Monday, November 2, 2020

Pengalaman Bersalin ke-3 Secara Caeser & BTL Musim PKPB di Selangor~

 

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera ~


Harini genap hari ke-5 selepas pembedahan secara caeser untuk anak yang ketiga dan yang terakhir. Macam seram je bila fikir kita dah tak ada peluang untuk mengandung lagi lepas ni, tapi kena fikir balik secara positif. InsyaAllah semua ni ada hikmahnya.

Apa tu BTL?

BTL tu saya tak ingat terms hospitalnya, tapi senang cerita, BTL tu kira proses pemandulan dengan cara mengikat tiub peranakan kita. Jadinya tak akan ada persenyawaan sebab ovum takkan boleh terlepas ke dalam rahim kita.

Kenapa caeser & BTL?

Sebabnya ini adalah kandungan ke-3 saya & dua kelahiran sebelum ni pun dah emergency caeser. Jadi kali ke-3 dah tak ada peluang untuk mencuba kelahiran normal atau VBAC lagi. BTL sebab doktor sarankan ikat terus sebab kemungkinan untuk dapat komplikasi pada kelahiran seterusnya adalah tinggi. Selepas berbincang dengan husband, kami pun setuju ini adalah yang terbaik.

Bersalin masa PKPB di Selangor.

Agak mencabar. Kami memilih Hospital Putrajaya sebab dekat dengan rumah. Sebelum ni pergi ke Serdang tapi agak jauh perjalanan berulang-alik & kawasan pun besar, agak jauh nak kena berjalan. Hospital Putrajaya kawasan lebih kecil, jadi nak jalan tak perlu jauh sangat. Orang pun tak berapa ramai mungkin disebabkan PKPB jugak.

Untuk pengetahuan semua, Hospital Putrajaya hanya ada wad FPP dan First Class sahaja. Oleh itu kalau bercadang bersalin di sini, pastikan rancang kewangan anda sewajarnya. Minggu lepas saya warded di dalam four bedded ward. Bagi saya wadnya sama seperti second class di Hospital Serdang, ada 4 katil di dalam satu bilik & bilik selesa ada aircond dan toilet di dalam wad tersebut.


Saya planned caeser pada 28 Oktober 2020, jadi warded pada 27 Oktober 2020 iaitu pada hari Selasa. Sehari sebelum warded, saya perlu menjalani swab test untuk COVID-19 di sana. Hari Selasa petang baru saya warded disebabkan wad penuh. Malam bermula jam 12, saya telah disuruh berpuasa untuk persediaan pembedahan keesokan harinya.

Keesokan harinya drip air dimasukkan & saya diberitahu bahawa saya adalah orang yang kelima dalam list hari itu. Orang pertama ditolak seawal 7.30 pagi, jadinya saya dianggarkan dalam pukul 2 petang baru akan masuk ke bilik pembedahan. Dalam menunggu tu, nurse menyuruh pakai terus baju operation di dalam baju wad pink tu. 

Lepas solat Zuhur, nurse datang suruh bersedia ke bilik pembedahan. Tiub kencing dimasukkan, baju pink kena buka & cap pembedahan dipasangkan. Saya terus ditolak ke tingkat satu untuk ke bilik pembedahan. Walaupun ini adalah kali ke-3, kali ni adalah yang paling mendebarkan untuk saya sebab memang saya dah tahu saya akan dibelah perut kali ni.

Selepas dipindahkan ke katil lain, doktor bius datang interview saya sebelum menolak saya masuk ke bilik pembedahan. Dia menerangkan prosedur sementara menunggu doktor pembedahan tiba. Tak lama lepas tu, saya dicucuk ubat bius di tulang belakang, drip air dimasukkan ke tangan. Tirai antara perut dengan muka saya dinaikkan supaya saya tak nampak sepanjang proses pembedahan itu.

Bius separuh badan, kita masih merasa pergarakan tangan orang di badan kita. Cuma 'sensory', iaitu rasa panas, sejuk, tajam, sakit tu sahaja yang hilang. Jadi jangan panik bila kita rasa orang melapah perut kita, sebab kita memang boleh rasa, cuma rasa sakit tu tak ada. Nasib baik saya dapat doktor bius yang baik & sabar menerangkan semua tu sebab sejujurnya saya memang sangat takut sebab sebelum ni memang saya rasa, tapi saya tak tahu, jadi saya agak banyak meronta masa pembedahan kali ke-2 sebelum ni.

Tak lama lepas tu doktor penbedahan pulak menjalankan tugasnya. Agak susah untuk bedah disebabkan lekatan daripada pembedahan sebelum ni agak teruk. Agak banyak jugak doktor bedah tu merungut, tapi apa je saya boleh buat. Dengarkan saja lah..huhu~

Agak lama sikit masa diambil sebab lekatan teruk tu. Doktor beritahu dia mungkin ada tercederakan pundi kencing disebabkan lekatan tu. Masa tu telan air liur je la. Dahlah tak nampak apa dia buat, redha saja lah. Saya selalu tanya doktor bius lama lagi ke, nanti dia akan jawab lagi sikit, otot tengah jahit. Tak leh nak bayang otot kita tengah kena jahit. 

Saya ada beritahu agak susah nak bernafas, doktor bius tu bagi mask oksigen untuk bantu saya bernafas. Saya memang cuba berlagak tenang aja untuk pembedahan ni. Tak lama lepas tu dengarlah suara baby menangis dengan sangat nyaring & lama tak berhenti. 

Lepas cuci, jantina bayi ditunjukkan pada saya & pipi bayi dilagakan ke muka saya sambil doktor menjahit semula perut saya.

Tak sangka itu kali terakhir saya dengar suara bayi saya. Petang tu dia dikejarkan ke pakar kanak-kanak disebabkan nampak sukar untuk bernafas. Menyusukan pun tak sempat. Tiba-tiba lewat petang doktor pakar kanak-kanak datang & suruh husband datang berjumpa dengan dia malam tu..

Harini dah hari ke-5, baby masih ditidurkan dengan morphine untuk merawat dia. Banyak mesin diperlukan untuk support dia untuk survive sekarang ni. Tolong doakan baby cepat sihat & kuat dan boleh keluar NICU secepat mungkin. Petang ni kami akan pergi jenguk lagi baby di NICU. Berharap untuk perkembangan positif setiap kali kami lawat dia. 


5 comments:

  1. semoga baby cepat sihat.. amiin..

    ReplyDelete
  2. Semoga baby okay saja yaaa. Allah, pwrmudhakna urusan awak dan anak. ^^

    ReplyDelete
  3. Puan, boleh share tak apa kelengkapan yg puan bawak utk admit ward? Better bawak luggage ke ye? Sy betul blur utk kali ni pnya pregnancy..

    ReplyDelete
  4. Saya baru bersalin 21/7/21 @ 34w, czer kali ke 3 dan BTL. Pengalaman saya czer kali ke 3,sakitnya Allahu berganda2 dari dulu. Nk baring, nk bangun, nk berdiri terasa kulit disiat2, sakitnya sgt2. Saya dah discharged semalam, anak x sempat tgk sejak dari dia keluar dari perut sebab masa keluar ada masalah pernafasan, keluar nangis lepas tu stop. Kene intubate dan dihantar ke NICU. Ada jangkitan kuman kt paru2 dan ada lubang kecil pada jantung. Doakan baby saya ya semoga dia kuat utk terus sihat. X sabar nk jumpa baby.

    ReplyDelete
  5. Mashaallah rajinnya akak menulis time2 pantang hehe. moga akak dan baby sihat2 je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA