Monday, July 31, 2017

3rd Pregnancy: Berakhir Sudah~


Assalamualaikum~

Baby kali ni lahir lebih 40 minggu. Adam dulu awal 4 hari. Tapi dua-dua awal pagi. Adam 2 lebih pagi, baby ni pulak 3 lebih pagi. Husband kata baguslah, time macam tu orang tak ramai sangat lalu-lalang, aurat terjaga sikit katanya.  Wallahualam. Tak tahu betul atau just nak sedapkan hati ni je.

Kelahiran kali dimulakan dengan air ketuban leaking. Sama macam masa adam dulu. Air ketuban leaking sebenarnya agak berisiko terkena jangkitan kuman tau. Memang boleh relaks-relaks lagi sebab air keluar sikit-sikit dan rasa sakit masih takde lagi. Pukul 7 pagi hari selasa 18 Julai 2017 bermula leaking. Sempat relaks, makan kit kat pastu hantar Adam kat pengasuh, pastu pergi singgah makan roti canai jap sebab tahu dah bersalin jangan harap dapat makan benda-benda tu dalam masa terdekat kan.

Masa tu fikir, akhirnya nak keluar pun baby ni. Ingatkan kena tunggu tarikh akhir doktor bagi 24 Julai serah diri kalau takde apa-apa tanda. Pukul 10 lebih pagi sampai ke wad bersalin Hospital Serdang. Saya target untuk cuba bersalin kat sini sebab maklumlah hospital baru gak lah kan. Malangnya wad penuh. Pukul 5 lebih nurse panggil tanye nak tak amik second class. Sebab tu je yang ada kosong. Saya pelik jugak kenapa dia offer kat saya. Orang yang tunggu lagi lama dari saya tak dioffer pulak. 

Disebabkan dah lama sangat menunggu kat kerusi dari pagi, saya tanya husband dan dia suruh amik je 2nd class tu. Pukul 7 malam, saya selamat mendapatkan katil dan akhirnya dapat berbaring. Second class ada 4 katil satu bilik dan berhawa dingin. Malangnya saya tak sempat merasa nikmat tidur malam tu sebab contraction dah start datang dengan kerap dan boleh tahan seksa jugak menahan sakit tu. Rasanya satu bilik dengar tercungap-cungap  amik nafas untuk kurangkan sakit kononnya. Tunggu nurse buat round malam tu dan inform dia yang saya rasa sakit sangat dah. 

Diorang check CTG dan VE. VE dah 3 cm dan badan saya dah start nak demam. 37.7 celcius. Demam tu tanda-tanda infection. Tengah malam tu nurse tolak saya dengan wheelchair ke labour room. Katanya contraction kuat, dan dah 3 cm. Dia suruh call husband standby. Nasib baik Adam memang dah standby kat rumah babysitter. Tak tahu nak harap kat siapa time macam ni. Masuk je dalam labour room, tak lama lepas tu husband masuk. Bacaan CTG macam tak elok, doktor kata jantung baby laju, bilangan sel darah putih tinggi. Tak lama pun saya duduk dalam labour room tu. 

Doktor advise emergency ceaser sebab takut effect kat baby. Masa tu tengah sakit, kalau fikirkan memang nak cepat-cepat baby keluar. Tapi sebenarnya saya target nak normal kali ni. Takde rezeki nak anak banyak agaknye. Bila first dan second dah ceaser, third memang kena ceaser jugak lah. Sedih jugak rasa, tapi tu semua rezeki Allah. Fikir positif je. Kalau nak baby selamat, better operate. Husband pun redha je time tu. Dia sendiri tengok sakit macam mana tahan contraction tu. Tak dapat jugak bersalin bertemankan husband T_T

Lepas sign beberapa surat yang saya sendiri tak sempat nak baca, diorang tolak saya ke operation room. Pukul 3 pagi macam tu nak kena bedah. Tengok doktor ramai menguap. Seriau rasa. 

Next entri saya cerita pengalaman kena operate ye. Lain sangat macam yang first operate. Trauma plak bila teringat. Harini baru hari ke-13 bersalin. Doakan saya dapat berpantang dengan baik ye kawan-kawan :)


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA