Tuesday, January 31, 2012

Suatu petang ~



‘Kawan abg dapat naik pangkat. Senior executive lagi.’
‘Yeke? Bistu, abg??’
‘Takde pun..sedih sangat rasa..’

Tu antara mesej-mesej antara saya dengan leonerz tgh hari tadi. Sedih je baca mesej-mesej tu. Dia mestilah lagi sedih. Keje siang malam tapi takde hasil. Ada degree, tapi kerja teruk & gaji tak macam orang ada degree. Nak mesej ngan call saya selalu pun tak leh L

Sakit-sakit pun pergi keje gak. Keje sampai malam, kadang-kadang sampai pukul 2,3 pagi. OT pun selalu tak dapat penuh sebab bos tak caya dia betul-betul OT. Memang sedih lah bila tunggu confirm, tapi tak confirm-confirm.

‘Macam mana abg tau?’
‘Terdengar member-member abg borak tadi.’
‘Takpe..tunggu dulu. Tengok camne.’

Petang tadi, pukul 3 pm diorang adakan meeting. Meeting abis dalam pukul 5 lebih. Saya tak tau nape, tapi hati saya macam dapat rasa sesuatu yang baik akan berlaku. Takkanlah dah keje teruk-teruk camtu tak dapat naik pangkat, tak confirm-confirm? Dalam masa yang sama, pada Allah SWT jugaklah saya minta kami ni dimurahkan rezeki. Petang tadi kat tempat saya hujan. Orang kata hujan tu rahmat & elok kalau berdoa time hujan-hujan ni~

Pas dia abis meeting tadi, saya terus call dia.

‘Dalam kete ni. Ada keje lagi, blk lmbt.Mkn jap.’
‘Berita baik atau berita buruk?’ saya tanya.
‘Nantilah abg call balik. Member ramai ni dalam kete.’
‘Emm, yelaa…mesej la tau.’

Tak lame lepas tu, dia mesej saya;

Service Engineer.’

Alhamdulillah..bersyukur sangat dia dapat naik pangat. Bolehlah fikir soal kawin pasni..hehe..insya’Allah tunang dulu tahun ni.




p/s:doakan urusan kami dipermudahkan ~ J

klik sini dan sini untuk tabung kawin kami~ thanx  :D

#1 Kisah kami ~

Assalamualaikum...


Oleh sebab blog baru ni adminnya saya dan leonerz, jadi saya akan bercerita macam mana saya dan dia boleh jumpa..kalau saya gedik sangat bagitau ye~ J

Tahun 2008, bulan Julai. Kami masih pelajar universiti terkemuka di Johor. Masa tu ada sukan antara kolej universiti, SUKAM kot..tak berapa ingat sangat nama dia. Ahli jawatan kuasa sukan tu kawan-kawan saya jugak. Dia bagitau yang dia tengah mencari pengurus sukan boling untuk SUKAM tu.

Saya memang minat dengan sukan boling. Ayah saya dah mengajar kami adik-beradik dari sekolah rendah lagi. Adik-beradik saya semuanya ada bola dan kasut boling sendiri sebagai hadiah harijadi beberapa tahun yang lepas.

Okay, berbalik semula pada kisah saya dan dia. Masa kawan saya cakap pasal tu, saya pun volunteerkan lah diri ni untuk jadi pengurus boling perempuan. Kalau saya pengurus, saya leh join jugak..hehe..taktik je ni.

Satu malam ni, perjumpaan antara pengurus-pengurus SUKAM ni diadakan kat court futsal di kolej kami. Lepas diberi briefing, kami dibahagikan mengikut sukan masing-masing. Kami disuruh berbincang dengan pengurus lelaki macam mana nak handle pasukan kami.

Tu kali pertama saya jumpa dia. Dia pengurus boling lelaki. Masa tu persepsi saya terhadap dia biasa-biasa je. Saya memang jenis yang malu sangat dengan lelaki. Kawan-kawan lelaki kelas pun takut nak tegur saya sebab saya ni pendiam sangat..hehe.

Dia ni sebenarnya junior palapes saya. Masa tu saya senior, dia intermediate. Kiranya dia junior saya setahunlah. Tapi saya memang tak pernah nampak dia masa training. Biasalah saya budak rabun yang tak sedar diri. Mula-mula pandang dia, saya rasa dia ni cam orang pakistan je. Hidung kembang, tapi mancung (perasanlah tu nanti~). Kulit gelap, macam bangla. Ooo, mungkin saya patut describe dia sebagai pakistan jual karpet?? Hehe..

Nak dijadikan cerita disebabkan saya dengan dia menguruskan sukan yang sama, jadi kami akan selalu berinteraksi untuk mencari ahli pasukan yang terbaik. Malam itu kami bertukar nombor telefon~


Bersambung~




p/s:bosan tak??hehe~


tolong klik sini jugak ye~~ thanx :D dan sini~

Siapa boleh tolong saya?

Assalamualaikum...


Sejak pagi semalam, akaun google saya ada problem. Semua blog yang saya nak follow tak leh nak follow. Satu blog je yang saya dapat follow sejak pagi semalam.




Siapa yang terer blogging ni?? Tau tak nape jadi camni?? Takkan sebab saya tukar akaun lain jadi camni kot kan...





Ada sesiapa yang boleh tolong tak??


p/s: lepas kul 2 pm tadi saya dah bleh add..sesape yang follow tu tinggalkanlah link kat cbox tu..nanti saya follow balik ye~~~ hehe :)

tolong klik sini jugak ye~~ thanx :D dan sini~

Monday, January 30, 2012

Yeay! Bos belanja pizza hut hari ni~

Assalamualaikum..


Sempena raya cina ni, bos memang agak bermurah hati..hehe..Sabtu hari tu dapat ang pow, hari ni dapat pizza hut plak. Alhamdulillah, murah rezeki bulan ni..hehe :)





Ada LIMA regular pizza, 1 set honey bbq chicken, calamari, tempura prawns, spaghetti dan air pepsi.Memang makan sampai muak la tadi..hehe~ 

Rasa-rasanya Domino's Pizza lagi sedaplah dari Pizza Hut. Kan??






p/s: harap-harap pasni tolongla naikkan gaji saya, ye bos. Amin~

Tolong klik sini sekali~~ thanx :D

Bukan senang~

Assalamualaikum..

Rasa sedih terpaksa delete blog lama. Semua akaun-akaun lama dah di delete atas sebab-sebab tertentu. Bukan senang nak kumpul 155 orang follower semula dalam masa yang singkat. Bukan senang nak cari balik semua blog-blog yang saya dah follow dulu.

Post-post yang lama turut didelete bersama semua tu. 51 post. Bukan senang buat sampai 51 post. Idea tak datang bergolek~

Tapi, saya harap blog ini dapat sokongan dari member-member dari blog lama saya~ :)



Dunia Kau + Dunia Aku = Dunia Kami





Dia suka bola,
Aku suka buku,
Walau kami berbeza,
Tapi kami berkongsi rasa hati yang sama.

Sunday, January 29, 2012

Mari berkongsi ilmu~

Assalamualaikum..


Terjumpa ni kat facebook. Penyampaian yang menarik dan comel~





Sumber: SINI

Saturday, January 28, 2012

Yeay! Dapat angpau~


Assalamualaikum..


Tadi kat ofis, masa tengah syok-syok berblogwalking, tetiba....



Bos datang masuk bilik...huhu...


Nasib baik tak kantoi..hehe..tapi memang sekarang ni takde keje baru. Bukan saya sengaja tak nak buat keje, tapi memang takde keje. Kat ofis ni, bos bagi main facebook. Saya kena handle DUA page company ni lagi. Tapi dah lama tak update. Sorry la bos..hehe..takde idea la..




Tengoklah..dapat dua angpau. Walaupun tak banyak, tapi bersyukur la dapat~


Cukuplah nak beli KFC Snack Plate..hehe~


Sorrylah, lapar sangat. Dah habis semua baru rasa cam nak amik gambar..huhu..







p/s: kalau keje takde memang ni lah keje saya, tapi kalau keje banyak, nak tengok facebook pun tak sempat apa ntah lagi nak blogwalking (macam pergi Perak hari tu) ~

To all bloggers ~








p/s: cepatlah kul 1.00 pm..hehe~




Sumber sini.

Friday, January 27, 2012

Rindunya kat Leo~


Assalamualaikum~

Disebabkan agak susah untuk saya membela kucing kat bilik sewa ni, jadi saya telah meletakkan Leo di bawah jagaan family saya di Melaka. Lagipun kat sana dia ada ramai kawan, kawasan untuk main pun lagi luas sebab kawasan kampung.


Leo berkenalan dengan kawan-kawan baru.


Leo dalam sangkar dia.

Oleh sebab Leo ni baru lagi, saya letakkan dia dalam rumah. Dia tak buang air merata-rata. Saya dah ajar dia buang air dalam toilet masa kat rumah sewa. Jadi kalau dia nak membuang, memang dia akan cari bilik air la.

Gemok.

 Dulu Gemok ni comel je macam Leo. Dulu masa kecik kuat  makan. Dah besar ni dah jadi tak berapa nak comel sangat laa.

Oki.

Oki ni pulak mak kepada Kitten. Sangat manja dan selalu cari peluang untuk masuk ke dalam rumah. Oki ni dibuang kat depan pagar rumah kitorang masa dia kecik je lagi. Tak tau la sape yang buang. Dia ada lagi sorang beradik, Kyo. Tapi tak tau mana Kyo membawa diri. 

Takde nama.

Kucing oren dua ekor ni takde nama sebab masa kecik dulu diorang sangat takut kat orang. Dah besar ni manja sangat-sangat la pulak.

Kitten.

Ni anak Oki. Patutnya ada tiga beradik. Tak taulah mana pergi lagi dua ekor.

Patutnya ada banyak lagi kucing. Tapi diorang semua suka bawa diri lepas dah besar. Kadang-kadang ada yang balik untuk makan aje.



p/s:wallpaper hp gambar Leo buat jadi rindu pulak~

Game tag: Jawab & tanya ~

Tentang saya :



  • Anak ke-dua daripada 6 orang adik-beradik.
  • Masih belum berkahwin.
  • Suka sangat-sangat dengan kucing.





Soalan Yana kepada Yana..hehe




      1. Apa masakan yang korang paling terer masak?


          Goreng-goreng & masakan sambal (terutama ayam~).

      2. Dilahirkan dimana?

         Jelebu,negeri sembilan.

      3. Hobi?

          Baca novel & ngadap laptop.

      4. Anda suka baca novel tak? Kalau suka, bagi satu judul novel yang paling korang suka.

          Suka sangat..banyak sangat yang saya suka..salah satunya twilight saga.

      5. Bilangan adik beradik korang?
          
          6 orang.

      6. Paling rapat dengan siapa?

          Semua rapat kot (dengan adik-beradik perempuan).

      7. Makanan paling sedap yang penah korang makan/kat mana?
   
          Banyak la..xtau nak taip yang mana satu..hehe~

      8. Tempat yang anda teringin nak pergi.

          Semua tempat yang saya tak pernah pergi~

      9. Kerja/belajar dalam bidang apa?

          Engineering.

      10.Dah habis ganti puasa?

           Belum..huhu..sikit lagi~

      11. Nama penuh please....(bangga la dengan nama yang mak abah bagi)

            Norliyana (cukup penuh tak? hehe)



Soalan daripada saya pulak:

  1. Tinggal kat mana?
  2. Kerja atau belajar lagi?
  3. Nama universiti korang?
  4. Dah kahwin atau belum?
  5. Tempat pelacongan yang korang nak sangat pergi?
  6. Benda yang korang paling sayang?
  7. Dah berapa lama berblogging?
  8. Tarikh besday korang?
  9. Apa aktiviti masa cuti?
  10. Makanan favourite?
  11. Comment tentang blog saya?
Orang-orang yang saya nak tag...



korang tolongla jawab pulak eh..hehe :)


sorry, ada lagi satu ni..



p/s: fuh..penat jawab & pikir soklan..hehe~

tolong klik sini jugak~ thanx :)

Tazkirah Jumaat #1










Sumber FB


p/s: peringatan untuk saya dan semua pembaca :)

Thursday, January 26, 2012

Memory of a friend..

When the news of you’re dead flyingaround,
You know what I expected?
I expect to see you that day at thetuition,
Always cheerful and full of energy,
Making stupid jokes and always callingout my name.

But, maybe the hope was too high,
Because I got disappointed and my heart filledwith sorrows.

When I came to the tuition,
And there was no sign of you.
The seat that you used to sit was empty.

It hurts me much more,
When they were all silent, no laughterwas heard,
And then they spoke of your tragicdeath.

It hurts me so much more cause I didn’twant to hear them saying that you’re dead.
I almost cry every time they talkedabout you.
I’d never expected that you will go justlike that,
Without saying goodbye,
But left I with your usual cheerfultease for me, 1 week before you went away.

I regret didn’t came to the tuition 1week before your death.
I know you’d been asking about myabsence to my friend.

It’s all over now…..
Nothing could be regretted cause there’sno use of it….
You’re gone for good.
May you rest in peace.




19th May 2004





p/s: terjumpe koleksi lama..

Tuesday, January 24, 2012

Berjalan sampai sesat

Assalamualaikum...

Macam yang saya dah bagitau ari tu, baru-baru ni kat SINI dan SINI, saya pergi ke Kuantan untuk menghadiri majlis kenduri kawin kawan saya. Pengantin laki & pengantin perempuan kawan saya, jadi mintaklah cuti ari sabtu. Boleh buat reunion sekali. Lama tak jumpa diorang semua.

Teluk Cempedak & Beserah

Gambar-gambar kat atas tu masa kitorang pergi lepak-lepak kat Teluk Cempedak. Cantik jugak la tempat dia. Bersih gak. Kat situ ada laluan jambatan untuk jalan-jalan, tapi masa tu tengah construction, jadi tak leh la nak jalan sampai habis. Kat hujung laluan duk lepak, ketawa-ketawa je. Setahun lebih tak jumpe diorang semua. Semuanya dah jadi orang yang berjaya. Ada yang berjaya naik berat badan, ada jugak yang berjaya turunkan berat badan (pengantin perempuan)..hehe..

Cherating

Yang atas ni pulak gambar masa bermalam kat Cherating, mengubati hati yang luka sebab tak dapat pergi Kelantan..huhu..Lepas subuh terus gerak pergi pantai, nak tengok matahari terbit. Tunggu punyalah tunggu, rupa-rupanya salah spot daa. Patutla dah pukul 7.30 pagi pun tak nampak-nampak.

Kemaman

Pagi tu lepas breakfast pergi ke Bandar Chukai kejap, jumpa orang. Tak tau sangat tempat-tempat kat sini, jadi saya mintak tunggu kat Stesyen Bas Chukai je. Depan tu ada Masjid Geliga. Gerbang kat atas tu menandakan sempadan negeri Terengganu la tu.

Sesat ~

On the way balik, saya singgah kedai Mok Na kat Kuantan. Dengar kata popular jugaklah kat sana. Dah kenyang makan, nak balik tu tersalah jalan la pulak. Memang sesat sampai masuk ke Pekan, Pahang. Jalan pun betul-betul jalan kampung. Dahlah sunyi, memang menakutkan jugak la sebab perempuan kan. Nasib baik takde pape yang berlaku. Alhamdulillah, selamat pergi & selamat pulang ~






Friday, January 20, 2012

Selamat bercuti ~

Assalamualaikum...

Yeahhh...malam ni saya nak balik Melaka. Sok pagi pergi Kuantan. Kalau ada rezeki Ahad tu pergi Kelantan pulak. 

Bestnye dapat bonus! hehe...


Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang ye ~

Thursday, January 19, 2012

Bertunang ~

Assalamualaikum..


Tajuk tu takde kaitan dengan saya pun. Saya bukan nak tunang sekarang ni..hehe..tapi saya nak buat survey la. Harap-harap korang dapatla bagi pandangan yang bernas ok?

Biasanya orang bertunang zaman sekarang ni buat majlis besar-besaran. Korang rasa perlu ke? Habiskan duit kat majlis tunang? Nanti nak nikah nak guna duit mana pulak kan?

Lagi satu, saya ada terbaca lebih baik buat majlis nikah besar-besaran daripada buat majlis tunang besar-besaran. Ye ke tak

Tapi kalau kita buat kecik-kecik pulak, orang sekeliling sibuk pulak duk mengata. Saya paling tak suka la bab-bab orang duk mengata kalau kita buat kecik-kecik! Tak pasal-pasal saya kena kawin lambat sebab nak ikutkan sangat cakap orang. Saya ke diorang yang nak kawin? Kan??

Tak boleh ke diorang semua doakan pasangan yang berkahwin tu bahagia ke akhir hayat?

Lagi satu, saya paling tak suka kalau ada ex sesapa la yang tak dapat terima kenyataan. Dah 3 tahun masih nak datang-datang melawat, tidur kat rumah family ex-bf die tu! (Tetibe je~ hehe) 










p/s: mood member-member ramai kawin cuti raya cina ni..hehe..nak kawin gak ~

Laa...ingatkan perempuan~~

Assalamualaikum...


Semalam member saya ajak dia join satu talk pasal herbalife kat ponderosa golf club resort. Oleh sebab rasa ingin tahu pasal produk ni, jadi saya pun setuju la. Tapi, saya tak tau sangat tmpt tu, kang sesat tak pasal2 je kan~

Kawan saya ni duk KL. Jadi dia memang tak leh pergi sama-sama la. Tapi dia ada member kat area rumah saya ni. Dia suruh saya pergi dengan member dia ni, nama dia Iman. Saya pun mesej la si Iman ni pasal saya nak ikut dia sekali malam ni.

Saya mesej la dia cam saya mesej member-member perempuan lain. Iman selalunyakan nama perempuan. Last-last, bila dia call masa dah sampai tempat yang dijanjikan, saya terkedu kejap.

Laa, Iman ni rupa-rupanya lelaki ke...nasib baik dia bawak adik perempuan dia sekali masa tu. Takdela keluar berdua je camtu.

Iman ni muda lagi, lebih kurang 23 tahun kot. Tapi dah kawin. Rupa-rupanya kat talk tu ramai giler yang kawin muda. 22 tahun dah ada anak, siap bagi talk lagi. Tergugat saya..hehe..





p/s: Bukan nak promote, saya tak join pun. Dengar talk tu je semlm, tapi tak berapa nak faham sangat. Yang saya faham dia macam MLM.

Tuesday, January 17, 2012

Cuti 'Chinese New Year'

Assalamualaikum...



Minggu depan, Isnin ngan Selasa mesti semua cuti raya cina kan? Ada ke yang tak cuti?

Kalau yang terpaksa cuti tu ada tak?? Ofis saya akan ditutup sampai hari Khamis. Bestkan dapat cuti lama?
Tapi yang tak bestnye kena WAJIB gunakan annual leave untuk 2 hari. Rabu ngan Khamis. Boleh macam tu??? Memang tak best! Dia yang paksa cuti, kita plak yang kena guna cuti tahunan kita kan....

Nak buat apa cuti panjang-panjang ni?

Sabtu ada member kawen kat Kuantan, Isnin pun ada member kawin kat Kelantan. Ahad pun ada majlis kawen jugak kat Kelantan. Saya ni entah bila la nak kawennye. Pergi banyak-banyak kenduri kawen ni, harap-harap dapatla aura kawen tu kan..hehe..

Dah ada kat Kuantan tu, pergi Gambang Waterpark pun best juga kan?? 







p/s: apa plan cuti raya cina korang??

Monday, January 16, 2012

Tattoo-tattoo pelik..


Tengah tegok-tengok internet, tetiba jumpa gambar-gambar ni kat bawah ni. Tak tahu la kenapa diorang ni semua suka tattoo. Kan sakit nak buat benda tu? Kalau tetiba menyesal buat, camne? tak pasal-pasal je...

Yang ni untuk orang yang suka tidur dalam kelas.

Geli je ~

Camne nak padam tattoo kalau ejaan salah?

Menyakitkan diri sendiri je. Andy tu mesti fikir, 'Ada aku kisah???' 
kan? kan?

Tak tau apa perempuan ni fikir.

hmm...

Ni mungkin untuk sape-sape yang kentut busuk?

Ni macam biasa tgk je..

Motif???

Tak tau la nak cakap apa...




Sekian ~

Sumber: sini

Sunday, January 15, 2012

Family Holiday~




Dah nak abis bulan Januari baru nak upload gambar ni kat blog..hehe..Biasa la, baru je install photoscape ni..

Bulan lepas, saya dah keluarga berjalan-jalan ke Cherating, Kuantan, Kemaman, Genting Highlands dan Zoo Negara! Memang banyak tempat. Genting Highland dengan Zoo Negara tu adalah plan secara spontan, tak dirancang. On the way balik ke rumah, ayah suggest pergi. Nasib baik memang mintak lebih satu hari cuti.

Walaupun kami adik-beradik semuanya dah besar-besar, tapi kami berjiwa muda. Sebab tu last destination pergi Zoo Negara..hehe..







p/s: first time saya dengan kakak berkongsi duit untuk bawak family jalan-jalan. This year diorang suggest nak pergi Langkawi la plak. Doakan saya dengan kakak dapat bonus besar ye tahun ni..hehe.



Sesuatu di pasar~

 Assalamualaikum...

Pagi-pagi pergi pasar nak beli stok-stok makanan. Tapi bukan makanan aje yang saya bawak balik. 

Leo. Anak kucing yang saya jumpa kat pasar.

Tak pasal-pasal aje.Memang ada rase nak bela kucing, tapi impian aje la. Tak terfikir pun nak merealisasikan impian ni sebab saya ni malas & busy je. Bela kucing ni perlukan komitmen yang tinggi.

Rasa terfikir nak bela kucing ni sbb duk merantau ni mmg bosan giler la. Asyik rindu kat kucing-kucing kat rumah parents aje. Nak bwk sini, kesian plak sbb diorang dah sedap dah kot duk rumah tu. Bebas, nak mai n pun senang. Rumah kampung la katakan.

Leo tgh main dengan bola dia.

Dah bawak balik umah sewa, baru terfikir. Macam mana nak bela anak kucing ni. Memang akan lari budget la. Dah la budget memang dah lari. Tapi takkan nak antar gi pasar balik kan? Cam kesian je....

Last-last, tengah hari tadi pergi kedai haiwan, beli la sangkar, makanan kering dia, susu, botol susu ngan bekas makanan dia. Memang mengigil tangan nak bayar. Bola mainan dia tu dapat free, tokey kedai bagi sebab dia tak nak kasi kurang harga lagi.

Tapi, Leo ni memang manja & pandai la. Tengok la camne seminggu dua ni. Kalau tak ok, saya hantar pergi umah kebajikan kucing je la (umah parents saya). Jahat ke kalau buat camtu?

Tak yah cakap, dia tau mane tmpt tidur dia.


p/s: korang ada binatang peliharaan tak?

Saturday, January 14, 2012

Thoughts..

Remember the good times we had together?



Do you really love me?
Are we destined to be together?

I am very disappointed…

I’m not sure to whom I feel that way.

Is it to me?

Or is it to you?

I’m sorry…
for being the emotional one between us.

You are always the reasonable one.

Even right now,
I feel like crying.

And you?

You’re too weary to even care about this matter.

Sometimes we took things for granted.

Only realising how important it is to us,
when it start slipping away from our reach.


Tips-tips masuk rumah hantu (versi perempuan)



Rasa-rasanya ramai kot perempuan-perempuan yang takut untuk masuk dalam rumah hantu ni. Lelaki pun sure ada yang penakut gak. Kan?

Kita tahu hantu tu orang jugak, tapi kita still takut. Kenapa eh?

Mungkin sebab keadaan yang gelap dan bunyi yang menakutkan tu yang membuatkan kita semua takut (bagi perempuan).

Oleh sebab saya ni juga adalah seorang yang penakut giler, saya kongsikan pengalaman saya masuk rumah hantu dengan korang semua.


Bawah ni adalah antara tips-tips yang boleh dipraktikkan bagi perempuan semasa memasuki rumah hantu:

1. Masuk dalam group yang besar. 

Pastikan korang semua masuk berkumpulan dalam 5 orang ke atas. Kalau korang nak masuk bertiga je, korang patut ikut tips kat bawah ni...

2. Ikut group lain depan korang. 

Masa korang masuk tu pastinya sebelum korang tu ada lagi kumpulan lain kan? Korang kejar group tu. Duk dekat-dekat ngan diorang, nanti group korang akan jadi bertambah ramai, tak gitu? Kalau group depan korang tu lelaki lagi bagus sbb laki ni berani sikit.

Teringat dulu, group depan saya lelaki. Diorang mmg ejek hantu-hantu tu semua la. Perbuatan tu akan buat korang kurang rasa takut. Bukan tak rasa takut langsung la, kurang sikittttt je....

3. Bagi amaran kat 'hantu-hantu' tu.


Kalau masuk rumah hantu, sure la akan ada kepala atau tangan 'hantu' tu melilau-lilau nak pegang bahu kita. Kononnya nak takutkan kita la.

Kalau korang nampak hantu nak datang dekat korang, jerit kuat-kuat kat hantu tu.

'Weh, jangan pegang! Haram-haram! '

Serius, benda ni memang berkesan. Sebab saya pernah buat...hehe..citer die camni:

Masa tu dah nak kuar dah, tetiba hantu tu kejar kitorang. Bila dia dekat je saya jerit camtu kat dia. Terus 'hantu' tu angkat dua belah tangan dan biarkan kitorang jalan kuar...hehe..korang try la plak pasni jadi ke tak ok?

4. Amik position tengah.

Dalam group ramai-ramai tu, pastikan korang amik position tengah-tengah group. Macam main netball ke basketball ke.

Kalau korang duk tengah-tengah ni, confirm 'hantu' tu tak leh usik korang sebab korang ada perisai kiri kanan depan belakang..hehe..

5. Berlari.


Jejak je kaki pintu masuk tu, korang terus wat larian pecutan 100m menuju ke pintu keluar. Confirm 'hantu' tu tak sempat nak kejar. Ni saya tak pernah wat, tp korang leh try la..

Rasa-rasanya tu je yang terlintas wat masa ni..


Antara 'hantu-hantu' yang biasa kita jumpa.



p/s: ada tips-tips lain tak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA