Assalamualaikum~
Pejam celik, pejam celik dah 28 hari dah saya bersalin. Walaupun dah dekat sebulan, luka tu masih terasa-rasa jugak pedih dia. Parut luka tu pun rasa tebal. Agaknya sebab dua kali potong tempat yang sama ke? Dah hari ke-28 pun masih belum berurut. Kelmarin terjumpa Blessed Confinement Beauty kat FB. Terus book amik berurut je. Amik 3 hari. Banyak pakej yang dia tawarkan, tapi disebabkan kekangan bajet, kita amik basic je lah.
Sebenarnya dah bayar deposit untuk pakej bersalin di Melaka, tapi sebab akhirnya lambat lagi nak balik Melaka, nak tak nak kena cari area sini jugak. Badan pun rasa macam dah masuk angin. So, Khamis, Jumaat dan Isnin ni saya akan berurut akhirnya :) Satu lagi sebab saya amik berurut je sebab tak confident boleh tinggal baby dan Adam lama-lama. Maklumlah pantang sorang je. Sementara berurut tu takde siapa nak tengokkan baby. Stress jugaklah fikirkan part tu. Berurut masa diambil dalam sejam katanya. Oklah kot. Kalau amik pakej yang lain dekat 2 jam gak. Risau memikirkan camne nak tinggal baby tu lah yang utamanya. Berurut office hour. Husband kerja. T_T
Adam sekarang dah dengar kata sikit. Oklah, cuma suka buat orang marah kat dia. Kurang perhatianlah tu sebab ada baby baru. Ayah nak pegang pun jeles tu. Dua minggu tak peluk Adam lepas bersalin haritu. Kesian dia. Dulu sebelum ada baby, ibu dia asyik peluk & dukung je. Kesian tetiba berubah secara drastik. Bila terfikir balik, memang rasa kesian gak.
Baby sekarang makin membesar dengan sihat. Dah 4 kg +++. Lagi besar daripada abangnya dia dulu. Dulu masa baby Adam kecik je. Yang ni tembam betul. Double chin semua..huhu. Mata pun macam dah nampak. Kadang-kadang boleh ajak borak.. :p
Oklah, lama dah ngadap laptop ni. Ada 2 orang yang perlukan perhatian. Tak leh nak berlama-lama sangat.
:)
Selamat berpantang awak. Take a good care ye.
ReplyDeleteLepas berurut mesti rasa selesa badan...
ReplyDeleteTahniah ye semoga baby danliyana sihat
ReplyDeleteslmat brpantng akak.. jga dri..
ReplyDeleteGrand Victoria Hotel & Casino - Mapyro
ReplyDeleteThe Grand Victoria 대구광역 출장샵 Hotel & Casino is a casino located in the Qualla Boundary 수원 출장안마 of Bordeaux. The casino is owned and operated by Vici Properties.Casino type: Land-basedAddress: Qualla Boundary 군산 출장샵 of 서산 출장마사지 Bordeaux, Bordeaux Rating: 4 · 1 review 양주 출장안마