Tuesday, April 4, 2017

Book Carnival di PICC 28 March- 2 April 2017~


Assalamualaikum~

Sekarang ni masa makin kurang diluangkan untuk blog ni. Sibuk dengan kerja dan bisness part time. Blog ni pun hanya boleh ditulis dengan curi-curi masa yang ada. Sebab tu masa sangat terbatas. Kat HP dah tak boleh nak update blog..

Weekend baru ni saja ajak husband pergi book carnival anjuran MPH. Manalah tahu ada novel murah. Sekarang ni rajin pulak nak membaca novel. Kat rumah tu dah berulang kali baca novel, nasib baik banyak pilihan kat rumah kan~

Entry ni cuma nak review dan compare pengalaman pergi book carnival dengan warehouse dale karangkraf sebelum ni. Memang berbeza sangat. Bagi saya agak sayang nak habiskan duit di MPH book carnival baru ni. Sebab diskaun biasa-biasa je. Yang diskaun banyak adalah buku-buku yang tak menarik minat saya..huhu..Kalau warehouse sale karangkraf dulu tu, 5 novel saya beli bawah RM20 sahaja. Berbaloi sangat rasa. Satu buku RM 3 , RM 5. Banyak pilihan novel menarik. 

Kesimpulannya, kalau minat novel melayu adalah disarankan ke warehouse sale karangkraf terus di shah alam ye. Memang berbaloi-baloi! Recommended! Tahun ni bila karangkraf nak buat warehouse sale ye?? Ada sesiapa tahu?

1 comment:

  1. Saya ni terlalu obses membaca x kisah la novel ke, komik ke, buku sains ke, buku sejarah ke yang penting membaca. Kalau masuk kedai buku, x sah kalau x beli 1-2 buku. Bila ekonomi gawat camni, kena kurangkan pembelian buku dah. Menempeklah dekat library sebab boleh baca buku free :'p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA