Wednesday, March 2, 2016

Adam setahun tujuh bulan: Dah start tantrum/melawan~


Assalamualaikum~

Sebagai ibu yang baru ada anak pertama ni, kadang-kadang saya selalu fikir betul ke cara didik anak camtu. Elok ke untuk jangka masa panjang pembesaran anak. Saya tak nak anak jadi penakut, pemberontak atau lain-lain sifat negatif bila besar nanti.

Yelah, siapa yang tak nak terbaik untuk anak dia kan?

Baru-baru ni, Adam suka sangat pukul orang. Kadang-kadang mainan yang keras-keras tu pun dia boleh buat pukul orang. Kat rumah saya dengan husband memang selalulah kena. Tegur dia cakap tak baik pukul orang, sakit. Tapi dia pukul jugak T_T . Kadang-kadang buat nangis pun dia tak layan, ketawa pulak. Bila buat nangis betul pun dia buat derk je.

Ada satu hari tu, dia tendang makanan. Saya cakaplah tak elok tendang makanan. Dia tendang lagi, saya jentiklah kaki dia. Tapi dia pukul saya balik T_T. Macam mana nak buat ni ye. Sekarang ni asyik nak pukul ibu dia je. Bila ayah ada rumah, dia tahu takut. Bila saya nak ngadu kat ayah dia, dia pandang ayah dia takut-takut. Dengan ayah dia takut pulak. Bila ayah tegur nasihat jangan pukul ibu, dia meniarap tutup muka. Macam takutlah sebab ayah dia macam marah.

Kat rumah saya selamat dari kena pukul bila ayah dia ada je. Bukan tak kena, tapi kurang sikit. Kalau saya marah atau tegur dia camne pun tak jalan langsung. Dia memang tak nak dengar. Kalau suruh tolong dia dengar plak. Confuse T_T

Satu lagi dia suka melekat. Asyik nak kita dukung atau duduk dengan dia je. Kadang tu nak pergi dapur kejap pun dia dah duk meraung-raung macam kena pukul. Nak kata kecik, nak masuk 2 tahun dah tahun ni. Nak pergi mandi pun susah. 

Kadang-kadang tetiba dia nangis sampai meniarap, buat kuak lentang atas lantai. Bila tak layan, dia tengok saya buat tak tahu je nanti dia datang dekat sikit, baring kat situ pulak. Meleleh air mata. Last-last kalau hati saya keraskan lagi untuk buat tak tahu je dia nangis betul-betul dekat saya. Selalunya saya mengalah bila dah tempat ke-2 tu. Tengok air mata meleleh-leleh. Adoi hai~



Mama/ibu/mummy luar sana ada apa-apa nasihat tak ? huhu~

5 comments:

  1. hu hu ijat sampai da nak masuk 4 thn ni masih ngamuk.
    hmmm sabo ajer la. nak marah, kecik lagi.
    tiap hari pe'el baru akan ada.

    ReplyDelete
  2. rania pon pernah gak ambil tepon menan besar gabak die tu pi ketuk muka saya. tetiba je. nangis la. sakit kot. terkezut dia. hahahaha
    masa nangis tu, saya potpet la kat dia. pastu saya lari msk bilik. kemain dia nangis. pastu, buka pintu, tanya nak buat lagi tak. siap geleng kepala. pastu soh salam, sayang, peluk.

    setakat ni kalau p shopping, dia suka nau nk lari2 kan. pastu dok la nk lepaskan diri dripda kite ni. siap jerit kadang tu. sudahnya saya letak juga dalam troli, pastu ambil la baju bg dia pegang. ralit pegang baju tu je la.

    lagi satu, kalau rania nak satu2 bende tapi kite x bg dia, kene lak time tu tgh berdukung, dia akan buat badan melentok ke belakang tu.

    baring kalau kt umh je la. buat2 majuk.
    selagi tak bagi, erk erk situ la.

    bab makanan. suka sangat buat ala2 tabur baja tu haaa.. kalau dia dh x nk mkn. kdng geram je. sbb makanan kan. selalunya, saya cakap tak baik buat mcm ni, Allah marah. nanti nasi menangis bla bla. ala2 psiko dia. hrap memahami la.

    ReplyDelete
  3. Budak budak biasa nya dia takut sikit dgn ayah. Sama lah macam aina dlu. huhuhu rapat dgn ayah tapi bila apa apa mesti takut, Dgn mak lain sikit. Tp kalau kena pukul dgn budak walaupun kecik tp fuh menyengat jugak sakit nya. Tu x cite lg budak yg suka menggigit.. adeh.

    ReplyDelete
  4. Tapi betul,anak² memang takut sikit dgn ayah..
    bila dgn ibu dia rasa selamat..cuma nieyl pun x taw nak bagi pendapat..
    sebab nieyl belum ade anak lagi...so far,anak² buah nieyl lebih takut dgn nieyl dr ibu dieorang..
    sebab nieyl kalau budak buat salah..memang akan jadi garang mcm cikgu :)

    p/s : tahun nie nieyl umur 28 tahun :)

    ReplyDelete
  5. Nak keras sgt x blh juga sbb blm dua tahun. Dia masih x faham lg sbnrnya. Dia anggap mcm seronok pula bila pukul ibu dia menangis. Setahu akk umur 4 tahun br ank fhm mana betul mana tidak. Kena kaji balik dia suka tgk kartun atau cerita apa yg buat dia tiru aksi ganas atau suka pukul tu. kdg2 ank ni suka meniru

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA