Monday, February 29, 2016

Adam: Gigi Geraham dah tumbuh~


Assalamualaikum~

Dulu masa Adam baby macam jarang je amik gambar dia. Sebab masa tu hp memang paling cikai la. Memory card pun takde sebab kalau masuk asyik kena virus je. Nokia E71 kot tak silap. Sampai orang ofis asyik perli je sebab mana ada orang pakai hp yg ada button lagi dah skang ni..huhu :p

Jadinya macam tak banyak gambar Adam masa baby. Sayangnyee T_T

Sekarang ni Adam dah nak masuk setahun 7 bulan. Banyak gaklah gambar dengan video dia dalam phone. Untuk mengelakkam frust kalau ho rosak atau terdelete, saya dan husband plan untuk print. Rasanya banyak gak dah print, tapi still banyak lagi ni..huhu~

Siap beli print second hand tu untuk print semata-mata. Glossy paper beli 20 keping kot. Sekejap je~

Kena borong lagi ni glossy paper. Adam ni pulak jenis yang suka sangat tenhok video & gambar dia. Kalau dia ngamuk tunjuk je video dia, senyap terus. Pastu senyum-senyum :p



Kemain khusyuk lagi tu~

Adam dah tumbuh 2 batang gigi geraham bawah!

Dua minggu lepas dah perasan cam putih-putih, tapi tak pasti sangat. Weekend baru ni tengok dah nampak permukaan full dah. Yeahh! Dah boleh start makan macam-macamlah kan~ Nasib baik takde demam sangat.

Sekarang kena paksa Adam beri kerjasama gosok gigi dia. Selalu kena paksa. T_T

Malam tadi susukan Adam sambil baring, husband tegur,'Bestlah kan Yana dapat peluk Adam tetiap malam tidur.' Apakah maksudnya tu? Jeles ke..hehe. Nanti Adam dah minum botol layanlah dia ye, bancuhkan susu semua. :p Saya boleh merdeka! :p


Thursday, February 25, 2016

Kreativiti Adam~

Assalamualaikum~

Petang baru sempat nak update blog. Tetiba busy pulak kan hari. Hitamlah muka berjemur T_T

Semalam kan saya ada citer husband kena outstation. So tinggal berdua je dengan Adam kat umah tu.

Balik-balik memang tak leh nak buat apa. Nangis nak melekat je si adam ni. Nak goreng cekodok pun bersilat kat dapur tu. Ibu depan mata pun tak cukup, nak kena duk dengan dia gak..

Siap je goreng, ajak Adam makan depan tv. Orang cicah sos cili dia pun sibuk nak cicah. Dah cicah suap kat ibu dia ni. Ikutkan aje laaaa~

Semalam pas maghrib, dah mandi solat pergilah dapur nak cuci botol susu dengan alat pam pulak. Nasib baik Adam OK je duk main kat depan. Pelik gak Adam tak kacau kat dapur sebenarnya.

Pergi depan tengok dia tengah nyanyi-nyanyi conteng dinding!! Dinding depan lak tu..huhu



Pintu masuk utama pun selamat dicontengnya T_T



Wassap kat husband, husband pun mampu buat muka nangis je la~

Standby cat la pasni..huhu~

Wednesday, February 24, 2016

Lepak-lepak KLIA~

Assalamualaikum~

Ni lama punya citer. Masa cuti raya cina haritu...huhu..lama ke tak lama peram tu..

Sabtu sebelum gerak balik kampung melaka husband ajak tengok aeroplane dari dekat.

Dah nama pun aeroplane kan, kitorang pergi pusing klia 2 la..pe lagi~







Nak naik lambat lagi, so tengok dari dekat je la boleh. Bersyukurlah kan..huhu~

Kapal terbang betul-betul terbang atas kepala. Ada beberapa kereta gak kat situ. Tepi jalan je park. Kebanyakan family la, bawak anak tengok aeroplane. Mak pak yang tgk pun jakun tau. Betul-betul atas kepala. Seronok tengok. Pas satu, satu landing / take off.

Tak sabar nak naik aeroplane lagi. Adam pun tak pernah naik lagi..hehe…insya'Allah ada rezeki nanti~

Pagi-pagi dah exercise~


Assalamualaikum~

Husband kena pergi kerja luar sampai hari esok. Malam tadi dia dah gerak dengan bos dia ke utara. Malam tadi sebelum dia keluar saje cek hp dia. 

'Takut abang kahwin kat Thailand ke? '

Gurau camtu lak dia. Saya tak terfikir pun. Yelah kan, utara tu kan dekat dah dengan Thailand. Daripada tak fikir apa, jadi terfikir lak. Takpelah, saya caya dia. Huhu~~

Selalunya pagi-pagi nak pergi kerja husband memang tolong angkutkan Adam ke kereta. Maklumlah rumah bertingkat-tingkat. Dengan beg susu, beg Adam & beg pack letak pamnya. Memang banyak gak lah nak kena berangkut tu kan..

Jadinya, husband takde untuk tolong pagi ni, terpaksalah saya angkut semua. Adam tengah tidur, kena berdukunglah jugak. Pagi-pagi dah berpeluh-peluh dibuatnya. Susah takde husband untuk tolong...huhu~

Dulu masa PJJ, memang selalu angkut semua sendiri je. Lagi susah dulu sebab Adam baby lagi, badan memang kena dukung betul kan. Pastu masa tu sewa kondo, parking kat luar sebab parking dalam kakak dah amik. Masa tu menyewa dengan kakak. Kakak kerja malam, bahaya pulak nak suruh dia parking luar. Memang gigihlah masa tu angkut baby dengan barang-barang. Kalau hujan lagi stress. Kadang-kadang balik nangis gak, call husband suruh duduk dekat. T_T

Adam nak dekat setahun dia berhenti kerja Johor (sebab tak nak sambung kontrak) untuk duduk dekat ngan anak bini dia. Susah gak nak cari kerja, tapi takpelah slow-slow kan. Insya'Allah ada rezeki. Sekarang dah dapat kerja, tapi masih mencari kerja yang lebih stabil dan OK. 

Bila dah duduk dekat dengan husband, semua nak harap kat dia. Mestilah kan :p Masa mula-mula kahwin, mengandung ngan jaga Adam masa baby semua saya buat sorang kebanyakan masanya. Pergi cek up sorang, dahlah anak first. Huhu~

Walaupun mungkin gaji tak sebanyak masa dia kerja Johor, at least dapat duduk dekat ni kira ok lah kan? Rezeki insya'Allah boleh cari. Kalau dia duk Johor susah nak jumpa sebab Johor kerja Ahad-Isnin, saya lak Isnin- Jumaat. Nampak tak kesusahan kat situ? 

Syukurlah dengan apa yang ada sekarang ni kan. Semua ada hikmahnya~ :)


[QUIZ] Are You A City OR Kampung Kid?


Tuesday, February 23, 2016

Kes terbaru taska: Baby 17 bulan melecur.


Assalamualaikum~




Baru-baru ni ada satu kes terkena air panas viral di FB. Ada video doktor sedang mencuci luka melecur tu, tapi saya tak sanggup nak tengok. Melaung-laung baby 17 bulan panggil mama dia. Serius kalau jadi macam ni kat budak, kita yang ada anak ni akan rasa cam sedih sangat. Macam anak kita je kita tengok. Betul tak?

Mungkin pihak taska tak sengaja, tapi tolonglah bertanggungjawab. Kalau perlu hantarlah ke hospital dengan segera. Bagi saya pihak taska perlu ada emergency response training untuk menghadapi benda macam ni. Kalau kena air panas kenalah alirkan air beterusan dan tekapkan dengan kain basah. Kesian sangat kat budak tu...lebih kurang baya Adam je tu. 

Yang saya tak suka, komen-komen yang takde rasa empati di ruangan komen tu. 

'Siapa suruh hantar taska?'

'Macam ayam suruh harimau jaga anak.'

'Lain kali salah sorang jadi suri rumah, senang.'

Mulut tu kalau nak bercakap memang senang sangat Sebab tu orang kata lidah tu setajam pedang. Cakap sikit rasa pedih hirisan tu.

Saya terasa sebab saya ibu yang berkerja. Kalau ikutkan hati saya nak je jadi suri rumah. Tapi husband pun tak stabil, takkan nak harap kat dia sorang. Ekonomi sekarang pun tak berapa baik. Kalau husband gaji besar, takde lah terkilan sangat nak duk rumah je. 

Satu lagi, saya tak suka mengharap ke suami sahaja. Kalau apa-apa jadi kat suami macam mana? Nak harap ihsan orang? Ada cara lain, tapi buat masa ni bekerja adalah penyelesaian terbaik dengan banyak benda yang perlu dibayar sekarang ni. 

Saya hantar pada pengasuh. Memang selalu gak rasa sayu je nak tinggalkan anak, tapi itu adalah perlu untuk pastikan at least anak dapat hidup selesa. Sebab tu, saya akan elakkan OT, atau kerja weeekend kalau takde keperluan. Cuti tanpa gaji pun banyak dah amik semata-mata untuk anak dan family. Biarlah bos nak cakap apa, tapi memang bagi saya family first.

Saya tak faham dengan kecaman orang yang cakap macam-macam pada orang yang hantar anak ke taska. Mungkin ada ibu bapa yang suka ambil kesempatan berseronok hantar anak taska. 

Isu ni saya rasa sampai kesudah takkan habis bincang. Nanti ada je fatwa macam-macam yang keluar. Yang penting kita sebagai ibu bapa cuba yang terbaik untuk anak kan~ :)





Ini Terjadi Bila Chacha Maembong ‘Rushing’ Pergi Kerja & Kena Beli Breakfast.. Kelam Kabut Habis


Monday, February 22, 2016

Coretan panjang Feb 2016~


Assalamualaikum~

Lama rasa tak buat coretan panjang-panjang. Teringin gak sebenarnya nak mengarang karangan panjang-panjang. Rindu. Sekarang ni sekejap je masa dah berlalu. Tahun ni tahun yang agak busy bagi saya. Dapat satu task tambahan yang permanent kalau nak compare dengan tahun lepas. Tapi takpe, saya minat. Cumanya akan sibuk sikitlah sekarang ni. 

Nak cerita pasal apa pun tak pasti. Blog ni masuk tahun ni dah 4 tahun dah. Lama gak kan? Hehe. Sejak dari belum kahwin, dah tunang dan dah ada sorang anak dah sekarang ni. Tak payah baca baliklah. Malu je. :p

Syukur dapat Adam. Sorang anak yang cerdik. Baru ada sorang, harap ada rezeki untuk tambah lagilah akan datang. Adam sekarang memang faham apa yang kita cakap, cuma kadang-kadang dia tak tahu apa benda tu. 

Adam rajin. Minta tolong suruh amikkan barang, dia tolong. Suruh kemas balik mainan dia pun dia boleh buat. Ikut mood gak T_T. Kalau dia tumpahkan nasi ke air, dia akan tunjuk suruh kita lap. Pandai amikkan kain lap kat dapur. 

Selalu gak kena marah Adam ni. Kadang-kadang kesian gak tengok dia kena marah dengan ayah dia. Sebabnya suara laki kan kasar sikit. Bila kenamarah tengok muka dia monyok je. Faham dia tengah kena marah. Tapi jarang nangis kalau kena marah. Tak sampai hati. Tapi nak dia belajar, faham apa yang boleh dengan tak boleh.

Sekarang dia dah setahun tujuh bulan. Fully BF. Tapi minum je milo kalau bagi. Tak tahu camne nak wean off nanti. Takde planning pun nak wean off lagi. Selagi nak amik je la nak~~

Walaupun fully BF, Adam kerap gak sakit. Sekarang ni dia tengah selsema batuk. Tengok kat FB , orang kata sebab fenomena full moon? Tak tahu la plak. Kena research lagi kot pasal ni. Dah 2 minggu adam selsema batuk. Saya pun dah berjangkit ni. Tak bagi lagi Adam makan ubat doktor, bagi dia minum air lemon madu, mandi lemon. Tapi setakat ni tak baik lagi lah..

Penutup untuk coretan panjang ni?

Takde penutup..hehe..nanti saya try google pasal full moon tu la & update ye. Kalau sempatlah..huhu~

Homemade aiskrim~

Assalamualaikum~

Weekend baru ni mood untuk buat aiskrim datang. Sejak kebelakangan ni suka sangat makan aiskrim. Takkan asyik nak beli je kan..huhu~~

Jadinya, jumaat hari tu pergilah cari ovalet kat kedai bakery. Nasib baik Adam ok, tak meragam sangat.

Bahan-bahan:
Ovalet
1 tin susu cair
Susu pekat
1 biji telur

Simple je kan bahan-bahan dia? Saya buat perisa coklat cip, so ada tambahan coklat rice la sebelum masuk dalam frezer tu.

Rasa dia pun lebih kurang je macam aiskrim biasa kita beli tu.


Yang lecehnya nak kena kacau lebih kurang setengah jam. Nasib ada mixer..huhu~

Pasni nak buat perisa lain pulak~

Jimat buat sendiri~

Wednesday, February 17, 2016

Tips berurusan dengan bukan mahram~

Assalamualaikum~

Lupakan masalah yang membebankan kepala. Jom bermuhasabah jap:






Untuk peringatan kita semua. No. 2 tu memang husband pun pernah tegur dulu. Sama-sama ingat-mengingati~

No. 1 tu selalu kena ingat. Suara kalau jenis halus susah gak kan...huhu~

Isu semasa: Apa nak jadilah~

Assalamualaikum~

Sekarang ni bukak tenet, macam-macam isu. Kalau fikir boleh pening kepala. Masalah kita nak kena fikir, ni menteri-menteri tambahkan lagi masalah. Cukup-cukuplah dengan bebanan yang dia dah bagi kat kita ni. Tak puas lagi ke membebankan kita T_T

Baru-baru ni isu amran fans dengan anak TPM. Pastu isu kebanjiran bangla. Pastu pagi tadi baca kekurang ajaran bangla. Sakit hati pulak baca.



Baca dari Genji buskers, katanya semalam masa nak buat busking ada bangla tetiba datang peluk isteri dia dari belakang. Dekat tempat ramai orang. Berani betul. Memang patutlah kena sedebik dengan si suami tu. Tak agak-agaklah. Ni tambah lagi 1.5 juta. Macam mana agaknya kawalan untuk diorang ni..

Orang Malaysia malas?

Orang ni ada pelbagai ragam. Ada yang malas, ada yang rajin. Mana statistik yang mengatakan orang Malaysia malas?

Tak nak buat kerja 3DD?

Bomba, polis, askar, jpa semua tu pun kerja bahaya dan susah jugak. Kalau tengok balik komen-komen orang yang mencari kerja ni, permohonan selalu ditolak sebab kelulusan tak sama dengan kelayakan kerja. Kalau ada degree susah nak dapat kerja taraf spm / diploma. Wallahualam.

Malas nak ulas isu ni. Tapi 2,3 hari ni asyik baca pasal tu je. Rasa cam nak luahkan rasa hati ni..huhu~

Saya hanyalah pemakan gaji yang tak pernah melakukan kerja 3DD tu~
Tak berani nak cakap lebih.
Pagi tadi pergi kerja tengok bas kat sebelah, semua warga asing dalam tu. Bila ada perempuan lalu, mata bangla tu tajam memerhati.

Takut! Geram, sakit hati!

Kenapa pergi mana-mana semuanya bangla?????

Sedih...

Tuesday, February 16, 2016

Fogging~


Assalamualaikum~


Masa weekend baru ni, hari Ahad tengah duduk lepak depan tv tetiba dengar ada orang buat announcement. Tapi langsung tak jelas langsung apa yang dikatakanya. Saya pun jenguklah ke bawah. Nampak ada orang dalam 4WD bawak turun alat macam untuk buat fogging.

Baguslah ada fogging ni. Sejak duduk kat rumah dari tahun lepas tak pernah pulak nampak orang datang buat fogging. Tengok wassap group, rupanya dah ada kes denggi kat tingkat 4. Tingkat 4 ok?? Hebat nyamuk tu terbang. Nyamuk sekarang ni tak boleh buat main dah. Dengan macam-macam virus baru yang dibawanya lagi, macam Virus Zika tu. Takut ooo~

Memang habis semua kawasan disembur. Lorong-lorong depan rumah tingkat bawah sekali. Memang masuklah dalam rumah gak walaupun saya duk tingkat tinggi. Nasib baik takde masak makanan masa tu. Selamatlah sikit.

Image result for fogging
google~


Ok lagilah daripada bau ni >> Macam mana anda boleh tahan dengan bau ini??? << Rasanya point-point tu sesuai untuk lelaki yang masih single saja kot. Sebab kalau dah kawin confirm isteri dia akan make sure bau tu semua takde. huhu~~

Sunday, February 14, 2016

Voucher zalora~~

Assalamualaikum~

Minggu lepas dapat offer daripada zalora untuk publish article. Bila dah publish & pihak dari zalora tu dah berpuas hati, dapatlah voucher RM100. Alhamdulillah..

Khamis petang hari tu belilah barang guna voucher zalora tu. Pukul 4 lebih petang gak baru oder. Tak expect boleh dapat minggu yang sama.

Tapi, jumaat tu sebelum pukul 1.00 ptg dah sampai. Memang terbaiklah delivery dia. Cepat dan pantas.



Ni kali ke 2 dapat offer dari zalora dalam 2 tahun ni. Yang pertama saya beli baju muslimah 2 pasang.

Kali ni kasi can kat husband plak la. Tapi nanti nak claim balik :p



Overall perkhidmatan zalora setakat ni memang terbaik la. Recommended.

Friday, February 12, 2016

Keutamaan~


Assalamualaikum~

Selamat berhari Jumaat kawan-kawan semua. Esok Sabtu, masa untuk family tersayang. Pagi tadi hantar Adam, meraung-raung dia kat rumah pengasuh. Pelik. Adam sangat jarang mengamuk macam tu. Mungkin sebab sekarang tengah tak sihat sangat kot. Sayu je tengok dia meraung-raung tak nak kena tinggal T_T. Tapi nak buat camne...

Semalam pun ada hal kat tempat kerja, pukul 6 baru boleh gerak balik. Kesian kat Adam. Pengasuh bagitau Adam mengamuk sebab tinggal dia sorang je tak balik lagi. T_T

Kesiannya anak ibu ni.

Dilema jugak jadi wanita bekerja ni sebenarnya. Tapi saya selalu set dalam otak mana yang lebih utama:
1. Keluarga
2. Kesihatan
3. Kerja

Nampak tak kerja kat tempat terakhir..huhu..ni kalau bos tengok mesti dia fikir apa lah kan. Semalam dah lah balik lambat, pukul 7 lebih bos duk call lagi. Saya masa tu tengah busy lah nak uruskan anak dan rumah. Mandikan Adam, masak, kemas rumah sikit-sikit. Ingat kita duk rumah relaks2 ke..huhu~

Memang tak layanlah call tu. Mandi solat. Maghrib kot. Wassap pun dekat pukul 9 baru saya baca. Kalau baca awal saya gak yang stress...huhu..kalau bos nak marah pun, marahlah. Malas nak layan. Dahla weekend hari tu pun Sabtu pagi-pagi dah bising-bising. Kesian kat husband dengan Adam tengok ibu dia kejap-kejap call orang tu, kejap-kejap call orang ni. Sebabnya janji lain, buat lain. Janji nak datang pukul 10 pagi, ni pukul 9 dah call bos. Bos tak tahu pape, marah sebab takde orang stand by. Stress gak kadang-kadang..huhu~

Pagi-pagi tengah drive pergi kerja, bos call lagi. Kena bebel. Saya layankan aje lah. Nak buat camne. Takkan nak suruh orang tu kerja 24 hours kan. Tebalkan telinga je lah~

Nak berhenti kerja susah dengan ekonomi sekarang ni tak menentu. Saya pun minat jugak kerja ni sebenarnya. Masa kerja pun 8.00am-5.00pm kat sini. Weekend boleh cuti kalau takde hal. Ok lah kot tu..

Banyak pulak membebel hari ni. Lama sangat tak buat entri macam ni..huhu..sekali-sekala je. Harap dimaafkan dan tolonglah bagi kata semangat sikit ye. Moga diberikan kesabaran dan dimurahkan rezeki selalu. Amin~~~

Entri takde gambar, data dah habis. Tenet slow sangat..huhu~ :p

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz


Assalamualaikum~

Hari Jumaat yang baraqah ni, saya nak join GA. Ada rezeki adalah kan~
Takde cuba lagi :)

Nampak sedap je hadiah dia..hehe~



GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

Thursday, February 11, 2016

GC Tea : Minuman Kesihatan~


Assalamualaikum~



Apa itu Glucos Cut Tea? (GC Tea)

GLUCOS CUT TEA (GC TEA) atau Teh Sekat Gula adalah mengandungi 100% bahan herba semula jadi. Mengadaptasikan konsep "Herbal Tea Formula", dengan menawarkan pendekatan yang komprehensif untuk menyekat lemak dan penyerapan gula berlebihan serta menguatkan sistem penghadaman perut. Kaedah ini akan membantu untuk menghentikan kesan dahaga akibat kepanasan, melegakan keletihan serta membantu menstabilkan glukosa darah. 

Glukos Cut sesuai untuk mereka yang mengambil berat tentang gula darah, masalah kegemukan dan bagi mereka yang kurang bersenam.

Merupakan penawar terbaik untuk mengatasi masalah kencing manis atau diabetis serta mengatasi dan mengawal masalah obesiti.


Picture
pinjam google~


Picture


Hanya dua ubat pencair darah ni sahaja tidak boleh diambil jika minum GC Tea:
1. Warfarin
2. Coumadin

Untuk yang mengambil ubat cair darah seperti Plavix, aspirin atau cardiprin tiada masalah untuk amalkan GC Tea.

Harga Retails:
GC Tea - RM150 (SM)/ RM160 (SS) untuk sekotak (60 sachet).
60 sachet boleh tahan sehingga 2 bulan. Tapi jika re-use uncang max 3 kali boleh tahan lagi lama.
Berbaloi-baloi kan? Tak sampai seratus untuk sebulan~

Kalau nak cuba dulu pun ada trial pack.
RM30 untuk 10 uncang!


Untuk beli boleh contact:

**Contact saya pun bolehh~ :D



Wednesday, February 10, 2016

Port Dickson di malam cuti~

Assalamualaikum~

Cuti CNY baru ni kitorang tak kemana sangat pun. Nak balik tganu out of budget, dengan jem teruk lagi..huhu..takpelah next month jumpa gak family tganu~

Baru ni balik melaka. Kesian mak, susah sangat kitorang dapat balik melaka. Padahal melaka tu dekat dah. Jem je la T_T

Balik rumah balik isnin malam sebab selasa banyak benda nak setel kat rumah tu~

On the way balik singgah PD makan stimboat..tengah-tengah malam. Memang buang tabiat sungguh. Nasib malam cuti. Kedai semua bukak lagi. Orang pun ramai sangat.



Dapat makan dengan tenang sebab Adam tidur nyenyak sangat. Tak bangun-bangun..huhu..syok gak makan kat pantai duk atas tikar. Teringat masa Adam belum kuar dulu. Pernah gak datang sini duk semalam dekat seri Malaysia. Best~~

Kanak-kanak dan escalator~

Assalamualaikum~

Semalam baca online metro nampak berita pasal kanak-kanak 4 tahun putus sebahagian kaki sebab tersepit escalator.

Seriau baca. Budak sekecik 4 tahun dah jadi OKU. Kesian sangat. Risau pun ada sebab boleh jadi pada sesiapa aje.



Kalau anak sorang dua OK lagilah boleh dukung. Kalau anak ramai macam mana? Adam pun kasut jenis rubber. Serious takut! Kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik pun boleh jadi gak kan. Harap jangan kecam ibu bapa tu. Siapa tak sayang anak oii.



Macam-macam kes dah jadi berkaitan escalator ni.



Please take extra care.

Friday, February 5, 2016

Tawaran Mastercard Promo Setiap Hari Khamis


Assalamualaikum~




Siapa yang tak suka dengan promosi hebat kan? Lebih-lebih lagi kalau tawaran hebat tersebut turut memberikan kita pulangan yang hebat. Misalnya ZALORA Mastercard Promo Thursday yang memberikan kita semua 7% potongan untuk kesemua barangan jika kita membuat pembelian secara online di laman web popular ZALORA Malaysia.
Bagi sesiapa yang biasa membuat pembelian secara online di ZALORA, pastinya korang sering menikmati promosi mingguan yang sering diberikan oleh ZALORA kepada para pelanggan setia dengan potongan sehingga 20% atas jenama-jenama tertentu. Oleh itu, dengan penggunaan mastercard pada hari Khamis, kita semua  boleh menikmati promosi tambahan sebanyak 7%! Menarik kan?


Dan berbeza dengan poromosi yang lain, penggunaan mastercard ini juga membolehkan kita mengumpul mata ganjaran yang boleh dituntut kemudian bagi setiap pembelian kita.
Di ZALORA, kita berpeluang menemui pelbagai barangan fesyen yang merangkumi koleksi pakaian, kasut, beg tangan, barangan kecantikan dan banyak lagi baik untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. ZALORA turut membariskan ribuan jenama fesyen terkemuka tempatan mahupun antarabangsa!
Temui jenama-jenama hebat seperti Coach, Timberland, Ray Ban, Mango, River Island dan banyak lagi hari ini juga dan kita semua turut berpeluang menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah atas pembelian tertentu.
Selain itu, kita juga boleh melakukan pulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian serta membayar barangan dengan kaedah bayar waktu terima untuk kawasan-kawasan tertentu.


Menarikkan??
Jom ke zalora sekarang! J

Thursday, February 4, 2016

Pam kesayangan tercabut~

Assalamualaikum~

Hari ni keluarkan pam dari beg, tetiba bahagian atas dia tercabut! Terkejut tengok, nasib boleh function lagi. Dahla suction volume pun dah tak boleh nak adjust. Adam suka buat main T_T

Pam ni dah jadi peneman setia sejak Adam lahir lagi. Adam pun dah setahun setengah dah. Sejak dari pantang pam ni dah berkhidmat.

Adoi...sikit lagi perjalanan nak 2 tahun ni. Tolonglah bertahan pam kesayanganku! Huhu..setengah tahun je lagi~~~



Saya punya brand unimom forte. Manual cakap untuk heavy duty ni. Tapi tak tahan pun. Mungkin sebab saya guna ganas sangat kot.

Bertabahlah pam. Tolong bertahan lagi sikit. Nampaknya untuk future plan kena masukkan bajet untuk pam barulah nampaknya T_T

Member guna rumble tuff elok je sampai anak no. 2 dia. Empat tahun dah. Nape saya ganas sangat? Menyesal pun tak guna sekarang. Bertahan bertahan!

Kapal terbang & Adam~


Assalamualaikum~

Setiap hari balik kerja saya mesti nak balik on time. Sebabnya tugas ambil Adam dari rumah babysitter adalah tugas saya. Pengasuh ni dah pesan awal-awal kena ambil sebelum pukul 6. Saya pun kalau boleh nak balik awal. Nak luangkan lebih masa dengan Adam. Kesian dia malam baru dapat melepek dengan ibu ayah dia. Dengan ayah dia lagilah kurang. Asyik balik lewat saja kerjanya..huhu~ T_T

Image result for kapal terbang di udara


Setiap hari dalam perjalanan balik mesti akan nampak kapal terbang. Setiap masa rasanya. 2,3 minit sekali. Selalu tunjuk kat Adam, cakap Aeroplane. Adam susah nak cakap. Dah setahun setengah pun beberapa patah je. Banyak dia Aaaaaaa, aaaa je kalau nak cakap pape. Nak. ayah, air, tak nak pun dia cakap nak..huhu~

Sekarang ni kalau nampak burung atau kapal terbang dia akan tunjuk. Adam suka tengok. Comel sangat..kadang-kadang rasa sedih. Cepatnye dia besar...huhu~

Semalam dia pakai jam tangan anak pengasuh. Pengasuh cakap kononnya macam macho sangatlah pakai jam tu. Haha..kelakar pulak dengar. Lagi kelakar bila boleh bayangkan aksi bajet macho dia. Siap nak bawak balik jam tu semalam. Bila suruh pulangkan baru dia bagi balik..hehe. Bagus Adam dengar cakap~

Nanti weekend ni kita pergi beli jam untuk Adam ye~~~ :)



Air Liur Basi, Sweaty Socks And 9 Other Odours You've Been Living With For Far Too Long

Wednesday, February 3, 2016

Kenapa??? ~~

Assalamualaikum~



Kalau minyak naik, harga barang laju je naik. Nape kalau minyak turun senyap je ye? Musykil gak. Ada sesiapa tahu?

Tuesday, February 2, 2016

Bestla orang wilayah~~


Assalamualaikum~

pinjam google~

Semalam hari wilayah. Jadinya orang yang kerja Putrajaya dan KL seronoklah semalam. Saya? Saya kerjalah sebab bukan orang wilayah...huhu~

Seronok sangat pergi balik kerja semalam. Jalan clear! Suka sangat..hehe. Daripada pemerhatian semalam, kesimpulan yang dapat dibuat adalah tempat saya ni banyak yang kerja di sana lah. Dioranglah punca jem teruk selama ni. Huhu. Dahla pekan saya duduk ni banyak trafik light dan sekolah. Walaupun bukan cuti sekolah, wilayah je yang cuti tapi jalan lenggang sesangat.

Hari ni bangun pagi pergi kerja jalan jem dah T_T

Dahla sejak 2016 ni jem dia teruk dari tahun lepas. Redha je la kan~


Note: Sekarang dah ada cafe yang kids friendly lah..huhu..bestnye..nak kena try ni. Jom try tempat ni..tapi banyak area KL la :( ~

Senarai cafe klik gambar~


Monday, February 1, 2016

Sungat Tekala~


Assalamualaikum~

Nak cerita aktiviti dua minggu lepas. Asyik tertangguh je, sibuk sikit sekarang ni. Apa-apa hal kerja harus diutamakan..hehe~

Last week, lepas singgah melawat nenek di Seremban, husband buat suprise bawak kitorang pergi ke Sungai Tekala. Mula-mula tertanya-tanya gak dia nak bawak pergi mana. Exit tol Nilai, masuk Lekas pastu exit balik ke Semenyih. 

Saya memang tak pernah ke Semenyih. Husband selalu gak sebab panjat Broga & main bola area sana.Jauh kot dengan rumah.Membazir minyak je semata-mata main bola pergi jauh sana..huhu~

Masa tu kitorang sampai dekat-dekat pukul 6 petang jugak. Ramai orang sebab esoknya tu cuti Thaipusam. Nasib baik masa sampai tepat-tepat ada orang keluar parking. Alhamdulillah~

Tapi masa sampai tu Adam tidur pulak. Kitorang beli kuih dengan air & masuk je lah. Tengok dia bangun ke tak. Masuk kat sana kena bayar:

Dewasa; RM1
Kanak-kanak: RM0.50

Tapi Adam husband saya tak bayar pun. Orang tu pun tak tahan. Kira baby kot? huhu~

Nampak ada bangku kosong tepi sungai. Terus duduk. Masa tu ramai nak balik dah. Bolehlah dapat kerusi. Duduk makan kuih tengok sungai. Tapi kitorang duk area bawah tu je. Husband saya tak nak pergi atas sebab dia kata bahaya sikit nak panjat-panjat. Tak tahulah saya~


Lama gak Adam tidur. Bangun-bangun dia terus tengok sekeliling. Pelik katne. Nampak pelampung dia tunjuk-tunjuk. Ingat pelampung dia la tuuu~

Husband pun bawaklah dia main air sungai. Mula-mula macam geli nak pijak sebab rasa pasir kot kat kaki. Saya tak masuk. Tengok dari tepi je. Baju semua tak bawak pun. Setakat main kat area air cetek bagi Adam main. Betul-betul macam budak bandar Adam ni..huhu~

Gambar tak dapat nak letak sebab dia melekat dengan ayah dia je..huhu..gambar sorang takde la pulak. Tengok gambar sungai je la ye~



Next time bolehlah kot datang mandi. Datang pagi ok kot. Orang tak ramai lagi. Tapi leceh gak la kalau nak tukar baju. Ada je bilik persalinan tapi....(alasan orang bandar~ :p)



16 Things You Didn't Know You Could Whip Up With A Mug In A Microwave


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA