Friday, November 17, 2017

Jom Shopping Online~

Assalamualaikum~

Dah akhir tahun ni mesti banyak jualan akhir tahun kan??
Korang selalu shopping kat mana je?         
Kalau saya, prefer beli online senang sebab dah kawin ni, anak-anak lagi. Banyak sangat nak kena mengangkut :p

Dulu rasa macam tak best pun shopping online, tapi sekali terjebak, memang tak boleh stop tau!
Teringat dulu beli online sebab dapat voucher. Maklumlah, first time takut sikit dulu. Bila dapat voucher takdelah rasa ragu-ragu nak try kan. First purchase beli seluar untuk husband..hehe. Isteri mithali betul kan?? :p

Puas hati pakai, sampai sekarang tahan lagi seluar tu. Sejak dari tu macam dah tak ragu-ragu sangat nak beli secara online ni. Cuma masalahnya, rambang mata tengok dan main klik suka hati je. Maklumlah banyak offer dan harga kadang-kadang jauh lagi murah dari pergi kedai. Kalau ke kedai kena fikir duit tol, minyak dan masa.

Sebelum bersalin haritu, bulan Jun lepas memang habis beratus borong barang baby. Dah dekat due barang baby banyak tak beli lagi. Jadi gitulah gayanya. Nasib baiklah dapat bonus time tu. Alhamdulillah. Kesian Aisya Zaara, ibu ayah sambut ala kadar je dia lahir. Dulu time Adam Zahin awal-awal complete dah barang baby. Time Aisya baju newborn pun ada 3,4 pasang je. Memang masa pantang, husband kena beli lagi top up baju baby :p

Buat masa sekarang ni saya prefer beli barangan anak-anak secara online. Sebab kadang-kadang online boleh dapat lagi murah dari pergi kedai. Siap free postage lagi..hehe~

Kalau nak bershopping, mesti sesak Nak cari parking pun susah. Dengan kena berhimpit lagi. Memang tak dapatlah nak pergi kalau ajak husband :p

Sebab tu saya haruslah bershopping secara dalam talian @ online saja. Senang sangat, dengan anak-anak kecik lagi kan. Memang bagus sangatlah Lazada buat Online Revolution ni.


Dengar kata banyak barangan masa sale Lazada OnlineRevolution tu nanti. Sale bermula dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Haruslah set dalam calendar ye. J
                                                                   


Target nak cari beg macam ni senang nak bawak barang anak-anak :p

Sunday, September 17, 2017

BF Journey: Bengkak Susu?


Assalamualaikum~

Semalam genap 60 hari berlalu sejak saya bersalinkan Aisya Zaara. Dah 60 hari jugaklah usia baby tu.Esok dah kena masuk kerja T_T. Takpe, esok saya nak apply half day sebab Aisya ada appointment injection 2 bulan. 

Esok bermulalah BF journey saya. Bila fikir malas je rasa. Kena bangun awal, balik kerja kena basuh dulu barang-barang pam. Tu semua rutin saya 2 tahun lepas masa menyusukan Adam. Alhamdulillah, Adam Zahin hampir 2 tahun jugak. Start ajar botol masa saya gugur tahun lepas, dan fully stop masa saya pregnant Aisya. Sebab rasa sakit masa menyusu, kesian Adam asyik kena marah. Lama-lama akhirnya dia faham yang ibu dia sakit & berjaya berhenti. :)

Masa menyusukan Adam saya pernah sekali je kot bengkak susu yang memang perit sangat. Masa tu kat ofis. Cucuk jarum pin rasanya kat tempat tersumbat tu. Memang lega sangat lepas tu. Semalam pagi terasa balik macam yang haritu. Perit dia memang sampai nak tunduk pun rasa sakit sangat.

Tips yang saya buat semalam:
1. Tuam dengan air panas  (yang ni tak jalan T_T)
2. Pam pun tak jalan
3. Pagi tu lepas subuh mandi air panas lama-lama. 
4. Nampak macam ada tersumbat, ambil jarum dan cuba korek slow-slow.

Lepas dah guna jarum tu, ada susu yang keluar slow. Maknanya sumbat tu tak fully terbuka lagi. Sambung susukan Aisya. Dan akhirnya berjaya terbuka!Macam mana nak tahu dah terbuka? Susu memancut keluar dan yang bengkak tu rasa makin surut. Lega sangat rasa lepas tu :) 

Siapa yang alami tu, jom cuba cara ni dulu~ :)



P/S: Teringat dulu masa Adam, pernah pam susu + darah. Tak perasan, dah penuh botol tengok botol baru perasan..huhu~

Tuesday, September 5, 2017

Adam 3 tahun: Try test potty training~


Assalamualaikum~


Lama betul nak start potty training Adam. Ni kebetulan cuti berpantang dan cuti raya haji panjang, bolehlah cuba. Sebab saya dah set memang perlukan back up support dari husband. Semalam baru start. Sehari sebelum tu belikan Adam seluar dalam Mickey Mouse sebagai semangat dia untuk berhenti pakai pampers. Pagi tu ok lagi, lepas tengah hari tu saya lambat nak bawak dia ke toilet. Sibuk dengan baby, husband pun sibuk dengan hal dia. Last-last asyik terbocor je. Berapa kali ntah kena menukar toto, seluar, baju, lap lantai.  T_T

Husband stress..huhu..sebab saya banyak minta tolong dia handle Adam. Akhirnya petang tu, lepas mandi pakaikan pampers. Penat~~ :p

Hari ni, bangun tidur lambat. Pukul 10 lebih baru bangun mandi. Tapi bertahan 2 jam lebih je. Sebab tak sampai selang 20 minit dia asyik terbocor. Tak sempat nak bawak ke toilet. Husband stress, suruh pakaikan pampers balik~

Dulu masa kita kecik-kecik macam mana mak kita training eh? Saya memang tak ingat langsung. Cuma ingat malam memang selalu bocor..huuhuu..janganlah Adam ikut perangi ibu dia yang ni..stress ibu~~ :p

Esok husband kerja. Saya nak sambung potty training Adam lagi. Tengoklah dapat bertahan lama mana. Nak Adam free diapers. Tahun depan dah 4 tahun dah. Dah plan bila start hantar Adam ke pengasuh balik bila saya naik kerja, tak payahlah nak pakai pampers lagi. 

Nak beli waterproof cadar tu, tapi tengok online harga boleh tahan jugaklah. Bulan ni banyak beli barang persediaan untuk hantar baby ke pengasuh. Duit pengasuh pun bertambah dah sebab nak hantar 2 orang. Semua duit sekarang ni. Tapi, bersyukurlah kita masih ada tempat berteduh dan cukup makan~ :) Alhamdulillah..moga kita sentiasa dimurahkan rezeki~

P/S: Siapa yang pernah czer? Dah dekat 50 hari luka tu masih ada rasa pedih tak? Tak ingatlah masa Adam dulu berapa lama luka rasa pedih. Pipi baby pun ada naik ruam, adakah sebab saya makan ayam goreng? Ada kaitan ke? Kesian tengok pipi dia T_T

Monday, August 28, 2017

Czer Kali Ke 2: Dah lepas 40 hari~


Assalamualaikum~

Hari ni dah hari ke 41 umur baby saya! Saya dah mula start makan makana bukan berpantang sikit-sikit. Slow-slow supaya badan takdelah terkejut sangat kan. Family mertua datang bawak durian wooo..mana boleh tahan. Tapi hanya seulas sahaja ye mak mertua bagi makan T_T. Pulut kena pantang setahun. Mak mertua pun dah mengesahkan..huhu..kalau sayang badan pantanglah pulut setahun ye kawan-kawan~

Tadi mak mertua masak ikan masak 3 rasa. Husband pergi mancing laut minggu lepas. Tapi mak mertua tak bagi makan sebab ikan tu bersisik. Difahamkan ikan bersisik tak elok untuk luka...huhu..tengok je lah diorang makan. Besar tu ikan tu. Sabar jelah menahan..nak cepat sembuhnya pasal kan~

Badan baby naik macam ruam kat dada dan muka. Rasanya macam bukan ruam susu, Sebab Adam dulu lain ruam dia. Kesian pulak, harap cepat hilanglah. Tak nak jadi eczema macam Adam dulu. Kesian tengok , berair. Setahun lebih gak Adam punya eczema tu..

Saya tak share lagi nama baby baru kan? :)

Aisya Zaara.

Ok tak? Sebab nak initial AZ..hehe..anak first Adam Zahin. Last minute tambah Muhammad kat depan. :p

Besar Aisya kalau nak compare dengan Adam masa lahir dulu. Beza sangat.berat diorang. Aisya lahir 3.39 kg, Adam 2.65 kg jee. Tapi, Aisya setakat ni tak susah sangat nak jaga. Adam yang susah sebab jeles dengan adik dia. Sebab ibu tak boleh dukung dia lagi. Maklumlsh czer kan. Sampai hari nak bersalin, saya masih dukung dia hantar ke pengasuh. Mesti dia rasa tersisih. Sekarang asyik nak buat orang marah je. >_<

Harap lama-lama dia oklah...

Wednesday, August 23, 2017

Antara bersalin normal dan czer~


Assalamualaikum~

Saje terasa nak mengulas pasal cara bersalin ni. Tapi saya takde pengalaman bersalin normal dan tak akan dapat merasa normal dah. Sebabnya dah 2 kali czer. So, maknanya anak  saya adalah terhad. Tak tahu nak rasa apa. Mungkin saya tak mampu kot nak ada ramai anak. Adik beradik saya 6 orang, jadi rasa cam tak best sikitlah kan bila kena rancang..hehe

Ada orang kata setiap orang lain-lain sakit dia. Mungkin betullah kan. ada orang tu senang je bersalin. Saya first kena induce, 3 cm pun dah macam apa dah sakit dia. Tak tertahannn. Yang ke-2 ni tak kena induce, tapi sakit contraction dia memang tak leh tahan walaupun baru 3cm T_T. Kalau czer kejap je, setel. Cuma nak menjaga lepas tu lah sakit sikit.Lagi-lagi bila dah kali ke-2 kena potong kat tempat yang sama. Parut dia jadi berlapis. 

Perbezaan antara Hospital Melaka (3 tahun lepas) dan Serdang (tahun ni):

Bilik operation: 
Hospital Melaka sangat sejuk sampai mengigil. Tekanan darah pun asyik tak dapat detect sebab gigil teruk..huhu.
Hospital Serdang pulak tak rasa macam ada air cond pun. Suam-suam bilik dia.
p/s: Setahu saya bilik operation kena suhu sejuk. Hmm...

Bilik bersalin:
Hospital Melaka ada TV dalam bilik bersalin. Walaupun hospital lama, fasiliti masih ok lagi.
Hospital Serdang fasiliti lagi baru, tapi takde TV.

Dewan Bersalin:
Dua-dua sama je, kena tunggu lama. Lebih kuranglah sebab hospital kerajaan. Cuma hospital serdang saya terpaksa ambil second class sebab tersangat full & katil kosong kat third class takde langsung T_T. Czer kotttt...agak mahal jugaklah. RM 600++ untuk dari Selasa malam sampai Jumaat. Baby pulak kena tahan 5 hari kat NICU kena RM50++.
Dulu hospital Melaka, 3rd class czer dalam RM 200++.

Wad:
Tak boleh nak compare sebab duk lain kelas. Hospital Melaka walaupun 3rd class, ok je. Selesa. Boleh borak-borak sebab ramai. Husband boleh datang masa melawat je. 2nd class pun sama je waktu melawat je husband boleh datang.
Cuma 2nd class ada aircond. 3rd class di Serdang macam agak sesak lagi kalau nak dibandingkan dengan Melaka.

Walaupun gap bersalin czer hanya 3 tahun, prosedur berubah. Dulu kena tahan 5 hari kat wad sebab kena cucuk ubat cair darah 5 hari. Sekarang 3 hari je kat wad, tapi kena bawak balik ubat cair darah cucuk sendiri untuk 10 hari. Baby dulu 3 hari je kena on antibiotik, kali ni kena 5 hari antibiotik. Terbalik pulak kan..

Saya selalu doa urusan bersalin dimudahkan, agaknya bagi saya czerlah yang terbaik dan mudah kot..huhu..sekarang please on family planning..hehe~ Nak amik apa? injection ke IUD??

Cuba advise sikit. Dulu saya pernah amik suntikan. Oklah cuma period panjangggg....hmm..

Saturday, August 19, 2017

Czer Kali ke-2 : Hari ke 32~


Assalamualaikum~

Akhirnya berurut jugak lepas hampir sebulan bersalin. Survey yang paling murah..hehe..sekarang harga boleh tahan tau. Ni pun jumpa kat FB, duk tengok orang share Siti Aisyah @ orang panggil Kak Ice tu. Blesses Beauty Confinement. Untuk area Selangor dia amik dengan harga serendah RM 90 untuk berurut saja. Ada jugak pakej penutup pantang. Macam menarik jugak. Tengoklah, kalau ada bajet boleh amik. InsyaAllah...badan nak pakai lama ni. Banyak gak la duit nak kena labur..huhu~

Saya amik 3 hari je untuk urut lepas bersalin. Bagi saya ok servis dia. Akak urut tu pun ramah je. Sambil urut borak-borak santai je. Lepas ni kalau rasa tak sedap badan bolehlah panggil akak tu lagi kot.

Kat Melaka saya nak ambil satu kali rawatang jugak sebab dah bayar deposit sebelum bersalin haritu. Ingat nak pantang kat Melaka, tapi tak jadi pulak. Rasa lagi selesa duk rumah sendiri...hehe. Mungkin nak tukar pakej kat Melaka tu lah. Amik berurut dan hot blanket je la kot? Harap akak urut tu tak kecik hati lah sebab nak kurangkan pakej...

Baby sekarang selsema, jangkit dengan ayah dia kot T_T. Malam-malam je mesti sumbat hidung tu. Haritu suruh husband belikan krim herbal tropical. Tapi tadi lepas urut akak tu sapukan minyak herba ubat NR. Sapu kat dada, belakang & hidung dia. Tengok macam ok sikit, terus beli satu kat akak tu. RM 27, tak mahal sangat. Boleh jadi minyak telon baby. Banyak dah minyak baby saya ada ni. Minyak Anugerah, krim herba tropical & minyak ubat NR. Try & error je lah. Kesian tengok baby susah nak nafas.

Isnin ni, 21 Ogos 2017 baby kena inject sebulan. Harap semua ok dan dia tak demam lah. Rasa mengantuk pulak lepas kena urut hari ni. Semalam dan lusa takde pulak rasa camni. Sedap ni kalau dapat tidur...hehe~

Lupa nak bagitau, untuk pakej penutup pantang, BBC ada pakej urutan pulih dara, lulur dan bertanggas. saya mungkin target nak amik urutan & tanggas je la kot. Nak kena kumpul bajet ni. Harap ada bajetlah. Anak dah 2 ni, tenaga lagi banyak nak guna. :)

Akak urut tu kata luka czer ni biasa paling kurang 6 bulan nak baik. Saya masuk kerja hari ke 60. Baru 2 bulan. Tawakal dan jaga diri je lah. Badan kitakan, bukan orang lain yang tanggung sakit pening kita..

Tuesday, August 15, 2017

Czer Kali Ke-2: Hari ke 28 ~


Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik dah 28 hari dah saya bersalin. Walaupun dah dekat sebulan, luka tu masih terasa-rasa jugak pedih dia. Parut luka tu pun rasa tebal. Agaknya sebab dua kali potong tempat yang sama ke? Dah hari ke-28 pun masih belum berurut. Kelmarin terjumpa Blessed Confinement Beauty kat FB. Terus book amik berurut je. Amik 3 hari. Banyak pakej yang dia tawarkan, tapi disebabkan kekangan bajet, kita amik basic je lah. 

Sebenarnya dah bayar deposit untuk pakej bersalin di Melaka, tapi sebab akhirnya lambat lagi nak balik Melaka, nak tak nak kena cari area sini jugak. Badan pun rasa macam dah masuk angin. So, Khamis, Jumaat dan Isnin ni saya akan berurut akhirnya :) Satu lagi sebab saya amik berurut je sebab tak confident boleh tinggal baby dan Adam lama-lama. Maklumlah pantang sorang je. Sementara berurut tu takde siapa nak tengokkan baby. Stress jugaklah fikirkan part tu. Berurut masa diambil dalam sejam katanya. Oklah kot. Kalau amik pakej yang lain dekat 2 jam gak. Risau memikirkan camne nak tinggal baby tu lah yang utamanya. Berurut office hour. Husband kerja. T_T

Adam sekarang dah dengar kata sikit. Oklah, cuma suka buat orang marah kat dia. Kurang perhatianlah tu sebab ada baby baru. Ayah nak pegang pun jeles tu. Dua minggu tak peluk Adam lepas bersalin haritu. Kesian dia. Dulu sebelum ada baby, ibu dia asyik peluk & dukung je. Kesian tetiba berubah secara drastik. Bila terfikir balik, memang rasa kesian gak. 

Baby sekarang makin membesar dengan sihat. Dah 4 kg +++. Lagi besar daripada abangnya dia dulu. Dulu masa baby Adam kecik je. Yang ni tembam betul. Double chin semua..huhu. Mata pun macam dah nampak. Kadang-kadang boleh ajak borak.. :p

Oklah, lama dah ngadap laptop ni. Ada 2 orang yang perlukan perhatian. Tak leh nak berlama-lama sangat. 

:)

Produk ni dapat memudarkan jeragat, parut dan cerahkan muka~


Assalamualaikum~

Rasanya rata-rata rakyat Malaysia ni selalunya banyak masalah seperti jeragat, parut dan kulit gelap kan? Maklumlah cuaca kat Malaysia ni kan panas selalu. Kita selalu tak terfikir pun nak pakai protection masa nak keluar rumah kan? Sebenarnya kalau tak keluar rumah pun, lampu mengeluarkan sinar UV jugak tau. Percaya tak?


Sebelum tu, meh saya perkenalkan set yang sesuai untuk merawat masalah-masalah tu. Set kombo 3!


RM 158 free pos!
1. Sabun bee venom
2. Krim Arbutin
3. Spot Serum

Set kombo 3 ni dah terbukti secara klinikal dan testimoni pengguna. Merawat jerawat, mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Untuk melindungi pulak eloklah pakai Plant Defense Whitening Sunscreen. 

RM 59.90

Sunscreen ni memang tak berminyak. Water based, nak solat pun senang. Tak perlu nak sibuk cari make up remover. Siapa yang tak minat make up sesuai sangat cuba set kombo 3 + sunscreen ni. Merawat dan menjaga muka secara total! 

Harga untuk set kombo 3 + sunscreen ni RM 218. Tapi untuk pembeli terawal, saya bagi RM 200 free pos! Hanya untuk follower dan pembaca blog ni saja :)

Whatsapp 013-6514022 dan nyatakan anda pembaca blog ni. Mudah je kan? Jom order cepat! :)
Tarikh akhir saya bagi sampai 31 Ogos 2017 ni!




Tuesday, August 8, 2017

Czer kali ke-2: Hari 21 berpantang~


Assalamualaikum~

Minggu ni dah start  berpantang sendiri. Mak mertua dah balik last week. Bukan senang nak dapat masa free untuk menaip dalam laptop ni. Tak leh nak berfikir lama-lama. Nasib baik Adam dah ok sikit dari masa mula-mula baby ada kat rumah.  Masa mula-mula menagis jugaklah, even masa baby still kat hospital pun. Lain macam perangai Adam sebab semua tak bagi dia peluk ibu dia. Maklumlah saya baru lepas operate, sakit lagi. sekarang pun saya masih rasa sakit sikit. Adam kena jaga-jaga tangan kaki dia kalau dekat dengan saya.

Alhamdulillah, husband membantu jugak time pantang ni. Pagi-pagi sebelum pergi kerja tolong sediakan air herba untuk mandi dan masak siap-siap. Saya kena mandi sebelum budak-budak berdua bangun. Setakat ni keadaan masih terkawal~ :p

Kesian kat Adam asyik kena marah sebab cakap elok-elok tak nak dengar. Nak suruh makan pun susah. Sekarang ni husband demam selsema pulak dah beberapa hari. Anak-anak pun dah start selsema. Adam dah start panas badan. Adoi~~

Camne pun bisnes online masih berjalan ye. Saya jual produk Secretleaf. Siapa nak boleh contact 013-6514022 :)


Saturday, August 5, 2017

Czer kali ke-2 : Hari ke-18 Berpantang~


Assalamualaikum~

Kalau nak diingatkan pengalaman pertama kena czer berbeza sangat dengan pengalaman kedua ni. Saya rasa kali ni rasa dia lagi sakit dari yang first tu. Orang kata sebab ni dah kali kedua kena operate sebab tu mungkin rasa sakit lagi. Operate pun kat tempat parut yang sama. Jadinya, luka parut baru dengan lama tu macam berlapis. 

Kali pertama parut saya elok je, senang nak jaga. Tapi parut kali ni, agak menakutkan sebab ada certain tempat luka tu macam berlapis. Hari pertama lepas operate tu memang doktor suruh baring je jangan gerak. Malam sikit baru dia suruh try duduk supaya darah mengalir. Kalau dulu, tengah hari nurse dah suruh pergi toilet sendiri mandi...huhu..beza sangat rasa dulu dengan sekarang. Adakah sebab hospital lain atau prosedur dah berubah ?

Nak pergi tengok anak kena tunggu husband datang bawak wheelchair. Tu pun hari kedua baru dapat tengok baby. Kesian kena tinggal sorang-sorang lima hari dalam NICU. Saya hari ketiga lepas bersalin dah boleh discaj, tapi balik tanpa baby la. Ada orang kata duduk je la dalam wad, tapi duk dalam wad pun still tak leh nak gerak tanpa husband sebab operate, lepas tu jauh. Wad level 5, anak kat level 2. Baik saya ikut husband balik rumah je. Tapi hari-hari kena ulang-alik tengok baby dan bagi susu. Sebab banyak sangat gerak kot, luka saya ada yang tertanggal kuping dia sikit dan berair je. Seram rasa. Takut pun ada. Sebab ada dengar kes kena operate balik. Takut ooo. 

Ahad malam NICU call bagitau boleh amik anak. Rushing terus ke hospital sebab kena amik sebelum pukul 10 malam. Lega rasa anak dah boleh keluar. Tak sanggup tengok semua tangan & kaki kena cucuk, Lebam-lebam tangan dia. T_T. Esoknya husband pergi report kat KK yang saya dah bersalin dan pagi tu nurse datang melawat. Nurse suruh datang klinik petang tu cek kuning anak dan luka saya sebab berair. Baby memang ada kuning dalam 107, lepas 5 hari kena datang cek balik. saya pulak doktor kata luka ok, cuma kena buat dressing wound. Lepas doktor cek, nurse tolong buatkan dressing sambil ajar caranya. Nasib baik ada mak mertua, boleh minta tolong buatkan kat rumah nanti. Buat sendiri memang tak boleh, tak nampak. Serius! Time kasih banyak ma sebab duduk tolong jaga dua minggu ni. Baru balik kampung balik dua hari lepas dengan adik ipar.

Eh, lupa nak cerita pengalaman dalam bilik operate. Masa Adam dulu bilik operate sangat-sangat sejuk. Yang kali ni tak berapa nak sejuk sangat, suhu biasa je. Semua pun perempuan yang handle. Hebat jugaklah diorang. Cuma kali ni saya rasa bius spine tu macam tak berkesan sangat. Masa Adam saya sedar 100% dan memang tak rasa apa, cuma masa dia nak keluarkan baby je rasa senak sikit, Yang kali ni, saya siap boleh gerakkan kaki. Terasa sayup-sayup perut kena godek. Sebabkan saya rasa mungkin dia tambah bius gas tu kot. Memang rasa macam mamai sangat. Rasa sakit tu ada, tapi tak boleh nak bagi reaksi. Doktor bius duk kat bahagian kepala cakap apa entah. Sebab saya asyik gerakkan kaki. 

Rasanya operate kali ni trauma kalau nak dibandingkan dengan yang first. Dengar gak diorang cakap belakang rahim dah ada lekatan dari operation sebelum ni, jadi susah sikit. Pastu saya dengar diorang kira-kira apa entah sebab memang tak nampak, tutup dengan selimut jadi macam tirai. Saya doa agar semua selamat je. 

Pukul 4 lebih pagi keluar dari wad operation, husband datang. Dia dah tengok baby dan iqamatkan. Alhamdulillah, tapi masa tu saya masih mamai. Macam orang mabuk pun ada. Minta husband stand by plastik takut muntah sebab masa Adam muntah banyak gak. Dalam setengah jam, baru diorang tolak saya ke wad. Husband tolong pindahkan sekali saya ke katil wad. Lepas tu dia kena keluar sebab bukan waktu melawat. So, memang terbaring je la saya dengan tak tahu keadaan macam apa entah. Tudung pun larat tak larat je main sarung, tak tau apa rupa. Tengah hari baru husband datang time melawat. Tak boleh makan apa-apa lagi hari pertama sebab takut muntah. Nurse bagi makan tapi dia kata roti je dulu. 

Overall, operation kali ni lagi sakit dan trauma dari yang first. Lagi-lagi dengar dia kata spine fail. Wallahualam lah apa maksud dia. Lepas ni memang confirm kalau mengandung kena operate lagi. Cuba hospital lain pulak lah kot? Saya tak mengurut lagi ni. Siapa tahu orang yang boleh urut area Dengkil?

Syukur walau trauma dan sakit , sekarang ni dah semakin baik. Tetiap hari makan selar bakar dengan ulam pegaga je..huhu..semalam baru merasa kuah singgang. Bertahanlah ye sampai habis pantang. Tak lama dah ni. Dah habis pantang nanti pun makan kena jaga sebab baby menyusu kan. huhu~~

Comel sangat baby girl ni. Kulit putih merah, ikut siapalah agaknya. Nurse tanya masa pergi KK haritu..huhu..mentang-mentang saya tak putih kan~ :p 

Monday, July 31, 2017

3rd Pregnancy: Berakhir Sudah~


Assalamualaikum~

Baby kali ni lahir lebih 40 minggu. Adam dulu awal 4 hari. Tapi dua-dua awal pagi. Adam 2 lebih pagi, baby ni pulak 3 lebih pagi. Husband kata baguslah, time macam tu orang tak ramai sangat lalu-lalang, aurat terjaga sikit katanya.  Wallahualam. Tak tahu betul atau just nak sedapkan hati ni je.

Kelahiran kali dimulakan dengan air ketuban leaking. Sama macam masa adam dulu. Air ketuban leaking sebenarnya agak berisiko terkena jangkitan kuman tau. Memang boleh relaks-relaks lagi sebab air keluar sikit-sikit dan rasa sakit masih takde lagi. Pukul 7 pagi hari selasa 18 Julai 2017 bermula leaking. Sempat relaks, makan kit kat pastu hantar Adam kat pengasuh, pastu pergi singgah makan roti canai jap sebab tahu dah bersalin jangan harap dapat makan benda-benda tu dalam masa terdekat kan.

Masa tu fikir, akhirnya nak keluar pun baby ni. Ingatkan kena tunggu tarikh akhir doktor bagi 24 Julai serah diri kalau takde apa-apa tanda. Pukul 10 lebih pagi sampai ke wad bersalin Hospital Serdang. Saya target untuk cuba bersalin kat sini sebab maklumlah hospital baru gak lah kan. Malangnya wad penuh. Pukul 5 lebih nurse panggil tanye nak tak amik second class. Sebab tu je yang ada kosong. Saya pelik jugak kenapa dia offer kat saya. Orang yang tunggu lagi lama dari saya tak dioffer pulak. 

Disebabkan dah lama sangat menunggu kat kerusi dari pagi, saya tanya husband dan dia suruh amik je 2nd class tu. Pukul 7 malam, saya selamat mendapatkan katil dan akhirnya dapat berbaring. Second class ada 4 katil satu bilik dan berhawa dingin. Malangnya saya tak sempat merasa nikmat tidur malam tu sebab contraction dah start datang dengan kerap dan boleh tahan seksa jugak menahan sakit tu. Rasanya satu bilik dengar tercungap-cungap  amik nafas untuk kurangkan sakit kononnya. Tunggu nurse buat round malam tu dan inform dia yang saya rasa sakit sangat dah. 

Diorang check CTG dan VE. VE dah 3 cm dan badan saya dah start nak demam. 37.7 celcius. Demam tu tanda-tanda infection. Tengah malam tu nurse tolak saya dengan wheelchair ke labour room. Katanya contraction kuat, dan dah 3 cm. Dia suruh call husband standby. Nasib baik Adam memang dah standby kat rumah babysitter. Tak tahu nak harap kat siapa time macam ni. Masuk je dalam labour room, tak lama lepas tu husband masuk. Bacaan CTG macam tak elok, doktor kata jantung baby laju, bilangan sel darah putih tinggi. Tak lama pun saya duduk dalam labour room tu. 

Doktor advise emergency ceaser sebab takut effect kat baby. Masa tu tengah sakit, kalau fikirkan memang nak cepat-cepat baby keluar. Tapi sebenarnya saya target nak normal kali ni. Takde rezeki nak anak banyak agaknye. Bila first dan second dah ceaser, third memang kena ceaser jugak lah. Sedih jugak rasa, tapi tu semua rezeki Allah. Fikir positif je. Kalau nak baby selamat, better operate. Husband pun redha je time tu. Dia sendiri tengok sakit macam mana tahan contraction tu. Tak dapat jugak bersalin bertemankan husband T_T

Lepas sign beberapa surat yang saya sendiri tak sempat nak baca, diorang tolak saya ke operation room. Pukul 3 pagi macam tu nak kena bedah. Tengok doktor ramai menguap. Seriau rasa. 

Next entri saya cerita pengalaman kena operate ye. Lain sangat macam yang first operate. Trauma plak bila teringat. Harini baru hari ke-13 bersalin. Doakan saya dapat berpantang dengan baik ye kawan-kawan :)


Sunday, July 16, 2017

3rd Pregnancy: 40 weeks sudah~


Assalamualaikum~


Semalam, 15 Julai 2017 sepatutnya due date baby ni. Tapi baby masih tak nak keluar nampaknya. Best sangat kot duduk dalam perut ni. Scan Khamis baru ni berat dah 3.3kg. Debar pulak rasa. Adam dulu masa keluar 2.65 kg je, tu pun caeser. Baby kali ni macam mana agaknya dia nak keluar. Ikut macam abang dia atau normal ye agaknya. Perut makin besar dah rasa ni. 

Tarikh last adalah 24 Julai 2017. Kalau baby ni masih tak nak keluar, saya kena serah diri sendirilah kat hospital. Tak tahu nak cakap apa perasaan ni. Harap dimudahkan dan semua selamat je lah. Sekarang stand by kat rumah je. Cuti 60 hari bermula 17 Julai 2017 ni..huhu~

Nak pergi ofis pun dah tak larat rasa nak bawak perut ni. Dengan kawasan kerja yang luar, dari parking ke ofis pun dah mengah rasa. Kaki bengkak sebab jalan jauh kot. Hari tu cuti satu hari, surut pulak bengkak sikit. Maknanya memang banyak jalan akan menyebabkan kaki bengkaklah agak nye kot.

Dah kena start google resepi pantang ni, nak mintak husband tolong stand by buatkan nanti..hehe~ :p

Wednesday, July 5, 2017

3rd Pregnancy: 38 minggu sudah~


Assalamualaikum~


Lama cuti raya blog ni ye? Terima kasih E'in yang rajin tegur dan jalan-jalan sini walau tak berupdate lagi..hehe~ :) Hari tu cuti raya seminggu lebih jugak. Isnin baru ni baru masuk kerja balik. Minggu depan kalau baby tak keluar lagi last week kerja la kot, insyaAllah. 

Kerja swasta cuti maternity hanya tepat-tepat 60 hari termasuk Sabtu Ahad dan public holiday. Jadi nak tak nak memang tak boleh cuti awal untuk rehat walau tengah sarat sangat rasa dah sekarang ni. T_T. Boleh tak nak minta MC seminggu sebelum due? huhu

Seminggu lebih sebelum raya kaki memang dah kembang sangat. Sampai sekarang masih tak surut. Serius macam kaki gajah dah tengok. Nak bengkok untuk duduk masa solat pun susah sekarang sebab bengkak sangat. 

Check up sekarang pun seminggu sekali. Harini ada check up lagi kat KK. Nak bersalin kat mana pun masih berbelah bahagi, maklumlah google sana sini, pengalaman orang bermacam-macam. Kalau nak standby kat kampung Melaka, susah jugak sebab mak kerja. Nanti takkan nak kena pergi hospital sorang-sorang. Dengan Adam lagi. So, saya decide better ada husband la di sisi. Dah kawtim dengan pengasuh jugak kalau tetiba malam nak bersalin memang nak mtk tlg dia jagakan Adam. Nak husband teman dalam labour room kan kalau boleh. First kena czer, so memang takde pengalaman pun bersalin berteman. Nangis sorang-sorang jelah dalam operation room dulu..huhu~

Kali ni doktor cakap ada 70-80% chances untuk normal. Kira VBAC la orang panggil. Vaginal birth after caeser. Tapi kalau contraction skala 8 dan lebih certain hours, nak tak nak memang kena czer jugak sebab risiko atas rahim. Sekarang ni saya tawakal je lah. Doa urusan bersalin dimudahkan dan semuanya selamat. Saya tak berani nak berharap yang lain-lain sangat. Syukur sangat dah kalau semua selamat. 

Kalini harap tak lupa bekalan untuk masuk hospitallah. Masa Adam power bank & charger pun tak teringat. Kurma & air pun tak teringat. Sebab tu takde tenaga kot. Debar gak nak tunggu baby ni keluar. Adam dulu seminggu awal. Baby ni tak tahulah lambat ke awal. Doktor bagi delay sampai seminggu kalau masih takde tanda pape. Harap semua selamat dan dimudahkan~

Monday, June 19, 2017

Cari Baju Raya di Lazada~


Assalamualaikum~

Raya dah makin dekat ni, tak sampai seminggu pun lagi ni. Korang dah beli belum baju raya?? Saya? Adalah jugak baju raya sebab mak memang selalu bagi baju raya kat anak-anak perempuan dia. Walaupun anak dia sorang ni dah kawin dan beranak-pinak..huhu..malu pulak kan. Patutnya kita yang belanja mak. Tapi, bila ajak mak keluar beli baju raya, mak asyik cakap tak nak je. Kalau main beli takut tak sama saiz sebab mak jenis bahu lebar..huhu.

Tahun ni, sekali lagi tema warna saya adalah hijau. Dah tiga tahun berturut-turut hijau! Ni semua penangan husband yang suka sangat warna hijau T_T. Saya dah bagitau awal-awal tahun depan bagi saya pilih warna pulak, tak pedulik! Saya nak warna pink..hehe..padan muka :p 

Baju raya saya dah ada. Ada kebarung, kurung moden. Tapi baju husband dengan Adam takde lagi ni. Kalau boleh nak sedondonlah kan. Husband cakap dia boleh pakai baju raya tahun-tahun lepas sebab memang hijau kan. Tapi Adam dah sentenglah baju tahun lepas. Dah jadi seluar tidur dah baju melayu dia tu. Nak tak nak Adam kena ada baju raya. 

Nak pergi ke kedai mesti penuh sangat orang kan? Dengan perut yang tengah sarat ni, ada baiknya saya survey baju raya online saja. Duduk dengan relaks je sambil shopping. Mudah je kan? Husband ada cakap nak cuba survey kurta. Dapat sedondon dengan Adam memang elok sangatlah tu kan?? 


Jom cuci mata, tengok kalau-kalau ada Kurta yang berkenan kan :) Baru tengok-tengok je, tapi warna hijau untuk selection kurta tak jumpa la lagi pulak. Takpe, kita teruskan pencarian ye. Banyak sangat pilihan takut tak terjumpa kan~



Baru jumpa warna biru je. Comel gak baju tu kan. Kita bookmarks kan dulu baju kurta sedondon ayah dengan anak ni ye. Hehe. Jom cepat shopping baju raya kat Lazada sekarang! Ada Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale! Diskaun sehingga 90% tau dari 19 Mei 2017 sampai 30 Jun 2017 ni!! :D Berbaloi-baloi~ Hari tu baru shopping barang berpantang, beratus gak habis, nasib baik berbaloi dan memang keperluan..huhu~

3rd Pregnancy: 36 weeks dah sekelip mata!


Assalamualaikum~

Semakin dekat nak raya, semakin berdebar pulak rasa. Minggu ni dan masuk 36 minggu pregnancy. Macam manalah rupa baby bila keluar nanti. Risau jugak sebab kali ni makan tak berapa nak jaga sangat macam masa pregnantkan Adam dulu. Harap-harap comel dan sempurna sifatnya baby ni nanti, Aminnnn~

Nak raya pun, bisnes online tengah rancak sebab banyak promo raya. Sarat-sarat pun bisnes tetap bisnes. Masih merangkak dalam online bisnes ni, tapi Alhamdulillah makin nampak perkembangan sikit-sikit. Sambil menjual sambil memperkenalkan produk yang lebih selamat kan? Ada stokis mesej saya tanya kenapa saya tak amik bayaran postage. Saya bukan tak amik, cuma pembelian atas RM 100 buat masa ni memang saya tak cas pos.Orang baru nak bisneskan, kena try and error lah :) InsyaAllah ada rezeki ~ 

Raya tahun ni insyaAllah akan beraya di Terengganu dulu. Raya tahun ni paling lama saya rasa cuti beraya. Agaknya sebab start raya pun hari Ahad. Jumaat malam kami akan bergerak ke kampung. Huhu..kena siap-siapkan bekal untuk bersahur sekali la nanti. Mesti jem teruk nanti, lenguhlah pinggang T_T.

Semoga perjalanan kita semua selamat. Selamat pergi dan selamat balik ye :)


Friday, June 16, 2017

Promosi Raya Secretleaf! Berbaloi-baloi~


Assalamualaikum~

Seminggu ni rasa kaki makin membesar. Bengkak air kot orang cakap atau edema. Bila dah duduk nak bangun pun rasa berat & lenguh je kaki ni. Sarat dah rasa ni. Ada lagi 5 minggu nak 40 weeks. Caiyok-caiyok! Beg hospital tak packing lagi. Beg untuk balik pantang jap kat Melaka tak packing lagi. Adoilaa..dengan peningnya nak bersalin kat mana lagi...huhu~

Minggu ni pulak mata sakit, macam berair je. Tekak sakit. Kaki bengkak. Dugaan sungguh. Rasa nak mintak MC tidur je ni rasa. Tapi pagi tadi pergi klinik, klinik tak buka lagi pun. Harap tak berjangkit kat Adam atau husband je lah.

Sebenarnya tujuan utama entri kali nak ni bagitau pasal promosi Secretleaf je. Korang pernah dengar tak pasal Secretleaf? Selalu kot masuk TV Al-Hijrah. Dalam majalah mingguan wanita pun selalu juga keluar iklan. Secretleaf ni adalah produk penjagaan kecantikan/ kosmetik yang diformulasikan secara natural. Founder pun orang Melayu. Ada kilang bertaraf GMP kat Kedah & coming soon kat Meru, Klang tau. Produk tempatan tapi kualiti antarabangsa! Bebas paraben, SLS, merkuri, hidrokuinin dan lain-lain kimia bahaya.






Sekarang Secretleaf tengah mengadakan promosi raya. Sampai 7 Syawal / 1 Julai 2017 sahaja tau. Bagi saya promo ni memang berbaloi sangat penjimatan dia. Kalau nak cuba, tak rugi amik promo set ni   :)

Untuk maklumat lanjut boleh contact 013-6514022. Dealer sah area Dengkil / Cyberjaya. Kalau duduk jauh, free pos je sebab setiap pembelian atas RM 100 saya bagi free pos tau. Pos laju lagi :)

Dulu beli saje je sebab nak try, bila dah guna terus jatuh cinta nak nekad nak konsisten dengan produk ni. Dahlah produk bumiputra, Melayu Islam lagi tau. Saya pernah jumpa founder produk ni sekali, very humble person dan bukan calang-calang oranglah senang cakap. Respectable person. Secretleaf adalah company pertama jual argan oil di Malaysia pada 2009/2010 tau.






Tuesday, June 13, 2017

3rd Pregnancy: 35 Weeks & barang berpantang~


Assalamualaikum~

Dah week 35 dah, kali ni rasa macam dekat je dah nak bersalin. Tak tahu kenapa. Dulu masa Adam selagi tak raya, rasa macam lambat je lagi walaupun due second week raya. Kali ni, walaupun due date minggu ke-3 raya, tapi rasa macam tak jauh je rasa. Tak tahulah kenapa. Tapi, walaupun rasa camtu, baju baby still prepara lambat gak :p Baru je basuh weekend baru ni. Tak packing lagi beg nak pergi hospital. Kali ni bawa beg roda macam nak pergi holiday kot. Senang nak seret..huhu..pelik tak kalau bawak beg tu check in hospital??

Bulan ni Alhamdulillah, ada rezeki lebih. Beli barang-barang untuk berpantang dan barang baby sikit. Beli online je sebab bila walk in kedai macam harga lagi mahal je dan penat nak pusing. Online senang je, duduk depan laptop dan surveylah harga. Cari yang fee delivery la..hehe. Setel barang berpantang. Yes! Mula-mula risau jugak mana nak cekau duit, dengan breast pump pun tak beli haritu lagi kan. Tapi bulan ni nekad bagi lebih sikit mak mak sebab nak raya, Alhamdulillah rezeki datang berganda. Hampir complete dah barang nak bersalin ni. Lain kali jangan berkira sangat dengan family ye..huhu~

Saya beli minyak herbanika NR, akar uncang NR, uncang mandian tanamera, sabun mandi tanamera untuk preparation berpantang. Macam sikit kan? Tapi tu pun dah cecah hampir RM 200 jugak tau. Nasib baik minyak pilis Anugerah masa bersalin Adam tu ada lagi, Boleh guna. :)

Untuk urut lepas bersalin pun dah book dengan sorang akak ni. Dia akan datang rumah dan buat treatment macam spa kat rumah. Best jugaklah ada orang sediakan air mandian, scrub badan, sauna, urut, buat rawatan muka dan rambut. Maklumlah badan penat lagikan lepas bersalin. Saya amik pakej 3 hari RM 400. Akak tu area Melaka. Kalau luar ada transport charges. Tapi saya kena jimat, so kalau urut kena balik Melaka lah. Tak tahulah mana baby ni nak keluar...

Image result for tanamera mandian Image result for tanamera sabun
Image result for nr minyak herbanika Image result for akar herbanika


First time nak cuba dua produk ni. Sebelum ni guna set pantang Anugerah. Nak try produk yang lain pulak. NR ramai yang komen best, sebab tu nak try. Kita tengoklah camne nanti ye~

Wednesday, June 7, 2017

3rd Pregnancy Week 34: Alhamdulillah, setel breast pump~~


Assalamualaikum~

Dah masuk minggu ke-2 berpuasa di bulan Ramadhan ni kan. Sekejap je masa berlalu. Banyak tak amal ibadat yang dah dibuat tu? Saya banyak tertinggal dah..badan rasa letih sangat malam. Sampai nak layan Adam pun dah tak larat. Baby dalam perut pun bila gerak kadang-kadang rasa senak. Kadang-kadang dia dia berlaga dengan tulang pinggul ni. Geli pun ada..huhu..dulu masa Adam tak ingatlah pulak. Rasa Adam dulu kuat menendang je kot. Sampai terpelanting telefon kat perut...huhu~

Weekend baru ni saya pergi baby fair kat Presint 3 Putrajaya. Ingatkan bolehlah borong barang baby bagi habis semua, tapi harga agak mahal jugaklah kat sana T_T. Dahlah dengan orang beratur panjang nak bayar sebab kaunter satu je, tempat pulak sesak. Memang mood terus hilanglah. Kat sana saya tengok ada breast pump jenama Treenie Kompakto, brand yang saya tengah target nak beli sebab tu double breast pump yang paling murah setakat ni. Harga pam tu RM 139. Emm..macam mahal jugaklah bagi saya. Tak berbaloi nak beratur panjang.

Saya masuk sorang je, pusing-pusing pastu keluar balik. Cakap kat husband tak berbaloilah. Pastu kitorang pergi tengok The Store warehouse sale kat bangunan sebelah tu. Harga pun biasa je kot bagi saya, lebih kurang macam kat kedai dia je. Tak macam warehouse sale pun. Tapi belilah jugak sikit barang sebab tak panjang pun orang nak beratur bayar. Area pun luas lagi dari baby fair tadi.

Pastu husband ajak balik sebab cuaca pun panas. Tapi saya ajak husband singgah Pump on the Go kat Ayer 8 jap. Tak puas hati sebab tak dapat breast pump. Bajet dah ada, takut terguna kat tempat lain. Sampai-sampai saya naik sorang je. Ada Treenie Kompakto dan pakej dia lagi berbaloi dari baby fair tadi! Memang saya amiklah. Pakej RM 149 dapat breast pump, cooler bag, ice brick, 4 botol susu. Berbaloilah saya rasa. Alang-alang kat sana amik satu botol susu pigeon untuk baby baru. Adam dulu susah nak menyusu botol. Tomme tippe,MAM, dan beberapa botol lain saya dah try tapi tak jalan. Sampai nak dekat 2 tahun kesian dia kurang menyusu. Tapi kat rumah asyik nak melekat T_T.

Harapannya, baby kali ni dimudahkanlah. Harap ok lah hantar pengasuh nanti. Adam dulu pengasuh sampai nak give up jaga sebab tak nak menyusu. Sampai kena pakai sudu / syringe untuk bagi susu, Gigih tak gigih pengasuh saya ni. Sebab tu suka sangat dengan pengasuh ni. Sampai sekarang hantar kat dia je. :)


Image result for treenie kompakto
Lebih kurang macam ni lah pakej saya, Tapi ice brick, bukan ice pack.

Lega rasa dah dapat breast pump. Hari ni kita cari item untuk berpantang pulak! Saya macam nak cuba NR lah, tapi bukan setlah. Tak mampulah, mahal. Saya target minyak herbanika, akar herba untuk minum. uncang mandian herba tanamera, sabun tanamera. Ok tak tu je ?? Tu pun dah dekat RM 200...huhu..shopping kat lazada. Ada tambahan apa-apa lagi ke ye? Dulu saya beli set Anugerah, ok je tapi kali ni nak cuba NR pulak. Minta bagi pandangan ye :)

Friday, June 2, 2017

Berbuka Bersama PM~


Assalamualaikum~

Sekejap je dah 7 Ramadhan kan kita? Alhamdulillah setakat ni masih larat berpuasa walaupun perut rasa berat je ni. Kadang-kadang bila orang tanya bila nak bersalin, rasa macam tak caya je nak jawab bulan depan. Serius rasa macam sangat dekat dah due tu. Pastu dengar ada sesetengah orang yang awal sebulan dah bersalin. Perasaan berdebar dan risau tu ada jugak, tapi doa yang baik-baik aje lah. Beg untuk ke hospital pun tak prepare lagi ni. Slow & steady je kali ni. Cuma harapnya jangan kelam-kabutlah bila dah dekat due nanti. Maklumlah masa tu mesti busy nak beraya lagi kan..huhu~

Selasa baru ni ikut husband pergi majlis berbuka puasa bersama PM kat Putrajaya. Saja nak tengok suasana berbuka majlis dengan PM..hehe. Pukul 6.30 patutnya dah boleh masuk, tapi balik ofis jalan jem, nak mandi solat semua, 6.30 baru gerak dari rumah. Masa tu tawakal je lah, kalau takde tempat kosong, pergi jelah buka tempat lain. 

Sampai-sampai, PM tengah bagi ucapan. Masa tu dah pukul 7 lebih dah. Lewat gak lah kitorang sampai. Sebelum sampai tu ada scanning security lagi kat guard, parking pun dapat jauh. Nak pergi cari meja kena lalu depan orang ramai. Kiranya kiri tu pentas & VVIP, kanan pulak semua tetamu. Laluan karpet merah. Masa tu semua tengah tengok PM berucap. Kira memang menarik perhatianlah lalu nak pergi cari meja tu. Segan tak payah cakaplah.

Nasib baik ada tempat kosong, cuma basah sikit sebab hujan sebelum datang tu. Tak kisahlah kan. Makan buah & nasi berlauk. Boleh tahanlah, sedap jugak. Pastu nak solat, tengok macam sesak la plak. So, akhirnya kitorang decide balik solat kat surau mana-mana je. Tak tunggu sampai habis majlis pun..huhu. Susah sebab Adam tak leh nak duk diam. Asyik nak berlari je. Siap jadikan karpet merah tadi macam trek larian dia pula T_T. Nasib masa tu ramai dah gerak untuk solat. PM pun dah takde kat area tu.

Singgah kat area surau Ayer 8, solat kat situ je. Sedap je aircond dalam surau tu. :)

So, oklah overall. Sempat makan dan sempat solat. Sebab sebelum datang dah letak mindset jangan berharap makan dengan tenanglah dengan budak Adam tu :p 

Bye-bye. Ada rezeki bolehlah datang lagi. Kamera HP murah je, tak berapa clear sangat :p



Monday, May 29, 2017

3rd Pregnancy 33 weeks :Overconfident~


Assalamualaikum~



Sabtu tu hari tu ajak husband pergi ke Mid Valley. Sebabnya ingatkan ada baby fair weekend baru ni. Confident je ajak husband pergi. Sekali dah sampai ada home & living fair je. Punyalah datang dari jauh, rupa-rupanya 29,30 July. Bukan bulan May! T_T

Over sangatlah confident ada fair tu. Dahlah nak pergi sana dengan jem lagi. Last-last ajak husband singgah AEON aje lah, beli sikit preparation bersalin bulan Julai ni. Camne pun kena beli jugakkan? Dekat dah tu, dengar ada orang citer ada yang sebulan awal pun dah bersalin, jadi risau jugak. Tak tahu kalau benda nak jadi kan.

So, pergi sana dapatlah top up sikit barang keperluan untuk preparation baby baru ni. Amik sabun pencuci baju baby, pencuci botol, swadle pureen satu nak try, disposable breast pad, cotton bud baby, kapas untuk tali pusat dia, mitten & booties, barut 2 helai. Itu je kot rasanye. Tu pun dah cecah RM 150++...huhu..baju tak cari lagi. Tengoklah next week kot. Baju Adam ada sikit, yang lain-lain banyak dah bagi kat adik & adik ipar. Tambah sikit-sikit baju lagi lah kot. Napkin untuk bedung tu pun tak beli lagi. Tak jumpa pulak kat AEON haritu..

Bajet untuk breast pump baru takde lagi. Worst case scenario saya guna jelah breast pump lama ni dulu kot kalau bajet tak jumpa-jumpa lagi. Pam lama suction & level dah tak leh control. Emm..harap-harap adalah rezeki nak beli breast pump nanti. Target untuk fully BF 2 tahun. Adam pun hampir 2 tahun gak BF, cuma masa 2nd pregnancy gugur dah slowly kurangkan. Dan masa awal pregnancy kali ke 3 ni asyik cakap kat dia susu dah takde, ibu sakit. Mula-mula dia tak nak terima. last-last alhamdulillah ok. Tak payah nak letak sos merah ke atau pape untuk paksa dia stop. :)

Berdebar gak nak tunggu baby ni keluar. Harap semua urusan dipermudahkan. Nak raya puas-puas dulu kalau boleh, insyaAllah :)

Friday, May 26, 2017

Percutian Pada Harga Yang Terendah Di Traveloka!


Assalamualaikum~

Dah penat-penat bekerja, belajar lepas tu bersengkang mata, apa salahnya kita pergi holiday kan… Sekali sekala rehatkan fikiran dan manjakan diri dari penat seharian bekerja mesti best!..hahaha Tapi nak pergi mana je?? Faham-faham jela dengan ekonomi sekarang yang tak menentu ni..hmm bila fikir balik nak bercuti tapi tak nak keluarkan duit yang banyak..macam mana tu ea?? Alaaa korang!! Apa korang nak risau..no need to worry la korang…Traveloka boleh bantu korang untuk merialisasikan percutian korang pada harga yang terendah okay!! Haaa.. mesti korang nak tahu kan apa yang Traveloka tawarkan…Jom la baca lagi!!



            Seperti yang saya cakap tadi..Traveloka ni adalah salah satu pencarian hotel yang menawarkan harga yang sangat berbaloi kalau nak dibandingkan dengan pencarian yang lain.. Harga yang ditawarkan pergh! memang murah giler korang! Dengan menggunakan pencarian traveloka ni, proses pencarian hotel-hotel ideal korang pon akan jadi lebih mudah dan yang paling penting pantas!.. Bukan setakat tuh je, malah boleh jimatkan masa dan wang.. Apa susahnya, sekarang kan zaman teknologi..korang boleh survey hotel ideal korang dari rumah ataupun dimana sahaja korang berada janji kena ada internet laa..
Tak perlu pening kepala nak survey satu-satu hotel di laman rasmi hotel tu..Layari je la website rasmi diaa. lepas tu korang just taip je destinasi yang korang nak pergi then klik cari..so nanti akan terpapar la semua hotel yang ada di sekitar destinasi yang korang pilih tu dengan harga yang berbeza..so tugas korang just bandingkan kan la hotel-hotel yang ada and book jer..Haaa mudah jer kan..sekali klik je u ollss semua keluar.. Kalau korang dah tahu nama hotel yang korang nak stay tu, lagi mudah kerjanya..u olls just taip je la nama hotel tu then pilih tarikh kemudian klik cari..So nanti akan keluar la paparan hotel yang korang taip tadi tuh.. Korang jugak boleh selaraskan pilihan hotel sama ada mengikut popularity, harga terendah mahupun harga tertinggi..
Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkaitan hotel yang korang dah pilih tu, korang boleh baca je komen-komen pengunjung yang pernah menginap di situ..So dari situ korang boleh tau sama ada hotel yang korang pilih tu ok ke tidakk.. Kalau nak mudah lagi..korang selaraskan je mengikut penarafan hotel..pilih jer orang nak paparkan hotel berapa bintang..Its depend on korang punya bajet la..Tapi dengan traveloka ni hotel 4 bintang pon boleh dapat harga yang rendah okay…





Selain book hotel, korang jugak boleh book tiket flight tau.. Macam-macam ada u ollss..korang nak naik ape je?? Malindo air?? Malaysia airlines?? Semua ada okay.. Yang bestnya korang..harga yang ditawarkan sangat berpatutan!! Murah sangat u ollls!! Cara nak book tiket flight ni pon mudah jer..Sama jugak macam nak book hotel.. Make sure korang klik dulu menu penerbangan yang terpapar di atas laman web tu before buat tempahan.. Then akan terpapar la paparan untuk korang nak cari or booking tiket flight.. Sama jugak macam pencarian hotel, cuma berbeza sikit la dimana korang kena pilih destinasi dari mana korang naik dan kemana destinasi korang nak pergi..Lepas tu pilih la tarikh korang..oh sebelum terlupa, korang pon boleh pilih tau sama ada nak beli tiket sehala ataupun tiket pergi balik.. Dah sudah pilih tarikh, make sure u olls pilih kelas penerbangan yang korang nak sama ada kelas ekonomi, business, atau pun premium ekonomi.. Lepas tu ape lagi klik la cari..So later akan terpapar la paparan senarai flight yang ada.. mudah jer kan..hahaha yang penting jimat masa dan wang okay…


Ternyata traveloka ni mampu memberikan penjimatan yang luar biasa kat korang..Tak kan la korang tak nak gunakan peluang yang ada ni???rugi la korang kalau lepaskan peluang keemasan ni! So jom la try gunakan Traveloka sekarang untuk menikmati percutian pada harga yang terendah!!

Salam Jumaat: Selamat Berpuasa 2017!


Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik esok dah nak puasa dah kan? Korang semua dah siap ke preparation untuk berpuasa? Makanan sahur & berbuka semua dah stand by? Dah ada menu sahur dan berbuka ke? Saya blur-blur lagi. Ramai je yang share senarai menu sampai 30 hari, tapi....huhu..tak tahu tahap kerajinan tu macam mana. Nasib baik ada husband yang boleh membantu jugak :)

Semalam pergi check up hospital. Untuk daftart je ada 60 orang nak kena tunggu turn. Tak masuk ambil nombor untuk jumpa doktor pulak. Sabar je la kan. Biasalah, hospital kerajaan kan memang ramai orang. Nak pergi swasta tak mampu pun. Lagipun hospital kerajaan pun cukup baik dah bagi saya. Puas je dengan layanan dan rawatan di sana. Syukurlah boleh dapat khidmat pakar dengan harga rendah kan :)


Kesian Adam kena tinggal kat rumah pengasuh time pergi hospital sebab takut dia bosan. Lagi satu takut terjangkit dengan apa-apa penyakit kat hospital tu. Maklumlah hospitalkan ramai orang sakit. Sayu je rasa dia menangis nak ikut pagi semalam, sebab semalam husband drive. Biasa saya je drive hantar dia. Bila ada husband dia ingat nak pergi jalan lah. Sedih, tapi kena kuatkan hati T_T.

Masa check up tu, yang tak bestnye, doktor tu tanya mana buku nombor satu. Masa buat appointment nurse suruh minum air gula je sebelum datang. Takde mention buku nombor 1 pulak. Adehh, tak pasal-pasal kena datang lagi satu bulan. Huhu...penat ooo nak menunggu turn tu. Walau duduk je pun, malam tu badan rasa penat giler. Baring-baring tak leh nak bangun dah rasa. Letih sangat rasa badan ni. 

Esok nak puasa ni, agak-agak bangun ke tak sahur nanti? Risaunya saya. Alarm harap kat HP husband je sebab HP saya tak function dah alarm. Tak tahulah kenapa. Nak godek-godek, tak reti sangat, karang tak pasal-pasal rosak lagi naya. Dahlah HP tu la alat untuk business online saya..hehe~

Nak puasa ni, saya risau je bila memikirkan barang-barang baby yang masih belum complete. Semalam lepas balik hospital ajak husband tengok Tesco kat IOI Mall Putrajaya jap. Selain nak restock makanan basah untuk puasa ni, nak survey & beli barang baby jugak. Sikit je barang yang dapat; mini toiletries baby, pampers new born, wet tissue. Sikit je kan...itu pun tengok resit dah dekat RM 300. Makanan basah kot yang buat mahal. Sakit juga kepala bila beli last minute ni. Sebab bajet pun kena lump sump. Dahlah nak raya lagi. Mudah-mudahan dipermudahkanlah urusan kami ni.

Amik gambar parking, takut lupa..hehe~

Hari ni tengah kerja, tetiba husband wassap ajak balik kampung dia. Nak bawak balik ketam dia tangkap kat Bagan lalang 2,3 hari lepas. Alhamdulillah dapat banyak jugak. Tak kisah nak balik kampung tu. Yang risau tu nak mengadap jem dan badan letih ni..huhu. Tapi takkan nak halang pulak kan orang nak balik jumpa mak sendiri. Family dia family saya jugak..huhu..



Doakan urusan perjalanan kami dipermudahkan ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA