Thursday, April 12, 2012

Ikhlas~



Assalamualaikum~


Comel tak doodle kat atas ni?? Dak Fisha yang bagi saya..hehe..pandai dia buat kan?? Kalau nak tengok doodle-doodle lain leh lah pergi terjah ke blog dia tu.

Saya sejak 2, 3 hari ni agak malas nak mengupdate blog ni. Tak tau lah nape. Asyik main game Flower vs Zombie je. Korang pernah main game tu??

Saya sebenarnya nak tulis pasal ikhlas. Adakah anda ikhlas dalam membuat sesuatu?

Saya ada seorang ofismate ni. Dia dulu selalu tolong arrangekan birthday party untuk ofismate yang lain. Tapi bila turn dia takde orang arrangekan apa-apa. Tahun berikutnya, dia dah tak arrangekan apa-apa birthday party lagi sebab takde orang nak celebrate birthday dia.

Kiranya selama ni dia tak ikhlaslah buat semua tu kan?

Saya pelik dengan orang yang suka meminta hadiah birthday dia. Sampai kat bos pun dia berani mintak. Kalau saya, tak kuasa saya. Buat malu aje. Kalau orang nak bagi, amiklah. Kalau orang tak nak bagi redha je la. Kan senang macam tu?

Dahlah tahun lepas bos bagi dia set minuman kesihatan. Dia tak suka. Kalau dah tak suka tu senyap-senyap sudahlah kan? Benda tu pun beratus jugak harganya.

Ini tidak, dia boleh cakap kat orang yang bagi dia hadiah tu yang dia tak minum minuman tu. Dia bagi benda tu kat maid dia je. Aduhai, ada jugak orang macam tu kan?

Umur dah meningkat, dah ada beberapa orang anak, tapi fikiran camtu. Ya Allah, jauhkanlah kita semua dari sifat macam tu~

Dalam family saya, birthday saya paling last. Ayah saya selalu lupa birthday saya. Sedih jugak. Tapi takpe, mak saya tiap tahun wish birthday & bagi hadiah. Tu dah cukup bagi saya. (dengan ucapan dari si dia jugak~~ :p )

Hidup ni kenalah selalu bersyukur. Ramai lagi orang yang tak bernasib baik di luar sana. Bila kita dalam kesusahan atau musibah, ingatlah bahawa ada orang yang lagi susah dari kita~ :)




31 comments:

  1. semoga sikap insan tu berubah lah..

    ReplyDelete
  2. sy ikhlas mengomen entry anda.. ni la namanya ikhlas tp jauh... btw, comel doodle tu... sy x pndai lukis...

    ReplyDelete
  3. aishh. xgeti bersyukur betul lah dy tuh. heehe. fisha ikhlas tau bg doodle tuh kat yana :)

    ReplyDelete
  4. hehe comel la kak !!! suka suka ^_^

    ReplyDelete
  5. dyabunga, insya'Allah~ :)

    deqla manjew, ihklas tapi jauh boleh lagi..saya pun tak pandai lukis doodle..hehe~~ :p

    dak fisha, ye saya tau fisha ikhlas..hehe~~~ thanx :D

    uncHa, akak pun suke..hehe~

    ReplyDelete
  6. Akak ikhlas dtg sini tau... hehe biasalah member tu kecik ati sebab jasa dia takdihargai hehe

    ReplyDelete
  7. yela kot agaknye tu..hehe~

    Alhamdulillah akak ikhlas dth sini..hehe :D

    ReplyDelete
  8. skrg da mls nk lyn game, kalau dh start main kompem addicted. hehe..
    kalau nk brkawan kena la ikhlas, br la kekal. ye tak? :)

    ReplyDelete
  9. comelnya ! nanak juga.. hehe.. #joke .

    ReplyDelete
  10. Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

    Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

    Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

    Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


    Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

    ReplyDelete
  11. ha, sikap tu mmg selalu jumpa.
    bersyukur tu mestilah kan. btw, comel lah doodle tu. rse na culik je. :D

    ReplyDelete
  12. berubah biar ikhlas..btw,comel doodle tue sbb pkai tdung hijau!hehe

    ReplyDelete
  13. errah sgt xsuka lau jmpa org macam tu..buat kerja biarlah ikhlas jgn nak hrpkan balasan...

    errah xpenah clbrate bsday dgn kwn selalu mmg dgn family je sbb besday errah hujung thun time semua org cutiii..xdpt nak brsama kwn2

    ReplyDelete
  14. org macam tu pon ade eh, kalo linda la dpt hadiah, x kesah le adiah ape pon tapi linda tetp akn gune or simpan wat kenangan..x sukenye org yg mcm yana cite tu...

    ReplyDelete
  15. wish dr sia dia paaalin penting kalau tk, hihi. Bila kita ikhlas benda susah pun akn dpermudah. Tp org mcmtu mmg ramai. Meng harapkn blsn. Hmm

    ReplyDelete
  16. pergh..ade jugak org cam tuh kan..bile kenang2 balik fana dah lame gile tak celebrate birthday..last celebrate pun mase darjah 4/5 lau tak silap..huhu..:P

    ReplyDelete
  17. best game tu... sy siap ulang semula main tu...

    p/s : comel doodle tu... :)

    ReplyDelete
  18. penah jugak jumpa org mcm tu..buat sesuatu utk sesuatu..tak bagus kan?

    lama tak jenguk sini :)

    ReplyDelete
  19. Tak pernah men gamr tu..

    ikhlas dari hati :)

    ReplyDelete
  20. ikhlas itu ibarat semut hitam diatas hamparan batu bewarna hitam didalam bilik yang gelap kehitaman....susah nak dinilai, hanya mampu ditebak melalui perbuatan je....


    kadang boring2 tak buat apa2 saya main game tu...heee kalau zombi da banyak2 memang cemas!!

    ReplyDelete
  21. btl..sangat setuju.. minta dijauhkan dengan sifat2 macam ne..

    game tuh dulu mmg sweety kaki main..smpaikn waktu bertugas pun main jga..skali kna sound ngn boss,lappy pun tak brani nk bawa..huhu

    ReplyDelete
  22. mesti insan tu harap orang akan celebrate birthday dia...

    ReplyDelete
  23. mata doodle tu comel :)

    saya senyum je baca cerita ttg ikhlas tu dik :) boleh..ngeeee
    hihihi.

    ReplyDelete
  24. dahlah xikhlas, tak bersyukur pulak tu.. pelik betul mnusia mcm ni..!

    ReplyDelete
  25. huhu, macam2 perangai manusia..

    ReplyDelete
  26. ikhlas kdg2 tak perlu disebut cuma dgn perlakuan je kan.. =)

    ReplyDelete
  27. kalau ikhlas tak cakap dan mharap balasan , apatah lagi menunjuk2 :)

    ReplyDelete
  28. hehe. kesian org cmtu. ikhlas tak ikhlas, Allah aje yg tahu. ;)

    ReplyDelete
  29. My parents has never remembered my birthday yet, so yes, you're not the only one, my dear.

    ReplyDelete
  30. cantek!!hehe,serius smpai skung dok men game tu,tapi dh hbs lama,skung dok siram bnga jer..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA