ni dia tidur awal, saya rindu. Tapi bila tak tidur awal macam semalam, saya pulak stress..huhu. Asyik bergayut kat kaki je, ayah dia pulak balik tengah malam. Bertabahlah layan Adam sesorang T_T

Pagi-pagi cam biasa tengah masak kat dapur, dia datang nangis. Ayah dia tidur, so dia cari ibu dia. Kena layan lagi. Last-last suh dia main dengan ayah. Ayah nak tak nak kena bangun jugaklah..hehe~

Skang bloggerois kat hp dah teruninstall. Leceh nak tulis blog skang. HP murah memang camtu kot. Gambar pun kena guna usb la..huhu..bertahan lah ye~

Wednesday, March 16, 2016

Perbezaan Kerja Company Besar & Kecik~


Assalamualaikum~

Internet ok sikit  hari ni, bolehlah menaip entri panjang-panjang sikit. Pagi tadi on the ke tempat kerja teringat company lama. Saya dah pernah rasa kerja kat 3 tempat dengan suasana yang berlainan. Pertama dengan company construction, buat rumah teres di JB. Company kecik je, family business. Bos, bini bos, adik bos semua pegang management atasan. Gaji setiap bulan bagi cash tu. Seriau je nak pegang duit banyak-banyak. Maklumlah baru je kerja masa tu. Konvo pun tak lagi. Rezeki dapat kerja awal. Setiap hari ulang-alik naik kete kancil dari rumah sewa-ofis-site. Skudai-Tampoi-Tebrau. Duit minyak RM100 sebulan tak cukup pun. Tapi masa tu layan je. Berhenti sebab ada kes orang lombok tulis nama saya dengan darah kat dinding. Tiga bulan je kerja sana. Nak berhenti pun bos tak bagi, siap bagi dia cakap dengan parents saya lagi, kena sound terus dengan ayah saya,.huhu~

Company first tu suasana kerja yang biasa je. Lagipun 3 bulan je. Tapi ada kawan yang sampai skang baik. Bos pun ok je masa tu. Kerja pun relaks je cuma penat nak tawaf site. Hitam lah gak.

Company second company kecik gak, tapi besar sikit dari yang first. Pekerja ofis dalam 7-8 orang, pekerja site adalah lagi beberapa. Company lab & repair. Lama gak kat sana, 2 tahun. Tapi saya rasa sana paling banyak saya belajar pasal bidang saya ni. Seronok sangat. Masa tu belum kawen, ok lah. Dapat pergi sana sini. Suasana dengan orang ofis baik, macam family. Baik dengan sorang akak ni,selalu bagi makanan. Dengan pak cik driver pun baik, sellau bagi makanan dengan kad raya..hehe~ Masa nak berhenti dulu akak tu nangis sebab dah takde geng nanti, saya pun nangis tengok dia. Pak cik tu siap bagi hadiah lagi. Best je masa tu. Cuma company kecik je lah, so benefit kurang sikitlah. Still keep in touch dengan akak tu. :)

Company ketiga sekarang ni, company agak besar sikit. Tapi suasana tak macam family la kan sebab ramai sangat orang. Kadang tu tak kenal pun sape dia tu. Kerja kilang. Tapi benefit agak ok kalau compare dengan 2 company lepas. Cuma tak boleh nak pergi jauh lah dalam bidang saya. Stuck kat sini. Bos lama pernah ajak kerja sama, tapi saya tak rasa berbaloi untuk pergi semula ke sana. Sini ada je kawan yang baik, sorang dua je la. 

Kesimpulannya company kecik lagi rasa kekeluargaan daripada company besar. Cuma benefit agak kurang. Company sekarang ada medical card. Dulu takde. Gaji lebih kurang aje, tapi benefit tu yang penting. Tak leh nak compare lah dengan company besar macam petronas kan. Tapi alhamdulillah~

Kalau ada korang yang luar sana tengah cari kerja, tak yah memilih sangat masa sekarang ni.  Ekonomi pun tak stabil kan. Love our job, but don't love our company. Betul ke? huhu~

Yang paling penting dapat kerja 5 hari seminggu, 0800-1700. Tu paling best, lagi-lagi dah ada family ni kan. Nak kerja kerajaan tak dapat walaupun dulu belajar dapat biasiswa JPA. Pelik gak kan? Selalunya kalau dapat biasiswa kan kena kerja dengan orang yang bagi biasiswa tu. Takpelah, takde rezeki~

Ni pengalaman orang yg baru kerja 5 tahun je..huhu..yang kerja 10, 20 tahun tu tak tahu cane lah plak :P

Tuesday, March 15, 2016

GIVEAWAY DAN SAMPLE PERCUMA


Assalamualaikum~


Minggu yang rajin untuk menjoin GA orang..hehe~

klik untuk join~



Syarat simpe sangat :)
GA sempena coming besday tuan punya blog..hehe


Saya rasa saya nak pilih hadiah shawl/tudung kalau ada rezeki..boleh tak empunya blog? huhu~ 

Monday, March 14, 2016

Adam & Ultraman~


Assalamualaikum~

Semalam keluar jalan-jalan kat Taman Equine mencari barang. Pusinglah Giant & Jusco Taman Equine tu. Jarang pergi Taman Equine sebab sana selalu banyak kereta. Malas je rase. Area sana banyak sangat kedai perabot, mencabar iman saja. Nasib baik duit di kocek tak mencukupi, kalau tak...dot dot dot..fikirlah sendiri ye :p

Jalan-jalan nampak mainan. Adam tunjuk-tunjuk kedai mainan. Bila saya dan husband fikir balik, lama sangat kitorang tak beli mainan untuk Adam. Bila entah kali terakhir. Dah berbulan-bulan rasanya. Kesian pulak kat dia. Saya tengok patung ultraman. Mak aiii, RM30 gak..huhu..masa tu dia dah pegang. Saya mintak balik dia tak nak lepas. 

Lepas pujuk lagi baru dia lepas. Good boy Adam ni. Ada satu masa tu dia pegang 2 mainan sekali tak nak lepas, saya suruh dia pilih, faham dia. Tak mengamuk. Lepas tu pergi Jusco pulak. Makkk oiiii, mainan sana lagi mahal walaupun mainan yang sama.

Survey-survey nampak ada patung ultraman. RM9. Macam ok je. Tu kira paling murahlah tu. Bagitau husband. Motip bagitau??? Dia bayarlah..huhu~ :p Berbaloi beli. Adam suka sangat! Makan sama-sama sekali tu. Dia tak nak makan, pastu saya buat-buat suap Ultraman tu terus dia nak jugak. Banyak gak lah makan semalam. Kalau tak kemain susah nak makan. 

Suka sangat dia dengan ultraman tu. Ultraman tu ada satu butang tu, bila kita picit keluar sound. Tapi bila banyak kali picit, tak bunyi lagi. Bateri low kot. Tak kisahlah. Kalau asyik tekan bingit lak telinga ni nanti..huhu~

Pagi tadi nak hantar dia kat babysitter, saya suruh tinggal ultraman tu, dia tak nak. Tak nak lepas tu. Pagi tadi plak lupa nak letak carseat dalam kereta, dah lambat pagi tadi. Tawakal je lah bawak Adam guna tali pinggang keledar biasa. Nasib baik ok. Balik ni tak tahu lagi camne. Harap ok lah~

Adam & ultraman~

GIVEAWAY by RosNordin


Assalamualaikum~

Untuk hari pertama minggu ni, jom ramai-ramai join GA..hehe~

klik banner untuk join~

Sorry, saya takde instagram. Mohon ampun..huhu~

Banyak hadiah dan syarat sangat simple.
Saya kalau ada rezeki nak body shop tu..hehe~~


Cuti Sekolah Bermula~


Assalamualaikum~

Hari ni dah start cuti sekolah. Yeah!! Kurang jem..hehe..pagi tadi keluar rumah lambat sikit, gelabah dah masa tu. Pastu nak turun lif nampak ada budak main kat taman mainan kat bawah. Masa tu baru teringat cuti sekolah. Nasib baikkkkk...hehe..insya'Allah sempat sampai ofis sebelum pukul 8 pagi~

Jumaat hari tu kan saya ada cerita saya cuti sebab family mertua nak datang. Ingatkan diorang sampai tengah harim rupanya dekat pukul 6 gak baru sampai..huhu..rasa cam rugi lah amik cuti. Tapi bila fikir balik takpelah, sempatlah saya menyental toilet, kemas lagi rumah tu. Semua ada hikmahnya kan. Lambat sebab shopping sakan di KL rupanya. Maklumlah di pantai timur tu barang-barang boleh tahan mahal jugak tau walaupun duduk di kampung. Sebabnya petronas banyak area sana. Taraf hidup sangat tinggi, Seafood yg banyak kat sana pun lagi mahal kalau nak compare dengan makan seafood kat sini. Serius!

Baru-baru ni kan ada festival belon panas kat Putrajaya. Ingat nak bawak diorang pergi sana, tapi tak kesampaian. Jumaat tengah malan singgah sana  kejap je tengok. Kedai pun banyak dah tutup. Sabtu tu pulak mak ngan ayah mertua ada urusan kat Klang. Kitorang jalan-jalan bawak adik ipar dua orang pergi jalan-jalan dengan mandi sungat je kat Sungat Tekala. Malam tu adik ipar yang baru habis SPM belanja makan. Alhamdulillah, murah rezeki dia~ :)

Mak mertua, ayah mertua dengan sorang adik ipar balik dah pagi semalam sebab hari ni ada orang order katering dengan mak mertua. Maklumlah orang bisnes, kalau ada rezeki tak boleh nak tolak. Pendapatan kat situ la. Datang sini pun sekejap sangat, sambil tu nak jumpa Adam. Rindu sangat nak jumpa cucu sorang ni sebab lama dah tak balik kampung, kekangan kerja:(

Terbalik kan? Patutnya anak yang balik jumpa mak..huhu. Husband kerja mengalahkan menteri. Susah nak balik kampung sekarang. Nak balik Melaka pun tak senang tau. 

Mak mertua datang bawak banyak stok makanan. Segan lak saya, tapi suka :p. Siap bawak bahan nak masak pulut durian dengan nasi lemak. Untung dapat mertua sporting. Mak mertua datang rumah, tapi dia yang masak. Sebabnya saya tak pandai masak T_T. Mak mertuakan masak katering, camne nak lawan..huhu~

Adik ipar 2 orang dengan family pagi ni baru balik. Semua family husband orang bisnes, Bila kerja, pulun habisan. Bila cuti pun cutilah habisan. Best je tengok diorang. Tapi bukan senang nak senang. Adik ipar ngan husband muda lagi, kawin sama tahun dengan saya. Tahun lepas berhenti kerja dan balik kampung berbisnes. Sekarang macam senang dah tengok. Alhamdulillah, rezeki diorang~

Husand saya je yang duduk jauh dengan family dia sekarang ni. Kalau boleh harap dia dapat sambung belajar. Mak mertua teringin nak tengok husband jadi lecturer. Tapi dengan ekonomi sekarang buat kitorang jadi takut nak amik risiko. Saya dengar UPM ada course master yang kelas start 6 petang setiap hari ye? Harap dipermudahkan urusan. Amin.....

Panjang sangat entri kali ni. Tak baca pun tak pe. Saja nak lepas gian menulis..hehe~ :p

Thursday, March 10, 2016

Check Up Adam: 9 Mac 2016.


Assalamualaikum~

Check up klinik pukul 2 petang, sampai dlewat beberapa minit. Tunggu lama tu biasalah untuk klinik kerajaan, dapat habis pukul 3 lebih pun kira ok lah tu~

Adam berat hanya 7.9kg, hanya naik 100gram dari tiga bulan lepas. T_T

Dah kenapa Adam ni suasah sangat nak naik berat. Badan pun tulang saja. Nurse suruh jumpa pakar zat pemakanan. Masalahnya saya dah pernah jumpa 2 kali dah. Setiap kali jumpa akan bagi nasihat yang sama. Jadi, saya tak nampak point untuk jumpa lagi. Saya ni pulak bekerja, agak susah untuk selalu amik cuti. Dahla appointment pakar tu dengan check up rutin anak tak boleh buat sama tarikh. Korang rasa camne? Stress okkkk T_T

Saya minta next cehck up masa Adam 2 tahun. Nurse tak bagi. Kena datang bulan 6 sebab Adam ni ada masalah kurang berat badan. Saya bukan tak nak selalu datang, masalahnya sebagai pekerja swasta ni, agak susah nak minta cuti selalu. Korang faham tak?

Nurse tu suruh minta time slip. Company saya tak bagi guna time slip untuk check up anak. Dia hanya bagi time slip untuk check pregnant je, tu pun 2 jam saja. So camne kan...

Rutin check up pun sama je. Berat & tinggi & kepala. Pastu nasihat. Saya rasa ok kot Adam skip bulan 6 ni, terus ke besday dia bulan 8. Boleh tak?? 4 bulan lebih je gap...huhu~

Adam ni makan memilihla, lepas tu aktif sangat. Agaknya pagi semalam dia berlari-lari kat taman botani kot. Tu yang banyak lemak terbakar kot kan? Nurse cakap tu pun mungkin ada kemungkinan.

Saya ada je bagi supplement. Tapi  mungkin tak sesuai kot. Takpelah, habiskan dulu lah yang ada ni dulu. Nurse suruh cari supplement yang ada liasin. 

Selain supplement ada cara lain ke nak naikkan berat badan anak ni?? 


Adam & taman botani~

Assalamualaikum~

Semalam puas Adam dapat jalan sakan dengan ayah dia. Diorang pergi jenjalan kat taman botani je. Layan gambar je la~






Last-last tersandar kepenatan. Husband ada wassap video Adam dalam kereta semalam. Kelakar sangat tengok. Goyang-goyang badan dengar lagu. Siap feeling tutup mata lagi. Tak tahan tengok..huhu~

Malam ni family mertua nak datang rumah. Sok saya minta cuti awal-awal. Takkan nak biar diorang duk terperap kat rumah kan. Tak patutla kan..

Wednesday, March 9, 2016

Adam check up setahun 7 bulan~

Assalamualaikum~

Hari ni pergi ofis solo. Selalu angkut Adam, tapi hari ni babysitter cuti full day so husband kena jaga first half. Check up pukul 2 petang.

Sampai ofis buat kerja, tetiba husband wassap kaki Adam berdarah pijak kaca. Tak tahu mana datang kaca tu. T_T



Risau tengok darah kat baju husband.

Tapi tak lama pastu husband wassap gambar lain.



Amboi sangat gaya Adam ni. Siap-siap nak kuar jalan dengan ayah dia. Seronoklah dapat jenjalan~

Tunggu ibu balik tengah hari ni ye Adam...

Tuesday, March 8, 2016

Adam & Inai~

Assalamualaikum~

Weekend baru ni kakak sleep over kat rumah sebab husband takde. So adalah orang teman kat rumah tu.

Kakak bawak tiub inai dari mekah,kawan dia bagi. Takde keje, trylah. Orang kata inai elok untuk kuku. Saya letaklah kat kuku ibu jari kaki Adam sebab kuku dia macam tak berapa elok. Macam nak cengkam pun ada.



Gambar pagi tadi. Sibuk dengan selipar transfomer dia..he he..orang nak amik gambar dia pun sibuk nak tengok. Cam ayah dia la ni suka bergaya amik gambar :p

Nasib baik tak meragam sangat. On the way ke rumah pengasuh pagi tadi tu. Esok saya half day, pengasuh cuti. Esok pun Adam ada check up pukul 2 pm. Half day sok ayahla jaga dulu. Gilir-gilir barulah adil..huhu..anak berdua kan~

Pagi tadi Adam bangun senyap-senyap je nak masuk bilik. Saya tengah bersiap terkejut beruk keluar bilik nampak Adam jalan nak masuk bilik. Biasanya dia bangun nangis..huhu..kus semangat~~

Nasib baik comel :p

Muka dah macam budak besar dah Adam ni :)

Monday, March 7, 2016

Bukan ayah je....

Assalamualaikum~



Dua minggu lepas nampak gambar tu kat FB. Comel je tengok, kelakar pun Ada

Katanya ayah-ayah selalu camtu. Yeke? Bagi saya, selalunya sayalah camtu..he he :p

Jumaat hari tu saya dengan Adam je kat rumah. Saya memang jenis tidur awal. Adam lak masa tu sibuk nak main. Satu masa tu dalam pukul 9 lebih, dia mintak susu. Saya bagi susu sambil baring, last-last saya yang tidurr..huhu~

Adam?

Dia sibuk tengok buku dia, sepahkan semua buku dia kat ruang depan tu. Saya memang tidur kat depan je masa tu. Baring-baring tengok TV, gitulah gayanya :p

Saya ada terbangun balik, mamai. Tengok dia senyum pandang saya sambil main sorang dia. Sorilah Adam, ibu memang kalau tidur tak sedar pe dah..huhu..kalau ayah ada, ayah yang layan.

Selalu dah camtu, bukan sekali dua je..huhu~

Friday, March 4, 2016

Suprise~~~

Assalamualaikum~

Hari ni husband start team building. Aktiviti tu sampai Ahad. Tiga hari tak jumpa husband la nampaknye T_T

Dahla semalam ada je benda tak kena. Ada je benda nak kena marah. Sebab saya tak bagi dia main futsal kot :p

Nasibla. Orang nak spend masa ngan dia. Tak memahami betul. Last-last merajuk tapi takde orang nak pujuk pun. Pujuk diri sendiri je T_T

Dua hari lepas husband masak makan malam sebab isteri dia ngegada komplen lapar tapi tak tau nak masak apa..huhu~



Jangan main-main dengan kepakaran husband saya ye. Terkejut tengok ada hiasan pulak kat atas tu..hehe~

Sekarang dia tengah berteam building. Moga semuanya baik-baik aja. Tak tau hutan mana dia pergi. Bos dia rahsiakan katanye.

Kadang-kadang husband saya ni penuh dengan kejutan. Antara kejutan yang dia pernah buat:
1. Stalker.http://thesecretsofleonerz.blogspot.my/2012/04/terkejut-takut.html
2. Stalker 2
3. Lagi citer 

Tu semua citer sebelum kawin. Malas nak tengok satu-satu sebab takde tag..huhu~

Pengalaman masa amik SPM~


Assalamualaikum~

Semalam baru keluar result SPM kan? Tahniah pada semua adik-adik yang dah amik result semalam. Tak kiralah result camne pun, kehidupan harus diteruskan :) Yang penting jadilah orang berguna di masa hadapan. Result baik mana pun kalau hati hitam tak guna gak kan~

Saya amik SPM tahun 2004. Lama tak lama tu..hehe..kantoi umur disitu :P Saya sekolah asrama masa tu. Kebetulan masa exam SPM start masa akhir-akhir puasa, Kertas first Add Math, pastu kertas seterusnya lepas Hari Raya. Rasanya dua minggu gak kot gap. Tak ingat sangat. Kira lama giler gak lah gap. 

Walaupun SPM tak habis lagi, raya tetap raya. Jalan raya dengan family dari Melaka sampai KL tu. Ada satu hari tu pergi raya rumah kawan ayah saya. Anak dia pun amik SPM. Dengar dia borak dengan ayah saya. Dia kata tahun ni tak pergi mana, anak kena study untuk SPM...huhu..saya pun SPM gak tapi relaks je raya, cam takde ape. :p

Anak dia laki pulak tu. Hebat-hebat. Mesti budak skema :p Sekolah MRSM. Saya masa tu SBP. So, kiranya budak MRSM lagi skema lah kot? Hehe~

Takpelah, saya tak suka stress-stress. Asal jadi orang berguna dah besar ni oklah kan? Result takdelah straight A pun, tapi oklah. Dapat first choice matriks. hehe~

Kesimpulannya, buatlah yang terbaik, doa dan tawakal Insya'Allah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita :)

Thursday, March 3, 2016

SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM


Assalamualaikum~

Rasa nak join segmen ni..hehe..

SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS

Syarat sangat simple. 
Boleh klik banner kalau nak join :)


Adam & Grolier~

Assalamualaikum~

Adam lama dah ada set Grolier, tapi ibu ayah dia ni pemalas nak ngajar. Jadinya Adam amik buku tu study sendiri..huhu~


Sampai meniarap tu belajar nombor..hehe. Abaikan buku terbalik tu. Dia suka dengar bunyi yang keluar dari pen tu. Yang ada gambar anjing tu ada lagu bingo.

Bagus Adam ni, tak payah disuruh. Nak harap saya ni, sibuk ngadap drama Korea je balik keje. Aktiviti balik rumah, makan tgk tv tdo~


Goreng keropok, sambil study boleh makan. Tapi bila nampak orang amik gambar sibuk nak menyibuk, nak tengok muka sendiri pulak~

Malam semalam awal pulak Adam tidur. Pas maghrib mintak susu, tak lama pastu tidur. Tak sempat sambut ayah balik. Penat sangat study agaknya ;p

Rumah bersepah dengan buku Adam je. Kadang tu dah kemas, tak lama sepah dah mini ensiklopedia dia. Adam suka tengok gambar-gambar haiwan.

Takpela Adam.. Gunakanlah semua buku Adam tu. Baru ibu rasa berbaloi bayar..huhu~

Amaran Tsunami.


Assalamualaikum~

Malam semalam husband bagitau ada gempa bumi kat Indonesia. Company dia dah kecoh, maklumlah kerja dengan NGO kan. Memang tugas dia menjaga kebajikan masyarakat. Entah-entah ada yang kena pergi hantar bantuan kat sana, kata dia. Tak tahulah siapa atau kena ke tak. Tapi harapan saya moga semuanya baik-baik. Takut Tsunami 2004 dulu. Teruk sangat.

Sumber: Harian Metro.

Kuala Lumpur: Laporan televisyen Indonesia menyatakan gempa itu turut dirasai sehingga ke Padang di Sumatera Barat, Medan dan Aceh manakala air di pantai Meulaboh di Aceh Barat dilaporkan surut secara tiba-tiba yang dikhuatiri sebagai tanda tsunami.
Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Andi Eka Sakya bagaimanapun berkata, penduduk diminta tidak panik dan sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan.


Moga kita semua dilindungi-Nya. Amin...


Kali ni gempa bumi dekat dengan Padang. Dulu 2004 dekat dengan Aceh. Penduduk sana sekarang sibuk berpindah ke tempat lebih tinggi. Teringat dulu masa 2004, Tsunami melanda saya dan keluarga ada di Padang. Alhamdulillah kat sana hanya merasa gegaran sikit je.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik.

Hari ni keluar result SPM kan?

Good luck untuk semua adik-adik di luar sana. Doa banyak-banyak ye :)

Wednesday, March 2, 2016

Adam setahun tujuh bulan: Dah start tantrum/melawan~


Assalamualaikum~

Sebagai ibu yang baru ada anak pertama ni, kadang-kadang saya selalu fikir betul ke cara didik anak camtu. Elok ke untuk jangka masa panjang pembesaran anak. Saya tak nak anak jadi penakut, pemberontak atau lain-lain sifat negatif bila besar nanti.

Yelah, siapa yang tak nak terbaik untuk anak dia kan?

Baru-baru ni, Adam suka sangat pukul orang. Kadang-kadang mainan yang keras-keras tu pun dia boleh buat pukul orang. Kat rumah saya dengan husband memang selalulah kena. Tegur dia cakap tak baik pukul orang, sakit. Tapi dia pukul jugak T_T . Kadang-kadang buat nangis pun dia tak layan, ketawa pulak. Bila buat nangis betul pun dia buat derk je.

Ada satu hari tu, dia tendang makanan. Saya cakaplah tak elok tendang makanan. Dia tendang lagi, saya jentiklah kaki dia. Tapi dia pukul saya balik T_T. Macam mana nak buat ni ye. Sekarang ni asyik nak pukul ibu dia je. Bila ayah ada rumah, dia tahu takut. Bila saya nak ngadu kat ayah dia, dia pandang ayah dia takut-takut. Dengan ayah dia takut pulak. Bila ayah tegur nasihat jangan pukul ibu, dia meniarap tutup muka. Macam takutlah sebab ayah dia macam marah.

Kat rumah saya selamat dari kena pukul bila ayah dia ada je. Bukan tak kena, tapi kurang sikit. Kalau saya marah atau tegur dia camne pun tak jalan langsung. Dia memang tak nak dengar. Kalau suruh tolong dia dengar plak. Confuse T_T

Satu lagi dia suka melekat. Asyik nak kita dukung atau duduk dengan dia je. Kadang tu nak pergi dapur kejap pun dia dah duk meraung-raung macam kena pukul. Nak kata kecik, nak masuk 2 tahun dah tahun ni. Nak pergi mandi pun susah. 

Kadang-kadang tetiba dia nangis sampai meniarap, buat kuak lentang atas lantai. Bila tak layan, dia tengok saya buat tak tahu je nanti dia datang dekat sikit, baring kat situ pulak. Meleleh air mata. Last-last kalau hati saya keraskan lagi untuk buat tak tahu je dia nangis betul-betul dekat saya. Selalunya saya mengalah bila dah tempat ke-2 tu. Tengok air mata meleleh-leleh. Adoi hai~



Mama/ibu/mummy luar sana ada apa-apa nasihat tak ? huhu~

Budak remaja sekarang memang berani~


Assalamualaikum~


Weekend hari tu keluar beli barang dapur dengan husband & Adam. Balik dekat pukul 11 malam jugak rasanya. Adam dah tidur, saya dukung, husband pulak tugas dia mengangkut barang-barang dapur tadi.

Masa nak naik lif, adalah sekali 3,4 orang budak perempuan. Tengok macam student, muda-muda lagi. Budak muda kecoh sikitlah. Kitorang senyap je la tunggu sampai level rumah kitorang. Level kitorang lagi atas lagi daripada diorang, so diorang turun dulu.

Masa nak keluar tu, ada sorang budak perempuan ni cakap, 'Bye bang.' 
Pastu keluar lif. 

Saya tengok husband saya, confirm ayat tu untuk dia sebab dia sorang je laki dalam lif tu.
Tengok husband saya pandang saya senyum-senyum. Amboi...suka sangat nampaknya. Tak nampak ke saya pun ada jugak dalam lif ni. Boleh pulak bye kat husband saya je ye. Tak takut eh dengan bini abang tu..huhu~

Malas nak fikir sangat pun. Budak-budak je. Jangan lebih-lebih je lah, takut ada yang menyesal nanti.  :p

Sampai masuk rumah husband senyum-senyum pandang saya, macam nak tengok reaksi saya camne. Nak tengok saya jeles lebih-lebih kot. Kalau nak tengok sangat takut ada yang tidur luar pulak kang nanti~~

Memang beranilah budak-budak sekarang ni. Risau pulak saya~




Tuesday, March 1, 2016

Jem teruk: Treler punya pasal~

Assalamualaikum~

Semalam macam biasa balik kerja awal. Pukul 5, lepas solat Asar terus keluar. Destinasi pertama, amik Adam.

Sampai-sampai tengok Adam khusyuk tengok kartun kat hp pengasuh. Saya datang pun dia tak perasan. Saya duk melutut sebelah dia, tunjuk muka baru dia nak bangun.

Bangun-bangun je pergi amik beg baju dia. Sekarang beg baju nak bawak sendiri tu. Tak padan dengan kecik :p

On the way nak balik tu. Lagi 10 minit je nak sampai rumah tetiba jem teruk. Teruk sangat sampai langsung tak leh gerak. Pelik dah. Tak pernah-pernah jem teruk. Kalau exciden pun takkan sampai setengah jam statik je.

Nampak 2 motor polis lalu. Memang pelik sangat. Dari 10 minit perjalanan jadi sejam. Bayangkan camne Adam dalam kete tu. Dia bosan. Tak nak duk diam. Risau sangat.

Berdiri kat carseat, pergi tempat duduk belakang. Main bola. Baling bola kat ibu dia. Tengok cermin belakang. Tengok luar. Sabar je la....

Pastu nangis. Nak duduk dengan saya kat driver seat. Peluklah dia kejap sebab kete memang tak gerak pun. Letak balik ngamuk balik. Camtulah sejam dalam jem T_T

Bila dah sampai tempat kejadian, rupa-rupanya lori tersangkut. Dahlah melintang tengah jalan. Dua-dua arah jalan ditutupnya. Tinggal kecik sangat laluan motor kat arah bertentangan. Laluan sendiri memang takde jalan. Masing-masing berebut. Orang sana tak nak beralah. Nasib baik ada polis trafik kawal. Dapatlah jalan~



Terima kasih pada pihak polis yang terlibat! Tengok wassap group, sampai tengah malam gak treler tu stuck. Jem sampai tengah malam. Pagi ni nasib baik dah takde. Risau gak nak kuar keje pagi tadi.

Minyak turun, tapi...

Assalamualaikum~

Selamat berhari selasa semua :)

Alhamdulillah minyak turun. Moga kita semua dimurahkan rezeki~

Pagi tadi beli kuih kat cafe. Pulut salut kelapa. Kawin dengan orang ganu kenalah pandai makan pulut ni kan? Amiklah dua bijik. Takdelah besar sangat pun kuih nya. Ingatkan kena RM1. Sekali nak bayar kena RM2! Huhu..baik saya makan goreng-goreng kalau tau~

Mahal ke tak? Memang harga camtu?


Orang jual tu boleh cakap,'tak nak terkejut ke dengan harga?'

Saya hanya boleh senyum saja. Tak perlu kata apa-apa T_T

Pelik, kalau minyak naik barang mencanak-canak naik. Ni minyak turun? Semua peniaga senyapppp~

Fikir-fikirkanlah & selamat beramal :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA