Sunday, April 27, 2014

Pureen Clearance Stock at Shah Alam~


Assalamualaikum~

Hari ni baru dapat  peluang untuk buka blog. Nasib baik internet kat rumah hari ni okay aje.Sekarang ni kat ofis memang dah tak boleh nak buka blog dah. Bahagian IT dah semakin strict, semua website yang kite buka dia boleh detect. Wifi ofis sekarang ni dah block macam-macam. Whatsapp pun dah tak leh nak guna wifi dah skang ni. Komen kat blog pun tak tak boleh. Sebelum ni facebook aje kena block..huhu..redha je la sekarang ni. Pemerintahan kuku besi dari management..huhu~

Berbalik pada tajuk kali ni, untuk pengetahuan ibu-ibu dan bakal ibu-ibu kat luar sana, semalam dan hari ni ada Pureen warehouse sale di Shah Alam. Siapa yang rasa nak borong barang Pureen banyak-banyak tu pergilah ye, jangan lepaskan peluang ni. Sampai pukul 6 petang aje kalau tak silap saya. 


Saya dan leonerz memang dah lama plan nak pergi tengok clearance sale ni. Maklumlah, selama ni memang tak pernah pun pergi ke warehouse sale. Ni first time kot. Dia buka pukul 10 pagi, tapi masa kitorang sampai semalam dah pukul 10 lebih. Rasa 10 lebih tu macam awal aje lagi, tapi bila sampai aje sana kereta berderet-deret. Jem teruk. Nak parking pun kena parking jauh..huhu~

Rasanya kalau nak pergi sale macam ni kena tunggu depan pintu sebelum dia buka lagi kot. Sampai-sampai sana aje, orang bersesak-sesak. Mula-mula masuk, rasa orang berhimpit-himpit. Laki perempuan semua berebut-rebut nak beli barang. Tak sampai 5 minit, leonerz suruh keluar balik. Kitorang duk luar pagar jap makan aiskrim. Bila tengok orang dah kurang sikit, leonerz pun masuklah. Dia suruh saya tunggu luar aje, tak nak saya berhimpit-himpit dengan orang ramai kat dalam tu.

Rasa tak puas hati pun ada sebab tak dapat nak pilih barang-barang yang saya nak. Tapi, nak buat macam mana, terpaksalah mengikut arahan. Lepas dah amik macam-macam barang, dia pergi kat saya dan bagi saya bakul tu suruh pilih nak yang mana. Banyak baju newborn yang dah takde. Saya tengok kiri kanan, ramai akak-akak yang amik satu bundle baju terus pastu pilih kat tepi. Sambil tunggu leonerz pergi shopping lagi, saya pun joinlah akak-akak tu. Tengok baju mana yang dia tak nak tu, saya amiklah. Banyak sangat baju-baju yang diorang amik, tapi last-last letak tepi je. Kesian orang-orang macam saya yang tak jumpa baju. Semua dah habis diangkut oleh diorang. 

Agaknya macam ni lah cara untuk beli belah di warehouse sale ni kot. Cuaca masa tu dah la panas, takde aircond. Kipas pun tak banyak. Orang bersesak-sesak. Rasa macam tak berbaloi je pergi. Seksa rasa..huhu. Kitorang tak amik banyak sebab tak leh nak jalan sangat dalam tu. Oleh sebab leonerz pun dah malas nak merempuh orang ramai, dia ajak pergi bayar barang-barang yang kami dah amik. 

Dalam pukul 12 kot kitorang beratur, pukul 2 gak baru dapat bayar. Sejam lebih beratur untuk bayar sahaja. Masa beratur tu pun orang bersesak-sesak. Line pun tak nampak. Rasa macam nak pengsan pun ada, nasib baik kitorang line tepi. Saya dah duduk atas bakul dah masa tu. Rasa macam nak pitam aje. 

Total yang kitorang kena agak mahal gak lah. Maklumlah main amik je semua benda, tak leh nak fikir sangat dalam keadaan bersesak-sesak tu. Rasa rugilah pulak tak survey harga betul-betul, main amik aje. Tapi, dalam keadaan macam tu memang tak leh nak fikir dah. 

Lepas ni tak tahulah larat lagi ke tak nak pergi warehouse sale ni. Seksa sangat rasa. Petang tu dapat tahu kat SACC pun ada expo mom and baby, alang-alang kat sana kitorang pun pergi lah. Sini bersesak-sesak gak, tapi ok lagilah sebab dalam aircond..huhu. Bagi saya barang kat SACC ni macam lebih kurang harga kat luar aje. Sape yang nak pergi terjah tu, pergilah hari ni ye. Tak pastilah dia buka sampai pukul berapa.

Itulah pengalaman pertama saya dan leonerz tempuh untuk baby kami ni..huhu..tak tahulah sanggup ke tak nak pergi lagi sale camni. Basah baju dengan peluh aje kot. Tak selesa langsung. Next time tengok lah mood camne, lagi2 mood leonerz yang tak suka bersesak-sesak tu..huhu~

Pasni kena survey breast pump la pulak. Nak beli semalam macam awal sangat je~






Tuesday, April 15, 2014

Desa Dairy Farm, Sabah~


Assalamualaikum~

Lama dah tinggal cerita pasal Sabah. Dah tak ingat dah nak cerita apa..hehe. Layan gambar je la~

Pintu gerbang masuk~

Bayaran yang dikenakan~

Laluan sepanjang nak ke sana~

Jalan kurang elok~

Produk-produk yang dijual kat sana~

Beli 2 susu je..hehe~

Padang yang cantik~

Bunga~

Anak kambing untuk diberikan susu~

Kat sana tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. Bagi kambing dengan lembu makan rumput dan minum susu aje. Kesian tengok diorang kelaparan. Memang sengaja kot management buat macam tu supaya orang yang datang kesian dan keluar duit banyak-banyak untuk beli rumput dan susu untuk bagi kat kambing dengan lembu tu..huhu~

Kundasang memang best sebab cuasa dia memang nyaman. Sejuk aje. Tenang je rasa. Udara pun tak tercemar sangat~

Kalau ada peluang pergi sana lagi, memang takkan lepas lah..hehe~

Monday, April 14, 2014

Scan 4D @ 23 weeks~


Assalamualaikum~

Orang kata masa 20 minggu ke atas ni dah sesuai sangat dah nak buat scan 4D. Lagi clear nampak sebab baby still dapat pusing-pusing dan bergerak bebas dalam perut ni. Tapi masa saya pergi 3 minggu lepas, doktor tu suruh buat masa 28 weeks aje. Rasa down pulak masa tu..huhu~

Bila baca-baca blog orang lain, diorang tulis sesuai aje masa sekarang ni. Ada jugak doktor yang bagitau 20 minggu masa terbaik untuk tengok 4D baby ni. Kiranya lepas dah buat survey, satu klinik ni aje yang tak suggest buat 4D scan masa 20 minggu. 

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi untuk tahu macam mana rupa baby kami, selepas survey bermacam-macam tempat, akhirnya kami pergi klinik An-Nur di Durian Tunggal, Melaka. Caj yang dikenakan adalah RM90 termasuk gambar dan CD. Dalam CD ada banyak gambar dan video baby semasa tengah scan~

Klinik tu tak perlu buat tempahan. Hanya perlu datang dan daftar aje. Memang senang. Tunggu pun tak lama. Doktor perempuan melayu. Memang sesuai sangat. Sebelum tu ada gak survey tempat lain area Melaka, tapi hampa je sebab satu ni takde doktor, satu lagi klinik doktor cina lelaki.

Seronok dapat tengok muka baby dan pergerakan dia. Tapi, yang tak bestnye tak nampak muka dari depan. Dia malu la nak tunjuk muka. Last-last dia tutup muka dengan dua-dua tangan..huhu. Takpelah, next time kita cuba tengok lagi ok baby~

Masa mula-mula tengok tu, kaki dia macam buat gimnastik. Dua-dua lurus ke kepala. Risau lak saya tengok sebab fleksible sangat dia ni. Doktor kata semuanya ok. Perkembangan memang ikut weeks. Minggu 23 ni lemak masih kurang lagi pada baby, jadi muka dia nampak cengkung sikitlah. 



Baby dah cukup semua sifat, cuma masih kecik lagi aje sekarang ni. Harap semuanya berjalan lancar dan baby sentiasa dalam keadaan sihat~ :)

Thursday, April 10, 2014

Interview SPA~


Assalamualaikum~

Sekejap je rasa dah nak masuk enam bulan dah baby dalam perut ni. Perut still tak nampak besar sangat lagi. Orang kata anak first, biasanya memang lambat nampak perut ni. Tak tahu lah betul ke tak tu~

Sekarang ni kat ofis, rasa malas sangat untuk bekerja. Kerja pun sekarang ni kurang sikit, buatkan saya lagi malass. Bahaya betul penyakit M ni. Rasa macam nak tukar kerja baru je. Tapi, siapalah yang nak amik orang mengandung kerja kan. Nak jadi suri rumah tak leh, rasanya kewangan masih tak stabil..huhu~

Sekarang ni kena bertahan. Bertahan sampai cuti bersalin, baru dapat cuti 2 bulan. Leh duduk lama sikit dengan leonerz..hehe. Bulan lepas ada pergi interview SPA. Harap sangat dapat. Itu dah kira 3 kali dah saya pernah pergi interview SPA. Exam pun dah 3 kali kot tak silap. Belum ada rezeki lagi. Don't give up~


Saya harap sangat dapat cepat-cepat duduk sama dengan leonerz. Duk jauh dengan cuti weekend yang tak sama ni memang sangat memenatkan dan membazirkan masa dan duit. Rasa-rasanya sebulan boleh habis lebih RM500 untuk jumpa je. Seksa rasa~

Apalah leonerz tgh buat skang ni~

Bercerita pasal interview SPA hari tu. Saya dapat ketua panel namanya Tuan Haji Sumali. Sesiapa yang dapat dengan dia, kena bersiap sedialah dengan pengetahuan ilmu agama yang tinggi okay. Antara soalan yang beliau tanya; dalam ayat mana ada disebut pasal etika kerja yang baik?, Ayat mana ada sebut pasal sabar?, Apa kaitan bidang saya minta ni dengan ayat dalam Quran? huhu..mencabar tak soklan-soklan tu? Ada satu masa tu, dia suruh terjemah lak surah yang demi masa tu. Masa tu kan tengah gelabah, manalah nak ingat sangat..huhu~

Pastu satu lagi, beliau ni akan tengok semua subjek yang kita amik dalam tanskrip tu dan kaitkan dengan penggunaan dalam kehidupan. Masa tu saya kena tanya pasal Pengenalan Kaunseling. Nasib leh jawab. Dah berapa tahun dah kot tinggal subjek tu. Saya grad pun dah dekat 4 tahun..huhu~

Ada jugak orang sebelum saya ni kena soal pasal sifat-sifat nabi. Saya masa tu orang second last masuk untuk sesi tu, setiap kali orang keluar je saya tanya soklan cepu mas ape yang ditanya. Soklan diorang macam agak susah jugak lah. Bila turn saya, saya rasa soklan teknikal masih okay lagi. Cuma sayang betul saya boleh blur pasal generasi x dengan generasi y. Tak teringat langsung pe tu..huhu. Sayang sangat. 

Untuk pengetahuan korang yang nak diinterview oleh Tuan Haji Sumali ni, masa saya diinterview oleh beliau, takde langsung soklan kenegaraan. Nasib baik..huhu..saya memang ada hafal macam-macam, tapi takde keyakinan gak kalau ditanya soklan-soklan tu~

So, sesiapa yang nak pergi interview tu, Good Luck!Doakan saya jugak okay :)





Thursday, April 3, 2014

Week 22~


Assalamualaikum~

Semalam baru lepas check up bulanan. Dahlah berat naik 5 kg, hb darah pun rendah. Semalam nurse letak satu alat untuk dengar degupan jantung baby. Memang jelas sangat jantung baby. Tak sabar nak jumpa baby ni..hehe~ :)


Semalam dengan hari ni google lah kesan-kesan kalau hb rendah. Saya copy paste kat sini ye. Saya amik kat blog ni.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Risau je baca bila dia ada tulis jantung baby boleh berhenti berfungsi kalau hb terlalu rendah. Ini sekaligus boleh menyebabkan baby meninggal dalam kandungan. Nauzubillah, mintak jauh benda-benda macam tu. Saya ada terbaca blog sorang akak ni tadi, baby meninggal 9 bulan dalam kandungan. Sedihnya baca, dah kandung 9 bulan, sifat semua dah cukup. Tapi mungkin bukan rezeki..

Saya tak suka makan ubat-ubatan ni. Jadi saya nak cari makanan ape ang boleh naikkan hb. Nak kata banyak tu, takdelah banyak sangat. Bayam, kerang, jambu batu, daging, delima pun mungkin dapat jugak membantu naikkan hb darah.

Memang sejak akhir-akhir ni saya memang selalu jugak rasa pening-pening kalau diri lama sangat. Lagi-lagi bila ada site visit. Rasa memang macam nak pitam je rase. Memang simptom-simptom anemia rupanye. Tapi, hb darah saya takdelah rendah sangat-sangat. 10.7, ok lagi kot.

Disebabkan hb rendah, saya kena pergi klinik lagi 2 minggu ni. Patutnya kalau ok, sebulan sekali je. Adoi..seksa gak macam ni. Asyik nak kena keluar ofis je nanti macam ni.

Bila google pasal hb rendah, banyak betul blog-blog yang promote shaklee. Tapi, saya tak suka la nak makan ubat banyak-banyak ni. Kalau betul-betul tak leh nak naik lagi lepas dah usaha ni, baru saya akan fikirkan kot..huhu~

Lagipun, saya mungkin salah makan kot obimin amik susu dalam masa 2 jam lepas makan. Patutnya kan tak boleh. Harap urusan mengandung dan bersalin ni dipermudahkan. Harap semuanya dalam keadaan baik-baik aje. Insya'Allah~







Tuesday, April 1, 2014

Sweet Escape~


Assalamualaikum~

Lama tak update citer terbaru. Citer Sabah pun macam tergantunglah pulak..huhu. Citer Sabah tu kita tangguhkan ke entri bila saya rajin je la ye. Laptop kat rumah tu kena format agaknya. Slow teramat loadingnye. Asyik disconnected aje.

Sebenarnya entri ni nak cerita pasal sweet escape kitorang weekend baru-baru ni. Kononnya sweet la..hehe..last week leonerz datang awal jumpa saya. Rabu malam dah sampai Putrajaya. Sesuka hati je kan tak kerja. Saya pun Khamis Jumaat tu amik cuti jugak. Apa nak jadilah dengan kitorang ni. Selalu sangat cuti sesuka hati. Dah pernah kena tegur pun, tapi dah alang-alang dapat KPI rendah, teruskan je lah kot? huhu (jangan tiru perangai ni~)

Khamis lepas saya cuti sebab family mertua datang. Husband pun suruh cuti, luangkan masa dengan family dia. Arahan suami, isteri kenalah ikutkan~ :p Jumaat tu pulak, saya ada appointment doktor dengan minum gula. Dah alang-alang setengah hari, sambung je lah satu hari terus~

Bagi saya susahlah duduk jauh dengan suami ni. Rasa nak habiskan masa dengan dia aje. Kerja semua tolak belakang. Bahaya betul macam ni selalu. Dahlah saya rasa bosan sangat dengan kerja sekarang ni. Rasa macam nak berhenti pun ada. Rasa seronok bekerja tu takde walaupun benefits ok. Kalau kerja lama dulu, saya suka kerja saya, cuma benefits kurang dan orang atasan tak sebulu aje.

Berbalik pada sweet escape kitorang tu. Nak dijadikan cerita, leonerz ajak g jenjalan. Kat rumah bahang, nak duk lama-lama pun tak selesa je rase. Dia pun ada kerja nak kena siapkan. Leonerz plan lepas Solat Jumaat nak gerak terus. Malangnya, saya ni bila dah syok tengok citer, tak siap-siap lagi. Leonerz tak puas hati, terus masuk bilik tidur. Tak jadi nak pergi escape memana..huhu~

Petang tu, dalam pukul 5 lebih petang akhirnya leonerz decide untuk jalan-jalan cari tempat yang boleh larikan diri. Cameron jauh sangat, Paya Indah Wetland tak pasti ada apa, last-last kitorang decide nak pergi Port Dickson. Bayangkan hari Jumaat, time orang balik kerja baru nak gerak. Memang lambatlah sampai~

Kitorang lalu highway je. Dalam sejam lebih sikit sampailah kitorang kat Port Dickson tu. Memang sampai-sampai hari dah gelaplah. Sepanjang perjalanan mencari hotel, jalan aje yang meriah dengan cahaya. Bangunan kebanyakannya gelap je. Rasa suram je area Port Dickson tu. Masa ni keluarlah ingatan pasal citer-citer seram Port Dickson. Risau je rasa nak cari hotel memalam ni..huhu~

First stop, Corus Hotel. Leonerz turun survey harga hotel. Harga agak mahal sebab cuti sekolah. So, kitorang decide nak survey lagi. Masa nak gerak tu, ada abang tu tahan, tanya nak sewa tak apartment sebelah Corus Hotel tu. Apartement 2 bilik, tak silap. Leonerz cakap nak tengok dulu. Saya ikut sekali sebab bosanlah nak tunggu sorang-sorang, gelap-gelap kat kereta kan~

Abang tu bawa kitorang pergi L4 kot tak silap. Balkoni bilik tu betul-betul mengadap laut. Rasa angin laut sepoi-sepoi bahasa je. Aircond, astro semua ada. Tapi, bagi saya apartment tu terlalu besar untuk kami yang duduk berdua aje. Kitorang decide untuk survey lagi~

On the way, jumpa satu lagi apartment belah kiri. Nampak meriah dengan lampu. Kolam renang pun ada, tp tengok air dia cam warna kehijauan aje. Mungkin sebab malam kot. Leonerz jumpa pak guard kat sana, tanya bilik kosong. Kitorang ikut aje pak cik tu, tengok bilik. Naik lif ke tingkat atas, sunyi sepi je bila sampai level kitorang tu. Nampak banyak bilik seminar kosong. Toilet awam yang gelap. Pintu bilik pulak mengadap hutan-hutan. Sangat-sangat sunyi~

Bilik tu sama macam apartment sebelum ni. Terlalu besar untuk kami berdua. Saya tak nak leonerz hilang dari pandangan kecuali bila dia ke bilik air..huhu~

So, kitorang decide untuk survey lagi. Masa turun lif tu, pak cik pergi bukak cerita pulak pasal hotel-hotel yang kena elakkan kalau datang Port Dickson, lagi-lagi kitorang ni datang berdua aje. Dia ingat kitorang ni bukan suami isteri kot. Banyak gak dia cerita.Naik bulu roma ni, dahlah kawasan level tu sunyi sepi je. Timing pak cik ni memang tak sesuai betullah~

Hotel yang ada dalam citer dia, kitorang ada pergi tadi. Seram sejuk je dengar. Tu yang popular, yang tak popular hotel ape la pulak tu. Saya tak ingat semua nama hotel tu, corus, sunshine, marina, mayang sari, ada lagi satu tak ingat. Adoi, dahlah cari hotel memalam, kawasan sekitar manalah nampak sangat kan. Last-last kitorang decide pergi Hotel Seri Malaysia aje. Nasib baik ada bilik kosong lagi, tapi katil single 2. Bilik tu aje yang tinggal. Leonerz pun malas nak cari lagi, jadi kitorang amik ajelah. Yang ni saya puas hati lah. Kecik je bilik dia, leonerz sentiasa dalam pandangan..huhu~

Hotel Seri Malaysia~

Malam kat Pantai Port Dickson memang meriah. Ramai orang. Kitorang duk lepak kat sana makan steamboat dengan coconut shake. Memang best, macam candle light dinner je, tp duk atas pasir aje la..huhu~ :p

Balik tu leonerz dipaksa untuk siapkan kerja dia. Memang tu tujuan utama untuk escape ni..huhu. Best je rase tidur dalam bilik hotel~

Esoknya pergi pantai lagi, yang ni pantai lain, banyak kedai-kedai makan. Memang sedap coconut shake dengan char kuew tiow dia. Kerang bakar pun terbaik, sebab bersih dia cuci~

Lepas dah puas makan, gerak balik ke tempat asal semula. Panjang jugak entri ni kan. Terima kasih sudi baca~ :)


P/S: On the way balik, tak nampak lak apartment yang pak cik guard tu. Entah wujud ke tak apartment tu..huhu~ :p









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA