Tuesday, January 31, 2017

Cuti CNY~


Assalamualaikum~

Bestnya cuti panjang kan? Bila nak bangun pagi ni rasa malas je, lagi pulak cuaca sejuk baru lepas hujan. Bestnya kalau dapat sambung tidur..huhu~

Saya cuti start dari Jumaat. Jumaat pagi tu dah gerak balik kampung husband di Terengganu. Masa tu doalah jalan nak balik kampung tak dinaiki air. Maklumlah sekarang ni kan tengah musim banjir. Risau tu ada. Kalau lepas nak balik kampung, risau nak balik rumah balik je tak lepas.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik lancar saja. Tapi, dari sepanjang highway nampak jugaklah beberapa area tepi tu naik air. Ada area Pahang tu rasa macam lagi sikit je air nak masuk jalan raya. Alhamdulillah cuaca sepanjang cuti baik. Panas je cuaca. :)

Jumaat sampai sana tak buat apa-apa sangat, duk relaks je kat rumah. Sabtu pagi bawaklah Adam pergi main pasir kat pantai. Mandi tak boleh sebab ombak kuat sangat. Bergulung-gulung! Takut nak dekat.


Lain kali datang kita mandi pantai pulak ye Adam. Buat masa ni, main pasir je lah dulu ye~~

Ahad tu kitorang pergi Tasik Kenyir pulak. Memang best. nanti saya share next entry pasal tu plak :)

Bye semua~ 


7 comments:

  1. PC balik kampung..sepanjang jalan hujan dan jammed..RnR pun sesak juga..

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyer balik kampong leh main air banjir., hehe2

    ReplyDelete
  3. Bila nak buat entry pasal Tasik Kenyir tu....

    ReplyDelete
  4. Adam main air banjir ke? Hehehe moga cepat la surut air banjir kan? Kesian...

    ReplyDelete
  5. Alahai.. Comeynya pakai spek mata besar..
    alhamdulillah cuaca okay...

    ReplyDelete
  6. owhh..husb yana org ganu rupanya...
    dh besar adam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA