Saturday, December 31, 2011

Baik-buruk Bercinta Semasa Belajar di Universiti

Assalamualaikum...

Rase-rasenye ramai kot orang-orang muda sekarang ni yang tengah bercinta, kan?


'Salah ke bercinta ni?'

Bercinta tak salah, ber'couple' yang salah.(Ustaz Azhar Idrus)

Tapi, orang kalau dah hangat bercinta ni mane la dengar sangat cakap orang kan?

Untuk memastikan hubungan percintaan tu memberi keuntungan pada kita, ada beberapa cara yang boleh orang-orang yang tgh bercinta ni buat.

Yang baik~

1. Dapat menjaga sesama sendiri

Kebanyakan pelajar-pelajar universiti ni duduk merantau, jauh dari family. Jadi bile ada teman istimewa ni, kite rase ada orang yang jaga & ambil berat pasal kita.

Rasa dihargai dan dilindungi.

2. Inspirasi / semangat untuk study

Kalau korang rasa tak leh kalau tak jumpa sehari, apa kata pergi dating kat library. Boleh study same2 kan? Tak banyak sikit pun ok la, daripada tak ade langsung. Dulu (xde la lame sgt) waktu bercinta kat universiti, mase first sem kenal mmg keputusan agak teruk. Tapi subjek tu mmg susah! Serius! Si dia pulak, dapat result bagus. =)

Kalau si dia malas belajar, paksa la dia untuk belajar. Bagi la nasihat. Kalau dah sayang tu takkan die nak wat tak tau je kan kat awak~

Yang buruk~

1. Duit cepat habis

Yela, dah tiap-tiap hari nak jumpe. Duit makan, minyak dah berapa kan.Kredit lagi...

Berpada-padalah berbelanja.

2. Masa dengan kawan semakin kurang

Ini normal kot kan? Tapi kalau boleh, jangan la abaikan kawan-kawan kite.



Betul tak semua ni?
Rasenye banyak lagi, tapi tak terpikir la skang ni...


Sekian~

Azam 2012!!

Assalamualaikum...


Esok dah pun nak masuk tahun baru 2012...
Sekejap je masa berlalu....
Umur pun semakin meningkat....
Semaoga pengalaman dan usia yang bertambah ni akan lebih mematangkan kite semua...
Azam tahun baru ni tak banyak kot....



1) Kumpul duit banyak-banyak untuk kahwin..hehe...
2) Beli laptop baru, laptop lame dah terbakar & tak dapat diselamatkan :(
(Alhamdulillah, dah beli ptg tadi kat PC fair..azam yang tercapai sebelum tahun baru =P)
3) Bawak family pergi bercuti ke Langkawi.
4)Kumpul duit banyak-banyak, nak beli rumah..


Oohh~
Takde la banyak sangat pun azam tahun baru 2012 ni...
Harap-harap dapatla dilaksanakan semuanya..
Insya'Allah...
Satu azam dah berjaya dilaksanakan hari ni =)


Selamat Tahun Baru 2012..


Semoga hidup kite semua diberkati Allah SWT dan sentiasa dalam lindungan-Nya....
Amin...

Friday, December 30, 2011

Ben Breedlove~ terselamat dari maut 3 kali, tapi...

Ben Breedlove adalah seorang remaja yang berumur 18 tahun dan menghidapi sakit jantung yang kronik sejak kecil lagi. Tiga kali terselamat dari maut, tapi gagal pada serangan jantung yang ke-empat. Ben Breedlove menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 25 disember 2011, semasa orang ramai bergembira menyambut Hari Natal. 


Ben Breedlove sempat meninggalkan video mengisahka hidupnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Video lengkap boleh disakasikan di sini.






Kali pertama semasa berumur 4 tahun.

Ben tersenyum sambil bercerita.




 Dia menunjukkan parut pembedahan tersebut.

 Kali kedua pada musim panas 2011.

Kali ketiga pada 6 Disember 2011.






sumber: SINI

Friday, December 23, 2011

Kehilanganmu sungguh berat bagiku~


Dedicated to someone special <3





"Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu

Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu."


Mungkin kau bukan jodohku,
Tapi, siapa yang tahu.

Masa depan bukan kita yang aturkan,
Moga semuanya dipermudahkan,

"jadilah kau bintang hatiku 
terangilah seluruh jalanku
dan jangan kau letih mencintaiku
hingga diujung usiaku"



sekian~  

PMR~


Penilaian Menengah Rendah...
Ada orang kata peksa-peksa camni akan di bubarkan tak lama lagi..betul ke?

Result PMR baru je kuar sehari dua ni kan..
Yang dapat result cemerlang, tahniah diucapkan..
Yang tak dapat ok, takpe, SPM cube lagi.


Teringat kisah dulu kala waktu dapat result PMR dulu.

Abah : Dapat apa PMR??
NA   : 8 A.
Abah : Yang lain-lain dapat apa?
NA   : .......
Abah : Hmmm?
NA   : Mane ade lain la...sume A. Dapat straight A la abah! =(

Kesian tak jadi anak camni? Boleh pulak kan ayah tanya yang lain-lain dapat apa.
Nampak sangat tak ayah tak amik kisah sangat?

Ishk...tak baik la pikir bukan-bukan pasal ayah sendiri....kan?

Orang kata PMR bukan penentu masa depan. Memang betul
Tapi, dari result PMR la kite boleh pilih aliran yang kita minat. Kalau teruk giler boleh ke nak amik aliran sains tulen? Tak leh jadi doktor, ye dak?

Jangan harap la ~~

Jangan anggap form 4 masa untuk honeymoon ye adik-adik~
Masa form 4 adalah masa untuk persediaan menghadapi SPM.

Time is gold.
Treasure it.

Sekian~


Apa yang ada di Cherating?


Cuti hujung minggu ini kami sekeluarga akan ke Cherating, Pahang.
Siapa yang pernah pergi Cherating ye?

Research punya research, tak banyak sangat tempat yang leh pergi jenjalan kat Cherating ni rupa-rupa nya kan?

Antara tempat-tempat yang boleh dilawati kat Cherating ni ;

1. Turtle Sanctuary - masuk adalah free (if I'm not mistaken)


kat sini orang kata bleh tengok cara-cara penyu dipulihara, macam mana penyu bertelur & macam-macam lagi la.

2. River Cruise - Yang ni ada 3 sesi ; pagi, petang dan malam.


yang ni dengar kata masa cruise ni kite akan dapat tengok macam-macam haiwan liar seperti ular dll. Tak ingat la ape lagi nama binatang tu. Lizards ape ntah pun ade gak. 


Malamnya pulak boleh naik river cruise ni untuk tengok kunang-kunang (fireflies) .

3. Pasar malam Chukai, Terengganu.

Kat sini macam popular jugak la untuk pelancong-pelancong datang melawat. Banyak makanan dan barang-barang yang boleh diborong kat sini. Tapi tak pasti la pulak betul ke tak kan.

Pape pun, ni antara tempat-tempat yang boleh dilawati la kalau anda berada di Cherating. Mana lagi tempat yang boleh pergi eh? Tau tak??


Sekian~

Thursday, December 22, 2011

Excited punya pasal!!

gambar sekadar hiasan


Excited sangat sebab baru ada blog...hehe..
sebab tu banyak post mende yang ngarut-ngarut je...

Pantun orang bercinta:

Hari-hari makan kari,
Tapi sayang kari basi,
Orang kat sini ternanti-nanti,
Orang kat sana tak abis majuk lagi.


p/s: hak cipta terpelihara.sila bgtau kalau nak copy. =)

Lelaki & Kahwin...

sumber: google


Tajuk entri untuk orang yang tak sabar-sabar nak kawin..hehe..

I'm in a relationship with someone...
But I can't see how this relationship will end to...

Orang kata nak kawin ni gune duit berpuluh-puluh ribu2...
Tp boleh tak kalau budget saya 10k je??
Buat simple2 je la..x membazir..betul tak?

Alasan-alasan orang lelaki bagi bila ajak kawin :

1. Duit tak cukup lagi.
2. Takde keje tetap lagi.
3. Mak tak bag. Bagi mak rm 500 tiap-tiap bulan dulu baru leh g minang anak orang. (bleh eh camni?)
4. Hidup masih panjang, tak abis enjoy lg.(ramai kot kan?)
5. Awek banyak sangat, tak tau nak pilih yang mana.
6. Kalau masih banyak lagi alasan yang boleh anda(lelaki) senaraikan, maknanya anda tidak serius dengan    
    perempuan tersebut.

Mungkin ada satu alasan di atas masih boleh diterima...

Sekian~

Cinta?

Sumber: google

Apa erti cinta dalam Islam?
Zaman sekarang ni nafsu menguasai akal.
Diri ni sendiri tak lari dari kesilapan itu.
Ya Allah, kuatkan iman ku.
Kau murahkanla rezeki kami dan jauhkan la kami dari maksiat dan 
perbuatan yang mungkar.
Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA