Friday, December 16, 2016

Banana Milk!


Assalamualaikum~

Selama ni asyik baca blog orang pasal travel ke Korea dan minum banana milk yang kengkononnya sedap tu. Nak jugak rasa kan. Sedap sangat ke banana milk tu...

Kebetulan minggu lepas kakak dengan mak pergi bercuti ke Korea. Apa lagi, kirimlah satu, nak buat rasa. Nak pergi Korea entah bila baru dapat..huhu :p

Kelmarin kakak bagilah 2 botol. Besar gak lah. Rasa dia ok lah. Agak manis. Botol pertama minum macam muak sebab manis sangat. Esoknya minum botol ke-2, tengah panas petang masa tu. Sedap pulak rasa. Minum masa cuaca panas~

Overall, wishlist untuk rasa banana milk dah tercapai! Lain kali kalau pergi kena borong face mask ni. Murah sangat kat sana..hee~





Friday, December 9, 2016

Bee Venom Trial Set dari Secretleaf!


Assalamualaikum~

Saya pernah citer pasal produk Secretleaf kan? Produk formulasi natural diasaskan oleh bumiputra Melayu. 100% halal dan tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan produk ni :)

Sekarang ada dikeluarlan trial set dari range bee venom tau! RM89 je. Kalau beli satu-satu memang garu kepala lah nak cari duit kat mana. Satu lagi, muka pun tak tahu serasi ke tak dengan bee venom ni. Karang dah beli mahal tak boleh pakai pulak, dah membazir kat situ kan?


Apa yang ada?
1. Bee venom beauty bar 15g
2. Bee venom moisturiser
3. Bee venom CC cream light 2 x 1.5ml
4. Bee venom CC cream natural 2 x 1.5ml
5. Bee venom CC cream tan 2 x 1.5ml
6. Bee venom sleep mask 10g
7. PERCUMA Bee venom eye serum 3g

Banyak kan boleh dapat dalan trial pek ni? CC cream boleh cuba ketiga-tiga warna kalau susah sangat nak buat keputusan..hehe :)

Antara kelebihan bee venom @ sengat lebah:
✔ Jerawat walaupun jerawat yang serius
✔ Bintik-bintik Hitam
✔ Jeragat
✔ Kulit Kasar
✔ Kulit Kusam
✔ MENCERAHKAN KULIT
Berminat boleh usha FB AZRM Enterprise. Sorry, tak boleh nak bagi direct link sebab sini FB kena block..huuhu.

Sampai hujung tahun ni, sesiapa nak beli sebutlah nama blog ni ye. Insya'Allah ada sesuatu yang free akan diberi ~

Monday, December 5, 2016

Bleeding semasa first trimester.


Assalamualaikum~

Terpanggil untuk buat entri ni. Sebabnya saya rasa ramai sangat yang tak tahu kenapa dan apa nak buat kalau benda ni jadi kan? Walaupun anak first takde problem, ada je kemungkinan untuk yang seterusnya terjadi. Ada doktor pernah cakap pada saya yang ini sangat normal. Bleeding semasa trimester pertama.

Kalau sesiapa yang pernah baca entri sebelum ni, bulan 7 hari tu saya baru D&C. Sebab bleeding. Bila tanya doktor kebanyakan tak boleh nak cakap sebab apa. Banyak sangat kemungkinan. Saya pulak skop kerja memang agak lasak. Mungkin tu juga adalah salah satu sebab bleeding.

Okay. Kat sini saya nak share experience. Seeloknya kalau bleeding, teruslah pergi ke hospital atau klinik berdekatan. Kemungkinan takde apa, tapi better be safe than sorry. Macam kes saya, saya rasa kes saya seperti lightly treat. Pergi KK, cakap bleeding, muka sedih gila kot masa bagitau tu. Nurse relaks je. Saya dengan husband punyalah risau sangat. Jumpa doktor dan scan heartbeat masih ada. Masa tu happy la balik. Tapi bleeding still continously keluar. Esoknya saya terus pergi ke hospital, sebab dinasihatkan macam tu kalau masih ada bleeding.

Di wad EPAC, pun doktor oklah. Mungkin sebab dia dah jumpa banyak sangat kes ni, so bagi dia normal. Saya cuma kesal satu je, doktor lambat bagi ubat kuatkan rahim, duphaston. Saya pulak masa tu memang tak tahu kan. Jadi , ikut je lah apa yang doktor tu suruh. Kerap ulang-alik wad EPAC, scan asyik tak nampak walaupun scan dari bawah sebab mesin lama.

Last-last saya pergi swasta. scan perut terus nampak. Ada 2 kantung. T_T 
Selama ni tak tahu pun kembar bila scan banyak kali di KK dan EPAC. Masa scan kat swasta  tu dua-dua dah takde heartbeat. Sedih bila jadi macam ni. Mungkin sebab banyak tak tahu.

So, pesanan saya kalau bleeding doktor sepatutnya advise duphaston. Sebab kemungkinan rahim tak kuat. Kuatkan semangat. Kalau bleeding dan baby memang dah takde pun, jangan terlalu stress. Anggap saja dah takde rezeki. Mungkin baby tu sendiri tak transform dengan sempurna, mungkin akan ada problem sebab tu dia gugur. Fikir positif ye :)

Saya terpanggil untuk share sebab saya mengalami lagi sekali benda ni. Doakan yang terbaik untuk saya....

Tak sanggup nak masuk hospital untuk D&C lagi....

Tuesday, November 29, 2016

Replacement Leave~


Assalamualaikum~

Hari ini 29 November 2016 adalah hari cuti bagi ofis saya. Sebabnya cuti Maulidur Rasul dibawa ke depan T_T. Ada ke patut bagi cuti hari Selasa kan? Kalau Isnin atau Jumaat ok la jugak..huhu~
Tapi harini saya kerja lah sebab ada kerja nak monitor, tapi pagi tadi orang tu call cakap tak jadi pulak. Adoiii, dahlah datang semata-mata sebab kerja tu je. So, dah datang ni nak buat apa ye?

Jalan-jalan blog orang je la kot?

Sekarang dah gaji  kan? Kalau ada yang tengah mencari stoking & handsock Mesir, Produk Dianz dan produk kosmetik formulasi natural bolehlah ke FB: AZRM Enterprise ya?

Kalau sebut nama blog ni insyaAllah dapat diskaun lagi~ :)
Promosi ni tak pasti sampai bila, mungkin akhir tahun ni? hehe~

Suka ikut ibu dia T_T

Friday, November 18, 2016

Bertukar ke produk natural~


Assalamualaikum~

Jadi perempuan bukan senang. Macam-macam nak kena jaga. Betul tak?? Luaran kena jaga, dalaman pun haruslah dijaga jugak. Lagi-lagi untuk yang dah berkahwin tu. Yang belum berkahwin banyak tekankan luaran je kan? huhu~

Sekarang ni dah terlalu banyak lambakan produk kecantikan di Malaysia. Kadang-kadang kita  pun tak tahu repack ke, oem ke? Kesan chemical tu bukan boleh terus nampak tau. Ambil masa yang lama. Macam paraben tu, paraben affect hormon perempuan. Sangat bahaya sebenarnya. Tapi tahu tak yang paraben tu ada dalam banyak produk di pasaran sekarang ni? Tengok losyen kita tu methylparaben mesti ada kan??

Oleh kerana itu, sekarang ni ramai yang dah sedar pasal isu ni, dan start cari alternatif lain. Iaitu produk natural/ organik. Banyak dah kat pasaran produk macam ni. Salah satunya adalah jenama Secretleaf

Secretleaf dah ada sejak 2010 lagi. Pengasas adalah melayu Islam. Ada kilang sendiri untuk memproses produknya. Bahan-bahan ingredients kebanyakannya diimport dari luar negara untuk memastikan kualiti yang terbaik.

Antara produk Secretleaf

Keratan akhbar beberapa minggu lepas

So, semua dah faham kenapa kita dinasihatkan untuk tukar  ke produk natural? Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Untuk jangka masa panjang :)

Nak tengok lagi produk yang ada dan penerangan boleh KLIK SINI.

Nak terus order atau ada soalan lain?
FB: AZRM Enterprise
013-6514022 
Saya sendiri pakai dan jual..hehe :)
Saya sendiri akan guide sampai anda puas hati!




Friday, November 11, 2016

Dianz Vitamilk! Macam best je~


Assalamualaikum~

Selamat hari Jumaat! Esok cuti ! Hehe..best dapat spend masa dengan family :)

Tak tahu nak mula macam mana hari ni. Tapi korang semua tahu tak Dianz ada keluarkan produk baru? 

Dianz Vitamilk~

Apa beza Vitamilk dengan Dianz Vitamin?

Dianz Vitamilk ni dikhususkan untuk wanita yang dah berkahwin sahaja ya. Wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak. Wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat pun sangat digalakkan. Dinyatakan bahawa Vitamilk ini membantu memperbaiki rahim kita.

Macam menarik je kan? Maklum, bulan 7 haritu baru gugur. Mesti rahim tak kuat sangat kan? Rasa macam nak cuba je vitamilk ni.

Harga RM72 sekotak/ 30 sachet.
Dua kotak RM132.
Harga termasuk pos tau.

Saya ada jual ye.
Kalau berminat boleh PM/ Whatsapp 013-6514022.



Thursday, November 10, 2016

Tragedi Weekend.


Assalamualaikum~

Weekend baru ni, kakak ajak pergi teman tidur satu hotel di Putrajaya. Sebabnya dia ada dinner kat hotel tu. Malas nak rushing-rushing gerak dari rumah. Orang belanja kan? Saya ikutlah, lagi pun husband pun pergi hiking weekend tu. So, memang free la.

Hotel memang best, luas dan cantik. Ada pool, kids punya activity room pun ada. Memang baguslah. Breakfast pun menu sangat banyak dan sedap. Yang menjadi tragedinya, lepas biar Adam main kat kids room tu ada lalu gym. Tengok takde orang, gatal nak masuk cuba. Memang tak pernah pergi gym selama ni.

Saya menyesal sangat masuk gym tu. Tak boleh lupa sampai sekarang. Macam trauma pun ada T_T.
Jari Adam tersepit kat tempat machine yang untuk jalan tu. Saya tarik, tapi mungkin tak cukup cepat, Nasib baik sangat melecet je. Tapi kesian tengok Adam. Menyesal sangat-sangat!

Nasib baik saya pernah training first aider, cepat-cepat cuci luka melecet dengan letak antiseptik. Bagus hotel tu ada first aid kit kat situ. Alhamdulillah setakat melecet saja. Tapi memang saya trauma sangat. Pengajaran untuk saya, lain kali tak boleh lalai walaupun sesaat. T_T

Sampai sekarang rasa bersalah sangat. Lemah rasa semangat ni. Nasib baik Adam kuat. Big boy ibu. Harap Adam sentiasa dilindungi Allah SWT. Memang lepas ni takkan masuk gym lagilah dengan anak walaupun nak tengok-tengok aje. Jangan kecam saya T_T

Untuk semua ibu bapa yang baca ni, jagalah anak-anak dengan baik ye. Jangan terlepas pandang walau sesaat. Macam-macam boleh jadi dalam sesaat. Memang ni pengajaran yang takkan saya lupakan. 

Trauma rasa.

Ni baru anak sorang.

Ni baru semalam tidur luar/keluar dengan anak tanpa husband.

Lepas ni pergi mana-mana dengan husband je lah. Saya memang seorang yang clumsy, husband tak macam tu. Kira saling melengkapi lah..huhu~

Wednesday, November 2, 2016

Hadiah GA dah selamat pos!


Assalamualaikum~

Lama tak menulis di blog. Sebabnya saya segan..hehe..segan kenapa? Sebab lambat sangat nak pos kan hadiah GA bulan lepas. Jumaat baru ni baru pos. Tu pun nasib baik dapat pos sebab company cuti Deepavali. Pergi berdua ke dengan Adam..macam berperang dah rasa T_T

Dulu kepala pernah terhantuk kat almari dinding pos office tu, kena kat bucu. Adoi..takut tengok darah. Nasib baik tak dalam. Masa tu kakak ikut pun, boleh jadi macam tu. Ni kan pulak berdua je. Dengan nak isi borang on the spot lagi, sebab tak sempat ambil awal-awal. Nasib baik tak perlu tunggu lama, orang ramai dah cuti kot. Biasa kalau pergi beratus nombor kena tunggu..huhu~

Jom grab kombo set ni. RM148 sahaja!
Whatsapp 013-6514022 :)



Friday, October 7, 2016

Pemenang GA saya!


Assalamualaikum~

Ok, maaf sangat buat ramai peserta tertunggu-tunggu. 70 orang peserta! Wow! Terima kasih sangat-sangat atas sokongan..hehe :)


Pagi tadi whatsapp husband, suruh dia pick mana-mana 4 nombor. Yang tak terpilih jangan sedih, kalau yang menang ni tak lapor diri, anda masih berpeluang! Huhu~~~

Nombor yang terpilih adalah >>>>  1, 5, 17 dan 8 !

1. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway-30-sept-16.html
5. http://www.leaazleeya.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
17. http://stnrsyfh.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
8. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/09/anniversary-giveaway-august-2016.html

Pemenang diminta lapor diri paling lewat Jumaat depan (14 Okt 2016). Kalau tak saya akan pick orang lain..huhu,..bagi canlah jugak kan kat orang yang selalu lawat blog saya ni :)

Pemenang boleh email saya liyanaanuar87@gmail.com, nama, alamat, no telefon dan link blog untuk saya cek. :)

1 dan 5

 
17
8

Thursday, October 6, 2016

Bee-liv Bee Venom Beauty Bar memang best!


Assalamualaikum~

Sekarang ni masa selalu mencemburui saya. Susah sangat nak ada masa terluang. Kat rumah pulak ada si budak kecik yang selalu nak perhatian. Nak mandi pun berlumba sambil dengar budak tu menangis luar pintu..huhu T_T

Baru-baru ni saya tukar produk penjagaan muka. Tak tahu korang pernah dengar ke tak, Secretleaf. Saya decide untuk tukar sebab katanya pakai sabun ni saja dah cukup untuk membersih sekaligus melembapkan muka. So, memang elok sangatlah untuk ibu bekerja macam saya ni kan? (walaupun anak baru satu..huhu).


Masa nak potong sabun tu jadi kecik, ingatkan susah nak potong. Rupa-rupanya lembut je sabun ni, tak keras langsung. Dengan bentuk sabun yang sangat comel, sayang rasa nak potong lebah tu. :p

Saya memang ada masalah kulit muka kusam, sebabnya bidang kerja saya kena banyak berjemur tengah panas. Pastu dengan malasnya nak pakai macam-macam produk. Cubalah sabun ni. Sabun ni adalah produk natural tau. Bebas paraben, SLS, hidrokuinin dan merkuri! Bagus kan? Produk ni juga adalah keluaran bumiputra. Jom support produk orang kita :)



Saya adalah pengedar sah produk Secretleaf, dan memang puas hati dengan produk dia setakat ni. Sekarang dah tambah sunscreen sekali sebab rasa best pakai produk ni. Next nak pakai krim arbutin pulak! Bila dah try satu, rasa nak try semua produk ni. Best!

Untuk tengok apa lagi produk yang ada, KLIK SINI!

Tuesday, October 4, 2016

[TAMAT] August Anniversary Giveaway


Assalamualaikum~

GA saya telah pun tamat minggu lepas. Alhamdulillah penyertaan memberangsangkan. Terima kasih banyak-banyak untuk semua peserta. InsyaAllah bagi saya masa slow-slow untuk update lagi peserta dan pilih pemenang. Sekarang masa yang agak busy di ofis..huhu~

Nantikan update pemenang ye. Saya nak pilih secara rawak sahaja, mungkin nak suruh anak, suami dan saya yang pilih, buat macam cabutan bertuah. InsyaAllah orang-orang yang bertuahm nantikan ye :D

Berminat untuk mendapatkan produk kecantikan Secretleaf? KLIK SINI!


Friday, September 23, 2016

Giveaway Pertama dari Systcare


Assalamualaikum~

Harini nak join satu GA ni. Syarat simple je..:)

systcare-giveaway

Click above banner to join GA
GA end on 25/9/16





P/S: GA saya masih berlangsung ye. Klik SINI

Saturday, September 17, 2016

Business Online~


Assalamualaikum~

Saya dah cuba perlbagai bisnes online sejak beberapa tahun yang lepas. Semuanya tak menjadi. Banyak sebab kenapa tak menjadi sebenarnya. Sebabnya saya tak asingkan campurkan duit untuk bisnes dengan belanja harian. Dah nama pun bisnes part time kan. Duit yang masuk pun sikit je. So, selalu main guna je. Modal selalu burn. Teruk kan pengurusan bisnes saya? huhu~

Jadinya bermula sekarang, saya akan tetapkan diri saya untuk tidak mengusik duit bisnes! Itu azam untuk kali ini. Saya adalah agen dropship untuk Dianz Vitamin start lebih kurang tahun ni. Lama bisnes online terkubur. Saya nak hidupkan balik. Dropship tu adalah permulaan sebab tak perlukan modal.

Whatsapp kalau berminat :)


Dalam masa yang sama, baru-baru ni saya menjual stoking Sandy dari Mesir. Memang stoking yang berkualiti tinggi diimport dari Mesir. Saya ambil keputusan untuk menjual atas sokongan dari husband. Dia yang keluarkan modal. Saya uruskan jualan semua. Alhamdulillah first batch berjaya dijual, kebanyakannya dibeli oleh orang yang terdekat. Syukur sangat diorang support. Saya beli pun sebab saya sendiri pun nak guna stoking tu. Sebab asyik beli stoking kat pasaraya biasa, rasa getah dia terlalu ketat dan kadang-kadang asyik melurut ke buku lali T_T.

Saya akan ambil batch ke-2 memandangkan memang ada permintaan. Lagipun sendiri pun nak pakai jugak..hehe. Jadinya sesiapa yang berminat untuk membeli stoking Sandy boleh refer nombor di bawah:


Selain menjual stoking saya juga adalah pengedar sah untuk rangkaian produk Secretleaf. Produk Secretleaf adalah 100% dibuat oleh bahan natural, diformulasikan di Malaysia dan dikilangkan oleh kilang Secretleaf sendiri di Batu Caves. Semua produk telah didaftarkan dengan KKM. Search saja secretleaf atau bee-liv pasti keluar di carian di KKM. Antara produk yang popular adalah sabun bawah ni.



BEE VENOM BEAUTY BAR

DIINSPIRASIKAN DARI RAHSIA KECANTIKAN KELUARGA DIRAJA BRITAIN

Pernah terfikir kenapa ahli keluarga DiRaja Britain, Kate Middleton sentiasa kelihatan sempurna walaupun dengan solekan yang minimum?
Rahsianya adalah bee venom atau racun dari sengat lebah yang dijadikan rutin kecantikan mereka. Bahkan, Camelia Parker yang merupakan ahli keluarga Britain juga nampak jauh lebih muda berbanding usianya.
Memperkenalkan Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar atau sabun sengat lebah Secretleaf ini yang menggabungkan 6 bahan aktif untuk menjadikannya sabun terbaik yang anda pernah pakai di dalam penjagaan kecantikan anda.
Bee Venom Beauty Bar mengandungi bee venom, marine collagen, stem cell oren, aloe vera organik, Vitamin E and peptide untuk memberikan penjagaan anti penuaan yang sempurna. Rasakan perubahan kulit anda dengan wajah yang lebih lembut, nampak lebih muda dan kulit lebih lembap, cerah dan tanpa jerawat seawal 14 hari. Bee Venom bukan sahaja memberikan kesan seperti Botox yang menegangkan kulit, bahkan ianya juga mengandungi Melittin yang terbukti boleh mencerahkan kulit sama seperti hidrokuinon tetapi tanpa kesan toksid. Bee Venom juga mampu untuk mengawal dan menghilangkan jerawat di wajah anda.
Ditambah pula dengan Stem Sel Oren dari Sepanyol, serta kombinasinya dengan peptida (amino acid) yang merupakan finalis Bahan Terbaik 25 Tahun di Barcelona bulan lepas, menjadikan sabun ini adalah kemestian untuk anda.
Sabun untuk sangat sesuai untuk :
✔ Jerawat walaupun jerawat yang serius
✔ Bintik-bintik Hitam
✔ Jeragat
✔ Kulit Kasar
✔ Kulit Kusam
✔ MENCERAHKAN KULIT
SESUAI untuk SEMUA JENIS KULIT, JANTINA dan UMUR.
Jadi kalau ada sesiapa berminat boleh pergi ke page FB AZRM Enterprise atau PM/whatsapp nombor tertera itu ya. Bila-bila masa pun boleh. COD pun boleh kalau berdekatan. Sekarang ni banyak COD ke IOI Putrajaya. Tak tahu kenapa customer saya suka sangat pergi sana..huhu. Tak kisahlah kan. Rezeki jangan ditolak. Nak bisnes kenalah berkorban sikit. Doakan saya ye :)

Wednesday, September 14, 2016

Adam berubah..sebab tukar pengasuh ke?


Assalamualaikum~

Sejak hantar Adam ke pengasuh baru ni, hampir dua bulan jugak, Adam memang berubah sangat. Sebelum keluar rumah, masa tengah siap-siap nak ke tempat kerja. Dia melalak-lalak. Macam tahu kejap lagi nak kena tinggal. Sebelum ni, kat pengasuh lama takde pun teruk macam ni. 

Masa balik, amik dia pun tengok Adam senyap je. Kadang-kadang tengok dia duduk. Ada la sekali dua nampak dia main atau tengah makan. Senyap tu yang merisaukan saya. Adam adalah seorang yang sangat aktif. Bila dia jadi macam tu saya suami isteri jadi susah hati. Kadang-kadang balik, saya yang kena paksa dia cakap. Tanya buat apa semua. Ada satu masa bila dia nak buka mulut tu, bibir dia melekat atas bawah. Maksudnya dia memang tutup je mulut selama beberapa jam la kot sebelum saya amik dia.

Bila dah balik, kat rumah tu dia asyik mengamuk. Macam memberontak pun ada. Adam tak pandai cakap lagi. Saya memang tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Adam macam tak boleh nak ekspress perasaan dia sepanjang dia duduk kat rumah pengasuh tu. Dia asyik nak berkepit je dengan saya. Memang sejak dulu dia suka berkepit, tapi sekarang ni jadi makin teruk. 

Susah hati jadinya. Minggu depan mungkin nak cuba hantar kat rumah pengasuh lain. Pengasuh sekarang ramai anak kecik, setahun, 3 tahun, 5 tahun, 6 tahun. Adam ni pulak jenis yang memang nak orang layan dia, manjakan dia. Mungkin tempat sekarang ni tak serasi dengan dia. Kesiannya la Adam. Kalau duit dah banyak, tak perlu kerja memang saya dah berhenti kerja dah jaga dia.

Cuti baru ni, family mertua datang. Masa dalam kereta, saya pergi toilet. Dia nampak mainan kat luar, husband tak bagi main. Dia senyap je pandang mainan tu dari dalam kereta. Muka je tunjuk sedih. Bila pandang balik, tengok air mata meleleh. Adam nangis dalam diam! Dia tak pernah buat macam tu. Sedih bila mak mertua dengan husband cerita. Adam macam banyak pendam perasaan bila dengan orang lain sekarang. Mertua pun perasaan Adam lain. Maknanya memang betullah Adam tak serasi. Ingatkan perasaan kami suami isteri je.

Saya sangat suka pengasuh lama Adam yang dah jaga sejak Adam 2 bulan sampai 2 tahun (bulan 8 yang lepas). Adakah Adam macam ni sebab baru sebulan lebih kat pengasuh baru & tak biasa lagi? Atau dia jadi macam ni sebab tak serasi? Ada sesiapa yang ada pengalaman anak kecik 2 tahun bertukar pengasuh tak? Minta tolong bagi pendapat.


GA masih berlangsung. Klik banner!

Wednesday, September 7, 2016

Update Peserta : AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!


Assalamualaikum~

Alhamdulillah, tak sangka ada jugak sambutan untuk GA pertama saya ni. Terima kasih pada semua yang join. Saya akan senaraikan orang yang join. Minta inform kalau saya miss atau salah link. :)

Klik banner kalau nak join!
Due date: 31 Sept 2016.

1. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway-30-sept-16.html
2. http://msvelentine.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
3. http://mrsablogstori.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
4. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
5. http://www.leaazleeya.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
6. http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
7. http://the-fadedd.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html?m=1
8. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/09/anniversary-giveaway-august-2016.html
9. http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
10. http://eiydacalyx90.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
11. http://ilovebunga89.blogspot.my/2016/09/anniversary-giveaway-august-2016.html
12. http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
13. http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
14. http://dramaticyang.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
15. http://loveyoucontest.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
16. http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2016/09/anniversary-giveaway-august-2016.html
17. http://stnrsyfh.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
18. http://adna2029.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
19. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
20. http://www.jiakreatifelt.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
21. http://lobaksusue.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html?m=1
22. https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html?m=1
23. http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
24. http://sumysya.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
25. http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
26. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
27. http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
28. http://dorayakino.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
29. https://cikash.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
30. http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
31. http://anabiha.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
32. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
33. http://storymoryluahanku.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
34. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
35. http://hatinufid.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
36. http://jnjikita.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
37. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
38. http://www.izzatisuhaide.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
39. https://smoochiemallow.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
40. http://tentangyaya.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
41. http://www.kisahsidairy.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
42. http://www.masturadin.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
43. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
44. http://www.bondezaidalifah.com/2016/09/anniversary-giveaway-august-2016.html
45. http://akhalilah.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
46. http://www.anajingga.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
47. http://www.mohdnoorshawals.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
48. http://airitanaka.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
49. http://www.mariafirdz.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
50. http://min-mi.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway-3092016.html
51. http://nonasani.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
52. http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
53. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
54. https://kedaivitamindrain.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
55. http://misspurple17.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
56. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/09/anniversary-giveaway-august-2016.html
57. http://sabrinantsha.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
58. https://izyanyancinnamon.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
59. http://chasserdedroom.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
60. http://hikayathidupseorangaku.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
61. link blog: http://iamaniece-ayna.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
62. http://nam-comel.blogspot.my/2016/09/august-annieversary-giveaway.html
63. http://jombercontest.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
64. http://miamorzafirah.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
65. http://nusha1706.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
66. http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
67. http://akusukaketawa.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway_24.html
68. http://honeyoyeke.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
69. http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/august-anniversary-giveaway.html
70. http://awansamudera.blogspot.my/2016/09/august-anniversary-giveaway.html

Banyaknya yang join..terima kasih banyak-banyak support. Tak expect pun :D

Hadiah untuk GA ni masih belum finalise sepenuhnya. Masih mencari-cari lagi sebab macam ramai jugak yang join.
2 pemenang

1 pemenang

1 pemenang

Dan masih lagi mencari~




Tuesday, August 30, 2016

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!


Assalamualaikum~

Sebelum berakhirnya bulan ni, saya nak adakan Giveaway sempena bulan August yang penuh dengan tarikh-tarikh bersejarah pada saya:
1. Birthday husband
2. Birthday Adam
3. Anniversary wedding ke-3 


Syarat penyertaan:

1. Buat satu blog entri pasal giveaway ni.

2. Like FB AZRM Enterprise

Sponsor 100% dari AZRM Enterprise!

3. Tu saja!

Simple sangat kan syarat-syarat dia?
Dah buat, letak link entri blog dan nama FB dalam ruang komen ni ya :)

Hadiah-hadiah akan saya update di entri lain. Tapi bilangan hadiah depends pada bilangan penyertaan. Sekarang saya dah setkan 3 hadiah..hehe..kalau penyertaan ramai saya tambah. 

Tarikh tutup: 30 September 2016!

Jom meriahkan GA ni. Rasanya macam first time je buat GA ni...huhu~

Saturday, August 27, 2016

Biar nadiku terhenti demi ke syurga~

Assalamualaikum~

Selamat hari sabtu, moga hari ni lebih baik dari semalam :)

Tadi bukak YouTube , search faizal tahir sebab lagu-lagu dia memang best. Tapi sejak 2 menjak ni lagi best saya rasa. Banyak lirik yang buat kita insaf.

Sebelum ni lagu Assalamualaikum. Pagi tadi dengar lagu sejati. Daripada lirik tu saya faham yang lirik tu adalah pasal seorang insan yang nak mencari cinta sejati pada yang satu, Allah SWT.

Insaf dengar. Serius!

Biar mati ku mencuba untuk bahagia..
Biar nadiku terhenti demi ke syurga..

Saya tak ingat sangat lirik. Tapi lagu tu memang terkesan di hati. Lagi-lagi bila kita semua tahu dia satu family memang aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Ayah dia Dr Tahir pun salah satu orang besar dalam satu organisasi NGO ni. Tak sombong orangnya.

Moga kita semua diberi kekuatan dan petunjuk mencari cinta sejati tu. InsyaAllah~


P/s: Saya ada jual Sabun bee venom, berminat bagitau ye~

Thursday, August 18, 2016

3rd Anniversary~

Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik dah masuk 3 tahun usia perkahwinan saya dan husband. Panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Banyak gak yang ditempuh sebelum akhirnya nikah..huhu. Blog ni ada tertulis banyak kisah-kisah dari zaman sebelum tunang & kahwin. Tapi banyak jugak yang saya dah convert sebagai draft semula. Sebab bila baca balik, macam tak elok pulak. Biasalah karangan masa diri ni tak matang kan. Tak puas hatilah, tak suka lah. Macam-macam~

Kiranya blog ni pun sebenarnya dah 4 tahun kot tak silap? Malas nak tengok balik first publish date..huhu~

Bulan ni sambutan birthday husband, Adam dan anniversary. Banyak tak banyak tu..

Semalam la date anniversary kami. Part tak best, pagi-pagi semalam Adam nangis teruk masa nak hantar pergi pengasuh baru dia. Teruk sangat. Sampai saya pun nangis. Dengan kelam kabut packing bekal dia , dengan sedih tengok dia tak nak pergi pengasuh baru. Husband tak boleh tolong sebab Adam nak kat saya je. Husband pun kena marah gak pagi-pagi sebab tak membantu. Huhu..memang rasa macam tak nak pergi kerja semalam sebab tak sampai hati hantar Adam.

Semalam husband kerja semalaman. Pagi tadi pukul 7 lebih pagi baru sampai rumah. Habis macam tu je hari anniversary kami T_T. Saya memang tak expect apa-apa pun. So, takdelah kecewa sangat. Oklah, ada wish romantik dari husband kat FB. Jarang dia nak sweet2 kat FB. Ok lah tuuu...

T_T


Adam kat babysitter baru muka still macam takut-takut lg...

Thursday, August 11, 2016

Sentap!

Assalamualaikum~

Baru-baru ni sibuk tengok sorang anak sedara ni. Umur baru 6 bulan tak silap. Lama tak pegang baby kecik. Bila pegang baru saya sedar besar dah Adam ni sebenarnya. Baru tersedar. Selama ni anggap Adam baby lagi. Baby ibu & ayah~

Seronok rasa pegang dan tengok baby tu. Tengah syok-syok tengok kat hp, cakap kat husband,'jomlah pergi tengok'.

Jawapan sentap yang saya dapat.

'Sibuk dengan anak orang. Tu Adam tu kurus sangat tu. Gemukkan Adam tu'

T_T

Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ada ke patut cakap camtu. Adam semalam balik petang tu terus tidur. Memang tak makan malam. Tapi takkan nak paksa dia bangun untuk makan? Confirm ngamuk nanti.

Sentap ok. Macam saya sengaja tak bagi Adam makan. Semalam injection 2 tahun nurse suruh datang lagi 2 bulan sebab berat adam 8kg je. T_T

Adam makan je, cuma dia memilih sikit dan terlampau aktif. Takpelah, nanti nak try cari appeton la. Dengar kata boleh tambahkan berat. Ada jugak cakap jus caliph pun ok. Tengoklah camne...

Monday, August 8, 2016

Pengasuh baru~

Assalamualaikum~

Bermulanya hari ni, Adam terpaksa dihantar ke pengasuh baru. Sedih rasa. Sejak habis pantang Adam 2 bulan sampai umur Adam tepat 2 tahun pengasuh tu jaga. Dah macam anak angkat. Tapi pengasuh tu dapat tender buka kedai pulak. Dapat tau last minute. Petang amik Adam dia bagitau.

Serabut sangat rasa. Dengan kerja kat ofis tengah banyak sebab bos paling besar nak datang dari Korea. Dengan masalah family yang kritikal last week. Satu-satu ujian datang. Rasa nak nangis pun ada.

Balik rumah je saya terus call pengasuh baru. Ada iklan kat kawasan rumah tu. Alhamdulillah dapat. Tapi, saya tak kenal orangnya. Tak tahu Adam akan ok ke tak. Adam ni dahla jenis manja, anak pengasuh lama semua perempuan, sorang je laki. Memang Adam dimanjakan kat sana. Yang baru ni, anak dia semua laki, sorang je perempuan.

Tak tahulah camne Adam hari ni. Astro pun takde tu. Harap ok la..kesian kat Adam T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA